Kaitan antara Fizik dengan astronomi sangat dekat. Kedua-dua cabang ilmu ini memiliki objek kajian secara formal yang berbeza, tetapi secara substansial saling melengkapi. Fizik mengkaji fenomena banda terkecil di alam maya ini, sedangkan astronomi mengkaji fenomena benda terbesar di jagat raya. Dalam sains moden, kedua-dua objek kajian utama dua disiplin ilmu ini dijadikan kunci pencarian manusia akan asal-usul kehidupan. Dalam sejarah Islam, ilmu fizik tidak dikenal sebagai disiplin ilmu tersendiri. Kendati demikian, Islam memiliki kepustakaan yang kaya tentang kajian ilmu ini. Persoalan fizik secara panjang lebar dibincangkan dalam kepustakaan astronomi, falsafah dan teologi. Teori atom, yang pada era moden dianggap sebagai asas kajian fizik menjadi tema pusat ilmu kalam pada masa lalu.
Al-Kindi
Fizik bukan disiplin ilmu yang tersendiri dalam Islam. Oleh itu tidak ada tokoh khusus yang bergiat dengan hebat dalam bidang ini. Tokoh fizik pada masa yang sama adalah ilmuwan yang juga bergiat dalam ilmu lain. Al-Kindi, misalnya, lebih dikenali sebagai seorang ahli falsafah daripada seorang ahli fizik. Namun, para sejarawan menganggapnya sebagai salah seorang tokoh penting ilmu fizik. Begitu pula Ibnu Sina, al-Farabi, dan ahli falsafah Islam lain. Mereka sering dianggap sebagai tokoh fizik, walaupun secara langsung tidak mempunyai sumbangan dalam ilmu ini.
Balai Cerap
Umat Islam mengenali fizik daripada buku terjemahan yang mereka dapat dari Yunani. Ketika terjadi gelombang inovasi di pusat peradaban Islam, fizik menjadi salah satu disiplin ilmu yang diminati ilmuwan Islam. Teori fizik yang disusun dalam karya astronomi, falsafah dan teologi menjadi isu penting yang selalu menarik perhatian mereka. balai cerap dan pusat penelitian yang dibangun para khalifah pada masa kejayaan Islam merupakan wadah bagi ilmuwan dan ahli fizik Islam klasik untuk menguji dan mengembangkan teori itu.
Muzaffar Al-Asfuzari
Ilmuwan Islam lain yang memberi sumbangan besar dalam bidang fizik ialah al-Biruni, Umar Khayyam, dan Muzaffar al-Asfuzari. Ketiga-tiga ilmuwan yang hidup pada masa dan tempat berbeza ini sering membahas tema fizik seperti teori mekanik, hidraulik, jisim, waktu dan gravity. Sayangnya, teori itu tidak ditulis secara sistematik. Hanya pada zaman moden, di tangan ilmuwan Barat seperti Galileo, Bruno, Keppler, dan Newton, teori ini diungkapkan secara sistematik dengan pembuktian dan analisis ilmiah yang meyakinkan.
Fizik Kuantum
Salah seorang tokoh yang memberi sumbangan besar dalam bidang fizik ialah Ibnu Haitam, atau di Barat lebih dikenal dengan nama Alhazen. Penelitian Haitam yang sangat spesifik dalam bidang optic telah memberikan sumbangan berharga bagi penelitian fizik bidang subatom. Teori pembiasan yang diciptakannya kemudian diambil guna dan dikembangkan ahli fizik Eropah sejak zaman Pembaharuan Renaissance (abad ke-14) hingga sekarang. Bidang penelitian Haitam juga mengilhami para ahli fizik moden untuk mengembangkan cabang ilmu fizik baru, yakni fizik kuantum.
Atom
Pembahasan tentang atom atau partikel terkecil sangat popular dalam Islam. Namun pembahasannya lebih banyak dijumpai dalam buku teologi (ilmu kalam). Pembahasan tentang atom dalam teologi sebenarnya tidak dimaksudkan sebagai pembahasan fizik, tetapi merupakan salah satu hujah ahli teologi tentang penciptaan yang pecahannya kemudian melebar hingga melampaui bidang ilmu kalam. Di tangan para ahli teologi abad ke-7 dan ke-8, masalah atomisme menjadi isu yang pembahasannya memakan puluhan halaman.
Partikel Terkecil
Dalam Islam, atom didefinisikan sebagai partikel terkecil yang tidak dapat dibahagi lagi. Abu Hasan al-Asyari adalah ahli teologi Islam pertama yang memperkenalkan definisi ini. Baginya, alam raya ini terdiri daripada atom yang sangat kecil. Begitu kecilnya ukuran atom tersebut hingga tidak mungkin dipersepsi oleh indera manusia. Dalam konsep al-Asyari, atom digunakan sebagai salah satu bukti kekuasaan Tuhan, Partikel kecil ini bukanlah benda, bahkan bukan wujud material yang kekal. Atom cepat menghilang dan cepat terbentuk kembali.
Theory of Everything
Seperti bidang kajian ilmu pasti lainnya, fizik telah lama mati di dunia Islam. Cabang ilmu yang pernah didominasi para ilmuwan Islam abad pertengahan itu kini telah berpindah ke negara Barat. Fizik adan astronomi menjadi ilmu yang sangat diagung-agungkan di university di Eropah dan Amerika. Bahkan, fizik dan astronomi di Barat kini telah menjadi ilmu segala ilmu yang diyakini dapat menciptakan satu teori untuk semuanya (theory of everthing). Ertinya, teori ini bukan hanya mampu menjelaskan persoalan fizik, tetapi juga mampu menerangkan asal-uaul dan kejadian alam semesta.
Ilham Ahli Teologi
Tidak seperti ahli fizik moden, para ahli teologi tidak melakukan percubaan apa pun terhadap atom yang diyakini ada. Namun, pembahasan mereka tentang konsep ini telah mengilhami para ilmuwan fizik moden untuk membandingkan pandangan ahli teologi tersebut dengan penemuan fizik moden. Konsep atom yang tidak boleh dibahagikan lagi dan atom yang niskala semakin mendekati penemuan fizik moden tentang dunia subatom, seperti munculnya quark (partikel hipotetis) dan perilaku cahaya sebagai partikel dan gelombang.
Abdus Salam
Sebahagian kecil mahasiswa Islam kini belajar fizik di university di Barat. Beberapa orang daripadanya amat berjaya dalam pelajaran mereka, seperti Abdus Salam, ilmuwan dari Pakistan yang berhasil meraih hadiah Nobel dalam bidang ini. Namun secara umum, ilmu ini, seperti juga cabang ilmu pasti lainnya, kurang mendapat perhatian yang cukup baik, baik daripada pemerintah mahupun para pendidik Islam sehingga akibatnya kurang berkembang di dunia Islam.
Sunnatullah
Fizik mengkaji fenomena dan benda di alam raya ini. Keharmonian segala yang ada di alam ini disebabkan adanya hukum yang menguasai alam. Hukum tersebut ditakdirkan oleh Allah S.W.T., yang di dalam al-Quran disebut sunnatullah. Kepastian hukun Allah S.W.T. bagi alam semesta ini juga dinamakan kadar (ukuran yang persis dan pasti). Hal ini ditegaskan Allah S.W.T. dalam surah al-Qamar (54) ayat 49.
Fizik dan astronomi memang berkait erat pada masa kejayaan Islam. Hal ini boleh dilihat daripada fakta bahawa tokoh besar Islam dalam bidang fizik adalah juga ahli astronomi dan ilmuwan yang sering melakukan penelitian di balai cerap atau makmal.
Karya penulis Yunani, khususnya Aristotles, mendapat perhatian penting dalam dunia Islam pada period penterjemahan buku asing pada awal abad ke-2 H. Karya mereka lalu diterjemahkan dan disebarluaskan ke perpustakaan Islam Baghdad.
Lukisan cara kerja pam hidraulik dari Arab pada abad ke-13. Meskipun teori fizik seperti ini awalnya didiskusikan oleh para ilmuwan Islam, namun dikembangkan oleh ilmuwan Barat dengan analisis ilmiah.
Pada awalnya, pembahasan atom hanya popular di kalangan ahli teologi dan hanya bersifat hujah ahli teologi. Namun pada perkembangan selanjutnya, pembahasan atom menjadi lebih luas dan lebih mendalam hingga sekarang.
Al-Farabi adalah seorang ahli falsafah terkemuka yang juga ilmuwan dalam bidang fizik. Ia telah menulis banyak buku, antaranya tentang ilmu fizik. Salah satu karyanya yang terkenal dalam bidang ini berjudul Aghrad al-Kitab ma Bada al-Tabiah (Intisari Buku Metafizik).
Susunan atom Hidrogen: satu proton dan satu neutron.
Galileo Galilei, ilmuwan fizik dari dunia Barat. Sejak beberapa abad terakhir, ilmu fizik berkembang pesat di dunia Barat, yang kemudian banyak memunculkan ilmuwan Barat terkemuka. Namun sebaliknya di dunia Islam, fizik mengalami kemunduran setelah masa kejayaan agama itu.
Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut ukuran (yang telah ditentukan) (Q.54:49)
Catatan: Ibnu Fayyad
Recent Comments