At-Turabi merupakan salah seorang tokoh terpenting yang sangat berpengaruh dalam proses islamisasi di Sudan. Nama lengkapnya Hassab Abdallah at-Turabi. Beliau lahir pada tahun 1932 di Kasala, Sudan, dan memperolehi pendidikan islam di negara tersebut. Setelah lulus dari Universits Khartoum, beliau melanjutkan pendidikannya di Inggeris dan Perancis. Pada pertengahan 1960-an, beliau kembali ke Sudan, lalu bergabung dengan Fakulti Undang-undang Universiti Khartoum dan menjadi anggota parlimen. Beliau juga bergabung dengan Ikhwanul Muslimin.

Pemikiran At-Turabi mencerminkan hasratnya untuk memajukan Islam di Sudan, yang kemudiannya terarah kepada pembentukan negara Islam Sudan. Oleh hal yang demikian, beliau telah menceburkan diri dalam bidang politik. Pada tahun 1989, at-Turabi berperanan penting ketika pemerintahan tentera membentuk gerakan Revolutionary Council For National Salvation (Dewan Reolusiner untuk Penyelamat Nasional).

At-Turabi berpendapat, pemerintahan negara perlu diperkemaskan. Justeru,  beliau sering menjalin hubungan dengan kelompok penguasa. Hal ini bermula 1964, ketika beliau membawa Ikhwanul Muslimin masuk ke dalam sebuah partai gabungan baru yang  diberi nama Islamic Charter Front (Front Anggaran Dasar Islam), yang berupaya menghambat pengaruh idoelogi kiri di Sudan. Model kerjasama seperti ini terus berlangsung, ketika beliau mendukung turus ketenteraan (1969,1985 dan 1989) dan melaksanakan islamisasi sepanjang kekuasaannya.

Pada tahun 1969, pemerintahan Sudan diambil alih oleh rejim militer yang dipimpin oleh General Ja’far Numairi. Numairi menempuh kebijakan “rekonsilasi nasional”, dan dalam rangka itu beliau mengundang tokoh pembangkang untuk bekerjasama. At-Turabi termasuk di antara sedikit orang yang menerima tawaran ini, kerana didorong oleh kesediaan Numairi untuk melembagakan hukum Islam di Sudan. Dalam rejim Numair ini, at-Turabi manjadi hakim agung dan penasihat Numairi tentang Islam.

Pada tahun 970-an, ekonomi Sudan menurun, hutang luar negaranya banyak dan perang saudara mula tercetus di wilayah selatan. Untuk memperolehi sokongan rakyat, sekaligus mengekalkan kekuasaannya pada alasan keagamaan, Numairi memproklamasikan Sudan sabagai negara Islam, lalu menerapkan Hukum islam (syariat) di seluruh negeri.

Namun begitu, beliau mulai curiga kepada at-Turabi, lalu menggantinya dengan seorang hakim agung yang mudah dikawal. Pada Mac 1985, rejim Numairi memusuhi Ikhwanul Muslimin, lalu memenjarakan at-Turabi.

Numairi disingkirkan (April 1985) oleh pemerintahan tentera. Oleh itu, terbentuklah sebuah kabinet yang di dominasi orang awam. Setelah bebas dari penjara, at-Turabi membentuk organisasi baru : Islamic National Front (Front Nasional Islam). Pemerintahan terbukti tidak efektif untuk mengatasi masalah ekonomi dan perang saudara. Pada tahun 1989, terjadi lagi pemerintahan militer, maka terbentuklah Revolutionary Council for National Salvation (Dewan Revolusioner untuk penyelamat Nasional). Tokoh besar di sebalik rejim ini adalah at-Turabi dan Front Nasional Islam.

Oleh: Siti Salasiah Samat

Translate »