Tahun 2007 meninggalkan Israel dan mengajar di Universiti Exeter, England. Ketika itu, walaupun mengajar di England, Ilan Pappe sentiasa pulang ke Israel sehingga timbul rasa kecewa dalam diri terhadap persepsi masyarakatnya dan semakin memahami realiti sejarah yang patut diperbetulkan.

Atas sebab itu, jelas Ilan Pappe: Jika kamu tidak mempunyai perspektif sejarah, pemahaman, dan jika kamu tidak mengetahui fakta yang tepat, kamu akan menerima bulat-bulat gambaran negative yang dibawa oleh masyarakat dunia dan orang Israel tentang rakyat Palestin.  

“Saya beri satu contoh, perkara yang kita panggil sebagai keganasan Palestin yang muncul secara tiba-tiba daripada perspektif Israel dan sebahagian orang di Barat: Kami tidak pasti kenapa mereka itu ganas, berkemungkinan besar ini adalah kerana mereka itu orang Islam, mungkin itu budaya politik mereka.

“Hanya dengan mempunyai pemahaman sejarah, kita boleh membidas: Tunggu sebentar, saya tahu dari mana datang keganasan ini, saya faham punca keganasan ini. Berpindah dan tinggal [ke dalam] rumah saya secara paksaan merupakan satu tindakan ganas.

“Mungkin mereka salah, mungkin juga mereka betul kerana cuba melawan dengan keganasan. Namun, ia bermula dengan ruang saya itu dirampas, ia tempat tinggal saya. Rampasan ini kemudiannya diikuti dengan keinginan untuk menghalau saya pergi…apa lagi yang saya boleh lakukan.”

Tambah Ilan Pappe: Saya fikir dimensi sejarah itu penting, pertama, untuk lebih memahami mengapa konflik ini berpanjangan. Kedua, kita tidak akan pernah berjaya mengubah pandangan politik tentang Palestin jika kita tidak menjelaskan kepada orang ramai pengetahuan itu dimanipulasikan…..

“Isu ini mempunyai dua sudut. Anda perlu memahami sejarah tempat tersebut dan juga bagaimana naratif-naratif telah dibentuk dan bagaimana ia dimanipulasi dan digunakan. Satu aspek penting adalah untuk memahami bagaimana untuk mencabar perkara ini.

“Naratif utama adalah, orang Israel berjaya memberikan gambaran kepada semua bahawa tanah ini, walaupun ia tidak kosong, semua penghuninya tidak mempunyai kaitan dengan tanah tersebut dan merupakan penduduk yang tidak sah.

“Mereka hilang keabsahan kerana mereka tidak ada di sana; mereka hilang keabsahan kerana mereka itu golongan Badwi yang berpindah-randah, jadi mereka sebenarnya tidak peduli; mereka hilang keabsahan kerana mereka ganas atau mereka orang Islam pasca 9/11.

“Sepanjang masa, wujudnya satu senarai panjang perkataan dan idea yang cuba untuk meyakinkan anda bahawa jika anda tidak gembira dengan hal ini berlaku, ia suatu perkara yang tidak bernilai kerana tidak ada sesiapa yang berada di sekeliling mempunyai sesuatu yang absah untuk ditawarkan. Semuanya bergantung kepada kebaikan orang Israel.

“Jika kamu periksa dengan teliti bahasa perdamaian Oslo, malah sebelum Oslo- namun lebih menonjol selepas Oslo, kesemuanya adalah berkisarkan konsesi Israel. Bahasanya, konsesi, – Israel akan memberikan konsesi kepada Palestin, itu sahaja peluang untuk perdamaian.

“Jika inilah permulaan kita, kita tidak akan pernah wujud perdamaian. Saya menjadi tuan rumah anda, tetapi saya cukup baik hati untuk membenarkan anda pulang untuk mengambil sofa sebelum dibawa ke tempat baharu. Ini bukan satu dialog yang ingin menyelesaikan konflik:  bahkan ia memalukan berbanding penjajahan itu sendiri.” (Noam Chomsky dan Ilan Pappe, Perihal Palestin, hal.130-132)

Namun, semua kejahatan dan kebiadaban Israel, termasuk kekuatan aktiviti organisasi pelobi WZO berjaya diselongkarkan -misalnya tulisan Paul Findley, They Dare to Speak Out (1985);  Norman G Fankelstein, The Holocaust Industry (2000);  John J Measheimer dan Stephen M Walt, The Israel Lobby  and The US Foreign Policy (2007); dan Avi Shlaim, The Iron Wall; Israel and the Arab World (2001)- tidak menjadikan Israel mahu Amerika Syarikat mengakui ‘kesilapan’nya,  walaupun hakikatnya sedang dihantui oleh bayang-bayang ‘hitam’.

BRICS merupakan salah satu tindakan drastik negara-negara baharu – pertumbuhan ekonomi – untuk menjarakkan diri daripada hegemoni ekonomi yang dilihat semakin tidak bebas dan sangat berpusatkan barat, sebagai langkah ‘mengenyahkan kuasa dolar’. Tentunya, usaha itu masih di peringkat awal dan berliku, ia sudah memberikan kesan ke atas keunggulan Amerika Syarikat dan kuasa-kuasa barat.

Ia juga dilihat sebagai langkah permulaan membentuk semula geopolitik dunia menjadi sistem multipolar, setelah lebih tiga dekad Barat berbangga dalam kesombongan dengan dunia satu polar (single polar yang berpaksikan Amerika Syarikat sejak runtuhnya USSR dan Tembok Berlin, 1989, yang disifatkan oleh Francis Fukuyama sebagai ‘kemenangan kapitalis liberal’).

Biarpun keputusan Karim Khan pada bulan Mei lalu dikecam oleh Israel dan Amerika Syarikat sebagai ‘great anti-Semites in modern times’ masyarakat antarabangsa begitu muak dengan dakwaan tersebut, kerana tindakan ganas Israel yang disokong oleh Amerika Syarikat adalah lebih kejam daripada genosid Parti Nazi.

Begitu juga dengan kematian etnik Yahudi yang dikatakan mencecah 6 juta orang, tidak pernah ada catatan rasmi yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak, kecuali sebuah gambaran yang sengaja dilakukan untuk meraih simpati dunia dan ujaran kebencian terhadap Jerman.

Catatan-catatan itu hanya berdasarkan spekulasi dan interpretasi para sejarawan yang dibuat berdasarkan anggaran aktivis WZO dan mereka yang bersimpati untuk menamatkan diaspora Yahudi yang menjadi perancang kepada dua peperangan dunia, Perang Dunia I dan Perang Dunia II.

Jika berlaku Perang Dunia III, maknanya, Zionis adalah punca dan perancangnya, kerana WZO sangat cekap bersandiwara, mengadudomba, dan melakukan provokasi, atas kehendaknya yang jelas, memerintah dunia.

Penubuhan negara haram Israel, dikatak sebagai persiapan-persiapan untuk mempercepatkan kedatangan al-Masih, yang juga dikenali sebagai Imam Mahadi, yang menurut doktrin Yahudi dan Nasrani sebagai pemerintah yang aman dan tunggal.

Doktrin One World Order itulah yang menjadikan Zionis sanggup melakukan apa sahaja, melalui lobi, serangan ganas dan pembunuhan eramai-ramai (genosid) bukan sahaja ke atas etnik Palestin, bahkan akan melangkaui negara-negara Arab, umat Islam dan negara-negara yang mendokong lahirnya Palestin sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulat.

Bagaimanapun, ketika ini sudah muncul solusi yang cukup menggugah imej Amerika Syarikat. Sejak menjadi penaja dan penggerak penubuhan negara haram Israel, Amerika Syarikat tidak merelakan mana-mana negara mengecamnya.

Ketika ini, sentiment masyarakat antarabangsa cukup berbeza sejak Israel menjadi ‘penakluk kejam’ – menjarah tanah Palestin, mengebom membuta-tuli, menyekat pelbagai bantuan kemanusiaan, melanggar perjanjian gencatan senjata, hipokrasi dengan prinsip kebebasan dan hak asasi, dan propaganda keterlaluan – solusi perdamaian dua negara, Amerika Syarikat dan Israel sebagai ‘negara paria’.

Solusi dua negara yang menjadi kerangka pembentukan keamanan menjadi rangka dan helah buat Israel untuk melakukan kekejaman. Secara teorinya, dua negara – Palestin dan Israel – tidak pernah menghasilkan sebarang kaedah rundingan damai yang dipersetujui, disebabkan sekutu Israel tidak pernah mengakui Palestin sebagai sebuah negara merdeka.

Bahkan dalam usul terbaharu yang dicadangkan oleh Washington, Israel bertekad tidak akan berhenti mengebom Gaza selagi Hamas belum dapat dilumpuhkan, dan warga Palestin masih mendiami Palestin.

Biarpun ada harapan untuk Palestin diiktiraf sebagai sebuah negara berdaulat dalam keputusan PBB, Amerika Syarikat secara jelasnya tidak menyebut tentang pembentukan sebuah negara Palestin merdeka.

Israel tidak mahukan Palestin menjadi sebuah negara, kerana itulah sikap dan perilaku bangsa peneroka-penjajah, yang mahukan kuasa mutlak di tangan mereka, semangat perkongsian dan hidup bersama tidak ada.

Ia berbeza dengan Palestin, mereka boleh menerima Israel sebagai sebuah negara merdeka dan ini telah mendapat pengiktirafan daripada Pihak Berkuasa Palestin apabila Yasser Arafat menandatangani Perjanjian Oslo (1993). Kerugian yang ditanggung oleh rakyat Palestin itulah cuba diperjuangkan oleh Hamas, yang tidak mahukan warga Palestin ditindas kejam oleh Israel.

Hamas mahukan Israel berundur daripada bumi Palestin sebagaimana perjuangan asal Palestin untuk berperang dengan Israel sebelum Israel ditubuhkan dengan kuasa Amerika Syarikat yang mendalangi keputusan PBB.

Bagi Hamas, pengiktirafan PA (Palestin Authority) adalah suatu tindakan yang menghina dan merugikan Palestin. Sebab itulah Hamas kekal dengan pendiriannya, Israel tetap merupakan sebuah negara haram, dan Hamas tidak akan bersedia mengiktirafnya. Sebab itulah penduduk Gaza memilih Hamas sebagai pihak yang sah mentadbirkan bumi Palestin apabila memenangi pilihan raya 2006, yang dianggap sebagai ‘rakyat Gaza silap memilih’.

Akibat ‘silap pilih’ itulah Gaza dikepong, dibom dan cuba dijadikan kepungan sehingga muncul sebagai sebuah penjara terbesar pernah diwujudkan oleh manusia, si kejam yang tidak berperikemanusiaan.

Semuanya telah membangkitkan kemarahan masyarakat antarabangsa sehingga muncul gerakan mengecam, desakan dan tindakan memboikot Israel serta Amerika Syarikat dan sekutunya di seluruh dunia. Kini, seperti diramalkan kemenangan bagi Palestin semakin menunjukkan ada sinarnya kerana Amerika Syarikat dan Israel sudah banyak negara cuba menjarakkan diri, berani menyoal dasar Washington dan menolak pelan damai yang dikemukakan oleh pentadbir Rumah Putih.

Rencana pelan damai tajaan Amerika Syarikat ditolak oleh Rusia dan China. Akibat penolakan itu Amerika Syarikat mengharapkan beberapa negara cuba melobi Hamas, termasuk Malaysia. Malaysia didakwa tidak mengambil inisiatif untuk mencari perdamaian sebagaimana diharapkan. Akhirny, Washington menuduh tidak memainkan peranan kerana Malaysia sangat pro Palestin.

Amerika Syarikat akhirnya mencari jalan lain untuk menghukum negara-negara yang mendokong Palestin. Malaysia tidak terkecuali daripada ‘jalan lain’ itu apabila didakwa telah berlaku pemindahan minyak daripada kapal tangki Iran ke kapal tangki Rusia atau China di Laut China Selatan.

Rusia telah dikenakan sekatan ekonomi (embargo) oleh Amerika Syarikat dan sekutunya (Kesatuan Eropah). China menjadi sasaran perang perdagangan sejak Donald Trump memenangi Pilihan Raya Presiden 2007, dan dasar ini diteruskan oleh penggantinya, Joe Biden.

Washington turut cuba ‘mengajar’ Malaysia. Terbaharu, Washington menyenaraikan sebuah syarikat pembuat semikonduktor Malaysia keranan komponen itu dibekalkan kepada Rusia. Rusia menggunakan semikonduktor untuk memproses dan membuat peralatan perang. Peralatan perang itu digunakan oleh tenteranya menyerang Ukraine. Sebelumnya, syarikat Malaysia didakwa membekalkan ‘peledak nuklear’ kepada Iran.

Sayangnya, Amerika Syarikat tidak pula menyekat perniagaan senjata yang dibuat oleh Israel. Mana-mana negara yang menjadi ‘seteru Israel’ akan dipertimbangkan sekatan jika menjual senjata, mengeksport minyak dan peralatan teknologi.

Inilah hipokrasi dalam slogan perdagangan bebas yang dilakukan oleh Amerika Syarikat sebagai ‘polis dunia’ yang bias dan berat sebelah bersama-sama kesombongan hegemoni ekonomi (termasuk penggunaan dolar sebagai mata wang perdagangan dunia dan rizab dalam sistem kewangan).

Kedudukan tersebut semakin terhakis. Persoalannya, jika Israel dengan kekejamannya terpaksa akur dengan tekanan antarabangsa, apakah Israel akan terus wujud di bumi Kanaan? Apakah setelah menanggung malu yang teramat parah, Israel akan terus melakukan kezaliman di bumi Kanaan?

Seandainya Israel berjaya dikalahkan – dengan balasan penghinaan dan kekejaman yang dilakukan selama 76 tahun – oleh kuasa lain – Rusia dan China – ke manakah Yahudi-Zionis akan pergi?

Ada sebuah lakaran peta yang cuba diilustrasikan secara sinis di media sosial. Lakaran itu menunjukkan Israel bakal membina negaranya di bahagian timur Amerika Syarikat, yakni kawasan yang padat penduduk, yang dihuni oleh 80 peratus daripada keseluruhan populasi. Ini bermakna, bahagian timur Amerika Syarikat akan berkongsi dengan Yahudi-Zionis.

Bahagian barat Amerika Syarikat, tidak ramai yang menghuninya kerana terdapat Banjaran Rocky sebagai tulang belakang negara tersebut. Di kawasan itu dikenal pasti sebagai kawasan yang tidak subur, cuaca panas (kering) dan tidak ada sumber air. Hanya di sekitar pantai sepanjang Lautan Pasifik ada penghuni dan boleh dimajukan. Apakah penduduk California akan membenarkan kemasukan ‘pelarian Israel’?

Apakah jika solusi Amerika Syarikat boleh menerima pelarian Israel ke negaranya sedangkan ramai rakyatnya bangkit memberontak kekejaman Israel ke atas Palestin boleh diterima? Apakah negeri-negeri pantai timur Amerika Syarikat bersedia memberikan ruang kepada ‘pelarian Israel’?

Apakah pelarian Israel akan kembali ke diasporanya di beberapa buah negara Eropah sekali lagi? Inilah persoalan-persoalan yang sedang diperhitungkan secara nakal dan sinis jika Palestin meraih kemenangan sebagaimana slogan: Dari sungai ke segara, Palestin pasti merdeka.

Persoalan yang lain ialah apakah bunga-bunga Perang Dunia III akan segera tumbuh sebagaimana menjadi provokasi Israel? Tentunya, jika Rusia dan China termakan provokasi Israel, ia boleh menjadi kenyataan.

Sebenarnya, Israel mahukan Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah iku berperang. Jika peperangan berlaku, apakah Israel (Yahudi-Zionis) akan menikmati keuntungan besar sebagaimana mereka telah raih daripada dua peperangan dunia sebelumnya?

Kita tahu, Zionis cukup handal dan cekap dalam mengadudombakan banyak negara agar berperang sebagaimana mereka berjaya mengheret Amerika Syarikat memasuki Perang DUnia I pada saat-saat akhir dan menjadi kuasa penentu pada Perang Dunia II selepas berjaya mengebom Hiroshima dan Nagasaki.

Setelah Amerika Syarikat dan Eropah menyertai dua peperangan tersebut, negara haram Israel dapat direalisasikan, dan Yahudi Zionis mengaut keuntungan besar dalam pelbagai bentuk. Yahudi Zionis sanggup mengeksploitasikan apa sahaja peluang dan ruang, termasuk memanipulasikan tragedi holocaust.

Apakah Amerika Syarikat sanggup berperang dengan Rusia dan China? Nyata sekali, setakat ini Amerika Syarikat tidak bersedia, tetapi melakukannya secara tidak langsung sebagaimana menggunakan NATO untuk membantu Ukraine.

Sayangnya, semangat membantu Ukraine semakin luntur dan menyebabkan pemimpin Ukraine terpaksa mengemis berkali-kali. Amerika Syarikat seperti tidak melayaninya, kerana Amerika Syarikat tahu, NATO sebenarnya tidak ada kekuatan untuk melawan Rusia. Hanya sekadar acah mengacah pada peringkat awal.

Amerika Syarikat telah menghabis banyak wang untuk masuk campur dan memacukan peperangan, sehingga hutang negara sudah meningkat kepada USD$34.73 trilion. Khabarnya, setiap 100 hari, Amerika Syarikat akan menambahkan hutang negara sebanyak USD$ 1 trilion.

Amerika Syarikat sebenarnya tidak pernah serik walaupun cukup dimalukan dengan kekalahan Perang Vietnam dan juga penarikan ketumbukan tenteranya di Afghanistan. Perbelanjaan perang di Irak turut menyebabkan politiknya antarabangsanya tergugat.

Iran yang dikenakan pelbagai sekatan, tidak pernah tunduk dengan sekatan-sekatan tersebut, malah terus bangkit menjadi sebuah kuasa yang digeruni oleh Israel. Serangan balasnya ke atas Israel (14 April 2024) sedikit sebanyak menimbulkan kegentaran, apatah lagi apabila Rusia memberikan jaminan akan memudahkan bantuan senjata kepada Iran jika negara itu diserang oleh Israel.

Ia tidak bermakna Iran takut dengan kekuatan senjata dan bom nuklear yang dimiliki oleh Israel. Mungkin juga Iran mempunyai senjata nuklear, kalaupun tidak dibuatnya sendiri daripada momokan Amerika Syarikat terhadap kebimbangannya semasa pentadbiran Barrack Obama.

Ia mungkin mendapat bantuan daripada Rusia dan China, yang juga mempunyai senjata nuklear. Ia mungkin tidak akan menyebabkan Iran (dengan bantuan Rusia dan China) mudah tunduk sebagainya tunduknya Jepun kepada Amerika Syarikat setelah Hiroshima dan Nagasaki dibom.

Balas membalas mungkin berlaku. Houti, Hizbullah, Irak dan Iran sedang menanti apakah Israel akan melakukan serang ke atas mereka. Tetapi, yang jelas ialah jika negara-negara itu terpaksa melancarkan perang ke atas Israel, Amerika Syarikat dan Eropah juga akan berada dalam posisi yang sangat sukar. Laluan Laut Merah dan Terusan Suez akan menjadi halangan pengangkutan bahan api, makanan dan sebagainya.

Kesemuanya ini akan mempengaruhi posisi Amerika Syarikat dan Eropah pada masa hadapan, kerana menerusi laluan sebelumnya (Cape of Hope di Afrika Selatan) juga bakal dihalang kerana Israel juga semakin dilihat untuk mengenakan tekanan ke atas Afrika Selatan kerana mendakwanya sebagai ‘genosid’ di ICC.

Walaupun keputusan sama ada Israel melakukanya atau tidak, ia sudah memberikan gambaran awal kepada masyarakat dunia tentang perilaku kejam Tel Aviv, imejnya sudah terlalu buruk.

Tentunya, sebahagian hutang negara adalah kerana membiayai perang – Ukraine dan Timur Tengah. Sebab itulah Amerika Syarikat yang awalnya tidak bersetuju dengan gencatan senjata di Timur Tengah (Gaza) akhirnya terpaksa menjilat ludahnya sendiri, tetapi Neetanyahu tidak berganjak dengan keputusan tidak akan berhenti selagi Hamas tidak dapat dihapuskan biarpun Hamas menunjukkan tanda-tanda bersetuju berunding.

Namun, Hamas juga mempunyai tiga syarat yang mungkin tidak dapat diterima oleh elit politik negara haram Israel: pelarian Palestin dibenarkan pulang ke Palestin tanpa syarat; penentuan semula sempadan wilayah berdasarkan keputusan PBB pada tahun 1967; dan Israel mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara berdaulat (juga diterima sebagai ahli penuh PBB).

Ketiga-tiga syarat ini bukanlah syarat baharu, ia adalah syarat yang telah ditetapkan oleh seluruh kepimpinan politik Palestin, yang menjadi halangan terbesar Israel sehingga sanggup meneruskan dasar settler-colonialism hingga kini. Syarat yang lain ialah membebaskan tawanan perang.

Namun, Israel dilihat kecundang dalam hal ini, kerana menerima syarat tersebut sedangkan jumlah tawanan Hamas jauh lebih kecil daripada rakyat Palestin yang dipenjarakan oleh Tel Aviv.

Bila melihat lakaran peta baharu Israel berada di pantai barat Amerika Syarikat (di dalamnya ada Washington DC, New York, Capitol Hill, Rumah Putih, Wall Street dan pusat ekonomi dan kewangan Amerika Syarikat) ramai yang berkata: It’s a perfect solution, satu bentuk penyelesaian paling sempurna.

Ia dikatakan sempurna kerana itulah beban yang terpaksa Amerika Syarikat tanggung apabila menyokong pembentukan negara haram Israel sejak tahun 1948. Sebagai bapa, apa pun tindakan jahat dan kejam seorang anak, akan tetap diakui sebagai anak kandungnya.

Apakah Amerika Syarikat bersedia untuk melaksanakan tanggungjawab bagi menebus dosa-dosa lampaunya sebagai pelopor settler-colonialism, yang menjadi inspirasi Yahudi-Zionis sejak 76 tahun lalu?

Sekarang, apa yang digembar-gemburkan oleh media yang didalangi Israel terhadap berita Gaza semakin tidak dipercayai kerana media sosial lebih diterima sebagai sumber maklumat yang benar.

Atas sebab itulah penggerak ideologi Yahudi- Zionis semakin terkucil apabila lebih ramai pihak, pertubuhan, negara dan individu mula sedar, selagi Israel itu wujud, selagi itulah keamanan di Timur Tengah tidak akan berlaku.

Yahudi-Zionis adalah punca segala-galanya kerana lobinya sangat kuat dalam mempengaruhi dasar Rumah Putih dan juga kemenangan calon yang bertanding dalam pemilihan presiden Amerika Syarikat.

Joe Biden terpaksa berhati-hati, kerana sikapnya terhadap Israel akan menentukan sama ada dirinya terpilih atau tidak untuk meneruskan penggal keduanya pada bulan November 2024, masih berbaki lima bulan lagi. Jika konflik Gaza-Israel terus berpanjangan, Joe Biden juga akan terduduk sebab semakin ramai pengundi akan membencinya.

MONOSIN SOBRI

Translate »