Abu Al-Qasim Az-Zahrawi adalah ilmuwan Arab dan muslim terbesar dalam bidang bedah (operasi). Dia dikenal sebagai pakar bedah terbesar di dunia sehinggalah masa kebangkitan Eropah. Dia juga merupakan pelopor pertama dalam berbagai cabang ilmu bedah dan seninya, serta banyak menemukan berbagai peralatan bedah. Maka amat wajar apabila dia mendapat gelaran bapa pembedahan dalam sejarah kedoktoran.
Nama sebenar beliau ialah Abu Al-Qasim Khalaf bin Abbas Az-Zahrawi Al-Anshari. Dia biasa ipanggil dengan nama Az-Zahrawi kerana dilahirkan di kota Az-Zahra, iaitu sebuah kota dipinggiran Qordova yang juga ketika itu ketika menjadi pusat pemerintahan Khalifah Dinasti Umawiyyah di Andalusia. Dia juga kadang-kadang dipanggil dengan Al-Anshari , kerana nenek moyangnya berasal dari Madinah Al-Munawwarah. Dalam bahasa Latin dan bahasa Eropah pada umumnya, nama Az-Zahrawi telah diubah menjadi Alzahravius. Sedangkan julukannya, Abu Al-Qasim, telah diubah ke dalam dua versi, iaitu Albucasis dan Abulcasis. Kedua nama inilah yang hingga sekarang dikenali di Eropah.
Abu Al-Qasim Az-Zahrawi dilahirkan pada tahun 325 H (937 M) di kota Az-Zahra setelah kota ini dibangun pada masa pemerintahan Abdurrahman An-Nashir, khalifah Umawiyyah di Qordova. Sedangkan tahun wafatnya ahli bedah ini, menurut riwayat seorang penjelajah dan sejarawan, Al-Hasan Al-Wazzan, adalah 404 H (1013 M).
Sebahagian sumber menyebutkan bahawa Az-Zahrawi bekerja sebagai doktor di istana Abdurrahman An-Nashir. Namun pendapat ini sangat jauh, kerana Abdurrahman bin An-Nashir wafat pada tahun 350 H (961 M), sedangkan umur Az-Zahrawi pada ketika itu masih 25 tahun. Yang benar adalah bahawa dia memang bekerja sebagai doktor di istana, tetapi di masa Khalifah Al-Hakam Al- Mustanshir bin Abdurrahman An-Nashir.
Dia menemukan berbagai-bagai macam ubat-ubatan untuk ilmu pembedahan sesuai dengan berbagai macam tujuan bedah. Diantara peralatannya, seperti gunting, pengikat, alat pelebar, kempa (apitan), dan baju pelindung dari besi dengan ukuran yang berbagai bagai. Dia juga membekali bukunya “At-Tashrif” dengan gambar-gambar yang menjelaskan tentang alat-alat itu. Misalnya diantara alat ini terdapat alat pelebar untuk mengatasi tertutupnya lubang kencing pada anak yang baru dilahirkan.
Az-Zahrawi adalah orang yang pertama kali mengikat urat nadi dan pembuluh darah dengan benang sutra untuk mengatasi keluarnya darah ketika sedang dilakukan operasi pembedahan, sebagaimana dia mengubati luka dengan dipanaskan.
Dia menemukan cara menjahit luka bedah dengan dua jarum dan satu benang.
Dia adalah orang yang pertama kali menggunakan benang buatan dari usus binatang (catgut) dalam menjahit usus manusia.
Dia berhasil menekuni pemanasan pada luka hingga sembuh.
Az-Zahrawi adalah orang yang pertama kali menemukan cara mengeluarkan penampukan zat kapur pada saluran kencing. Dalam bukunya “At-Stashrif,” dia menasihatkan kepada para ahli bedah agar melakukan bedah dengan cara yang sesuai untuk mengeluarkan tumpukan zat kapur yang telah menjadi batu, dan dipecahkan dengan kempa (apitan), lalu dikeluarkan sepotong demi sepotong.
Dia menemukan cara mengeluarkan tumpukan zat kapur yang telah menjadi batu melalui alat kelamin pada perempuan.
Dalam bukunya “At-Stashrif,” Az-Zahrawi menjelaskan beberapa metode untuk menolong kelahiran yang sampai sekarang ini masih dipakai. Dia melakukan pembedahan untuk mengeluarkan janin dengan alat-alat khusus.
Az-Zahrawi berhasil mengubati gangguan pada gusi dan memperbaiki gigi dengan alat-alat operasi yang ditemukannya sendiri.
Az-Zahrawi adalah orang yang pertama kali menggunakan sambungan gigi yang terbuat dari emas dan perak dan alat penekan mulut.
Az-Zahrawi dikenal memiliki keistimewaan dan pengalaman yang banyak dalam mencampur dan menggunakan ubat-ubatan, hingga kita dapatkan dalam bukunya, “At-Stashrif,” bahawa pembahasan terbanyak dari tiga puluh artikel yang ada didalamnya membahas masalah ini. Dalam hal ini, Ibnu Abu Ushaibi’ah dalam bukunya, “Uyun Al-Anba’,” mengatakan, “Dia adalah seorang doktor terkemuka dan berpengalaman dalam mengolah ubat-ubatan baik yang tunggal mahupun yang dicampur, dan pengubatannya sangat baik.
Kitab “At-Tashrif liman ‘Ajiza ‘an At-Ta’lif” merupakan ensiklopedia kedoktoran yang lengkap dan ditulis oleh Az-Zahrawi meliputi semua cabang kedoktoran, sehingga orang yang telah membaca buku ini tidak perlu untuk membaca buku yang lain.
Susunan: Wan Mariam Wan Hussin
Recent Comments