[Eksotik: luar biasa, sangat istimewa, kekhususan. Erotik: membangkitkan nafsu syahwat, mengghairahkan, memberahikan, hal-hal yang melucahkan; jelik. Komersialisasi (pengkomersilan): menjadikan sesuatu sebagai barang dagangan.]

Pelancongan telah menyumbangkan pendapatan besar kepada sesebuah atau banyak negara. Orang melancong kerana tertarik dengan flora dan fauna. Orang tertarik melancong ke luar negara kerana ‘kos atau perbelanjaan yang murah’, disusuli dengan tambang penerbangan antarabangsa lebih kompetitif daripada harga tiket penerbangan domestik.

Juga kerana tertarik dengan harga produk kegunaan harian yang murah, seperti pakaian, barang hiasan rumah mahupun artifek sejarah yang menyayat hati (Killing Fields dan Penjara Toul Sheng di Kampuchea) dan simbol cinta sejata (misalnya Taj Mahal, di India)

Masing-masing negara berusaha meningkatkan pendapatan daripada bidang pelancongan. Untuk menarik minat kemasukan pelancong, pelbagai kemudahan dan daya tarikan dipertingkatkan, dan muncul pula badan-badan atau syarikat yang menguruskan pelancongan, apa sahaja boleh ditemukan dan boleh muncul berdasarkan keinginan masing-masing.

Akan dipercantikkan dengan pelbagai rekacipta yang menghiburkan, seperti taman tema, amusement park, bangunan ikonik, jambatan kaca yang unik, kompleks beli belah mewah dan sebagainya.

Namun, sejarahnya pelancongan turut mempamerkan sisi gelap – terbuka atau tertutup – di mana-mana, tidak terkecuali di Malaysia. Sisi gelapnya, ada ‘night life’ yang menjadi daya tarikah untuk berhibur, mahupun melangkaui kepada aktiviti seks walaupun secara legalnya diharamkan.

Malaysia tidak terkeculi, terdapat rumah-rumah hiburan, pengingapan khas (eksklusif dan rahsia), selain keindahan semula jadi alam yang terbentang luas: pantai, pulau, hutan hujan tropika, gua, bangunan pencakar langit, gedung membeli belah, makanan, budaya dan keramahan rakyat terhadap ‘tetamu’.

Dicelah-celahnya ada ‘night life’ yang menggiurkan. Ada lorong-lorong gelap yang terus hidup antara kupu-kupu malam dan lelaki ‘dambakan kepuasan nafsu.’ Ia bukan hal yang baharu, sudah lama berkembang.

Dari segi sejarahnya, ada beberapa lokasi yang pernah dikaitkan dengan pemaknaan sebegitu. Aktiviti seks, khususnya pelacuran dikatakan sudah lama berkembang setua peradaban usia manusia itu sendiri.

Zaman British, kegiatan pelacuran dikaitkan dengan buruh-buruh asing yang dibawa masuk sebagai pekerja upahan di ladang, lombong dan juga pelabuhan. Disebabkan fitrah manusia, setiap orang memerlukan kepuasan seks, wanita-wanita dibawa masuk sebagai ‘pelayan’.

Begitu juga dengan cerita-cerita perang, dalam kegagahan dan keperkasaan perwira, wanita turut dijadikan korban ‘pemuas nafsu’. Ini turut berlaku di negara-negara yang mengalami perang yang panjang dan membabitkan tentera asing.

Kita dapat membaca kisah kehebatan perang askar Jepun yang menyerang China. Hal yang sama berlaku di Singapura sebagaimana dikaji dan dibahaskan dalam Kevin Blackburn, The Comfort Women of Singapore in History and Memory (NUS Press, 2022).

Begitu juga dengan aktiviti seks tentera Amerika Syarikat ketika berperang di Indochina sehingga sekelompok generasi kacukan telah muncul kesan daripada hubungan seks rentas etnik.

Generasi itu sebahagiannya menetap di Amerika Syarikat dan beberapa buah negara lain. Namun ada sebahagiannya kekal di negara Indochina sebaik sahaja perang tamat (1975).

Menariknya, lokasi aktiviti seks di Malaysia tidak setempat sebagaimana berlaku pada tahun-tahun 1930-an, 1970-an dan 1990-an. Dalam catatan sejarah, sekitar tahun-tahun selepas merdeka ada beberapa tempat yang dikaitkan dengan aktiviti pelacuran, tidak terkecuali di negeri-negeri yang pernah digelar Serambi Mekah (Kelantan).

Antara lokasi yang terkenal ialah Jalan Gajah Mati, belakang Sun To, Berek 12 dan sebagainya. Walaupun lokasi itu masih wujud, secara terbukanya tidak lagi dikaitkan dengan aktiviti sedemikian.

Begitu dengan sebuah perkampungan nelayan di Kuala Besut, Terengganu, yang kini sudah hilang nama asalnya. Tahun-tahun 1970-an, aktiviti seks berlaku di awal pagi kerana pekan Kuala Besut terkenal sebagai sebuah pekan nelayan.

Di celah-celah kebingitan suara enjin bot nelayan itulah kegiatan tersebut bermula. Awak-awak pukat jerut biasanya akan ke laut selepas waktu zohor dan pulang menjelang pagi.

Begitu juga dengan lokasi di bandar-bandar besar dan beberapa pekan yang bersifat homogenous. Ada lokasi telah berpindah menjadi lokasi yang tertutup, kerana usaha menarik minat pelanggan boleh berlaku dalam situasi ‘aku dan dia’, bukan lagi tawar menawar secara terbuka sebagaimana lazimnya transaksi berlangsung di lorong-lorong gelap, mahupun dengan pemilik premis yang menjadikan aktiviti pelacuran sebagai sumber pendapatan.

Suatu ketika, apartment di Jalan Kg Atap, Flat Chow Chee Kee, Lorong Haji Taib, Jalan Imbi, Changkat Thamby Dollah, mansion Jalan Masjid India, belakang Panggung Colesium, Sun Complex adalah antara lokasi yang dikaitkan dengan aktiviti haram, termasuk wanita kupu-kupu dan pondan.

Walaupun tempat-tempat itu seringkali diserbu oleh pihak berkuasa, aktiviti persundalan tidak juga dapat dihapuskan sepenuhnya. Aktivis-aktivis sentiasa mencari jalan keluar bagi membolehkan kegiatan tersebut terus bernafas.

Mereka memindahkan lokasi dan beroperasi dengan kaedah lain, menempel dalam bentuk pusat karaoke, rumah hiburan, kelab malam, rumah urut, hotel-hotel yang boleh disewakan untuk tempoh beberapa jam dan munculnya perkhidmatan muncikari (orang tengah atau bapa ayam).

Tentunya, cara mereka mempromosikannya semakin meningkat maju. Jika pihak berkuasa berhasrat menyerbu, ia memerlukan siasatan yang sangat tekun dan lama. Adakalanya sampai sebulan mencari bukti. Ia menjadi lebih mudah jika mendapat aduan atau laporan orang ramai. Begitu juga bila media mendedahkannya.

Dalam perkembangan terkini, promosi aktiviti tersebut bertukar corak, dari promosi secara langsung perkhidmatan seks hinggalah penempelan atas nama ‘teman sosial’, ‘temu dan mesra’ menerusi teknologi perhubungan canggih, dalam pelbagai platform media sosial yang ada.

Akhir-akhir ini, kita sangat muak dengan laman-laman sosial yang membanjiri wall facebook (meta), instagram, whatsapp, wee chat, telegram, ‘dating online’, messenger, x (twitter), dan sebagainya. Munculnya sebagai sampah dan seperti buih-buih yang kadangkala pecah, tetapi tidak semuanya buih itu mudah hilang. Buih-buih yang lain terus muncul.

Secara undang-undang, kegiatan itu diharamkan di Malaysia. Walaupun diharamkan, ia tidak sukar untuk melibatkan diri menjual dan membeli perkhidmatan seks. Boleh sahaja menghubungi muncikari, dan dalam beberapa jam, pekerja seks akan sampai di mana hotel si penempah itu menginap.

Sebahagiannya hanya memilih berdasarkan deretan potret yang ditunjukkan semasa menempah, dengan sedikit deskripsi: si A, seorang pelajar, belum berkahwin; si B seorang gadis, baharu tiga bulan beraktiviti, secara separuh masa; si C wanita import. tidak pernah menolak apa pun posisi yang ingin dilakukan, best performer; si D, janda muda baharu beberapa bulan bercerai, tetapi badan masih ‘bergetah’, giat bersenaman; si E, rupanya cantik, berkulit putih, boleh berbahasa Inggeris, ramah, dan pasti puas hati; si F, rambut ikal mayang, bermata bulat, sedikit bongkok (maknanya kuat seks), sedia menjadi teman sampai pagi, tidak merungut; dan macam-macam lagi.

Tergantung pada pilihan atau selera masing: tempatan atau luar negara; muda atau sedikit berusia; berpengalaman atau baru berjinak-jinak; dan jika tidak puas hati “boleh tukar yang lain”, atau boleh sahaja ‘reject’ dengan bayaran separuh atau sedikit potongan.

Semuanya boleh dirunding, harganya boleh tawar menawar. Ada juga yang tidak boleh dikurangkan, ‘ayam’ itu adalah model. Jarang ‘ayam-ayam’ itu menghampakan, dan tidak perlu takut kerana ‘ayam-ayam itu dijamin bersih’, kalau takut boleh pakai sarong.

Bermacam cara dan kaedah dilakukan oleh muncikari memikat pelanggan. Kini, berkembang pula laman-laman yang mempamerkan wajah yang eksotik, dengan gaya erotik- berpakaian minimum sehingga menampakkan apa sahaja yang boleh membangkitkan ghairah, kain yang sangat nipis dan melekat di badan; dalam pelbagai posisi, dari berdiri tegak hinggalah meniarap di atas tilam, menonggeng, terlentang dan mengiring; dengan posture dan aksi yang menampakkan pakaian dalam, aset yang membangkitkan ghairah lelaki; dan sebagainya.

Harga tergantung kepada usia, pengalaman, kecantikan, performace dan status ‘ayam-ayam itu’, sehingga boleh mencecah ribuan ringgit semalaman.

Kisah sedemikian pernah meributkan masyarakat Indonesia pada suatu ketika. Bila artis cantik yang mencari kemewahan diri sanggup melakukan aktiviti haram sebegitu. Nama-nama besar dalam dunia perfileman, sinetron, peragaan dan hiburan disorot, ditangkap dan dibicarakan atas kesalahan itu.

Hal yang sama juga pernah berlaku di Malaysia. Walaupun ‘ayam-ayam’ dan ‘lelaki penyundal’ tahu, jika ditangkap akan dihukum, nama baik keluarga, diri dan profesyen akan tercemar.

Jika dia seorang pelakon, lakonannya di filem, drama akan disekat atau jika dalam proses pembikinan, bakal digantikan dan ditamatkan kontrak lakonan. Jika dia adalah seorang penyanyi, tindakan pengendali media penyiaran akan meletakkan gam, sehingga penyanyi itu boleh jadi penasaran, tidak ada ruang mempromosi diri.

Jika tidak ada promosi, pendapatannya turut terjejas. Jika ada wang simpanan, wang itu perlu digunakan untuk membayar diri, kos guaman dan berbelanja sepanjang proses berdiam diri.

Beberapa hari lalu, wall facebook saya dipenuhi dengan gambar-gambar wanita cantik, wajahnya menampakkan ciri eksotik dengan pelbagai posture tubuh yang anggun dan erotik, berpakaian sepadan dan sesendat tubuh, kain yang membungkus tubuh tertutup tapi telanjang, minimum (hanya tinggal pakaian dalam), terdedah aset-asetnya (gunung kembar, dua puting berwarna kelabu,  pusat yang dalam, bertatoo ataupun tidak bertatoo, gunung kembar yang tegang, besar dan memboyot lesu, pinggul yang mengembang dan sebagainya); ada yang berasal dari luar negeri dan sesekali terserempak dengan ‘ayam-ayam tempatan’.

Ada akaun yang di namakan “Night Life”,  “Native American Girl”, “Tiktok girl”, “Alone”, “USA Canada Divorce”, “Black Dark Walker”, “Pesona Wanita Bali”, “Ajman room family partition available”, “Beautiful Roses”, “Lar Toth”, “MAMA MUDA”, “Native Peoples Heart”, “A R Al Rigga partition and Room”, “Brazilian Women & Widow Girls for friendship”, “Beauty of Bhutan”, “Curvy Babe”, “Atlanta Beautiful Center”, “Thaddeus Girl”, “New Asia”, “I Share”, “Etano PRO” dan “Hello”; dan dengan menggunakan nama-nama peribadi (nama sebenar, nama glamour atau nama samaran), antaranya “Christine Rozella”, “Kartika Fitri”, “Elina Devia Fans Club”, “Nancy Momoland”, “Kevin Ko”, “Scarlett Johansson”, “Nadtha”, “Nancy fans”, “Nancy world”, “Tantri”, “Veoun Srey Rath”, “Nul-Zud”, “Ku sala”, “Mai Shiong”, “Mahi Kumari”, “Yesi Mulia” dan “Bernadine Shaw”.

Menariknya lagi, gambar pegun (foto), video aksi, sama ada secara berseorangan atau berkumpulan dikongsikan dalam akaun media yang lain. Misalnya, “I Share” dengan “Pesona Wanita Bali”, “Etano PRO” dengan “New Asia”, “Ku Sala” dengan “I Share” dan sebagainya. Ini membuktikan bahawa laman-laman sebegitu adalah laman-laman yang sengaja dicipta untuk tujuan yang sama, yakni sebagai salah satu aspek pelancongan yang menguntungkan.

Saya terfikir “Night Life” dan “Wanita Pesona Bali”, bila ia memaparkan aktiviti malam di Pattaya, Thailand: syurga hiburan, rekreasi dan seks yang menjadi daya tarikan sebahagian orang, termasuk lelaki Malaysia, melancong (juga melencong) ke luar negara. Apatah lagi bila ‘reels’, video dan foto itu dihiasi dengan caption atau kata-kata yang menjurus kepada aktiviti sedemikian.

Antaranya, “I need a husband”, “Come to me, I’m lonely”, “We need foreign partner”, “Come close to me, I wait for you, allnight long”, “Chilling at beach, hot day…come together, room is cool,  cool, clean and safe”, “You’re give, I’ll take and I’ll give back to you”, “Enjoy a beautiful moment”, “Comfortable night, me and you”  dan ada caption seperti merayu: I’m New in Dubai (deira). My room very clean (alone) Full time available’, atau “I’m single. My room verry clean (alone) and safe. Very comfort, night and day, you and me.’  

Jika bukan tujuan menggoda, kenapa mesej erotik itu dibuat? Jika bukan tujuan “menawarkan khidmat seks” tentunya tidak muncul posting yang mengghairahkan, ada aksi erotik dirakamkan walaupun ‘keseorangan’? Jika bukan kerana ‘mengosongkan poket lelaki gersang” tentunya tidak dipamerkan posture tubuh, aset yang besar dan sebagainya, strategi meruntun emosi.

Saya pernah beberapa kali cuba untuk menghilangkan wall sedemikian daripada terus membanjiri laman facebook. Akhirnya saya mendapat jawapan daripada ‘admin facebook’, laman itu tidak dapat dipadamkan atas alasan yang samar-samar; tidak melanggar peraturan komuniti.

Apa yang tidak diberitahu (disembunyikan), jika pentadbir laman sosial mengetepikan laman-laman sedemikian, mereka akan kehilangan pelanggan, dan secara automatiknya kehilangan pendapatan.

Langganan yang kurang, akan menyebabkan iklan juga berkurangan. Semuanya ini mempengaruhi dan itulah dunia komersialisasi, yang melahirkan budaya popular, juga sebagai salah satu faktor yang mempengaruhi kemasukan pelancong.

Seperti kita ketahui, mengapa pelancongan yang berunsur demikian menjadi popular dalam konteks ‘sambil menyelam sambil minum air’ bersama-sama keindahan flora dan fauna. Ia disebabkan oleh naluri manusia, mencari kelainan walaupun sudah berpasangan (berkahwin).

Mungkin ada hasrat untuk menikmati ‘ciri-ciri lain’ yang tidak ada antara pasangan masing-masing atau mencari ghairah seks kerana pasangan tidak lagi romantik, tidak memberikan layanan terbaik dan juga mencuba kelainan aksi.

Saya pernah bertanyakan beberapa orang lelaki berusia yang kerap mengunjungi rombongan melancong ke beberapa bandar di Thailand (Hatyai, Bangkok, Krabi, Phuket, Golok dan Betong), rata-rata mengatakan mencari ‘ayam’ dan ‘night life’ yang sukar atau mahal jika di Malaysia. Lagipun, jika di Malaysia, akan terserempak dengan kenalan, akan bocorlah rahsia ‘makan luar’.

Saya pernah ke Hatyai pada suatu ketika, dan malam-malamnya, hampir separuh kedai makan dipenuhi pelancong Malaysia. Apa yang menarik ialah 20 hingga 30 peratus lelaki itu berpimpinan tangan dengan pasangan masing-masing.

Sangat berbeza jika diukur daripada penampilan wajah, malah wanita di sisinya seusia anak perempuan sendiri. Usia jauh berbeza, tetapi kerana dibayar, wanita-wanita itu tidak merasa kekok melayan ‘ayah’ dan memenuhi keinginan seks ‘sang ayah’.

Lelaki seperti itu, tiada batas malu dan haramnya bersenggama dengan wanita ‘pekerja seks’, yang dalam fikiran masing-masing pernah berkata “kotor dan jijik”. Tetapi, ‘kotor dan jijik’ bukan penghalangnya, nafsu seks terpuaskan, janji ‘orang rumah tidak tahu’ dan ‘kawan-kawan understanding’.

Understanding, kerana kawan-kawan juga wajib menyimpan rahsia masing-masing. Jika tidak, huru-haralah rumah tangga bila pulang nanti. Pastinya, yang lebih ingin dijaga ialah dikecam ‘malu’ oleh kenalan lain dan ahli keluarga. Isteri mencebek masam kalaupun tidak berterbangan periuk belanga.

Itu pengalaman yang saya kutip di pertengahan 1980-an. Waktu itu saya merupakan fellowship untuk mengkaji perihal keberkesanan kaedah perancangan keluarga di beberapa buah negara Asia Tenggara, dalam rangka penyelidikan ‘population communication management’, bagi pihak sebuah organisasi antarabangsa.

Saya dibantu oleh seorang pembantu, seorang doktor wanita, pakar dalam bidang reproduksi atau geneakologi. Beliau pernah melakukan pembedahan pemandulan, nasihat kehamilan dan juga doktor yang menyambut kelahiran.

Beberapa tahun kemudian (1989), saya dipilih dalam pertukaran penjawat awam antara Malaysia dan Indonesia. Saya pernah ke Surabaya, Bandung dan Jakarta sekitar tiga minggu.

Sempat melawat beberapa Puskesmas –Pusat Kesihatan Masyarakat – dan diberikan taklimat bagaimana Indonesia berusaha mengawal pertumbuhan penduduk. Indonesia yang kaya hasil mahsul agak sukar menampong keperluan asas penduduknya yang begitu ramai.

Ledakan penduduk atas faktor kelahiran semula jadi yang tinggi. Atas sebab itu, Indonesia pernah muncul sebagai sebuah negara yang berjaya dalam kempen keluarga berencana (perancang keluarga).

Suatu malam, rombongan kami dibawa menikmati night life di Tanjung Priok, Jakarta Utara. Sebelumnya, di sebelah petang, kami diberikan peluang menaiki pelbagai jenis gondola di Taman Mini Indonesia Indah, termasuk kapal berayun yang dikatakan mirip kapal Nabi Nuh AS dan roller coaster.

Menaiki roller coaster tidak ada masalah bagi saya. Saya tidak terasa olengannya. Berbeza dengan Kapal Nabi Nuh AS, sebaik sahaja turun (tamat ayunan), saya termuntah-muntah akibat tidak tahan dengan olengan yang cukup kuat hingga jantung bergerak cepat, badan berpeluh-peluh ketakutan. Muka pucat lesi.

Akhirya, saya memperoleh sedikit ketenangan, dan antara kami bertukar-tukar pengalaman merasai Kapal Nabi Nuh itu. Beberapa tahun lalu, saya saksikan filem 2012, arahan Ronald Emmerick, yang cukup mendebarkan akibat salah faham mengenai kiamat, kerana mengambil tarikh akhir baktum ketiga (satu baktum bersamaan seribu tahun) dalam kalendar purba peradaban Maya di Mexico dan Amerika Tengah.

Malamnya, kami ke Pantai Tanjung Priok, sebuah kawasan peranginan yang tidak putus pengunjung. Destinasi pelancongan itu sangat beragam, sama beragamnya dengan hasrat pengunjung dan penyedia perkhidmatan. Daripada menjual jajan, minuman, permainan kanak-kanak hinggalah pembekal sewa tikar.

Tanjung Priok merupakan sebuah kawasan pelabuhan yang penting pada zaman kolonial Belanda. Juga menjadi salah satu latar lokasi penceritaan Hamka dalam novel Tenggelamnya Kapal van der Wijck (1939), kisah percintaan Zainudin dan Hayati yang tidak kesampaian.

Melihat banyaknya tikar yang disusun menegak, saya bertanya kepada salah seorang ‘pegawai pengiring atau LO (liasson officer)’ yang ditugaskan sepanjang tempoh pertukaran antara pegawai Malaysia-Indonesia.

Katanya, ia membolehkan ramai orang dapat mencari rezeki, dengan perkhidmatan menyewa tikar. Saya bertanya lagi: “untuk apa?” Kalau siang hari, saya boleh faham. Tikar sebagai alas tempat duduk di pantai yang berpasir itu.

Jawab LO itu, dua pihak yang peroleh rezeki daripadanya. Pertama pemberi sewa (yang menyediakan tikar) dan satu lagi ialah ‘pelayan seks’. Ertinya, tikar itu dijadikan alas untuk ‘pasangan’ melakukan hubungan seks di Pantai Tg Priok, bersembunyi di celah-celah pokok yang gelap dan samar-samar.

Setelah selesai, tikar itu diambil kembali dan disewakan kepada orang lain. Begitulah, setiap malam kecuali jika hujan lebat dan ombak melanda. Semuanya terhenti.

Mungkin kerana jawapan itu tidak memuaskan, LO berkenaan menyambung: Inilah kebijaksaan pemerintah. Jika ianya disekat, siapakah yang memberikan mereka makan.

Baharu saya faham. Sebabnya cukup jelas, Indonesia mempunyai penduduk yang ramai, bahkan dua atau tiga kali ganda (penduduk Jakarta) daripada penduduk Kuala Lumpur jika dibandingkan.

Alasan itu memang saya ketahui. Jakarta merupakan sebuah kota raya yang terpadat di Asia Tenggara, dan dalam masa yang sama. mempunyai sangat ramai penghuninya. Banyak yang bermimpi indah hidup di kota, maka hijrah ke kotaraya mencari sesuap nasi cukup besar, walaupun kehidupannya cukup perit dan sukar. Mereka tetap membina impian besar. Mereka tinggal sama ada di kawasan-kawasan pinggir bandar sebagai setinggan ataupun gelandangan.

(BERSAMBUNG)

MAHANOR SALEHA

Translate »