“Bergerak ke arah tahun 2020, kita mungkin akan berdepan dengan Israel yang semakin meluas yang bersifat perkauman dan ultra-kapitalis yang sibuk melakukan pembasmian etnik terhadap Palestin. Bagaimanapun, ada peluang cerah yang negara yang sedemikian akan menerima ‘pemimpin’ mereka untuk bertindak dan menamatkan sebarang hubungan yang mereka ada dengan Israel. Mereka tidak patut mendengar slogan-slogan lampau, yang sudah tidak lagi relevan dalam perjuangan untuk satu Palestin yang lebih adil dan demokratik.”
Itu adalah rumusan Prof Ilan Pappe, “Perbualan Masa Lalu dan Masa Kini”, bab pertama buku Perihal Palestin, terjemahan On Palestin oleh Maryam Zakiah, terbitan Hashim Sani Centre for Palestine Studies dan Biblio Press, Petaling Jaya, Selangor, 2024. Edisi asal terbitan 2015 oleh Haymarket Books, Chicago, USA dan ikut diterbitkan oleh Penguin Random House, New York, pada tahun yang sama. Ia merupakan kumpulan wawancara dan rencana dua orang ahli akademik Yahudi yang disunting oleh Frank Barat, aktivis pro Palestin dan penerbit filem dari Perancis.
Walaupun pandangan Prof Ilan Pappe itu terhad sehingga tahun 2014, ramalannya dilihat ada benarnya ketika ini, ketika Israel bertindak ganas menjarah Palestin dan membunuh kejam penduduk asal Palestin. Sebagai settler colonialism (peneroka-penjajah), Israel telah mencontohi sejarah kemunculan negara penjajah kulit putih Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Afrika Selatan.
Kisah diskriminasi dan penyingkiran penduduk asal telah mewarnai sejarah pelnggaran norma kemanusiaan, doktrin kebebasan dan hak asasi, yang menjadi doktrin universal masyarakat antarabangsa dan kerangka dasar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBBB). Sejak tertubuhnya negara haram Israel (14 Mei 1948), rakyat keturunan Arab-Palestin dikeronyok, dibunuh dan dihalau keluar daripada tanah leluhur mereka sehingga membentuk penjara terbesar di dunia (Ilan Pappe, The Biggest Prison on Earth: A History of the Occupied Territories, London: One World Publication, 2017)
Episod terbaharu settler-colonialism, Israel yang disokong Amerika Syarikat dan sekutunya dari Eropah, dilihat tidak lagi berupaya mempertahankan kekejaman Zionis untuk melakukan pembersihan etnik di Palestin, muncul dengan hebatnya desakan yang membuak-buak masyarakat antarabangsa terhadapnya. Dalam satu kajian, sejak 7 Oktober hingga akhir November 2023, hampir 8,000 protes berlaku di seluruh dunia, mendesak Israel hentikan pembunuhan kejam dan menyerang Gaza. Palestin mesti dibebaskan.
Protes sedemikan telah memasuki kampus universiti di beberapa buah negara, dan paling meluas ialah di seluruh Amerika Syarikat sendiri, sehingga ada desakan agar pengurusan universiti memutuskan hubungan dengan Israel, sama ada dalam bentuk kerjasama akademik, atau dana universiti digunakan sebagai pelaburan dalam syarikat-syarikat milik Yahudi Zionis. Bahkan, firma teknologi internet terkemuka, Google telah didesak oleh kakitangannya membatalkan kontrak pembinaan sistem pengkalan data dengan kerajaan Israel.
Sentimen bencikan Israel disamakan dengan anti-semitik. Israel menggunakan istilah tersebut secara ‘membabi buta’ sebagai teknik dan label propaganda, sehingga membentuk pendapat umum bahawa semua orang Yahudi dibenci. Begitu juga, apabila mengkritik Israel, individu, organisasi dan negara terbabit dikategorikan sebagai anti-semitik. Malaysia tidak terkecuali daripada dakwaan tersebut, sehingga muncul seorang ahli akademik Amerika Syarikat pro-Zionis mengkelasifikasikan tindakan itu sebagai ‘holocaust 2.0’.
Beberapa hari lagi, seorang wakil pentadbiran Rumah Putih mengadakan kunjungan rasmi ke Malaysia. Tujuannya ialah menjelaskan pendirian Amerika Syarikat terhadap Malaysia, kerana Malaysia sangat konsisten berjuang untuk kemerdekaan Palestin, termasuk menghulurkan bantuan kewangan dalam pelbagai misi kemanusiaan. Amerika Syarikat mendakwa, oleh kerana menjalin hubungan diplomatik dengan Iran, pendirian Iran yang kental untuk membantu Palestin, Iran telah menggunakan perairan Malaysia untuk memindahkan eksport minyaknya ke kapal negara lain. Iran juga didakwa menyalurkan hasil penjualan minyak untuk membiayai pihak Hamas.
Malaysia mempunyai pendirian yang jelas dan konsisten. Apa pun sekatan ke atas mana-mana negara yang dilakukan secara berasingan dengan ketetapan PBB, tidak akan diakur. Oleh kerana PBB tidak menyekat atau mengharamkan Hamas dan Palestin, maka Malaysia akan terus membantu. Negara-negara yang mengharam atau melakukan sekatan ke atas Palestin, Iran dan sebagainya, tidak boleh menghalang Malaysia daripada melakukan tindakan yang sama.
Ertinya, dalam pemahaman geopolitik antarabangsa, Amerika Syarikat dan sekutunya masih merasakan mereka adalah “polis antarabangsa” dan berkuasa seperti kuasa tunggal politik dunia setelah beberapa musuhnya yang ‘abadi’ dapat ditumbangkan. Kejayaan itu telah disifatkan sebagai “penamat sejarah” oleh Francis Fukuyama, dan juga “kemenangan kapitalis liberal’. Ia ditandai dengan runtuhnya wilayah-wilayah USSR (kesatuan Soviet) dan kemuncaknya ialah runtuhnya Tembok Berlin.
Keruntuhan itu dimuktamadkan sebagai tamatnya Perang Dingin (perang ideologi – demokrasi dan komunis). Ekoran keruntuhan itu, atau tamatnya Perang Dingin, muncul pula apa yang dipanggil ‘pertembungan peradaban’, yang membawa kepada penegasan semula tentangan barat terhadap ‘kebangkitan Islam’ yang pernah memalukan Amerika Syarikat apabila kerajaan boneka Iran ditamatkan oleh Revolusi Iran pada tahun 1979. Episod kegagalan itu membuka ruang lebih besar terhadap cemohan dan kebencian terhadap Islam, yakni Islamofobia.
Peranan media barat, khususnya yang dikuasai oleh Yahudi-Zionis, politikus berdarah keturunan Yahudi dan aktivis Zionis yang ada di beberapa buah negara (Belanda, Amerika Syarikat, Denmark, Sweeden, Perancis dan lain-lainnya) telah menyemarakkan kebencian itu sehingga melengkapkan makna Islam sebagai kelompok “ganas” dan ‘terrorist”. Ini telah dikaji dengan mendalamnya oleh Edward W Said (1935-2003) selepas kejayaan Revolusi Iran, yang dapat teliti dalam Covering on Islam: How The Media and the Expert Determine How We See the Rest of the World (1981 dan dikemaskinikan 1997).
Edward W Said turut memperkatakan peranan dan tanggungjawab yang dimainkan oleh para orientalis (pengkaji pengetahuan ketimuran dengan menggunakan sudut pandangan ilmiah barat) sehingga membentuk paradigma pemikiran yang berat sebelah dan keterlaluan terhadap Islam. Edward Wadie Said merupakan keturunan Palestin (lahir di Jerusalem 1 November 1935) yang terpaksa berhijrah dan hanya berpeluang kembali melawat tanah leluhurnya pada bulan November 1998.
Tahun 1991, Edward W Said dikesan mengidap leukimia, yang membawa kepada keinginannya untuk menulis sudut pandangannya mengenai Palestin masa lalu dan meninjau apa yang telah dilakukan oleh Yahudi-Zionis ke atas bangsa leluhurnya, walaupun dirinya adalah penganut Kristian Katholik (Edward W Said, Out of Place: A Memoir, New York: Alfred A Knopf, 1999). Noam Chomsky dan Illan Pappe tetap menghargai pandangan akademik Edward W Said walaupun ketika kumpulan wawancara Perihal Palestin diterbitkan (2015), tokoh bahasa dan sastera yang mengajar di Universiti Columbia, USA, yang dianggap pelopor dalam kajian teori pasca-kolonial (post-colonial studies) telah meninggal dunia (24 September 2003).
Bukunya yang terkenal mengenai kajian tersebut ialah Culture and Imperialism (1993), yang disiapkan dalam sela masa kuliah dan menjalani prosedur chemeotraphy. Kajian dan penelitian Edwar W Said banyak menyumbangkan kepada pemahaman semula makna imperialisme budaya, dan juga usaha-usaha menjungkirbalikkan Islam, termasuk propaganda Yahudi-Zionis bagi membentuk persepsi masyarakat antarabangsa terhadap kewajaran mereka membangunkan Palestin dengan cara yang sangat kejam, tidak berperikemanusiaan dan ganas yang terangkum dalam konsep settler colonialism.
Namun setelah lebih tujuh puluh tahun masyarakat antabangsa dibohongi oleh agen propaganda Israel, organisasi-organisasi rahsia dan pelbagai teori konspirasi, konflik 7 Oktiber 2023 benar-benar sedang mencelakakan Israel, yang tempiasnya turut dirasai oleh Amerika Syarikat dan sekutunya dari Eropah. Hal ini dapat dibuktikan apabila Palestin dipersetujui menjadi ahli penuh PBB yang ke-194 apabila 143 buah negara menyokong, manakala 9 buah negara menentang dan 25 buah negara lagi berkecuali.
Undian pada 10 Mei 2024 membawa maksud, Palestin sudah pun memenuhi syarat dan layak memperolehi taraf sebagai sebuah negara merdeka. Ini akan mencabar Israel dan memaksa melihat semula penerimaannya terhadap Israel sebagai anggota PBB hanya beberapa bulan selepas ditubuhkan secara paksa dengan bantuan Amerika Syarikat. Jika dalam Majlis Keselamatan PBB (UNSC), lima buah negara mempunyai kuasa pembatal (veto) –Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Rusia dan China – tidak menggunakannya, bererti cahaya terang untuk Palestin akan terbuka.
Palestin berhak dan berpeluang untuk memfailkan kekejaman negara haram Israel ke timbangtara antarabangsa, dan boleh diadili sebagai penjenayah perang. Ketika ini, Palestin tidak mampu berbuat demikian kerana hanya diberikan pengesahan sebagai negara pemerhati, tidak berpeluang mengundi dan berhak membuat apa-apa keputusan di dalam platform tersebut.
Sebab itulah, dalam kes memohon Israel dibicarakan sebagai pelaku genosid di Palestin, Afrika Selatan membawa usul tersebut, yang kini sedang dimulakan prosesnya di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). Jika meraih kemenangan, ada unsur-unsur genosid, Israel bakal dibicarakan sebagai ‘penjenayah’ dan sekaligus akan mematikan counterpropaganda selama ini, Israel bukan mengganas tetapi ‘mempertahankan diri’.
Ketika ini, masyarakat dunia mengkritik dan mengecam Israel, yang didokong oleh ideologi Zionis, yang diserap dalam aspirasi sekelompok Yahudi sejak tahun 1896 sebagai perjuangan menubuhkan negara haram Israel, yang asalnya dinamakan Negara Yahudi (Der Judenstaat). Israel sebenarnya tidak berhak untuk menentukan rakyat Palestin, kerana hubungan sejarahnya telah dipesongkan dengan jelas, sehingga menjadi sebuah doktrin politik ‘bangsa pilihan’ lebih ganas daripada apa yang dilakukan oleh Hitler ketika menaikkan emosi dan psikologi berjuang dengan ‘kemuliaan bangsa Aryan’, yang membawa kepada holocaust menjelang Perang Dunia II.
Secara jelas, membenci dan mengecam ideologi Zionis bukanlah anti-semeitik. Anti-semeitik mungkin boleh diberikan kepada dasar dan perjuangan Hitler menjelang Perang Dunia II, yang sangat bencikan masyarakat Yahudi sehingga berusaha keras untuk menghapuskan mereka sebagai ‘penyelesaian terakhir’. Dalam ideologi politik Nazi, tidak muncul istilah Zionis, yang muncul ialah aspirasi Hitler untuk mengangkat bangsa Aryan sebagai bangsa yang kuat, gagah dan perkasa, yang akan memimpin dunia, dengan cara menghapuskan sebanyak mungkin keturunan Yahudi.
Kenapa Hitler membenci Yahudi? Yahudi dibenci kerana mereka telah menimbulkan pelbagai masalah dalam banyak perkara di Eropah. Yahudi menguasai ekonomi dan sistem kewangan. Yahudi juga menjadi perancang utama dalam mencetuskan konflik dan masalah politik, kerana kehendaknya cukup jelas, menjadikan seluruh dunia di bawah kekuasaannya. Walaupun Yahudi tidak mengakui hasrat tersebut, telah dijumpai beberapa dokumen rahsia mengenai impian dan cita-cita tersebut.
Dokumen rahsia itu dikenali sebagai Protokol Yahudi Antarabangsa, yang merupakan keputusan-keputusan yang dicapai oleh Pertubuhan Yahudi Antarabangsa (WZO) sejak pertemuan pertama berlangsung di Basel, Switzerland pada tahun 1897. Sejak itu, WZO menggunakan apa sahaja kesempatan, peluang dan potensi yang mereka miliki, untuk mempengaruhi sesuatu perkara, termasuk mencetuskan bunga-bunga perang antara negara.
Bagi WZO, hanyalah dengan menghasut negara-negara berperang, kapitalis Yahudi yang berideologikan Zionis akan meraih keuntungan berganda, sebagai pembiaya kos perang. Inilah yang berlaku sehingga tercetusnya Perang Dunia I. Bagi menamatkan Perang, mereka merancang pelan perdamaian, yang akhirnya negara-negara yang terlibat perang mengalami masalah kewangan dan ekonomi yang teruk pasca perang.
Jerman merasai keadaan itu dan menilai Perjanjian Versailles telah menuebabkan negara itu mengalami penderitaan yang parah: hutang yang tinggi (6.6 bilion pound sterling), pengangguran meningkat, kekurangan sumber makanan, dan menderita akibat pelbagai sekatan ekonomi.
Setelah Hitler dilantik sebagai pemimpin Parti Nazi dan berkuasa, halangan-halangan itu tidak dipedulikan. Dengan bantuan kapitalis Yahudi, Hitler mula membangunkan semula angkatan tentera (dalam Perjanjian Versailles, keanggotaan tentera dihadkan tidak melebihi 100,000 orang) tanpa mempedulikan sekatan yang dikenakan. Akhirnya Hitler berjaya membina kekuatan tersebut dan peranan Dr Joseph Goebel cukup besar dalam menaikkan semangat patriotik dalam kalangan bangsa Aryan. Hitler menjadi kekuatan baharu dan oleh kerana bencikan Yahudi, maka di situlah lahirnya istilah anti-semitik.
Antisemitik merupakan istilah yang diperkenalkan oleh seorang wartawan Jerman, Wilhelm Marr dalam sebuah tulisannya bertajuk Der Seig des Judentums uber das Germantum (Kemenangan Yahudi atad Kejermanan) pada tahun 1879. Marr adalah aktivis sekular, yang seringkali menyalahkan agama termasuk pembabitan orang Yahudi dalam ritual agama dengan mengorbankan kanak-kanak.
Marr melihat ancaman Yahudi terhadap Jerman adalah bersifat perkauman. Masalah itu berpunca daripada sifat yang ada pada diri mereka, iaitu ‘keunikan kesukuan’ dan ‘pengaruh luaran’. Marr yang tidak bersetuju dengan ‘keunikan kesukuan’ berusaha gigih untuk meraih penghormatan intelektual dengan menyangkal hubungan antara ideologi dan kefanatikan (tahyul dan mitos). Kemudiannya, setelah munculnya ideologi Zionis, ia menjadi persoalan ‘keunikan kesukuan’ (faham kabilah).
Rasa benci kepada Yahudi sudah lama berakar dalam kehidupan manusia. Jika diteliti daripada sejarah, ia sudah pun sejak Yahudi muncul sebagai agama samawi terawal. Ahli sejarah klasik, Tacitus (50-120M) misalnya menyifatkan adat istiadat Yahudi sangat rendah dan menjijikkan. Tacitus sangat terganggu dengan rakan-rakannya, yang meninggalkan dewa dewi untuk menjadi penganut Yahudi.
Penyair Romawi yang lain, Juvenal (55-130M) turut mengungkapkan rasa jijiknya terhadap Yahudi, dengan mencela perilaku orang Yahudi yang pemabuk dan suka menimbulkan masalah. Yahudi dihina dan dikecam kerana perilakunya yang melanggar keyakinan agama yang mereka anuti. Bahkan, gambaran kejahatan dan perilaku kejan penganut Yahudi cukup banyak diperkatakan, termasuk dalam kitab suci umat Islam, al-Qur’an.
Orang Yahudi, yang di dalam al-Qur’an dirujuk sebagai Bani Israel, mempunyai Nabi yang lebih ramai berbanding kaum-kaum lain merasa sombong dan terhormat. Akibatnya, orang Yahudi akan menentang mana-mana kelompok atau penganut agama lain dan dalam masa yang sama, turut membunuh ‘orang-orang yang mulia diutuskan Tuhan’ kerana kesombongan dan keangkuhan.
Bahkan, setelah munculnya Nabi Isa AS yang membawa ajaran agama yang berbeza, orang Yahudi menyimpan dendam yang cukup besar kepada pengikut ‘ajaran baharu’ itu. Pendeta Yahudi yang merasakan kedudukan kuasa dan pengaruhnya tergugat mula merancang pelbagai strategi untuk mengkhianati Nabi Isa AS dan pengikut-pengikutnya. Dalam kajian sejarah, pengikut Nabi Isa AS dikenali sebagai orang Nasrani, mengambil sempena lokasi kelahiran Nabi Isa AS, iaitu Nazareth.
Oleh kerana pengamal agama Nasrani semakin berkembang dan meluas, muncullah beberapa orang pendeta Yahudi untuk melakukan penyelewengan ajaran agama baharu itu. Tindakan pertama ialah dengan menyamar sebagai ahli agama Nasrani dan mendekati penganut tersebut dengan memesong beberapa prinsip yang dibawa oleh Nabi Isa AS. Asalnya, dalam keyakinan beragama, tidak muncul konsep trinity, dan konsep dosa warisan.
Sebagai langkah seterusnya, beberapa orang pemuka Yahudi menyebarkan ajaran bahawa Nabi Isa AS adalah juruselamat, yang akan mengorbankan diri untuk ‘menebus dosa warisan’. Setelah Nabi Isa AS disalibkan, seluruh penganut agama Nasrani bebas daripada menanggung ‘dosa warisan’; mereka bersih daripada dosa yang ditinggalkan oleh nenek moyang. Ia kemudiannya, diperkenalkan konsep trinity, iaitu tiga posisi tuhan – tuhan anak, tuhan bapa dan Rahul Kudus.
Sedangkan, dalam ajaran sebenar yang dibawa oleh Nabi Isa AS, hanya ada satu tuhan, iaitu Allah SWT, tuhan yang sama diyakini oleh umat Islam. Sebab itulah asas tiga agama samawi (berasaskan wahyu) ada persamaan tauhid dan juga beberapa ritual agama; bukannya sebagai tindakan peniruan sebagaimana didakwa oleh sesetengah pengkaji agama.
Jadi, tiga agama samawi inilah yang menjadi fokus dalam persoalan awal perebutan ‘tanah yang dijanjikan’ atau dikenali sebagai Palestin. Di situlah dikatakan mempunyai ‘nilai kesucian’ dan sejarah yang bertaut dalam tiga agama samawi, Judaisme, Kristian (Nasrani) dan Islam, terutama Jerusalem atau Baitul Maqdis. Sejarah perebutan itu cukup panjang, dan sekarang ia menjadi kisah sejarah kejam yang tidak akan terpadam setelah runtuhnya Empayar Utsmaniah dan tertubuhnya negara haram Israel pada 14 Mei 1948.
(BERSAMBUNG)
KAMARUN KH
Recent Comments