Sedikit sebanyak hasrat sekumpulan pemikir Yahudi untuk menubuhkan negara haram Israel atau mereka panggil; “Negara Yahudi” telah kita ketahui hasil daripada keinginan seorang lelaki bermana Theodore Hertzl, yang sangat kuat berpegang kepada ‘peta minda’nya, yang termotivasi oleh persepsi buruk yang dialami oleh Yahudi di beberapa negara Eropah.

Selain daripada rasa terhina ‘tidak mempunyai negara’, Hertzel yang tersentuh dengan apa yang berlaku ke atas salah seorang askar Yahudi dalam pasukan tentera Perancis, yang sengaja dihukum atas maklumat palsu, beliau membangkitkan ‘rasa marah’ itu sebagai motivasi penyatuan Yahudi di Eropah.

Hertzl menggunakan kebolehannya mengungkapan persoalan-persoalan yang dirasakan tidak sepatutnya dihukum dengan maklumat palsu ke atas Kapten Alfred Dreyfus yang dituduh memberikan maklumat rahsia kepada seorang pegawai di Kedutaan Jerman di Paris. Akibatnya, Dreyfus dipenjarakan selama lima tahun di Pulau Hantu (Devil Island) yang terletak di French Guiana. Mungkin peminat Megadeth (kumpulan rock metal thrash Amerika) terkenangkan lagu “Devil Island”, mengisahkan seorang banduan yang disiksa, ditahan di situ sebelum dipenggal, yang terkandung dalam album Peace Sells…but Who’s Buying (1986).

Dave Mustaine yang menghasilkan lirik tersebut menulis: The light that fill my lonely cell/ Is blocked out by the key/ That locks the door to this hell/ The place they wanted me. Time’s racing like the wind/ Execution’s near. Oh Lord, I wait for death/ And yes, I have no fear. I recall that night, my every breath/ And step along the way. Closed my eyes, walking/ As danger pave the way. The devil and the darkness/ Let her evil wander free. And here on Devil’s Island/ The final for me. Devil’s Island! Devil’s Island/ Oh there’s no escape/ The sea is full of sharks/ The tides take you way/ And smash you on the rocks. The sun is shinning/ But feel not today/ Its warmth, its dying/ And fading away. From the grave beyond/ Her soul could, it creates song. As there is no man that is/ Here upon the earth/ Able to terminate our/ Noisome will since birth. The priest that reads sermons/ Is walking next to me/ To the stake, my last request/ To have her burn with me. But so it did, the heavens opened/ Rain began to fall. The final judgement came/ And was spread before you all. Final judgement!/ Old, weak, and feeble/ But the lesson taught to me/ To stay away from evil/ She doesn’t care for me. She haunted me in my sleep/ Though I tore that page away. And here on Devil’s Island/ I’ll always have to stay. Devil’s Island! Devil’s Island!/ Here I am/ Devil’s Island! Devil’s Island!.

Mungkin itulah perasaan yang dialami oleh tahanan Palestin yang ditahan di penjara Israel. Mereka ditahan bukan kerana menceroboh, mencuri, menjarah tetapi demi maruah dan harga diri. Rakyat Palestin berjuang atas keringat dan air mata: membebaskan setiap inci tanah milik mereka yang dijarah. Mereka berjuang demi kelangsungan hidup daripada kebiadapan manusia yang mengiystiharkan diri sebagai ‘yang terbaik dan pilihan tuhan’; sebuah paradoks dan konflik jiwa tanpa kesudahan.

Usaha melenyapkan Palestin merupakan agenda Yahudi yang bermuarakan rasa benci, tamak dan kesombongan dengan memutarbelitkan fakta sejarah. Mereka cukup licik, mengguna dan mencipta apa sahaja ruang untuk melakukannya tanpa ada rasa sedih, kesal, bersalah kerana mereka sudah diasuh dengan hukum rimba: survival of the fittest. Steward Rross menulis:

Zionism was a drive to restore the Jewish people to the land their distant ancesstors had occupied in Biblical times. Zion was Mount Zion in Jerusalem, a symbol of the Jewish homeland since the sixth century BC. Its emergence owed munch to three factors: nationalism, imperialism and a Jewish religious movement that believed that the Jews could redeemed themselves and hasten the arrivak of Messiah if they returned to the Holy Land and prepared it for His arrival.” (Steward Ross, Teach Yourself series, The Israli-Palestine Conflict, London: The McGraw-Hill Companies Inc., 2007, hal. 19).

Ini bermakna persoalan Palestine sebagai ‘tanah rebutan’ bukanlah satu perkara baharu yang muncul tatkala diaspora Yahudi berjaya membentuk kesatuan antara mereka untuk kembali ke Tanah Yang Dijanjikan, yakni tercetus ketika Theodore Hertzl menjadi pejuangnya. Keinginan untuk kembali ke Palestin sebenarnya sudah lama berlaku, namun keinginan itu tidak lahir sebagai satu bentuk perjuangan yang besar dan tersusun rapi sebagaimana yang berjaya dilakukan oleh Theodore Hertzl buat pertama kalinya, selepas mencapai resolusi bersetuju untuk menubuhkan sebuah negara untuk keturunan Yahudi (1896).

Jika kita meniliti sejarah, kita akan menemukan fenomena yang mengarah kepada perjuangan tersebut dalam doktrin Perang Suci yang diawali dengan hasrat untuk menjadikan gereja kembali berada di kemuncak kuasa. Sebagaimana yang kita ketahui, akibat kongkongan gereja, banyak situasi aneh dan tidak menepati kehendak ajaran Kristian telah berlaku, sebahagiannya kerana agama itu telah berjaya dipesongkan oleh sekelompok agamawan dalam kalangan pemuka agama Yahudi. Yahudi menganggap agama yang mereka anuti adalah agama yang terbaik dan menjadi pilihan tuhan kerana sebahagian nabi-nabi yang diutuskan adalah daripada Bani Israel.

Itulah sebabnya, jika nabi-nabi yang hadir kemudian membawa ajaran yang berbeza dengan kepercayaan agama Yahudi akan muncul pelbagai perancangan untuk ‘membunuh’ atau memesongkan ajaran agama tersebut. Ini berlaku kepada agama yang dibawa oleh Nabi Isa AS, yang awalnya dikenali sebagai agama dari Nazareth. Nazareth adalah lokasi kelahiran dan tempat Nabi Isa AS membesar.

Nazareth merupakan sebuah daerah kecil yang bersempadan dengan Tiberitas, Acre (Akka) Beisan dan Haifa. Nazareth berada dalam daerah Galilee bersama-sama Acre, Safad, Tiberitas dan Beisan. Setelah terjadinya konflik Arab-Israel pada tahun 1948, daerah kecil Nazareth hancur dikeronyok Israel. Israel kemudiannya menggabungkan Nazareth ke dalam daerah kecil Beisan dengan nama baharu daerah kecil Jezreel.

Jika kita meneliti sejarah, kita akan menemukan banyak fakta bahawa tujuan Perang Salib sebenarnya adalah berkaitan dengan politik dan kuasa, bukan atas faktor agama. Ia ada persamaan dengan apa yang dilakukan oleh Theodore Hertzl tatkala dia membuka ‘peta minda’ untuk membangkitkan semangat menuntut ‘tanah yang dijanjikan’. Perang Salib merupakan natijah terhadap perpecahan kuasa gereja, tidak lagi sebuah kesatuan yang kuat di Eropah, walaupun masih berpengaruh. Pengaruh terbesar ialah kuasa pemuka agama yang bernaung di bawah Roman Katholik yang menguasai Eropah bahagian barat dan tengah. Di bahagian timur, agamawan Kristian tidak lagi menghormati keputusan-keputusan kardinal yang berpusat di Rom dalam empayar Romawi.

Jadi, salah satu indikasinya ialah berlaku penentangan dan konflik antara Gereja Barat (Romawi) dan sekelompok agamawan di Timur, terutama di Jerman dan beberapa wilayah di sekitarnya. Akibat berlakunya kemerosotan Empayar Byzantium di timur, perpecahan dalam Empayar Carolingian akhir Abad ke-9, kestabilan politik di Eropah mula bermasalah. Ini kerana semasa Kristian menjadi sebuah bentuk pemerintahan bersifat empayar atau dikenali sebagai Christiendom, berlaku pengkristianan besar-besaran ke atas kaum Viking (Varingan, yang dikenali sebagai lanun dan pedagang yang berasal dari Skandinavia), Slave (Slavik, kelompak hamba yang setia dan kuat bekerja, tinggal di Semenanjung Ilberia) dan Magyar (salah satu suku kaum asli di Hungary.

Semasa Kristian berada di kemuncaknya, sebahagian besar tiga kaum tersebut  kemudiannya diserap ke dalam ketumbukan tentera Kristian. Namun, dalam diri mereka, sifat dan kecintaan yang mendalam terhadap agama tidaklah seberapa, sebaliknya muncul perasaan ingin berlawan dan saling mendominasi. Ia menjadi semakin kacau apabila tidak berlaku peperangan yang besar, maka perajurit-perajurit yang dilatih itu tidak ada tugas yang jelas, akhirnya mengakitkan antara mereka sering bergaduh dan bertelingkah.  Ada di antaranya, melancarkan serangan terhadap petani untuk merampas hasil pertanian dan dijadikan makanan, kerana mereka tidak menghasilkan sebarang jenis makanan.

Pihak gereja hampir berjaya mengawal konflik terbabit, program gencatan senjata yang dikenali sebagai Peace and Truce of God namun sekelompok perajurit yang terlatih itu tetap meneruskan keganasan merek sehingga berlakunya Reconquista (penaklukan semula, maksudnya Kristian kembali menguasai Andalusia daripada pemerintahan Islam) di Sepanyol bermula dengan pertempuran Cavodonga (antara tahun 718 atau 722). Dalam pertempuran itu, satu kelompok kecil Kristian yang dipimpin oleh Pelagius berjaya mengalahkan tentera Empayar Umayyah di pergunungan Ilberia dan mereka menubuhkan sebuah kerajaan (negeri Kristian) Asturias.

Pada Abad Pertengahan, kekuatan sebenar muncul dalam empayar-empayar Islam sehingga berjaya menguasai sebahagian wilayah di Eropah, misalnya di Sepanyol. Di Sepanyol muncul kesedaran intelektual dan perkembangan ilmu pengetahuan yang pesat sehingga membuka mata masyarakat Eropah untuk mempelajarinya. Dalam masa yang sama, di bahagian tengah Asia muncul sebuah kerajaan yang cukup besar, iaitu Empayar Abbasiyyah yang turut dilihat sebagai ancaman besar terhadap wilayah-wilayah yang masih dikuasai oleh Byzantiun. Salah satu tempat yang menjadi pertaruhan ialah Jerusalem, yang dikatakan terancam dengan peluasan kuasa empayar Islam.

Suasana itu menjadi faktor yang mempengaruhi penguasa gereja mencari satu kaedah untuk menyekat kemaraan kuasa Islam, termasuk menguasai kerajaan Byzantium dan Jerusalem. Jerusalem, atau Baitul Maqdis merupakan kiblat pertama umat Islam dan mempunyai sejarah yang cukup besar dalam ibadat. Umat Islam akan mempertahankan kesucian itu dengan kekuatan yang ada dan kesungguhan semangat jihad.

Memasuki Abad ke-12, muncul penyebab yang membawa kepada berlakunya Perang Suci antara Islam dan tentera Kristian. Pada tahun 1009, Khalifah al-Hakim Amr Allah, pemerintah Empayar Fatimiyyah di Mesir menggelidah hospis penziarah di Baitul Maqdis dan berjaya meruntuhkan Gereja Makam Suci. Walaupun Gereja Makam Suci berjaya dibina semula oleh pemerintah Byzantium, ia menjadi memori luka dalam ingatan pemeluk Kristian. Tahun 1063, Paus Alexender II memberi restu kepada pemeluk Kristian melancarkan serangan ke atas umat Islam di Iberia dengan dua semangat: panji khusus (vexillium sancti Petri) dan pengampunan bagi mereka yang terbunuh (seperti syahid).

Pada tahun 1074, pemerintah Byzantium (Maharaja Micheal II) mengadu kepada Paus Gregorius VII (Pop Gregory). Maharaja Alexius/Comnenus yang menggantikan Maharaja Micheal II sebagai pemerintah Byzantium mengutuskan utusan yang sama kepada Pop Urbanus (Pop Urban) II pada bulan Mac 1095, yang ketika itu sedang berlangsungnya satu persidangan di Piazenca, Itali.

Pop Urbanus mendapat alasan yang baik, seperti orang mengantuk disorongkan bantal untuk menutupi kebimbangannya setelah menyedari bahawa dengan menggalakkan orang berperang melawan tentera Islam atas alasan menyelamatkan Jerusalem dapat mengembalikan keyakinan terhadap kuasa gereja, dan juga menghidupkan kembali Christiendom yang bermasalah itu.

Menurut seorang sejarawan Perang Salib, Jonathan Riley-Smith, cetusan idea Perang Salib adalah satu reaksi (tindak balas) peribadi Pop Urbanus II terhadap rayuan Alexius I Comnenus:

The crusade was his personal response to an appeal which had reached him from the Greeks eight months before. In March 1095 he had been presiding over a council at Piacenda, when there had arrived an embassy from Constitantinople to ask aid against the Turks. Urban replied by encourganing ‘many to promise, by taking an oath, to aid the emperor most faithfully as far as they were able against the pagans.” (Jonathan Riley-Smith, The First Crusade and the Idea of Crusading, London: Continuum, 2009, hal,13).

Awalnya, Maharaja Byzantium hanya meminta bantuan untuk mendapatkan sejumlah kecil tentera untuk menyekat kemaraan tentera Turki Islam di kawasan sempadan. Maharaja Byzantium akhirnya terkejut apabila menerima beratus ribu tentera dan orang awam menjadi sukarelawan perang bagi membantu menyekat kemaraan tentera Turki dua tahun kemudian.

Alexius terpinga-pinga dengan situasi itu kerana lautan sukarelawan dan tentera bergerak menuju ke Jerusalem kerana terpengaruh dengan doktrin Perang Suci yang diumumkan oleh pihak gereja. Tentera Islam pula dikatakan pada waktu itu tidak begitu ‘rasa takut’ kerana berpegang kepada pengalaman berjaya menewaskan pelbagai ancaman yang muncul daripada kerajaan Byazntium dan tidak menyangka kali ini disertai oleh begitu ramai sukarelawan.

Akibat tidak bersedia, yang menganggap remeh kekuatan musuh, akhirnya tentera Islam kalah dalam Perang Salib I yang menampilkan seorang penganut Kristian yang alim, Peter the Hermit, lelaki miskin yang ingin menebus dosa silamnya dan mengharapkan dosa-dosanya diampunkan dengan menyertai seruan untuk berperang. Episod ini cukup memberikan pengajaran yang cukup besar kepada semangat dan perjuangan tentera Islam sehinggalah berlakunya kebangkitan baharu semangat jihad dalam kalangan umat Islam tatkala dipimpin oleh Imadudin Zenki dan diteruskan oleh Salahudin al-Ayubi.

Dalam Perang Salib II, tentera Islam tewas. Namun, setelah meninggalnya Imadudin Zenki, Salahudin al-Ayubbi menjadi wira tentera Islam dan berjaya mengalahkan tentera Salib yang dipimpin oleh Richard the Lionheart dalam Perang Salib III. Kemenangan itu membolehkan Jerusalem (Baitul Maqdis) kembali berada di bawah kuasa umat Islam (1183M/583H) setelah berjaya dikuasai oleh pemimpin Kristian selama  hampir 90 tahun sebaik sahaja terdirinya kerajaan Leviant (Salibi) sejak memenangi Perang Salib I pada tahun 1099.

Ibn Shaddad merakamkan kemenangan itu dengan penuh gembira: Itu adalah kemenangan di atas kemenangan …Laungan gembira “Allah Maha Besar”, dan “Tiada Tuhan selain Allah” membelah langit. Selepas sembilan puluh tahun, solat Jumaat sekali lagi ditunaikan di Baitul Maqdis.” (https://mymuslim.com/2023/10/22/salahuddim-al-ayubbi-membebaskan-baitulmaqdis/

Walaupun seruan Perang Salib tidak menjadi motivasi pembentukan ‘peta minda’ Theodore Hertzl, ia memberikan sedikit sebanyak semangat dalam kalangan penganut Kristian untuk berperang dan meruntuhkan Empayar Islam. Ia juga menjadi hasrat bersama dengan pergerakan Zionis antarabangsa, kerana Jerusalem berada dalam wilayah Islam, yang ditadbir oleh Empayar Utsmaniah. Biarpun misi Perang Salib sudah berakhir, semangat dan keteladanan itu menyuntik perlakuan seterusnya, yakni dengan menggunakan kekuatan orang lain bagi mencapai cita-cita menubuhkan negara haram Israel.

Bagi masyarakat Yahudi, mereka tidak mungkin akan mencapai kejayaan sekiranya tidak dibantu oleh kuasa-kuasa besar yang ada ketika itu memandangkan kekuatan yang ada pada Empayar Utsmaniah. Pada Abad ke-19, menurut M Sukru Hanioglu:

“…terbentang dari Algeria ke Yaman, Bosnia ke Kaukasus dan Eriteria ke Basrah, merangkumi kawasan besar yang diduduki kira-kira 30 juta orang. …Di Eropah, Empayar Utsmaniah berhadapan dengan pesaing yang tidak henti-henti menghakis pencapaian empayarpada abad ke-15 dan ke-16. Dalam hal ini, Rusia dan Austria merupakan ancaman paling besar terhadap keutuhannya.” (M Sukru Hanioglu, Detik-Detik Akhir Empayar Utsmaniah, terjemahan Puspawati Rosman, Kuala Lumpur: IBDE Ilham Sdn Bhd., 2023, hal.10-11).

(BERSAMBUNG)

MONOSIN SOBRI

Translate »