Perihal menghina Islam – ibadat, kitab suci, kepercayaan dan keyakinan, Nabi Muhammad SAW dan keluarga, para nabi dan rasul, ulama dan simbol-simbol Islam – menjadi sesuatu yang sangat ketara berlaku setelah George Walker Bush (Bush Jr) menyamakan tindakan memerangi mereka yang menyerang World Trade Center sebagai Perang Salib baharu. Ia menjadi perkara yang cukup menyintak hati dan minda umat Islam seluruh dunia, kerana runtuhan pusat dagangan itu bukan kerana Islam semata-mata, tetapi kerana ada banyak perkara yang tidak kena dengan budaya politik Amerika Syarikat itu sendiri.

Pada pandangan sesetengah pemikir, ia adalah satu bentuk aplikasi kepada apa yang telah dirumuskan oleh seorang bekas penasihat dan perancangan strategi politik Amerika Syarikat, yang juga seorang ahli akademik, Samuel P Huntington (1927-2008). Pada tahun 1995, Huntington merumuskan, bahawa ancaman kepada peradaban barat akan datang daripada peradaban timur, dan salah satu peradaban timur yang cukup mencabar ialah peradaban Islam.

Samuel P Huntington seolah-olah berusaha mengembalikan natijah Perang Salib yang menjadi seruan paling berkesan menarik minat setiap lapisan penganut Kristian untuk mendapat peluang ‘menebus dosa’. Dalam masa yang sama, tokoh akademik itu sedar bahawa jika menggunakan impuls agama, masyarakat Amerika Syarikat tidak cenderung menyukainya kerana agama sudah terlalu bersifat peribadi dan semakin ramai yang tidak lagi bergantung hidup dalam etos agama.

Namun, barat tidak boleh menutup mata terhadap perkembangan di dunia Muslim, kata Karen Armstrong, yang mengutip pandangan John L Esposito, “akibat kesalahan dasar politik luar negeri Barat telah menjadi salah satu penyebab kelesuan dunia Muslim. Sebagai contoh, jika tidak mengetahui keretakan Sunni/Syiah di Irak, Amerika Syarikat mustahil mengenali siapa kawan siapa lawan, Kita kini tinggal di satu bumi dengan berbagai kesulitan yang sama. Yang terjadi di di Gaza atau Afghanistan hari ini mungkin berdampak di London atau Washington DC esok.

Bersikukuh pada keyakinan  bahawa semua Muslim mendukung terorrisme, menentang demokrasi, dan secara atavistic menentang kebebasan, tidak hanya kaunteproduktif bagi kepentingan Barat, ….juga bertentangan dengan bukti, misalnya yang disuguhkan dalam Jejak Pendapat Gallup…Kalangan Barat tidak boleh mengharapkan kaum Muslim mengadopsi pandangan yang lebih positif terhadap nilai  budaya Barat jika kalangan Barat sendiri tetap sahaja memupuk pandangan stereotaip tentang Islam yang dalam beberapa hal penting berasal dari abad pertengahan.

“Tanpa belajar untuk hidup bersama dalam cara yang lebih adil dan rasional, kita tidak mungkin memiliki dunia yang layak diserahkan kepada generasi selanjutnya.” (Karen Armstrong, ‘ Pengantar’ buku John L Esposito, Masa Depan Islam: Antara Tantangan Kemajemukan dan Benturan Dengan Barat, terjemahan Eva Y Nukman dan Edi Wahyu, Bandung: PT Mizan Pustaka, 2010, hal,13)

Sedikit sebanyak apa yang diperkatakan oleh Karen Armstrong itu, walaupun subjeknya adalah mentaliti dan budaya masyarakat Barat, ia ada ruang permasalahan yang sama jika kita membuat analisis bagaimana terbentuknya persepsi antara Islam dan bukan Islam di Malaysia, juga jurang persepsi antara kaum. Kadangkala ia muncul kata-kata dan tindakan yang bersifat kaunterproduktif, saling bertentangan dan sesekali dilihat sebagai satu percubaan bersifat provokasi.

Namun, sedikit sebanyak perlu kita memahami itulah cabaran yang perlu kita hadapi dalam sebuah negara yang ekabudaya, ekaagama dan pelbagai falsafah kehidupan. Ia menjadikan suasana politik bersimpang siur dan isu-isu sosial, agama dan sebagainya kadangkala tertolak ke persimpangan jalan yang sangat berjurang dalam.

Di Barat telah lahir dan sedang membesar dengan mereka yang tidak beragama, hanya sekadar memahami etos moral dan etika sahaja. Mereka termasuk golongan ateis, agnostik dan menganut aliran-aliran kepercayaan yang muncul seperti New Ages dan pseudosciences.

Islam dikatakan mula kembali membentuk keupayaannya selepas Iran berjaya menjatuhkan rejim yang berkuasa, bonek Amerika Syarikat pada tahun 1979. Kejayaan itu membangkitkan semangat yang cukup besar, yang dikenali sebagai kebangkitan semula Islam, dan kerana itu, Islam boleh menjadi cabaran paling utama kepada peradaban barat.

Hal ini kemudiannya disuguhkan dengan beberapa data, dapatan para penyelidik, ramalan peramal masa depan mengatakan bahawa Islam akan muncul dari sebelah timur, tetapi akan mengambil semangat daripada perkembangan di Timur Tengah (Asia Barat).

Bush menyedari dan memahami ‘ramalan’ tersebut akan menjadi kenyataan. Oleh kerana itu, beliau mesti bertindak, dengan cara mengkambinghitamkan Islam. Menyerang WTC pada 11 September 2001, adalah satu bentuk perancangan yang dilakukan oleh sekelompok Yahudi yang ada hubungan rapat dengan Bush. Sebab itulah kesemua lebih 3,000 pekerja beragama Yahudi tidak hadir bekerja pada hari kejadian. Kematian yang berlaku adalah dalam kalangan pemeluk Kristian, golongan ateis dan agnostik, yang menjadi sebahagian besar penduduk Amerika Syarikat.

Malangnya, berdasarkan maklumat risikan yang ‘sangat cepat’, dikeluarkan kenyataan bahawa pelakunya adalah pemeluk Islam daripada kumpulan al-Qaeda yang dipimpin oleh Osama Benladin. Osama merupakan pemilik syarikat pembinaan yang berpengaruh di Arab Saudi dan mempunyai hubungan yang rapat dengan keluarga Dinasti Saud.

Keluarga Bush mempunyai hubungan istimewa dengan DInasti Saud sejak sekian lama. Dan, tentunya ada yang mendakwa hubungan itu membolehkan keluarga Bush mendapat sedikit keistimewaan di Arab Saudi, tetapi bila Osama Benladin yang dilatih di Barat muncul sebagai usahawan besar, ramai yang melihat cabaran baharu bakal bermula.

Maka, itulah satu daripada banyak sebab kenapa Osama menjadi objek menentang ‘terorisme’ sehingga diburu begitu lama, yakni 10 tahun (2001-2011), serta umat Islam terpaksa membayar dengan harga yang terlalu tinggi, mengorbankan ribuan umat Islam sejak Bush Jr isytiharkan Iran dan Irak sebagai ‘paksi kejahatan’ serta diluluskan Akta Patriot (26 Oktober 2001). (Baca, Craig Unger, House of Bush, House of Saud: The Secret Relationship Between the World’s Most Powerful Dynasties,  2004). 1., sebulan setengah selepas tragedi WTC pada 11 September 2001, cukup hebat dan pantas).

Dengan tergubalnya Akta Patriot selepas sebulan setengah tragedi WTC memberikan gambaran umum betapa cekap dan terdesaknya Amerika Syarikat untuk memerangan Islam, kerana Islam merupakan satu petunjuk yang bukan sahaja cepat berkembang, bahkan sedang membentuk kerangka peradaban baharu yang menuju kepada hakisan nilai-nilai Barat atau dinamakan oleh Fareed Zakaria sebagai Post-American World (Dunia Pasca-Amerika).

Oleh kerana sangat merasakan fenomena globalisasi sedang menuju ke kemuncaknya, Amerika Syarikat pada ketika itu cukup tidak yakin bahawa China akan muncul sebagai pesaing ekonomi terbesar dan seterusnya menyahkan kedudukan dua negara yang dikawalnya (Korea Selatan dan Jepun). Ia berlaku sebagaimana salah jangkaan Amerika Syarikat mengenai kebanjiran dan strategi, teknologi dan kecekapan pengusaha-pengusaha China dalam industri kereta elektrik, masih berbangga denan keupayaan Tesla sebagai pelopor kereta elektrik.

Amerika Syarikat sebenarnya sudah melihat kemungkinan-kemungkinan yang bakal berlaku dalam Abad ke-21, persaingan yang lebih besar dan hakisan hegemoni ekonomi-politik, maka hal yang sangat mudah dikambinghitamkan ialah Islam, kerana negara-negara Arab sangat bergantung dengan kerjasama dengan Amerika Syarikat. (Fareed Zakaria, Dunia Pasca-Amerika, terjemahan Amir Muslim, Kuala Lumpur: ITNM, 2011).

Sebenarnya Bush cemburu dengan cara kerja dan pembabitan Osama Benladin dalam projek-projek di Arab Saudi, yang dilihat sebagai cabaran yang mesti dipatahkan jika beliau benar-benar ingin membalas budi kapitalis Yahudi dan firma yang membantu memenangkan dirinya dalam pilihan raya presiden (November 2000). Bush juga mempunyai niat untuk melenyapkan ‘gerun’ atau ‘badi’ bapanya, yang hanya mampu bertahan selama sepenggal di Rumah Putih kerana didakwa terbabit dengan Iran Contra Gate.

Skandal itu berlaku pada period kedua pentadbiran Ronald Reagan (Parti Republikan), 1981-1986. Semasa skandal itu berlaku, George Herbert Bush (bapa Bush Jr) adalah Naib Presiden Amerika Syarikat. Rahsia sulit bagaimana Amerika Syarikat menyelamatkan sekumpulan tawanan Iran semasa revolusi, yang dikatakan dapat diselesaikan beberapa hari selepas memenangi pilihan raya presiden, menyebabkan Bush Sr (1924-2018) terpaksa berhadapan dengan kritikan dan pembusukan imej.

Ia membabitkan rasuah dan rundingan sulit, yang kemudiannya menjadi bahan kempen kejayaan Bush Sr dalam membebaskan tawanan yang gagal diselesaikan oleh Jimmy Carter, yang ketika itu (Revolusi Iran 1979) adalah presiden Amerika Syarikat. Awalnya, Bush Sr memperoleh gambaran imej yang sangat menarik, menyebabkan dirinya berjaya memenangi jawatan Presiden Amerika Syarikat ke-41.

Selain berjaya membentuk imejnya membantu Ronald Reagan yang cedera ditembak (30 Mac 1981) oleh John Hinckley Jr, dan memulihkan rasa cemas rakyat. Bush Jr pada hari kejadian berada di Texas, dan apabila mendapat berita tersebut, bergegas pulang ke Washington DC. Bush Jr kemudiannya dinasihatkan oleh pembantunya agar terus ke Rumah Putih dan menyakinkan masyarakat awam bahawa kerajaan masih berfungsi, walaupun Reagan cedera ditembak. Kesempatan tersebut menaikkan imej Bush Sr, sebagai tokoh yang akan dicalonkan oleh Republikan untuk merebut jawatan presiden kemudiannya.

Namun setelah skandal itu terbongkar di tengah-tengah period pemerintahannya, Bush Sr tidak lagi boleh menafikan pembabitannya. Akhirnya, walaupun berusaha mempertahankan jawatan untuk penggal kedua, Bush Sr terpaksa mengaku kalah kepada Bill Clinton daripada Demokrat untuk menerajui Rumah Putih.

Bush Jr tersangat malu dengan kekalahan bapanya, maka setelah berpeluang menduduki Rumah Putih, pada hari pertama lagi berusaha untuk melihat kemungkinan-kemungkinan yang ada, agar mampu kekal bagi penggal kedua. Tragedi WTC telah dlihat sebagai sebahagian daripada konspirasi (strategi politik) dan menjadi penentu kemenangan Bush Sr untuk penggal kedua (2004-2008).

Hingga kini, fakta yang jelas dan pembabitan al-Qaeda tidak dapat dibuktikan secara tepat. Bush Jr menggunakan al-Qaeda untuk meraih hubungan perniagaan yang besar dengan pemerintah Arab Saudi yang sudah terjalin sebagai ‘hubungan istimewa’ dan dengan itu, kemegahan dan empayar perniagaan Benladin akan menguncup. Peluang itu akan diambil atau direbut oleh firma-firma Amerika Syarikat, sebahagiannya adalah rakan Bush Jr.

Juga, dengan menjadikan Islam sebagai kambing hitam, Bush Jr berjaya meregangkan hubungan Arab Saudi dengan Iran dan Irak. Ia akan membantu Amerika Syarikat mudah bertapak di TImur Tengah dalam memenuhi tanggungjawabnya memerangi keganasan – atau awalnya semangat Perang Salib, seolah-olah jihad terhadap Islam kerana Islam benar-benar mencabar peradaban barat.

Apa kaitannya WTC dengan Islam dan juga kisah stoking tercetak kalimah Allah? Secara langsungnya tidak ada apa-apa kaitan, kerana serangan ke atas WTC adalah cukup tragik berbanding dengan isu 19 pasang stoking yang ditemui bercetakkan kalimah Allah. Secara tidak langsungnya ia ada kaitan dengan penggunaan kaedah untuk menghina Islam.

Kalau dalam kes WTC, memburu keganasan dan mengatasi terrorisme menjadi asas tindakan sehingga Amerika Syarikat ‘diberi kuasa tanpa had’ untuk melakukan apa-apa tindakan atas alasan tersebut, dalam kes stoking berkalimah Allah, ia adalah kejutan untuk membolehkan umat Islam berpecah dan tidak sependapat dalam tindakannya.

Dalam kes WTC, negara-negara barat memberikan kesepakatan dan kerjasama yang cukup besar untuk menamatkan ancaman terhadap peradaban mereka. Namun, dalam kes stoking berkalimah Allah, tidak memperlihat umat Islam di Malaysia cukup bersolidariti dalam mempertahankan Islam daripada dihina.

Berdasarkan komen yang muncul selepas seorang pendakwah mualaf, Firdaus Wong memuatnaikkan gambar sepasang stoking berkalimah Allah yang ditemuinya di KK Mart Sunway, Petaling Jaya pada 13 Mac 2024, ia dilihat oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO sebagai sesuatu yang wajib dibantah. Bantahan itu bukan sekadar kata-kata, tetapi wajar bersekali dengan tindakan, yakni memboikot seluruh rangkaian kedai serbaneka berjenama KK Mart.

Sekali pun dua hari kemudian dikeluarkan permohonan maaf dan disusuli dengan kenyataan hasil pemantauan hanya ditemui 15 pasang stoking sahaja di tiga buah cawangan. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr Akmal Saleh tetap akan teruskan tindakan memboikot kerana dirinya mungkin mengingati bagaiama setiap kali Islam dihina setelah dimohon maaf, penghinaan tidak pernah berhenti. Ia terus berlaku.

Misalnya, kes jubin berilustrasi kalimah Allah (2017); pelekat tapak kaki berilustrasikan kalimah Allah dan Muhammad (2016); koleksi baju bercetak kalimah Allah (festival fesyen Melbourne, 2023); selipar dicetak kalimah Allah ditelapak (di Likas, Sabah 2017);   kalimah Allah di kasut Nike Air Max 270 (2018/2019); seorang pelukis (I is for idiot: Islam=idiot=Chimpanzee; Basmallah di bawah cermin dan bendera Malaysia umpama bendera lanun) Anurendera Jegadeva (di Publika Sri Hartamas, 2013); kes pasangan bloger, Alvin Tan dan Vivian Lee pada bulan Ramadhan 2013 (Selamat Berbuka Puasa (with bah kut the…fragrant, delicious and appetising) yang diselitkan logo halal; menjadikan bah kut teh sebagai makanan tradisi Malaysia dan Kampong Baharu sebagai Warisan Unesco; dan sebelumnya isu penolakan khat jawi dalam kurikulum bahasa Melayu SJKC dan SJKT kerana dilihat sebagai program Islamisasi. Tulisan jawi pernah diejek sebagai tulisan dalam majalah porno dan bahan-bahan lucah.

Tentunya kontroversi sedemikian tidak dapat disekat sepenuhnya, tetapi dalam kalangan masyarakat rasional dan berbudaya, rakyat Malaysia tidak sepatutnya mengambil bahagian atau menjadi punca kepada penghinaan terhadap agama, kaum dan raja (3R). Apa yang menyedihkan ialah segelintir umat Islam sendiri ikut mempersendakan nilai, simbol dan keyakinan yang mereka sendiri percaya.

Sebab itulah bukan Islam dilihat berani untuk menghina Islam sebagaimana berlaku ketika era pentadbiran PH selama 22 bulan (Mei 2018- Februari 2020). Ini kerana sebelumnya muncul sekumpulan bekas pegawai tinggi kerajaan menolak pentadbiran institusi Islam di peringkat pusat dan mencadangkan agar diserahkan kepada negeri-negeri, kerana kuasa itu ada di dalam Perlembagaan Negeri – dan Persekutuan, yakni Raja-Raja/ Sultan sebagai Ketua Hal Ehwal Islam dan Adat Resam Melayu.

Juga pernah tersebar perihal ulamak-politik seperti merestui tindakan penyokong-penyokongnya ‘menghina Islam’ sendiri. Misalnya, seorang aktivis parti bersemangat mengebar/memasang bendera parti sehingga sanggup ‘memijak kalimah Bismillahir Rahmanir Rahim’ yang berada dibahagian bawah telapak kakinya. Sedangkan menurut adab, al-Qur’an berada di atas segala-galanya, sebagai kitab suci dan setiap ayatnya dipelihara atau dijaga dengan baik. Apa lagi memijaknya, melangkah sekalipun tidak dibenarkan.

Seorang ustaz pernah ditanya, bolehkah al-Qur’an itu dicampurkan dengan buku-buku lain dan berada dibahagian paling bawah. Ustaz itu menjawab, al-Qur’an tidak boleh berada di bawah buku-buku lain, hanya boleh ditindan dengan al-Qur’an sahaja. Jawapan tersebut memberikan kita petunjuk, bagi menjamin kesuciannya, termasuk petikan ayat-ayat suci tersebut perlulah dipelihara dan diuruskan dengan baik, bukan dengan memijak, dilangkahi walaupun semangat politik lebih berkobar-kobar.

Dalam kes kontroversi kalimah Allah kali ini, sebuah parti yang sangat mendakwa perjuangannya untuk menegak, mempertahan dan memartabat Islam nampaknya sepi, hanya sesekali mengeluarkan kenyataan umum, tanpa ada desakan dan cadangan tindakan. Masyarakat merasa pelik apabila salah seorang pemimpinnya, yang bukan Melayu dan bukan beragama Islam memberikan kenyataan, tidak berminat untuk mengulas atau mengambil bahagia dalam kontroversi stoking berkalimah Allah, kerana ia telah diambil dengan cepat oleh UMNO.

Soalnya, kenapa perkara itu dinyatakan oleh Presiden Gerakan, Dominic Lau bukan daripada barisan kepimpinan PAS dan Bersatu. Selepas tidak berada dalam kerajaan, PAS dan Bersatu, yang membentuk Perikatan Nasional mendakwa gabungan itulah yang mampu dan boleh mempertahankan Melayu-Islam, kerana kesemua wakil rakyat (peringkat Parlimen) adalah Melayu-Islam, sedangkan UMNO yang keseluruhannya orang Melayu, tidak lagi mempedulikan Melayu-Islam. Nampaknya dalam kontroversi kali ini, PAS dan Bersatu bukan sahaja ketinggalan, pendirian mereka turut menampakkah isu-isu agama tidak akan dibahas, dibincang dan dipertahankan selagi ia tidak memberikan ‘laba politik’.

Ia berbeza dengan penarikan diri kerajaan dalam kes rayuan Jill Ireland. Penarikan diri kerajaan dalam kes tersebut dilihat sebagai kemunduran dalam tindakan dan polisi, sehingga menjadi lebih liberal dan menghargai nilai-nilai pluralisme. Kalimah Allah boleh digunakan oleh bukan Islam, hanya bergantung kepada keputusan mahkamah. Mahkamah misalnya pernah membenarkan persekutuan gereja Katholik menggunakan istilah Allah dalam akhbar mingguan mereka The Herald dan dipakai bagi terjemahan istilah God dalam versi bahasa Melayu Bible. Kebenaran tersebut/ dilihat sebagai ‘suatu kemenangan’ dan sekaligus dasar yang liberal walaupun untuk kegunaan di Sarawak sahaja.

Ketika kontroversi keputusan mahkamah menyebelahi Nik Elin dan anak perempuannya, pemimpin PAS gegak gempita mengecam kerajaan perpaduan kerana tidak mencelah apabila kes itu dibicarakan. Seolah-olah kerajaan perpaduanlah yang bersalah, sedangkan kerajaan PAS melakukan yang terbaik untuk mempertahankan 18 perkara yang terkandung dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) 2019 yang diluluskan oleh DUN Kelantan dan dipersetujui oleh Sultan Kelantan.

Keputusan yang diterima dengan hati yang berat pada hari Jumaat 9 Februari 2024 itu dipanggil #BlackFriday, suatu istilah cukup dapat dikaitkan dengan budaya barat, termasuk sendaloka penganut Kristian apabila hari itu ditimpa bencana atau musibah.

Namun dalam kes stoking berkalimah Allah nampaknya PAS ‘kehilangan semangat’ apabila kelantangan bantahan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO mendapat perhatian awam dan PAS terpaksa ‘membisu’ untuk tidak memperjuangkan bantahannya. Ia mungkin ada kaitannya dengan laba politik yang dilihat sudah menyebelahi sebuah parti yang sekian lama menjadi lawan.

(Bersambung)

MONOSIN SOBRI

Translate »