Dalam tajuk ‘Pengagamaan Hakiki Pada Zaman Globalisasi, ‘ini telah menjelaskan secara ringkas sebahagian sifat pengamal pengagamaan hakiki. Namun perlu juga dijelaskan maksud globalisasi secara jami’ dan mani’ (secara tepat tanpa boleh dipertikaikan) kerana hukum terhadap sesuatu itu adalah sebahagian daripada gambarannya seperti kata ulama’. Maka untuk memberi gambaran kepada perkataan itu, ia dimaksudkan bahawa semua manusia di dunia mesti berkenalan dan berhubungan antara satu sama lain. Manusia juga mesti membuang halangan yang menyekat mereka dan bertukar kepentingan yang dihalalkan oleh Allah berdasarkan keadilan, kebenaran dan kemanfaatan untuk semua. Dengan sebab itu sebagai orang Islam kita perlu mengalu- alukannya kerana Allah memberitahu di dalam kitab- Nya bahawa Dia menjadikan semua manusia daripada bapa dan emak yang sama. Dan di antara ayat al- Quran yang membincang tentang kenyataan ini ialah firman Allah S.W.T:

Al- Quran bermaksud: “Wahai sekelian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) daripada diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya – Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya- zuriat keturunan- lelaki dan perempuan yang ramai…” (Surah an- Nisa’ 4:1)

Surah yang mulia itu telah dimulakan dengan seruan yang lengkap itu kepada semua orang yang mukalaf sejak saat ia diturunkan sehingga ke saat Allah mewarisi bumi dan segala perkara di dalamnya. Perkataan ‘manusia’ tidak dikhaskan kepada sesuatu suku dan kaum tertentu. Maksud yang terdapat dalam seruan itu seperti amaran, berita baik, suruhan supaya mengawal diri dan takut kepada Allah Taala adalah mencakupi semua individu masyarakat manusia.

Terkandung dalam seruan untuk semua manusai itu ialah peringatan kepada mereka tentang dua perkara; –

  1. Kesatuan akidah kerana Tuhan mereka satu dan tidak boleh bersekutu dengan-Nya. Dia yang menciptakan mereka, Dia yang memberi rezeki kepada mereka, Dia yang menghidupkan mereka dan Dia yang mematikan mereka.
  2. Kesatuan jenis dan kejadian disebabkan semua manusia walaupun lidah dan warna mereka berbeza, tetapi berasal daripada asal usul yang sama; iaitu Nabi Adam a.s. seperti firman Allah S.W.T:

Al- Quran bermaksud: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai- bagai bangsa dan bersuku- puak, supaya kamu berkenal- kenalan (dan beramah- mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya Allah maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan- Nya (akan keadaan dan amalan kamu).” (Surah al- Hujurat 49:13)

Jika dimaksudkan perkataan globalisasi ialah pertukaran kepentingan yang dihalalkan oleh Allah antara manusia berbeza akidah, mazhab dan aliran, samada kepentingan dalam bentuk hasil pertanian mahupun perindustrian dan lain- lain, dari segi hukum syarak perkara itu tidak di anggap menjadi masalah. Tetapi, yang kita tidak dapat terima ialah petukaran yang berlaku secara zalim, peras ugut dan eksploitasi terhadap kejahatan orang yang berhajat dan menyebabkan berlakunya kemudaratan kepada orang ramai. Dan yang menilai perkara itu dan mengeluarkan hukum tentangnya adalah orang- orang yang berakal. Ini disebabkan mereka merupakan pakar yang mempunyai kemahiran dalam apa jua urusan kehidupan sebagai melaksanakan maksud firman Allah S.W.T.:

Al- Quran bermaksud: “Maka bertanyalah kamu kepada Ahlul Zikri jika kamu tidak mengetahui.” (Surah an- Anbia’21:7)

Dengan itu dalam bidang fiqah kita bertanyakan para ulama’ fiqah, dalam bidang perubatan, kita bertanyakan ahli perubatan, dalam bidang industry, kita bertanyakan pakar dalam bidang indusrti dan begitu juga dalam bidang pertanian, politik dan ekonomi.

Jika (pada zaman silam) orang menyoal kepada mereka yang pakar keahlian dan akur dengan pandangan mereka menjadi kewajipan setiap masa, maka pada zaman ini dianggap lebih wajib lagi kerana terdapat pelbagai bidang pengkhususan dengan mereka yang mahir pula bertambah ramai.

Jika dimaksudkan globalisasi itu ialah penyebaran ilmu yang berguna, budaya yang menyinarkan pemikiran dmemberi petunjuk kepada hati, tamadun yang membawa kemajuan kepada orang perseorangan, kelompok dan ummah kea rah kehidupan yang lebih baik dan sempurna maka syarak tidak memandang perlu dilarang.

Malahan syariah Islam juga menyeru pengikutnya supaya bersenjatakan Ilmu yang berguna dan ia menggalakkan umat Islam supaya menuntutnya walaupun terpaksa merantau dan mengambil masa yang panjang.

Kita berada pada zaman bangsa- bangsa tidak bersaing untuk memperbanyakkan bilangan penduduk dan memerluaskan wilayah, tetapi bersaing dalam pemilikan bermacam- macam ilmu yang mantap, dalam, benar dan maju dalam semua bidang kehidupan.

Tamadun di kalangan orang yang berakal ialah saling bekerjasama dan bukan berkonflik, saling bersatu dan bukan bercanggah, saling membaiki perhubungan dan bukan berselisih, saling mendekati dan bukan menjauhi dan saling bersaudara dan bukan bermusuhan.

Apa yang dimaksudkan tamadun ialah setiap kemajuan material atau spiritual yang membahagiakan kemanusian dalam semua tuntutan yang berbeza. Ia tidak dianggap kebahagian kemanusiaan kecuali melaksanakan apa yang disuruh olah Allah dan meninggalkan apa yang dilarang oleh-Nya.

Kita tidak melihat menjadi larangan bahawa Barat mengambil kemanafaatan daripada tamadun Timur atau Timur mengambil kemanafaatan daripada tamadun penduduk utara selagi mana semua tamadun itu adalah untuk kebahagian kemanusiaan dan memelihara kebaikan akhlak.

Namun jika globalisasi dimaksudkan Negara- Negara tertentu mahu menyebarkan budaya khasnya, kurikulum pendidikan akidah dan lain- lain kepada Negara- Negara lain, pandangan seperti itu tidak dapat diterima dan dipersetujui. Malah dengan tegas kita menolak kerana setiap Negara mempunyai akidah, syariah, nilai dan adab yang tidak layak bagi pihak lain campur tangan (untuk mengubah).

Namun jika globalisasi dimaksudkan Negara- Negara tertentu berusaha untuk menundukkan Negara- Negara lain untuk menguasai ekonomi, kewangan dan politiknya dengan cara peras ugut, mengancam dan zalim, maka kecenderungan seperti itu juga perlu ditolak.

Perlu juga ditegaskan kepada semua mereka yang berbeza akidah dengan kita bahawa agama Islam menghulur tangan untuk menegakkan pendamaian dengan mereka yang menghulur tangan kepada kita. Sesungguhnya tiada paksaan dalam akidah kerana paksaan dalam akidah tidak dapat mencipta orang mukmin yang sebenar. Sebaliknya ia mencipta orang mukmin yang sebenar. Sebaliknya ia mencipta orang mukmin yang berbohong. Sesungguhnya agama Islam menyuruh pengikutnya supaya berdamai dengan orang yang berdamai dengan mereka dan melawan orang yang melakukan pelanggaran hak ke atas mereka.

Kita dapat melihat neraca demikian dalam dua ayat ini, iaitu firman AllaH S.W.T:

Al- Quran bermaksud: “Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang- orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampong halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang- orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang- orang yang memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampong halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang- orang yang zalim.” (Surah al- Muntahanah 60: 8-9)

Kita berdoa kepada Allah azawajalla supaya memperkukuhkan kita dalam memperkatakan percakapan yang benar dalam kehidupan dunia dan kehidupan akhirat.

Oleh: Syeikh al- Azhar Dr. Mohammad Sayyid Tantawi

Translate »