Nama lengkap beliau ialah Mustafa bin Husni as-Sibaie. Dilahirkan pada tahun 1915 di bandar Homs di Syria. Dibesarkan didalam sebuah keluarga yang mulia dan beragama.
Keturunanya turun temurun mewarisi imam dan khatib di Masjid Besar Homs. Bapanya Syeikh Husaini al-Sibaie adalah tokoh agama, seorang pembaharu (reformis) yang disegani.
Pernah terlibat dalam gerakan bersenjata menentang penjajahan Perancis. Juga terkenal dengan kerja amal kemasyarakatan melalui badan kebajikan yang ditubuhkannya.
Mustafa sejak kecil telah menghafal al-Quran dan mempelajari asas-asas ilmu agama daripada bapanya. Setelah tamat sekolah rendah dengan cemerlang, kemudian dimasukkan ke Maahad Syarie di Homs pada tahun 1930.
Di peringkat ini beliau menunjukkan bakat kepimpinan di medan dakwah. Beliau menubuhkan Ikatan Agama Homs, Pemuda Muhammad s.a.w, dan sewaktu di Damsyik beliau menubuhkan Pemuda Islam Damsyik.
Belum mencecah usia 18 tahun, beliau telah diberi kepercayaan untuk berkhutbah menggantikan ayahnya.
Di waktu itu, usahanya tertumpu kepada menentang penjajahan Perancis. Beliau menubuhkan satu gerakan untuk menentang sekolah-sekolah kristian yang ditaja oleh penjajah. Beliau menulis dan menyediakan makalah-makalah bertujuan menimbulkan kesedaran rakyat supaya menolak penjajah dan membongkar niat buruk penjajah melalui penubuhan sekolah-sekolah ini.
Tidak cukup dengan gerakan itu, beliau berani mengadakan Perhimpunan Rakyat -berpidato di atas pentas dan seterusnya memimpin demonstrasi menentang penjajah. Akibatnya beliau dipenjarakan pada tahun 1931.
Pada tahun 1949, dalam kesibukan berjihad As-Syeikh Mustafa as-Sibaie berjaya menyiapkan tesis PhD bertajuk “As-Sunnah dan Kedudukannya dalam Perundangan Islam”.
Satu tesis yang cukup bermutu membela Islam di medan sunnah dan menolak hujah-hujah orientalis yang mengelirukan. Lujnah Ulama Besar Al-Azhar bersepakat memberikan pangkat imtiyaz. Beliau pulang ke Syria pada tahun 1950 dan diberikan jawatan pensyarah undang-undang di Universiti Damsyik. Dr Mustafa melaksanakan khidmatnya dengan cemerlang.
Berkat kegigihan usahanya pada tahun 1955, beliau berjaya menubuhkan Fakulti Syariah dan dilantik menjadi Dekan pertama. Antara usaha pertamanya ialah ingin mewujudkan Ensiklopedia Fiqh Islam yang menjadi rujukan utama kepada alim ulama masa kini.
Dalam bidang politik beliau adalah Ahli Parlimen Damsyik (1949-1954) yang banyak bersuara menyampaikan hasrat rakyat daripada membuat cadangan-cadangan yang membina. Dalam bidang kewartawanan, beliau berjaya melancarkan akbar Al Syihab pada tahun 1955, setelah diberi sedikit kebebasan bersuara di Syria.
Pada tahun 1985 majalah Al-Muslimun dikeluarkan / diterbitkan di Mesir, tetapi diharamkan. Beliau mengambil alih untuk dicetak dan diedarkan di Syria. Pada tahun 1985 majalah Al-Muslimun ditukar namanya kepada Hadhorah Islam.
Dr. Mustafa As Sibaie adalah seorang tokoh Islam yang mempunyai banyak idea yang bernilai untuk Islam. Antara khazanah ilmu yang di tinggalkan ialah As Sunnah wa Makanatuha fi Tasyri’ al Islamiy, al Mar’ah Baina al Fiqh wa al Qanum, Istirakiyah al Islam, Hakadza ‘Allamtani al Hayah, Akhlaquna al Ijtima’iyyah, Ahkam As Shiyam wa Falsafatuhu, al-Qalaid min Faraid al Faraid, Syarh al Ahwal As Syakhsiyah, al Washaya wa al Faraid, Ahkam al Mawarith.
Catatan: Ibnu Hudzaifah
Recent Comments