Sejak akhir abad ke-19, di pelbagai belahan dunia Islam mulai berkembang perasaan dan sikap anti-Yahudi yang amat mempengaruhi hubungan umat Islam dan Yahudi selanjutnya. Hal ini pada awalnya bersumber daripada kekhuatiran kaum Muslim akan implikasi Zionisme, sebuah ideologi politik yang didirikan oleh para pemuka Yahudi sekular sebagai reaksi atas sikap anti-Semitisme (sikap anti-Yahudi) di Eropah.
Anti-Semitisme di Eropah merupakan reaksi terhadap perubahan sosioekonomi yang cepat dengan berkembangnya kapitalisme moden, gerakan liberalisme dan sosialisme.
Sebagai reaksi terhadap anti-Semitisme itu, para pemimpin Yahudi sekular mendirikan gerakan Zionisme. Theodore Herzl yang disebut sebagai pengasas Zionisme, menulis bukunya, Der Judenstaat (Negara Yahudi), pada tahun 1896. Muktamar Zionis pertama diadakan di Bassel, Switzerland pada tahun 1897. Para perintis gerakan ini terdiri daripada orang Yahudi sekular dari Jerman dan Austria. Bagi mereka, keyahudian merupakan identiti nasional, bukan agama dan Zionisme adalah nasionalisme daripada suatu bangsa yang belum mempunyai negara. Cita-cita mereka ialah mendirikan sebuah negara nasional sekular bagi umat Yahudi.
Kelahiran gerakan Zionisme tidak ada sangkut-pautnya dengan Yahudi sebagai agama. Faktor pendorong utamanya adalah keberadaan umat Yahudi yang hanya dianggap sebagai paria di Eropah. Tujuan Zionisme ingin dicapai melalui dua cara utama. Pertama, membebaskan umat Yahudi daripada pemaksaan agama dengan memberi mereka sebuah tanah air, tempat mereka dapat menikmati kemakmuran ekonomi dan keamanan politik. Kedua, membangun sebuah kebudayaan yang murni Yahudi, tempat umat Yahudi dapat mengekspresikan semangat keyahudian mereka.
Namun pilihan Zionisme akan Palestin sebagai rumah nasional bagi bangsa Yahudi telah mengaitkan cita-cita mereka dengan sejarah sakral (suci) Yahudi yang tercantum dalam kitab suci Taurat. Inilah yang menyebabkan gerakan Zionisme semakin diwarnai simbol keagamaan.
Dengan diakuinya negara Israel oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 1948, perasaan anti-Yahudi di kalangan kaum Muslim mulai mendapat landasan konkritnya. Malahan perasaan dan sikap itu semakin terasa di seluruh dunia Islam ketika Israel, yang mula dirintis oleh para pemuka Yahudi sekular dalam gerakan Zionis itu, mendapat sokongan para pemuka agama Yahudi yang menyeru imigrasi besar-besaran umat Yahudi ke Israel setelah Perang Dunia Kedua yang mengakibatkan terusirnya warga asli Palestin yang sebahagian besarnya adalah Muslim.
Untuk menyokong perasaan dan sikap anti-Yahudi, banyak orang Muslim mencari kebenaran agama daripada al-Quran dan kehidupan Nabi Muhammad s.a.w. Misalnya, sejumlah ayat al-Quran yang mengutuk orang Yahudi di Madinah kembali didengarkan. Demikian juga kisah pengkhianatan orang Yahudi terhadap Nabi Muhammad s.a.w. Ayat dan kisah itu, sekali gus ditafsirkan sebagai anjuran untuk sentiasa mencurigai, bahkan membenci orang Yahudi
Dari segi politik antara Islam dan Yahudi sebenarnya tidak begitu baik kerana sejak zaman Rasulullah SAW kedua-dua umat ini sering terlibat dalam pelbagai konflik. Mereka menjalin hubungan dengan pihak yang memusuhi Rasulullah SAW seperti Abdullah bin Ubai (ketua orang Munafik). Begitu juga dengan orang Quraisy.Konflik dengan Bani Qainuqa, Bani Nadir dan Bani Quraizah sering timbul sehingga kadang-kadang menyebabkan berlaku pertentangan secara fizikal yang menyebabkan pertumpahan darah. Bagi menghalang kegiatan dakwah mereka mengadakan sekatan ekonomi pada umat Islam, mencipta fitnah dan cuba menimbulkan kebencian antara sesama Muslim yang ada di Madinah pada waktu itu.
Ini semua merupakan lembaran hitam dalam sejarah hubungan umat Islam dan Yahudi di zaman Rasulullah SAW. Maknanya permusuhan Yahudi terhadap Islam sudah diketahui dan sudah ada sejak dahulu lagi. Sehinggalah masa mutakhir ini, mereka tidak henti-henti melakukan tipu daya dan permusuhan terhadap kaum Muslim.
Justeru perseteruan antara kaum Muslimin dan kaum Yahudi di Palestin sebenarnya bukan lagi berkaitan soal penguasaan wilayah. Pertikaian ini dilihat dari segi sejarah lebih kepada persoalan agama, akidah dan Islam. Justeru, kebiadapan dan kekejaman rejim Zionisme ke atas umat Islam di Gaza sekarang ini mengingatkan kita kembali peristiwa bersejarah pembunuhan beramai-ramai (penghapusan etnik) umat Islam Bosnia oleh Serb pada tahun 1992.
Manakala pada 1998, ribuan Muslim Kosovo dicincang oleh puak Serbia. Cita-Cita mereka adalah untuk menghapuskan agama Islam di muka bumi ini.
Ini ditegaskan oleh Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 120 yang bermaksud: “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka) “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar”. Demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahi yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu”.
Janji Allah SWT tentang kemenangan Islam ini akan tetap berlaku dan kita akan mencapai kemenangan ke atas musuh Islam. Ini ditegaskan dalam firman-Nya yang bermaksud: “Dialah yang mengutuskan RasulNya dengan pertunjuk dan agama yang sebenar (Islam) untuk mengatasi atas seluruh agama sekaliannya meskipun orang musyrik membencinya.” (Surah al-Taubah ayat 33).
Kemenangan ke atas Yahudi ini kemudian dikuatkan lagi oleh hadis daripada Abu Hurairah, yang mana Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kiamat tidak akan terjadi sehingga kaum Muslimin memerangi Yahudi, lalu kaum Muslimin akan membunuh mereka sampai setiap orang Yahudi bersembunyi di balik batu dan pohon, tetapi batu dan pohon itu berkata, ‘Wahai Muslim, wahai hamba Allah, ada orang Yahudi di belakangku, kemarilah dan bunuhlah dia.’Kecuali (pohon) gharqad kerana ia adalah pohon Yahudi.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Berdasarkan hadis ini jelas bahawa peperangan yang dapat menjamin kemenangan itu ialah bila mana umat Islam benar-benar bersatu hati dalam ikatan ukhuwah Islamiah.
Sekadar semangat dan laungan anti yahudi sahaja tidak mencukupi.”Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang dijalanNya dalam barisan yang teratur,mereka seakan-akan suatu bagunan yang tersusun kukuh”(Surah Ash-Shaff ayat 4)
Mereka bersatu di bawah naungan kehambaan kepada Allah SWT sehingga mereka itu benar-benar layak mendapat gelaran Muslim sejati dan gelaran hamba Allah, bukan atas nama kebangsaan, assabiyah atau kaum tertentu seperti mana yang berlaku di Palestin hari ini.
Harapan yang dinanti-nanti ini pasti tiba masanya dan sekarang sudah bermula gelombangnya yang bergerak melalui tiupan kesedaran agama dan kebangkitan Islam diseluruh dunia. Ramalan dan firasat nubuwah telah banyak berlaku seperti pembukaan kota Konstantinople oleh Muhammad al-Fatih pada tahun 1453 M dan sesudah itu akan tiba masanya pembukaan kota Rom sebagaimana yang dijanjikan dalam hadis sahih riwayat Ahmad, al-Hakim dan lain-lain.
Menurut sesetengah ulama Islam akan kembali sekali lagi di Eropah dan untuk kali kedua ini Islam akan masuk melalui timur. Hakikat ini pasti berlaku dan akan menjadi kenyataan sama ada melalui jalan kekerasan dan peperangan atau kebijaksanaan dakwah dan pemikiran atau kerelaan dan penerimaan hati musuh itu sendiri.
Sepanjang sejarah bangsa Yahudi, selamanya menjadi buruan segenap bangsa kerana mereka memusuhi segala ajaran agama di dunia. Kita yakin dan percaya berita baik ini akan tiba di mana akhirnya situasi peperangan akan berpihak kepada umat Islam.
Hal ini pasti terjadi, berdasarkan kehendak kauniya (sunnah) Allah SWT. Namun ia bukan bererti kaum Muslimin boleh tidur lena, diam berpangku tangan menunggu datangnya kemenangan tersebut, tanpa mengambil sebab-sebab yang telah Allah tetapkan bersamaan dengan ketetapan takdir kauniya. Ini kerana Allah tidak menjadikan sesuatu, melainkan Allah tetapkan bersamanya sebabnya, sebagai suatu hikmah yang Allah kehendaki.
Sesungguhnya Allah tidak akan merubah suatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. (Surah Ar-Ra’du ayat 11)
Ini bermakna Allah SWT menjadikan adanya perubahan keadaan, yang baik atau yang buruk pada sesuatu kaum dengan sebab-sebab yang diusahakan oleh kaum itu sendiri. Jika suatu kaum itu dalam keadaan baik, penuh kenikmatan, kemudian mereka melakukan sesuatu yang menyebabkan hilangnya kebaikan tersebut, maka Allah akan merubah keadaan mereka menjadi buruk dan sengsara.
Orang Yahudi sentiasa menjadi pusat dan penyebab kebencian kerana sikapnya yang arogan,eksklusif dan merasa ras yang paling unggul pilihan Allah.Tetapi kenapa Tuhan tidak serta merta menghukum mereka melainkan sebaliknya mereka terus menerus menguasai segala bidang kehidupan?Inilah yang harus kita cari alasan dan jawapannya.
Oleh: Ali bin Abd Rahman
Recent Comments