Imam Al-Baqilani mengatakan antara sebab yang boleh kita menyingkirkan seorang pemimpin apabila ia mengalami keadaan gila yang berpanjangan. Disamping juga ia mengalami ketulian atau kebisuan,lanjut usia dan tidak mampu untuk menjaga  kemaslahatan ummah.Dan harus juga dielak bahawa menukar peminpin secara tergesa- akan menyebabkan berlakunya fitnah yang lebih besar. Sayidina Ali dan Sayidina Othman bagaimana ia tetap kekal dengan jawatan khalifah nya dengan tidak menghiraukan gesaan musuhnya agar turun dari jawatan tersebut.

Selagi umat Islam tidak terganggu serta terjaga segala urusan agama dengan baik maka selagi itulah kita haruskan mengekalkan kepimpinan.

Menurut  Ibnu Hazm bahawa penguasa sebesar manapun kesalahan mereka harus diajak bicara dengan baik dan jika ia sedar dan insaf tidak lagi melakukan kezaliman maka tidak ada alasan kita untuk menyingkirkanya.

Iman Ahmad Ibnu Hanbal ketika ditanya tentang dua orang yang dicalunkan untuk memimpin satu pasukan dimana yang  pertama kuat tapi bergelimang dalam dosa manakala yang kedua kuat agamanya tetapi lemah maka beliau menjawab:”Orang pertama,dosanya ditanggung sendiri sedangkan kekuatannya dapat menbena keutuhan negara dan kepentingan umat. Manakala orang kedua yang kuat  keberagamaannya hanya manafaat untuk dirinya sahaja, sedangkankan kelemahannya menjadi petaka bagi orang yang dipimpinnya.”Ini kerana orang ramai lebih diutamakan dari kekurangan pekertinya.

Pada hakikatnya, perselisihan faham dalam isu politik adalah perkara biasa dan kadangkala meningkat menjadi `menu wajib’ sebagai rencah dalam panggung politik yang sentiasa hidup dan dinamik.

Sebabnya, jika persaingan dan perjuangan politik bertukar kepada keadaan statik, ini tidak hanya menjadikan sebagai hidangan politik yang membosankan akan tetapi situasi itu boleh membahayakan kepentingan rakyat kerana keadaan ini boleh melekakan pemimpin dan pada akhirnya mengakibatkan perancangan untuk mensejahterakan rakyat akan terabai dan tidak mendapat perhatian yang sewajarnya.

Walaubagaimanapun, sudah tentu bagi menghidupkan gelanggang politik janganlah sampai terlajak kepada hanya memfokuskan kepada penggantian pemimpin sebagai tujuan utamanya. Tiada jaminan bila seorang pemimpin diganti akan merubah dan membaiki segala persoalan dan isu-isu yang dibangkitkan.

Penggantian pemimpin secara tiba-tiba, tidak berdasarkan konsensus hanya akan mencetuskan situasi huru-hara yang mendatangkan kemudaratan lebih besar kepada rakyat.

Justeru itu Dato Seri Zahid Hamidi harus kekal sebagai Presiden dan Timbalan Perdana Menteri dan tidak harus terburu- buru untuk meletak jawatan. Dalam hal ini, menarik sekiranya kita mengambil pandangan Imam al-Ghazali mengenai cara menangani kepimpinan bermasalah. Menurut tokoh yang digelar sebagai hujjatul Islam itu, pemimpin bermasalah bahkan pemimpin zalim pun tidak boleh ditukar secara sewenang-wenangnya tanpa mempertimbangkan kerosakkan dan kekacauan yang bakal timbul.

Menurut al-Ghazali pendekatan revolusi dan radikal bagi mengganti pemimpin perlu dielakkan. Sebaliknya, al-Ghazali menekankan prinsip nasihat dan rundingan sebagai kaedah untuk meluruskan pemimpin ke landasan yang benar dan diredai.

Keutamaan untuk memilih mengekalkan suasana kondusif dan mengelakkan kekacauan sebagaimana yang dianjurkan al-Ghazali bukannya tanpa asas. Perkara ini turut disentuh oleh pendapat popular Ibn Taimiyah dalam kitabnya, al-Siyasah al-Syar’iyyah yang menyatakan bahawa 60 tahun di bawah pemerintahan zalim lebih baik daripada satu malam tanpa pemerintahan. Negara tanpa ada kerajaan dan pemimpin akan menyebabkan kekacauan.

Ini bermakna, menciptakan keadaan sosiopolitik yang stabil, damai, harmoni, meletakkan nilai kepentingan am sebagai segala-galanya, lebih diutamakan berbanding merombak dan menukar kepimpinan yang zalim sekalipun, akan tetapi natijahnya menciptakan keadaan ketidakstabilan negara, huru-hara, kekacauan dan krisis yang berpanjangan.

Rasulullah SAW pernah ditanya, apakah kita harus memerangi mereka (pemerintah) yang melakukan perkara yang tidak disenangi rakyat dengan pedang atau menggunakan kekerasan. Nabi Muhammad SAW menjawab menerusi sabda Baginda yang bermaksud: “Tidak, selama ia menegakkan (menunaikan) solat dengan kamu. Ketahuilah, orang yang dikuasai oleh seorang pemerintah dan melihatnya mengerjakan maksiat kepada Allah, hendaknya ia membenci maksiat kepada Allah itu tetapi tetap tidak melepaskan ketaatan kepada pemerintah tersebut” (Riwayat Muslim).

Apa yang berlaku di Asia Barat menjadi contoh konkrit kepada situasi yang diakibatkan oleh pergaduhan politik, perebutan kuasa dan nafsu untuk menumbangkan pemimpin yang dianggap menyeleweng. Bukan dilakukan dengan cara nasihat dan rundingan dengan cara santun yang diistilahkan dalam al-Quran wa jaadilhum billati hiya ahsan (berdiskusi dengan cara yang bijaksana).

Perkara inilah yang harus dibayar mahal oleh negara yang kacau, tidak stabil, lemah dan tidak berupaya mengatasi krisis yang berlaku disebabkan lebih mengutamakan idealisme kepimpinan negara.

Ramai terpedaya dengan impian mencari pemimpin ideal kononnya merupakan perkara prinsip yang tidak boleh dikompromi lagi. Walhal, isu ini sebenarnya mereka tenggelam kepada lamunan keutamaan dalam mencari pilihan. Hal ini akan mencetuskan situasi yang membahayakan umat apabila diheret kepada terbentuknya pemikiran furu’ (cabang) dijadikan isu usul (pokok).

Oleh : Mohd Shauki Abd Majid

Setiausaha Pertubuhan Kearifan Islam Malaysia (OMIW)

Translate »