HARI INI DALAM SEJARAH: 16 Ogos 2021
MUHYIDDIN Yasin meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri ke-8 berkuatkuasa hari ini selepas dipilih menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamed yang terpaksa melepaskan jawatan akibat Langkah Sheraton, yang menyebabkan sokongan terhadap kepimpinannya tidak mencukupi majoriti mudah.
Muhyiddin yang mendapat sokongan daripada wakil rakyat yang digelar ‘katak’, UMNO/BN, PAS dan parti-parti daripada Sabah dan Sarawak telah berjaya menubuhkan kerajaan ‘tebuk atap’ apabila mengangkat sumpah jawatan pada 1 Mac 2020, iaitu seminggu Dr Mahathir meletakkan jawatan.
Setelah berkuasa selama 16 bulan setengah, Muhyiddin pula dipaksa meletakkan jawatan setelah mengurung seluruh rakyat Malaysia menerusi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), yakni genap lapan belas (18) hari sebagai PM ke-8 dan seterusnya disambung dengan darurat pada bulan Februari 2021 selama enam bulan.
Kesemuanya berlangsung dalam tempoh hampir 17 bulan pemerintahannya, termasuk menggantung Sidang Dewan Rakyat kerana takut dengan Anwar Ibrahim yang mendakwa ‘cukup nombor’ dan ‘kerajaan Muhyiddin telah tumbang.
HARI INI MENUNGGU SEJARAH BARU: 16 Ogos 2023.
Empat hari selepas pencapaian cemerlang Perikatan Nasional mempertahankan tiga buah negeri yang dikuasai oleh PAS dan berjaya menembusi kubu kuat Pakatan Harapan, Muhyiddin masih lagi belum mengangkat sumpah jawatan dan kini dia disenaraikan sebagai PM Tepi setelah genap dua tahun melepaskan kerusi PM ke=8.
Dalam kempen PRN yang berakhir pada 12 Ogos lalu, Muhyiddin siang malam bermimpi akan kembali memikul tanggungjawab sebagai Perdana Menteri untuk kali kedua. Rakyat masih teringat dengan komennya ketika mengangkat sumpah kali pertama berkata: saya tidak pernah bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri.
Muhyiddin yang meroyan itu kemudiannya memberikan suatu harapan palsu kepada rakyat Malaysia, Perikatan Nasional ‘menang besar’ dalam PRN kali ini, ia akan diikuti dengan tumbangnya kerajaan perpaduan kerana rakyat menghantar mesej yang cukup jelas agar meletakkan jawatan. Setelah itu, dia akan mengangkat sumpah sebagai PM XI.
Semua rakyat Malaysia menantikan bilakah Muhyiddin akan mengangkat sumpah, atau terus kekal sebagai ‘PM Tepi’ untuk tempoh empat tahun empat bulan lagi.
Akibat belum disempurnakan pengangkatan sumpah, ada pengundi mula meniru cara Muhyiddin berjalan dengan sebelah tangan memegang ‘anu’ sendiri untuk merefleksi tidak ke mana dan sebagai satu bentuk parodi yang pernah ditiru oleh MB Kedah dalam mengisyaratkan “melawan Anwar” dengan mengangkat tangan kanan dalam bioepik Anwar: Untold Story yang sudah diketahui ramai.
PRN tidak membolehkan seseorang PM didesak meletakkan jawatan, walaupun parti yang diterajuinya kalah. Dalam PRN ini, tiga negeri yang dimimpikan tidak ‘kalih’ kepada Perikatan Nasional, dengan sedikit kecewa yang disembunyikan, Muhyiddin menjelaskan: ia suatu yang cukup bermakna. Rakyat menempelak, kerana yang benar-benar mencapai keputusan cemerlang ialah PAS, bukan Bersatu.
Tetapi, itulah Muhyiddin dan rakan kongsinya yang kadangkala panas baran meratib setiap hari, mereka ada cara untuk menukarkan kerajaan walaupun keputusan PRN bukan jalannya yang betul.
Cara pertama, mengumpulkan sokongan wakil rakyat (Dewan Rakyat) sekurang-kurangnya pada tahap majoriti mudah (112 orang) menerusi akaun bersumpah yang tidak lagi absah seperti dilakukan semasa Langkah Sheraton. Bagaimanapun, Muhyiddin masih boleh melakukan langkah kedua, iaitu mengangkat sumpah di hadapan potret YDPA di mana-mana premis yang menggantungkannya, bukan di Istana Negara.
Selepas berkuatkuasanya Akta Anti-Lompat Parti yang dia dan rakannya sama-sama meluluskannya di Dewan Rakyat pada tahun lalu, SD tidak lagi menjadi bukti yang sah sebagai dokumen sokongan. Ia digantikan dengan surat rasmi daripada ketua parti politik yang menyokong atau sebaliknya.
Selepas kaedah itu gagal, Muhyiddin meniup terompet dan Haji Hadi memukul tabuh menyatakan kerajaan perpaduan akan tumbang dalam masa tiga bulan Pembentukan kerajaan perpaduan yang diterajui oleh penuh ‘muslihat dan perangkap’. Sebenarnya, Muhyiddin dan Haji Hadi yang terperangkap kerana memilik untuk kekal sebagai pembangkang, hanya kerana tidak sanggup ketepikan ego dan bersatu untuk membentuk sebuah pemerintahan yang stabil.
Jika sesebuah pemerintahan itu tidak stabil, ia merupakan peluang untuk Muhyiddin yang hidung tak mancung pipi tersorong-sorong menunggu pintu pagar Istana Negera membawa harapan akan diperkenan dan dilantik semula sebagai perdana menteri walaupun rakyat masih belum pulih rasa marah akibat dikurung di rumah hampir dua tahun lamanya.
Andaian tiga bulan sudah berlalu, kini memasuki usia sembilan bulan, yang sepatutnya terzahir zuriat yang dikandung. Nampaknya, Muhyiddin “bunting gajah” sekiranya selepas setahun Anwar terus kekal berkuasa.
Anwar sudah memberikan cabaran, beliau bersedia menerima undi tidak percaya jika ada yang berani berdepan, bukan hanya sembang si penjual ubat kuat yang tidak pernah terbukti ramuannya benar-benar mampu beraksi di ranjang lebih setengah jam. Dakwaan partinya cukup kuat dan mampu mentadbir dengan baik hanyalah sebuah khayalan kerana Muhyiddin yang sama telah menyiksakan nurani rakyat sehingga munculnya kempen mengibarkan Bendera Hitam, sebagai desakan untuknya meletakkan jawatan.
Itulah dendangan irama lagu daripada tiupan terompet yang tidak sempurna dan kayu pemukul tabuh yang patah, cukup memekak dengan lantunan lirik, siakap, gelama, ikan duri dan sesekali ditambah senohong; tidak pernah diajar berbohong, tapi saya lebih pandai cakap bohong.
Setelah genap dua tahun, Muhyiddin yang merasa lega kerana dibebaskan daripada empat tuduhan salah guna kuasa membabitkan wang berjumlah RM 232.5 juta, bermesyuarat dengan Haji Hadi di pinggir sebuah lombong sambil merenung ke dalam tasik, tapi penuh hati-hati kerana di dalamnya ada buaya.
Ketika itu muncul sekawan gagak, lalu berkokok garang yang boleh difahami sebagai alunan suara menyuruh: Ayuh!, terjunlah, dalam tasik ada buaya. Jika buaya membedal, kami akan terbang, tidak ada masa kami nak tolong lagi.”
MUTAKHIR: 15 Ogos 2023:
Muhyiddin bebas daripada empat pertuduhan salah guna kuasa melibatkan RM 232.5 juta yang dikaitkan dengan program Jana Wibawa. Namun rasa lega itu hanyalah sementara kerana Peguam Negara sudah pun mengemukakan rayuan untuk menyemak keputusan tersebut.
Menurut hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Muhammad Jamil Hussin, empat pertuduhan yang dihadapi oleh Muhyiddin yang menyatakan suapan bagi sekutunya (Bersatu) tidak mendedahkan suatu kesalahan di bawah Seksyen 23 (1) Akta SPRM.
Tetapi, ia tidak bermakna Muhyiddin turut digugurkan tiga lagi kes yang membabitkan rasuah bernilai RM 190 juta, yang sedang dihadapinya di Mahkamah Sesyen.
Kerana itu, Anwar wajar percepatkan penggubalan undang-undang pendanaan parti politik benar-benar ingin sampai ke tahap tiada toleransi rasuah dan kompromi sakau.
******
Cerita lain, dalam pelbagai platform media, ada yang cukup ‘jaki’ atau kuat memerli dengan apa yang pernah dijadikan bahan kempen juak-juak politik PN, meminta Muhyiddin melepaskan jawatan sebagai Presiden Bersatu di mana salah seorang ‘katak’ sudah tidak sabar lagi menunggu untuk menyingkirkannya akibat sangat susah senyum.
Ada yang menyebarkan klip video menerusi platform Tik Tok memberikan lima sebab kenapa Muhyiddin sangat ‘mengidam’ untuk kembali ke jawatan yang pernah dilepaskannya. Antaranya, kemelut rasuah, salah guna kedudukan (kuasa) dan menerima sumbangan lebih RM 400 juta walaupun ‘satu sen pun tidak masuk ke poket saya; semuanya dmasukkan kepada akaun parti.” Akibatnya, akaun Bersatu dibekukan. Ini menyebabkan Bersatu alami masalah –membiayai operasi harian parti dan mendanai perbelanjaan PRN.
Bukan sahaja Muhyiddin dikaitkan, bahkan bekas penulis Manifesto Pakatan Harapan sebelum PRU ke-14, Wan Saiful Wan Jan turut didakwa menerima suapan hampir RM 70 juta daripada sebuah syarikat bagi mendapatkan kontrak pembinaan Spine Road. Wang itu dimasukkan ke akuan CIMB sebuah syarikat yang dimiliki oleh Wan Saiful.
Anak kepada Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainudin pula didakwa menyimpan minyak masak bersubsidi melebihi had dan mengemukakan invoice palsu.
SPRM pula mendedahkan, Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut didakwa terbabit dan meminta komisyen kepada kontraktor yang berhasrat mendapatkan kontrak di bawah projek Jana Wibawa. Jana Wibawa adalah program membantu kontraktor Bumiputera tidak ada projek semasa penularan COVID-19.
Namun, apa yang dikesalkan ialah terdapat beberapa nama bukan Bumiputera yang dikaitkan dengan pengagihan projek tersebut. Ini termasuk salah seorang kenalan lama Muhyiddin, iaitu seorang tauke perabot di Pagoh. Beliau dikatakan bertindak sebagai ‘orang tengah’ yang membantu Presiden Bersatu mendapatkan wang haram itu untuk Bersatu.
Menantu Muhyiddin dikaitkan skandal pengurusan data oleh sebuah syarikat yang disiasat oleh SPRM. Menantunya sudah ke luar negara sejak beberapa bulan lalu dan masih belum kembali ke tanah air, namun Muhyiddin enggan memberitahu lokasi ‘persembunyian’.
Sebelumnya, Muhyiddin mengakui ‘tidak tahu nama syarikat’ dan ‘tidak mengenali pemilik syarikat’ yang dikaitkan itu, walhal dimiliki oleh menantunya. Ini menunjukkan demi ‘menyorok sesuatu’ Muhyiddin bercakap bohong walhal sentiasa menggunakan alasan, bapa saya pesan, jangan berbohong; saya pun anak tok guru.
Kesemua kes-kes tersebut telah memberikan gambaran bahawa PN bukanlah sebuah gabungan yang ‘bersih’. Sebabnya, peneraju kepada PN iaitu pemimpin Bersatu telah dimasukkan ke dalam Kluster Mahkamah, dari Muhyiddin, Wan Saiful dan sebagainya.
Itulah sebabnya pada PRU ke-15, PN dilihat cukup mewah berbelanja membiayai kempen pilihan raya dan pernah pada satu mesyuarat tahunan Bersatu sebelumnya, para perwakilan dihadiahkan setiap orang sebuah beg sandang berjenama antarabangsa.
Selepas PAS berjaya merampas beberapa kerusi yang asalnya merupakan kerusi UMNO/BN dalam PRU ke-15, selain berjaya mempertahankan kerusi miliknya, berlaku beberapa petisyen di atas kemenangan yang diraih. UMNO mengemukakan petisyen dan akhirnya didapati PAS melakukan ‘rasuah’ untuk meraih kemenangan (membeli undi) di Kuala Terengganu. Kemenangan tersebut dibatalkan.
Beberapa petisyen lain (antaranya, Kemaman, Marang dan Gua Musang), mahkamah membuat keputusan petisyen yang dikemukakan adalah ‘cacat’ dan ditolak, kemenangan yang diraih dikekalkan. Hanya Kuala Terengganu yang diadakan PRK bersamaan dengan tarikh PRN.
Sebelum itu, PAS pernah dikaitkan menerima rasuah sebanyak RM 90 juta, yang dinafikan oleh pemimpin-pemimpinnya sehingga ada yang percaya itu adalah fitnah. Wang itu didakwa ada kaitannya dengan 1MDB.
Bagaimanapun, PAS mengambil keputusan menyaman sebuah portal, Sarawak Report yang berpengkalan di Britain, yang dikatakan ‘memfitnah’ itu. Pada awalnya, Presiden PAS menegaskan, mereka boleh menang dan untuk membiayai kos guaman yang mahal di Britain, diadakah kutipan derma.
Namun di pertengahan proses perundangan, PAS menarik balik saman dengan alasan ‘tidak mampu membiayai kos guaman’ jika ianya diteruskan. Maknanya, PAS mengemukakan alasan tersebut untuk mengelabui pemikiran penyokong-penyokongnya manakala pemilik portal tersebut mungkin akan mendedahkan lebih banyak bukti bagi mempertahankan laporannya.
Jika bukti ini terdedah, di manakah PAS nak menyorok lagi dan mengekalkan slogan ‘sifar rasuah?’. Ekoran penarikan balik saman fitnah itu, PAS bersetuju membayar ganti rugi (penyelesaian) berjumlah RM 1.4 juta. Bayaran itu disahkan oleh pemilik portal, Clare Rewcastle-Brown, warganegara Britian kelahiran Sarawak.
Dua kes tersebut dengan jelasnya membuktikan bahawa PAS juga terpalit dengan amalan rasuah, dan tidak lagi boleh mendakwa partinya bersih dan boleh menggunakan slogan sifar rasuah.
Maknanya, slogan PNBEST: BERSIH adalah suatu pembohongan yang terang dan nyata,
*******
(BERSAMBUNG)
MAHANOR SALEHA
Recent Comments