Dr Lim Tek Ghee, seorang pakar sejarah ekonomi dan bekas pegawai kanan PBB (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) melihat PRN 2023 sebagai ujian pengukuran antara Madani Anwar dan Islam Versi Hadi (Malaysiakini, 10 Ogos 2023) menarik untuk dijadikan kerangka analisis keputusan PRN kali ini.

Visi Madani Anwar, saya tulis MADANI kerana ia merupakan cantuman daripada setiap satu huruf yang terdapat dalam Rukun MADANI – keMampanan, kesejAhteraan, Daya cipta atau inovasi, hormAt, keyakiNan dan Ihsan.

(Anwar Ibrahim, Membangun Negara MADANI: Visi dan Kerangka Dasar Reformasi, 2023, hal.15), kerana ingin membezakan dengan terjemahan masyarakat sivil versi Islam oleh kumpulan sekular Mesir kepada masyarakat madani, yang muncul pada pertengahan 1990-an. (Azzam Tamini, Rachid Ghannouchi: Seorang Demokrat Dalam Wacana Islamisme, terjemahan Muhammad Syamil Dzulfida dan Ahmad Nabil Amir, 2018, hal. 209-213).

Dalam pemikiran masyarakat nusantara, khususnya Malaysia dan Indonesia, Anwar mula menggunakan istilah masyarakat madani dalam satu forum yang diadakan di Jakarta, Indonesia (1995) di mana:

agama merupakan sumber, peradaban adalah prosesnya, dan masyarakat kota adalah hasilnya. Dengan demikian, maka civil society diterjemahkan sebagai ‘masyakat madani’, yang mengandung tiga hal, yakni agama, peradaban dan perkotaan.” (M Dawam Raharjo, Masyarakat Madani: Agama, Kelas Menengah dan Perubahan Sosial, Jakarta: Penerbit Pustaka LP3ES dan Lembaga Studi Agama dan Filsafat, 1999, hal-145-146)

Menariknya, mengulas mengenai kedudukan kuasa secara umumnya walaupun berjaya kekalkan statusquo, masing-masing gabungan kekal sebagai kerajaan negeri, iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah bagi PN dan Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan berjaya untuk PH-BN yang cuba pertahankan rempuhan ‘gelombang hijau’.

Namun jika dilihat daripada perspektif arus yang mengalir dari dalam, PH-BN terpaksa menerima hakikat sebahagian kerusi-kerusi yang dimenanginya telah terseret ditelan arus bawah itu sebanyak 70 daripada 169 kerusi yang dimenangi pada PRU ke-14 (2018). Ini bererti kerajaan perpaduan tidak berjaya kekalkan statusquo apabila hanya mampu meraih 99 berbanding PN dengan 145 kerusi.

Kemerosotan sebanyak itu menyumbangkan kepada gambaran umum bahawa PH-BN sebenarnya ‘telah kalah’, walaupun tidak seteruk yang dialami oleh Muda, Bebas dan lain- lain yang hanya dapat telur, serta ada di antaranya hilang deposit.

Selain gabungan PH-BN dan PN, parti-parti lain dilihat tidak mencabar sebagaimana dibuktikan dalam PRU ke-15 termasuk gabungan GTA yang menderita kehilangan deposit oleh calon-calonnya termasuk Dr Mahathir dan Mukhriz Mahathir.

Ada yang memberikan komen bahawa arus bawah yang berlaku pada PRU ke-15 (2022) telah semakin ganas jika dilihat daripada pencapaian gabungan PN pada PRN di enam buah negeri. Misalnya, pada PRU ke-14 (2018), gandingan PN hanya mampu menguasai 76 daripada 245 kerusi yang dipertandingkan, dan pada PRN kali ini, yang melibatkan enam negeri meraih peningkatan sebanyak 70 kerusi, yakni hampir sekali ganda (92.1 peratus).

Secara keseluruhannya, PN berjaya menguasai hampir 60 peratus jumlah kerusi yang dipertandingkan. PH-BN telah merosot dengan sekitar 41.4 peratus dan terpaksa menerima kenyataan kesan gelombang hijau telah berjaya menggoyahkan kedudukannya. Ia dilihat cukup tergoyang di Selangor dan Pulau Pinang manakala di Negeri Sembilan bakal menyita minat awam untuk memperkatakannya sehingga PRU ke-16 yang mungkin berlangsung selewatnya 2027.

Jika menurut pandangan Dr Lim Teck Gee, kita mungkin boleh mengandaikan bahawa versi Islam bawaan Haji Hadi lebih berjaya diterima para pengundi berbanding visi MADANI Anwar. Ini terbukti penggelosoran yang begitu besar berlaku di Kedah, Kelantan dan paling parah ialah Terengganu, gandingan PH-BN tidak memenangi sebarang kerusi.

Efek yang cukup besar ialah di Selangor dan Pulau Pinang yang menjadi tumpuan PN dan manakala negeri-negeri sasaran besar PH-BN dilihat hampir kecundang habis. PH-BN hanya menang tiga kerusi di Kedah dan dua kerusi di Kelantan.

Sebaliknya, PN dilihat semakin berpengaruh di Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan. Negeri Sembilan pasa asalnya tidak dimenangi oleh komponennya pada PRU ke-15 berjaya memacakkan tiang yang lebih kuat setelah memenangi 5 kerusi.

PN juga dilihat bakal mencabar kepimpinan politik Selangor dan Pulau Pinang. Di Selangor PN yang memenangi 22 kerusi tidak mudah disepelekan apatah lagi kedudukan PH-BN tidak mencecah kuasa majoriti dua pertiga. Majoriti dua pertiga untuk Selangor ialah 38, PH-BN hanya menang 34 daripada 56 kerusi, biarpun mampu membentuk kerajaan negeri untuk penggal ke-empat.

Terengganu yang mencipta rekod baharu, menjadi suatu cukup menarik kerana buat pertamanya berjaya menafikan kebangkitan BN setelah tersungkur pada PRU ke-14.

Kejayaan gemilang yang dicapai oleh MB Terengganu yang dibimbing oleh Presiden PAS itu mengekalkan kedudukan parti untuk tempoh penggal kedua secara mutlak dan bersambung. PAS yang menang pada PRU ke-10 (1999) bagaimana pun berjaya dihempap oleh Gelombang Hijau pimpinan Idris Jusoh pada PRU berikutnya (2004).

Kemenangan mutlak PAS kali ini membuktikan kepimpinan Dr Samsuri lebih baik daripada apa yang pernah dicapai oleh Haji Hadi sendiri disebabkan oleh pendekatannya yang lebih diterima oleh rakyat Terengganu berbanding sifunya yang agresif dan seringkali bertindak seperti orang panas baran.

Semua kubu kuat UMNO berjaya diruntuhkan oleh PAS di Terengganu menjadikan parti itu dilihat tidak lagi relevan dan sukar bernafas. Ini tidak bermakna UMNO tidak akan bangkit selepas koma akibat serangan angin ahmar buat kali kedua yang memaksanya terus berada di atas tilam.

Di Kedah, walaupuan gandingan PH-BN mampu mempertahankan tiga kerusi, ia memberikan gambaran bahawa akibat ketandusan kepimpinan, parti itu terpaksa menerima padah walaupun berusaha mengekalkan calon-calon yang pernah menang secara heavyweight.

Mahadzir Khalid yang pernah memenangi kerusi Pedu (selama dua penggal, 204 dan 2008) kali ini tewas kepada calon PAS, Mohd Radzi Mohd Amin dengan majoriti 6.373 undi. Sebelumnya, pada PRU ke-15, Mahadzir juga tewas kepada calon PAS iaitu Nurul Amin Abd Aziz dengan 10,959 undi.

Sanusi Mohd Noor akan kekal sebagai MB Kedah dan ia merupakan mandat pertamanya yang cukup bergaya, yang mungkin lebih ‘mudah luku’ PH-BN akibat kedudukan parti lawan yang sangat lemah. Biarpun dikecam sebagai wira kempen yang kasar, tidak sopan dan paling ‘meraban’, kini dia disahkan sebagai aset yang berjaya membawa PAS ke mercu kejayaan yang lebih besar.

Tetapi, untuk pentadbirannya kali ini, beliau hendaklah berubah pembawaannya, lebih bersantun dalam percakapannya walaupun cara yang dibudidayakan sebelum ini telah diterima sebagai satu kelaziman masyarakat Sik, yang menjadi latar sosiobudayanya membentuk jati diri.

Sanusi juga perlu ingat, untuk meneruskan agenda pembangunan di negeri Kedah, walaupun ideanya baik dan bernas, ia sangat memerlukan sokongan kerajaan pusat. Hubungannya dengan kerajaan pusat wajib diperbaiki, jika tidak, Kedah akan kekal menjadi ‘punching bag’ oleh aktivis politik PH-BN, selagi gandingan itu terus berkuasa.

Diplomasinya dengan Pulau Pinang juga wajib dirintis semula, bukan mengeluarkan kenyataan-kenyataan pedih walaupun PN semakin kukuh bertapak, dari hanya satu kerusi kepada 11 kerusi.

Ini kerana tuntutannya ke atas Pulau Pinang ketika ini masih boleh diterima logik. Tetapi, jika dilakukan berpanjangan dalam tempoh lima tahun dari sekarang, ia mungkin boleh menukarkan lanskap kebangkitan gelombang hijau yang sudah ada riak-riak mampu menguasai kawasan majoriti pengundi Melayu.

Mengharapkan sokongan Gerakan, PN belum boleh tersenyum walaupun Muhyiddin adalah orang sangat sukar senyum. Sanusi perlu memikirkan bersama dengan Gerakan yang belum boleh bangkit setelah jatuh daripada kerusi dalam kubunya di Pulau Pinang sejak PRU ke-12 (2008).

Hanya satu kerusi dimenangi oleh Gerakan, iaitu di DUN Kulim, Kedah atas tiket PN di mana Wong Chia Zen berjaya menewaskan calon PH, Awang The dengan majoriti 7,742. Gerakan diperuntukkan tiga kerusi di DUN, di mana kedua-dua calin tewas di Kota Darul Aman dan Bakar Arang.

Secara keseluruhannya, Gerakan bertanding tewas di semua kerusi yang ditandingi di Pulau Pinang (19), Negeri Sembilan (6 kerusi) dan di Selangor (lapan kerusi). Ertinya, Gerakan masih tidak mampu untuk membendung usaha menolak parti itu oleh pengundi-pengundi bukan Melayu dan apatah lagi di kerusi majoriti Melayu, seperi Bayan Lepas, iaitu pengundi Melayu adalah sejumlah 74 peratus

Dominic Lau bergeser dengan aktivis PAS, awalnya dihalau di Tasek Gelugor (disekat menemui Presidan PAS) dan ‘dihentam’ di Bayan Lepas. Setelah Gerakan kalah, Dominic didesak agar meletakkan jawatan. Dominic hampir sebulan lalu berjaya mengekalkan jawatan sebagai Presiden Gerakan (mjulai ambil alih jawatan pada bulan November 2018) setelah mengalahkan tiga pencabarnya (mendapat 429 undi), Michael Gan (76), Lau Hio Keong (335 undi) dan Liang Teck Meng (275 undi).

Kemenangan jawatan Presiden Gerakan tidak disusuli dengan kejayaan dalam PRN. Ertinya, Dominic seperti jaguh kampung yang hanya handal dalam parti, tetapi tidak diterima dalam perspektif politik sebenar, yakni memerangan mana-mana pertandingan dalam pilihan raya.

Beliau tewas dengan majoriti 1,889 undi. Azrul Mahathir kekal untuk penggal kedua sebagai ADUN Bayan Lepas (Amanah) setelah meraih undi 29,035 undi. Walaupun Azrul memperoleh majoriti lebih kecil berbanding PRU ke-14, ia berjaya menyekat keinginan Presiden Gerakan mendepa tangannya dan lebih manis ialah mampu mengalahkan seorang presiden sebuah parti yang pernah melakarkan sejarah pembangunan Pulau Pinang.   Ada yang meramalkan, Azrul mungkin tewas sekiranya dicabar oleh calon PAS, yang diharapkan oleh PAS Bayan Lepas.

Ada yang membayangkan keputusan yang dibuat oleh Presiden PAS itu adalah sesuatu yang silap, yang mungkin ada kaitannya dengan pelbagai perkara yang menyebabkan ia diterima. PAS sepatutnya tidak meletakkan calon bukan Islam di mana-mana kerusi majoriti Melayu.

Jika andaiannya ini disetujui, PN mungkin akan menerima kemenangan yang lebih menarik dalam PRN Pulau Pinang walaupun tidak mampu mencabar DAP yang mendapat sokongan besar daripada pengundi bukan Melayu.

Persoalan yang menarik mengenai keputusan PRN kali ini ialah siapakah yang dipilih sebagai MB Negeri Sembilan walaupun PH-BN memenanginya. Ini keranar berlaku perubahan ketara berkenaan jumlah kerusi yang dimenangi oleh parti-parti dalam kerajaan perpaduan.

Pada PRU ke-14, komposisi kerusi yang dimenangi oleh PH telah menjadikan Aminudin Harun sebagai MB menggantikan Mohamad Hasan, apabila BN tewas pada PRU ke-14 (2018).

Tetapi kali ini UMNO/BN memperoleh kerusi yang cukup besar mengatas kerusi yang diraih oleh DAP. UMNO/BN menang 14 kerusi manakala DAP sebanyak 11 kerusi. Apakah ia akan kekal dengan keputusan yang dibuat oleh PMX bahawa Aminudin akan dikekalkan sekiranya gandingan PH-BN menang. Cadangan itu turut disokong oleh Presiden UMNO, tetapi sekarang kedudukannya telah berubah.

Walaupun PH-BN mampu mendapat mandate dua pertiga, semua kerusi yang dimenangi oleh BN adalah daripada calon UMNO, kerana tidak ada calon MCA dan MIC yang bertanding sebagaimana diketahui.

DAP menyapu bersih semua kerusi yang diperuntukkan, manakala PKR hanya menang lima kerusi (Sikamat, Pilah, Sri Tanjung, Ampang, dan Chuah) dan hilang kerusi DUN Labu. Amanah yang diperuntukkan dua kerusi hanya menang di DUN Klawang.

Namun jika dikira daripada jumlah yang diperoleh oleh komponen PH, ia berjumlah 17 kerusi (DAP 11, PKR 5 dan Amanah 1). Secara individu, UMNO mendominasi. Jika diambil logik pemuafakatan, MB Negeri Sembilan seharunya datang daripada PH, yakni Amirudin dikekalkan untuk penggal kedua.

Tetapi, kedinamikan politik boleh menyebabkan persetujuan awal berubah, menuntut kepada kompromi baharu bagi menyelesaikan kemelut kemungkinan.

Khabarnya, dua nama yang dibawa masuk dari UMNO iaitu Mohamad Hasan (DUN Rantau) dan Jamaludin Alias (DUN Pertang). Jamaludin juga merupakan Ahli Parlimen Jelebu, manakala Mohd Hassan, bekas MB Negeri Sembilan adalah MP Rembau dan Menteri Pertahanan.

Tentunya, ada yang mengharapkan Jamaludin Alias, Pengerusi UMNO Negeri Sembilan dipertimbangkan kerana tidak mempunyai apa-apa jawatan di peringkat pusat. Jika Mohamad Hasan tetap menjadi pilihan, jawatan Menteri Pertahanan perlu diserahkan kepada Jamaludin Alias. Jamaludin adalah bekas EXCO Negeri Sembilan, Pengerusi UDA Holdings dan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan.

Kemenangan besar PN di Kelantan memberikan harapan baharu kepada rakyatnya kerana sehari sebelum pengundian akan ada gandingan baharu ‘agamawan dan teknorat’ untuk mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri. MB dan TMB akan digantikan.

Bagaimanapun, kenyataan itu tidak menafikan bahawa TMB Kelantan tidak akan dilantik sebagai MB, hanya sekadar menyatakan MB dan TMB akan dilantik, sekiranya menang PRN dan mendapat perkenan al-Sultan Kelantan.

Kenyataan yang tidak ‘berapa’ jelas itu menyebabkan ramai masih berandaian bahawa Mohd Amar atau Nik Amar akan dilantik sebagai MB manakala calon TMB adalah orang baharu, mungkin bekas EXCO ataupun akan dipilih dalam kalangan wakil rakyat yang menang.

Struktur kepimpinan politik Kelantan agak berbeza, dua jawatan tertinggi itu mesti mendapat perkenan al-Sultan, tetapi jawatan-jawatan EXCO menjadi prerogatif MB.

Khabar lain berbisik bahawa MB adalah PAS, manakala TMB daripada Bersatu. Bersatu bertanding di 6 DUN (Neggiri, Paloh, Ayer Lanas, Bukit Bunga, Kok Lanas dan Gual Ipoh) menggunakan lambang PAS. Asalnya ditawarkan lapan kerusi. Gandingan itu menang 43 daripada 45 kerusi DUN: PAS 37 (kalah dua kerusi, Kota Lama dan Galas) dan Bersatu 6.

Gandingan PH-BN masing-masing menang satu kerusi (BN di Galas, Mohd Syahbudin Hashim dan PKR di Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim). Pada PRU ke-14, PAS menang 37 daripada 45 kerusi yang ditandinginya. Ertinya, kedudukan PAS masih kekal sebagaimana prestasinya pada PRU ke-14.

Kesmua calon Bersatu menang: Datuk Kamarudin Mat Nor (Ayer Lanas); Mohamad Farid Mohamed Zawawi (Kok Lanas); Bahari Muhamad Nor (Gual Ipoh); Mohd Almidi Jaafar (Bukit Bunga); Mohd Azizi Abu Naim (Nenggiri); dan Shaari Mat Hussin (Paloh). Jawatan EXCO mesti akan diberikan peluang kepada Bersatu, tetapi soalnya, adakah salah seorang akan dilantik sebagai TMB?

Hanya satu kerusi dimenangi oleh Gerakan, iaitu di DUN Kulim, Kedah atas tiket PN di mana Wong Chia Zen berjaya menewaskan calon PH, Awang The dengan majoriti 7,742. Gerakan diperuntukkan tiga kerusi di DUN, di mana kedua-dua calin tewas di Kota Darul Aman dan Bakar Arang.

Secara keseluruhannya, Gerakan bertanding tewas di semua kerusi yang ditandingi di Pulau Pinang (19), Negeri Sembilan (6 kerusi) dan di Selangor (lapan kerusi). Ertinya, Gerakan masih tidak mampu untuk membendung usaha menolak parti itu oleh pengundi-pengundi bukan Melayu, dan di kerusi majoriti Melayu, Gerakan juga alami kekalahan yang besar, misalnya di DUN Bayang Lepas, Pulau Pinang.

DUN Bayan Lepas adalah yang dikatan sebagai milik PAS dan mempunyai komposisi pengundi Melayu sekitar 74 peratus

Analisis Malaysiakini (13 Ogos 2023) menunjukkan pengaruh PN telah meningkat di semua negeri, dengan berdasarkan keputusan PRU ke-15 (2022): Kedah menokok 14.2 peratus daripada 54.7 peratus kepada 68.9 peratus; Kelantan sebanyak 5.5 peratus daripada 63.7 peratus kepada 69.2 peratus; Terengganu 6.0 peratus daripada 62.4 kepada 68.4 peratus; Pulau Pinang sebanyak 8.6 peratus daripada 24.0 kepada 32.6 peratus; Selangor sebanyak 10.3 peratus daripada 27.5 kepada 37.8 peratus; dan Negeri Sembilan sebanyak 15.7 peratus daripada 22.0 kepada 37.7 peratus.

Ini bermakna, peningkatan terbesar ialah di Negeri Sembilan, diikuti Kedah dan Selangor, antara 10.3 peratus hingga 15.7 peratus. Peningkatan di negeri-negeri lain kurang daripada 10 peratus, ia membawa pemahaman bahawa harapan untuk PH-BN menang masih ada sekiranya kepimpinan parti dalam komponennya yang dilihat boleh mendominasi dan mempunyai jentera yang kuat perlu melakukan perubahan segera, iaitu perubahan kepimpinan.

Bekas MB Terengganu, yang juga Pengerusi FELDA yang ditamatkan tempoh pelantikan lapan bulan lebih awal menyatakan Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid perlu meletakkan jawatan di atas kekalahan 89 kerusi DUN pada PRN kali ini. BN yang bertanding di 108 tetapi hanya menang 19 kerusi. Peratus kekalahan adalah tinggi, 82.47 peratus hampir menyamai kekalahan UMNO/BN dalam PRU ke-15, 83.14 peratus.

Ini membuktikan percaturan Zahid menentukan calon dan strategi perang telah gagal, pada tahap yang cukup besar melebihi 80 peratus. Ia merupakan “takungan air mata yang sedang ditahan” oleh para pemimpin akar umbi daripada gugur.

(BERSAMBUNG)

KAMARUN KH

Translate »