3 sama. Itulah keputusan PRN 6 negeri, iaitu di Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan. Ini menyaksikan situasi kembali kepada status quo, di mana gabungan PHBN mengekalkan posisi sebagai kerajaan di 3 negeri, dan koalisi PN juga menguatkan posisi di 3 negeri.

Pelbagai reaksi, analisa serta komentar yang hangat dibincangkan di media sosial; ada yang menarik untuk diteliti, dan ada juga yang hanya permainan politik laskar siber sahaja.

Justeru, pasca PRN 6 negeri ini, beberapa soalan yang berlegar di minda rakyat, supaya dapat dipertimbangkan oleh pembaca.

Soalan-soalan Pasca PRN 6 Negeri

1. Apakah UMNO telah berada di liang lahat untuk timbus?

2. Atau sedang nazak yang mustahil untuk diubati. Setakat beri ubat pelali untuk memanjangkan hayatnya.

3. Atau masih boleh diubati dengan memotong dan buang organ-organ yang menyebabkan ia mengalami penyakit yang fatal.

4. Apakah parti-parti lain seperti Amanah, DAP, PKR tidak serupa dengan penyakit UMNO yang telah didiagnos sebagai penyakit yang memudaratkan dan menjangkiti yang berada dekat dengannya.

Sedangkan pula:

1. Apakah PN dan Pas akan mampu menyahkan PHBN dari Putrajaya sebelum tamat sessi Parlimen yg ke-15 ini atau mengambil Putrajaya pada PRU-16.

2. Atau akan ada pengaturan-pengaturan strategi dan taktik politik baru untuk mengubah wajah politik atau landskap politik baru bagi Malaysia.

3. Atau apakah gelombang sokongan rakyat Melayu akan terus mampu memasakkan upaya untuk memberi PN Pas memenangi PRU-16.

4. Atau semangat akan pudar setelah UMNO, PKR ditolak telah tertolak secara tuntas setelah PRU16.

5. Apakah gelombang bukan Islam mampu menyekat kebangkitan gelombang Melayu Islam.

6. Apakah Islam jenamaan Pas akan terus diterima oleh pengundi Melayu.

7. Apakah jika PN Pas tertolak di masa akan datang bermakna rakyat menolak Islam.

8. Apakah akan ada pembaharuan drastik dengan timbulnya golongan dan trend baru dalam politik setelah tiadanya pemimpin lama (berusia melebihi 70 tahun) yang meninggalkan atau dipaksa meninggalkan pentas politik negara.

9. Apakah akan benar-benar berlaku penyatuan dan kekuatan umat Islam Malaysia dalam waktu dekat dan dasar yang bersentriskan aqidah akan dimanifestasikan.

10. Apakah halatuju politik negara dalam waktu dekat, orientasinya, sentimen dan emosi yg akan terserlah.

11. Madani Anwar tewas kepada visi Islam versi Hj Hadi

Kesimpulannya, perpaduan dan penyatuan ummah perlu menjadi agenda prioriti umat Islam Malaysia. Mendahulukan agenda perpaduan juga bertepatan dengan prinsip fiqh awlawiyyat, untuk menangani ancaman terhadap kesucian prinsip Islam. Oleh itu, umat Islam perlu menumpukan sepenuhya dan berusaha secara bersungguh-sungguh bagi merealisasikan kemurnian dan ketulusan perjuangan ini.

Umat Islam perlu disedarkan dan dimatangkan bahawa usaha merealisasikan perpaduan ini perlu merentasi tembok pelbagai aliran pemikiran dan ideologi politik kepartian dan tertumpu kepada kerangka ummah yang bersandarkan kepada akidah dan amar ma’ruf nahi munkar.

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah bersaudara. Maka dengan itu, islahkan hubungan di antara saudara-saudara kamu dan bertaqwalah kepada Allah sehingga kamu mendapat rahmat-Nya.”

(Surah al-Hujurat 49: 10)

Oleh : Mohd Shauki Abd Majid

 

Translate »