KELAHIRAN buku Politik Islam Wahyu, Impian atau Realiti tepat pada masa kini dengan keadaan masyarakat berdepan kecelaruan pemikiran mengenai dasar serta hala negara. Ia memberi kemunculan kepada pelbagai persoalan dalam usaha mencambah minda – dalam bentuk siasah Islam serta pemikiran berasaskan rabbaniyyah.
Ia sebagai satu sumbangan memikir-ulang pengalaman sejarah politik Islam bagi membolehkan satu bentuk- idea atau kerangka politik Islam dapat ditempa kembali dalam perspektif yang lebih menepati dengan situasi dan keperluan semasa umat Islam.
Persoalannya, sama ada sistem ini sepenuhnya sudah ada dalam kanvas teologi, atau adaptasi nilai agama secara menyeluruh, mendalam dan lestari.
Barangkali tertakluk kepada apa yang perlu dilalui dalam situasi dunia berhubung dan bergantung atau dikenali sebagai borderless world.
Penulis melihat kerangka politik Islam serta menyimpulkan bahawa ia tetap relevan diamalkan di negara ini.
Buku ini suatu percubaan berani yang diharap akan dapat membawa kepada penerokaan sisi yang lebih dalam dan bermakna berhubung budaya politik beradab.
Kontrak sosial yang terbina sejak adanya ‘permuafakatan dan perkongsian kuasa’ terus kekal sebagai pedoman dalam pembentukan dasar serta kerjasama ‘pintar’ yang berjaya mengekalkan kestabilan politik dan kesinambungan kuasa.
Namun, akhir ini, disebabkan kepentingan tertentu, muncul sekumpulan pihak cuba merombak asas yang telah terbina kukuh hanya kerana ‘dendam’ menyebabkan negara dan rakyat berhadapan dengan keadaan gelisah, tidak tenteram, mudarat dan seterusnya berupaya mengancam kesejahteraan ummah.
Nashkah ini turut menghuraikan dalam kalangan pemikiran tokoh-tokoh ketatanegaraan Islam, doktrin politik berkembang berdasarkan anggapan bahawa agama mempunyai dimensi politik secara lurus atau seiring dengan ritual beragama.
Doktrin ini membawa kepada satu rumusan bahawa tidak ada permisahan antara kekuasaan politik dan agama. Agama dan politik bukan sahaja saling memerlukan bahkan tidak bertentangan, politik melindungi agama dan agama mengawal kuasa politik.
Di Malaysia kontroversi mengenai konsep negara Islam kembali diperkatakan selepas tersiarnya laporan portal yang mengkritik ‘respon politik’ kerajaan Ketika memperkenalkan Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam dan pada 2001, mengisytiarkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.
Pertembungan idealisme politik, menyebabkan kekuatan umat Islam di Malaysia dan nusantara semakin sukar untuk disatukan apatah lagi beberapa masukkan falsafah pemikiran yang sama sekali meminggirkan pandangan agama.
Kehidupan berpolitik semakin dipengaruhi oleh ragam kepercayaan kepada pelbagai doktrin yang tidak berpijak kepada asas agama, termasuklah doktrin politik yang membawa kepada penyelesaian tidak bermoral dan matlamat menghalalkan cara.
Buku ini amat bermanfaat dan boleh menjentik minda serta hati pembaca untuk memahami makna politik Islam secara lebih baik dan tidak mudah hanyut dalam persekitaran parti politik.
Adu domba yang berleluasa, menghasut dengan pelbagai bentuk provokasi bagi meningkat suhu kemarahan, kebencian dan dendam tanpa henti sekali gus membangkitkan suasana tidak tenteram, huru-hara dan menjejaskan kesejahteraan rakyat.
Walaupun sebahagiannya didakwa berasaskan ideologi politik Islam dan digerakkan oleh orang Islam, selagi politik itu tidak direncanakan dalam bingkai akhlak dan moral, ia akan melahirkan budaya politik tidak beradab.
Penulis: Prof. Dr. Aladdin Koto, Prof. Dr. Sayed Agil Husin Al Munawar, Datuk Wan Zahidi Wan Teh, Dr. Alies Anor Abdul, Prof. Dr. Sudirman M. Johan, Dr. Norarfan Zainal
Pengulas: Mohd Shauki Abd. Majid
Penerbit: Dhomir
Harga: RM 35
Recent Comments