KETIKA NABI S.A.W. dan para sahabatnya berhijrah ke Yathrib (Madinah), Nabi s.a.w mendapati bahawa terdapat tiga golongan masyarakat yang memainkan peranan paling utama di sana, iaitu umat Isalm (Ansar), kaum musyrikin dan Yahudi. Nabi s.a.w berusaha menyatukan ketiga-tiga golongan itu agar hidup dalam keadaan aman dan damai. Tindakan pertama baginda ialah menyatukan kaum Muhajirin (pendatang Islam dari Makkah) dengan Ansar (penduduk Islam Madinah) di bawah akidah Islam. Tindakan kedua baginda ialah mengadakan perjanjian agar pelbagai golongan dapat hidup bersama secara damai. Kesepakatan antara golongan itu dinyatakan dalam suatu naskhah yang disebut sebagai al- Sahifah al- Madaniyyah (Piagam Madinah) dan al- Mithaq al- Madaniyyah (Perjanjian Madinah). Namun, orang Yahudi telah mengkhianati kesepakatan itu sehingga mereka diusir dari Madinah. Piagam Madinah bertujuan mengubah sikap terbunuh asabiyah ( perpaduan kesukuan atau fanatisiseme golongan) dalam masyarakat Arab.

MADINAH

Sebelum kelahiran Islam, penduduk Yathrib (Madinah) terdiri daripada dua suku bangsa, iaitu Arab dan Yahudi. Pada awalnya, daerah itu dihuni oleh suku Arab seperti suku Aus dan suku Khazraj. Daerah itu berkembang dengan kehadiran orang Yahudi, seperti Bani Quraizah ( orang Yahudi yang tinggal di sempadan kota Madinah ), Bani Nadir (salah satu suku terkemuka kaum Yahudi yang menetap di Yathrib) dan Bani Qanuqa (suku Yahudi yang kemudiannya berkomplot dengan orang Makkah ). Dalam bidang ekonomi dan politik, orang Yahudi mempunyai kedudukan yang kuat, bahkan pernah menguasai politik di Yathrib. Mereka memecah- belahkan suku Aus dan Khazraj. Suku Khazraj kemudian bersekutu dengan Bani Qainuqa manakala suku Aus bersekutu dengan Bani Quraizah dan Bani Nadir. Kemucak pemusuhan kedua-dua suku Arab itu ialah Perang Bu’ath (618).

MUHAJIRIN

Kata Mujahirin berasal daripada bahasa Arab “muhajirin” yang bermaksud orang yang berpindah dari satu tempat ke satu tempat. Ketika penganut Islam di Makkah masih sedikit bilangannya, umat Islam di sana sering ditindas oleh kaum kafir Quraisy. Umat Islam di Makkah tidak mampu melawan. Pada tahun 622, umat Islam di Makkah berhijrah ke Yathrib. Mereka yang berhijrah ini disebut sebagai kaum Muhajirin. Penhijrahan kaum Muhajirin ke Yathrib dilakukan secara sembunyi- sembunyi dan berperingkat- peringkat. Orang yang mula- mula berhijrah ialah Abu Salamah (sahabat Nabi s.a.w.) dan isterinya, diikuti oleh kaum Muhajirin yang lain secara beransur- ansur. Setelah itu, Nabi s.a.w. dan Abu Bakar al- Siddiq pula berhijrah dan diikuti oleh keluarganya. Keseluruhan kaum Muhajirin yang berhijrah ke Yathrib berjumlah 200 orang. Kaum Muhajirin berhijrah ke Yathrib dengan meninggalkan negeri dan harta benda mereka. Ketika kaum Ansar menyambut kedatangan mereka dengan tangan terbuka.

ANSAR

Ansar adalah gelaran hormat yang diberikan kepada orang Arab Yathrib. Ketika berhijrah ke Yathrib, umat Islam Makkah dibantu oleh umat Islam di sana. Itulah sebabnya, mereka terdiri daripada dua kabilah besar, iaitu Khazraj dan Aus (kedua-dua suku itu merupakan pendatang dari Arab Selatan yang berpindah ke Yathrib kerana Empangan Ma’arib pecah).

PRINSIP KENEGARAAN

Para ulama fikah siyasah (politik) berpendapat bahawa dalam piagam Madinah terdapat beberapa prinsip umum kenegaraan:

Monotieisme, mengakui hanya satu Tuhan (dalam mukaddimah, fasal 22,23,42 dan 47)

Perpaduan Penduduk Madinah (fasal 1,15,17,25 dan 37)

Keadilan dan Persamaam di sisi undang- undang (fasal 1.12.15.16.19.22.23.24.37 dan 40)

Kebebasan beragama (fasal 25)

Pembelaan Negara (fasal 24,37,38 dan 44)

Pengakuan dan Pelesttarian adat yang baik (fasal 2 dan 10)

Penyelesaian perselisihan menurut syariat Islam (fasal 23 dan 42)

Politik damai dan pelindungan dalaman (fasal 15,17,36,37,39,40,41 dan 47) dan

Perdamaian luaran (fasa 45)

Catatan : Ibnu Majid

Translate »