Saya kembali kepada buku tulisan @silebahjingga, Seperti Menikah, Bercerai Adalah Cara Manusia Untuk Bahagia setelah ‘terlalu jauh menyimpang’ tetapi bukan ‘mengarahkan kepada destinasi yang menyesatkan’, yang kadangkala kita alami ketika google maps, waze, maps.me atau lain-lain perisian navigasi (navigation apps) yang kehilangan isyarat satelit atau tidak dikemaskinikan.

Tindakan saya itu hanya sekadar memperluaskan sudut pandang, agar tidak tersalah memasuki ‘haluan yang bertentangan’. Sebenarnya adalah silap jika menganggap perkahwinan itu seperti ‘jalan sehala’. Perkahwinan itu adalah ‘jalan dua hala’ dan di antaranya ada batasan yang perlu diberikan perhatian agar tidak berlaku ‘kemalangan’.

Inilah juga yang sedang dikembangkan dalam teknologi pemanduan kenderaan di jalan raya, teknologi ‘lane assist’ selain alat-alat keselamatan moden dalam kenderaan, airbag system, adaptive cruise control, brek automatik, traffic sign recognition assist, blind spot detection dan parking assist system.

******

@silebahjingga menulis buku Seperti Menikah, Bercerai …dalam tujuh bab:

  • Tidak Ada yang Bisa Diperatukan Kembali Jika Sedari Awal Memang Tidak Pernah Bersatu;
  • Waktu Untuk Bertahan dan Waktu Untuk Pergi;
  • Seluruh Keluara Bahagia Selalu Sama; Keluarga Tidak Bahagia, Selalu Tidak Berbahagia dengan Caranya Masing-Masing;
  • Cinta Adalah Hal Terpenting dalam Sebuah Hubungan, sampai Terbukti Sebaliknya;
  • Perpisahan Sebagai Siasat yang Memulihkan;
  • Menghancurkan Pola, Memulihkan Duka; dan
  • Melihat ke Depan Dengan Kepala Tegak.

Bahagian terakhir ulasan ini, saya akan fokuskan kepada dua bab terakhir, iaitu bab (6) dan bab (7), yang cukup memerlukan kita mengasah minda untuk melakukannya, jika sesebuah perkahwinan itu tidak lagi dapat diselamatkan. Atau pasangan memilih untuk bercerai.

Ini tidak bermakna, lima bab sebelumnya tidak penting, malah ia cukup memberikan saya pengetahuan rentas disiplin yang menarik, dan saya mengesyorkan anada membacanya walaupun kadangkala terasa cukup akademik dan berfalsafah.

DAUN KUNING

Pada permulaan bab 6, @silebahjingga mengutip nasihat Jalaludin Rumi, tokoh puisi Islam sufistik yang cukup berpengaruh di jagat raya ini, yang berjaya membentuk komunitinya yang tersendiri dan cukup meluas, yang mengibaratkan ‘kesedihan’ itu seperti ‘daun kuning’ yang perlu diberi peluang untuk menjadi ‘daun hijau’ di hati anda sendiri.

Dukacita mempersiapkmu untuk sukacita. Ia dengan keras menyapu semua keluar dari rumah anda, sehingga kegenbiraan baharu dapat menemukan ruang untuk boleh dimasuki.

“Ia menggoncang daun kuning dari dahan hati anda, sehingga daun hijau segar dapat tumbuh di rantingmu. Ia menarik akar busuk, sehingga akar baharu yang tersembunyi di bawah memiliki ruang untuk tumbuh. Apa pun kesedihan yang menggoncang hatimu, hal-hal yang jauh lebih baik akan menggantikannya.” (hal.99)

Apakah ketika dalam situasi dilemma dan juga saat memutuskan sesuatu perhubungan yang dijalin bertahun, berjalan dalam situasi pahit dan manis itu bukan sesuatu yang amat dikesalkan.

Tulis @silebahjingga:

Duka adalah emosi lain yang boleh berada di balik kemarahan dalam penceraian. Kemarahan adalah bahagian dari teka-teki emosional kesedihan – bahagian dari melepaskan.

“Sebagaimana kemarahan boleh jadi ekspresi rasa sakit, keterikatan, ketakutan, atau rasa bersalah, kemarahan juga bisa menjadi tanda dari duka yang mendasarinya.” (hal.99).

Kemarahan itulah yang perlu disesuaikan dan juga menjadi motivasi untuk mendapatkan kebahagiaan kali kedua atau ketiga, seperti kata Rumi, untuk menumbuhkan semula ‘daun hijau’ dengan syarat, mampu menumbuhkan ‘akar baharu yang bersembunyi di bawah’, iaitu dengan ‘memberikan ruang untuk tumbuh.’

Tentunya, ruang untuk tumbuh adalah siraman air, baja, tanah yang gembur dan sinar matahari yang mencukupi. Tanpa sinar matahari yang memadai, pohon yang tumbuh semula tidak akan mengeluarkan akar yang dapat membantu pokok menjadi subur, daunnya hijau berkilat dan batangnya tegak berdiri.

Namun, dalam persekitaran realiti, jarang hadir pihak yang memberikan ruang untuk memahami ‘kesedihan’ walhal kesedihan itulah yang menjadi asas kepada konflik emosi dan hubungan interpersonal.

EMOSI KEHILANGAN

Kesedihan akibat penceraian, akan menyebabkan emosi kehilangan yang cukup besar, baik dalam bentuk sokongan material, kehilangan anak (hadanah), hancurnya harapan, hilangnya impian yang didefinisikan dengan ‘rasa duka’; biarpun ada kes melompat gembira selepas disahkan bercerai.

Duka berakar pada sifat dan fikiran kita, jelas @silebahjingga:

“…duka juga merupakan pengalaman manusia yang jauh lebih kompleks. Tertungkapnya duka, terutama dalam penceraian, berlangsung lama.

“Dan metod kognitif, interpersonal, religious (agama), dan budaya untuk mengatasi kehilangan justeru memperumit kita dalam melihat duka yang ada, meskipun ia juga mampu membantu kita untuk memahami dan menerima kehilangan: untuk mengucapkan selamat tinggal, melepaskan, dan, pada akhirnya, untuk melanjutkan hidup.” (hal.101).

PENOLAKAN PSIKOSOSIAL

Persoalan penceraian tidak berakhir sekadar terungkapnya lafaz cerai dan juga pengesahan pembubaran perkahwinan oleh mahkamah, yang lebih merumitkan ialah mengenai hadanah, pembahagian harta sepencarian dan penerimaan atau penolakan psikososial di mana seseorang itu menetap.

Ia kurang mendapat tekanan sosial sekiranya, mereka yang bercerai itu tinggal di kawasan perumahan yang bercampur dan sangat menyanjungi nilai-nilai individualistik.

Tetapi, jika tinggal di persekitaran masyarakat yang sedikit ‘kepoh’, ia menjadikan ia sesuatu yang walaupun tidak sekejam ‘sudah jatuh ditimpa tangga’, duka akan tetap ada, yang hadir dalam bentuk sindiran mahupun sembang santai, ‘jaga tepi kain orang’.

Kata @silebahjingga:

Meski munculnya fikiran-fikiran dan pertanyaan-pertanyaan ini normal, bahayanya adalah kamu boleh kehilangan dirimu sendiri dalam obsesi yang lain.

“Obsesi boleh didefinisikan sebagai fikiran yang berulang dan mengganggu. Sedarilah bahawa obsesi tidak sama dengan refleksi yang diperlukan bagi melihat duka atau meninjau hubunganmu demi pertumbuhan dirimu ke hadapan.

“Sebaliknya, ia memilih untuk merenungkan tentang situasi yang tidak dapat kamu ubah. Ia membalikkan fikiranmu untuk mencari jawapan di mana tidak ada jawapan. Ia berfikir dan memikirkan kembali tanpa tujuan yang berguna.

“Terkadang, alih-alih menerima kenyataan yang tidak masuk akal, kita berkata pada diri sendiri: “tidak mungkin seperti ini, sesuatu akan berubah, ini cuma sementara, aku hanya akan diam di sini dan menunggu pasanganku menjadi lebih bijak dan aku akan mengubah banyak hal.”

“Akhirnya, realiti baharu itu meresap dan bersamaan dengannya, perasaan sakit hati, kemarahan, pengkhianatan, dan penolakan yang menghancurkan juga turut menyertainya.

Kamu mungkin mulai bertanya-tanya, bagaimana kamu boleh mengubah dirimu menjadi, atau kembali menjadi, seseorang yang akan dicintai orang ini…Kamu harus memutuskan bahawa kamu akan kembali ke fikiranmu sendiri.

“Menjadi egois dengan cara yang baik. Selama kamu terjebak dalam pertanyaan mengapa, apa dan bagaimana dan mengkhuatirkan apa yang sedang atau tidak dilakukan mantan pasanganmu, kamu akan menunda kelepasanmu sendiri.

“Dan, tentu sahaja, jika mantan pasanganmu telah melakukan sesuatu yang sangat di luar karakter atau bertentangan dengan semua kamu yakini benar, maka akan sulit untuk berhenti mengulanginya.

“Memerangi obsesi semacam ini memerlukan keputusan bulat dan disiplin. Saat kamu bertanya mengapa, bila, bagaimana dan mempertanyakan atau mencuba mencari tahu bagaimana dia dapat melakukan apa yang telah dilakukan atau bagaimana kamu dapat berubah menjadi orang yang dia cinta, katakan pada dirimu sendiri: “tidak, ini bukanlah masalah yang penting” bila mana kamu merenungkan dan terobsesi terhadap mantan pasanganmu dan mengajukan pertanyaan itu, katakan pada diri sendiri: “ini bukanlah masalah yang penting”, kerana kamu tahu apa? Itu memang bukan masalah yang penting.

“Satu-satunya hal yang penting adalah apa yang kamu lakukan sekarang dan disitulah fokusmu perlu untuk dicurahkan. Bila pun kamu berada di kepala orang lain, ingatlah bahawa tidak ada yang memerhatikanmu.

Berhenti bertanya tentang mantan pasanganmu dan mulailah bertanya tentang diri kamu sendiri.” (hal.103-105)

Kita mungkin, yang pernah meraikan makan ‘cinta sebelum kahwin’ tentunya tidak terlepas daripada kenangan bahawa:

“…saat jatuh cinta, kita tidak merancang untuk kehilangan cinta itu. Pada awalnya, cinta selalu terasa seperti akan terjadi selamanya, tetapi kita boleh kehilangannya. Dan, ketika itu terjadi, ia boleh menghancurkan kita”. (hal.109).

Apakah itu menyebabkan terjadinya tragedi, gagal dalam bercinta dan juga hilang cinta ketika hari merangkak siang? Harapkan panas hingga ke petang, tetapi mendung terjadi setelah hilangnya fajar.

TEMUKAN CINTA LAGI

Itu adalah sebahagian persoalan yang dikupas oleh @silebahjingga pada akhir (bab 7) yang cukup memberikan kita suatu peringatan, dan juga:

usaha untuk melanjutkan hidup dan menemukan cinta lagi, kita harus sepenuhnya merasakan emosi-emosi yang sering diabaikan yang menyertai kehilangan kita.” (hal.109).

Menjadi bahagia menyiratkan bahawa kita telah melupakan orang yang kita cintai”, yakni mantan pasangan kita, “jika kita percaya dalam fikiran kita bahawa melepaskan kesedihan itu bukanlah bentuk mencintai, maka kita akan terus menyimpannya di dalam hati.

“Seperti halnya dengan fikiran yang dapat menekan perasaan negative, ia juga dapat menahan kita untuk tidak melepaskan dengan menekan perasaan positif.

Untuk menyembuhkan hati kita sepenuhnya, kita tidak hanya harus merasakan emosi negatif kita, tetapi juga memberi diri kita izin untuk melepaskan dan merasa bahagia kembali.

Dan, pada akhirnya, ketika hati kita sembuh, ketika kita memikirkan kehilangan kita, kita mungkin masih merasakan kesedihan dan merindukan pasangan kita, tetapi perasaan yang dominan menjadi kehangatan cinta kita untuk mereka.

“memang cinta itu nyata, tetapi keputusasaan adalah akibat dari tidak menyelesaikan proses duka.

“Duka tidak berakhir bukanlah bukti cinta abadi kita, melainkan penyakit yang memerlukan kesembuhan. Tidak ada yang ditakdirkan untuk menjalani hidup tanpa cinta.

“Dan, mencintai kembali tidak bererti kita berhenti mencintai orang-orang yang sebelumnya hilang dari hidup kita.” (hal.110-111).

(BERSAMBUNG)

MAHANOR SALEHA

Translate »