Pengetahuan tentang Allah adalah kebajikan yang paling agung. Memahami bahawa Allah SWT hanya satu dengan segala kebenaranNya merupakan penegaskan sejati tentang keesaan Allah.

Kita tidak faham keinginan mereka tertentu yang bermati-matian hendak menggunakan nama Allah tetapi tidak mahu menerima hakikat sebenar zat Allah  saperti mana yang terukir didalam firmannya yang bermaksud:”Katakanlah:”Dia Allah Yang Maha Esa,Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada Nya segala sesuatu,Dia tiada beranak dan tidak pula di peranakan dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia”(Surah Al-Ikhlash ayat 1-4). Kita amat berlapang dada kiranya mereka itu menggunakan nama Allah tersebut selaras dengan hakikatnya yang sebenar iaitu Allah adalahTuhan yang Esa dan tunggal padaZatNya (berarti tidak ada lagi zat lain yang berhak disembah dan yang menciptakan segala kejadian ini ) tiada sekutu bagiNya .

Tetapi sebaliknya tidak begitu kerana nama yang suci lagi tunggal dan esa itu hendak di permainkan untuk kepentingan tertentu  maka penggunaan tersebut sudah tentu mencabar maruah umat Islam dinegara ini.

Inilah suasana yang berlaku kepada kaum musyrikin Makkah  semasa zaman Rasulullah saw  dahulu, bila ditujukan persoalan kepada siapakah yang menciptakan langit bumi, mereka jawab Tuhan Allah , bukan tuhan yang mereka sembah ia itu berhala dan lainnya , sebab mereka tahu dan yakin bahawa tuhan mereka tidak mampu berbuat apa-apa.:” “Dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka:”Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?” Tentu mereka akan menjawab:”Allah”.Katakanlah:”Segala puji bagi Allah”,tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.(Surah Lukman ayat 25)

Mungkin ada orang persoalkan bagaimana dengan kaum musyrikin yang mangaku Allah yang menjadikan langit dan bumi?

Jawapannya pengakuan tersebut bukan pengakuan keimanan (yang lahir dari hati dan jiwa )tetapi jawapan untuk melepaskan diri sahaja dengan membuat pengakuan kenyataan sebenar yang diakui oleh semua manusia. Kumpulan ini juga adalah seperti kaum musyrinkin tadi kerana kenyataan sebenar mendesak mereka supaya berkongsi nama tersebut sebagai Tuhan mereka untuk melarikan diri dari suatu kebuntuan dan pertentangan fikiran dan ilmu yang tidak ada jalan keluar untuk mereka . Sebab itu mereka ingin meminjam nama Allah untuk Tuhan mereka .

Mereka sepatutnya mengakui keasaan  Allah SWT dengan menyembahNya dan menerima ajaran agamaNya (Islam) satu-satu agama yang diterima dan diakui benar dan relevan sepanjang masa dan keadaan .

Sekarang seluruh manusia dibarat dan ditimur mulai sedar bahawa Allah yang disembah oleh umat islam itulah Tuhan yang sebenar dan berhak untuk disembah dengan sebenarnya yang bersifat dengan kesaan esa pada zatNya esa pada sifatNya dan esa pada perbuatanNya  , bukan suatu yang lain daripda makhlukNya seperti Nabi Isa as, Mariam emaknya apa lagi  batu atau patong dan sebagainya , kerana semuanya itu tidak layak untuk disembah dan diagong-agongkan .

Wahai Ahli Kitab, janganlah kamu melampaui batas dalam agamamu,dan janganlah kamu mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar.Sesunggunnya Al-masih, Isa putera Mariam itu adalah utusan Allah dan (yang diciptakan dengan) kalimatNya yang disampaikannya kepada Mariam dan dengan tiupan roh dariNya.Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-RasulNya dan janganlah kamu mengatakan:’(Tuhan itu tiga), berhentilah (dari ucapan itu).Itu lebih baik bagimu. Sesungguhnya Alllah Tuhan Yang Maha Esa, Maha suci Allah dari menpunyai anak, segala yang di langit dan di bumi adalah kepunyaaNya. Cukuplah Allah sebagai Pemelihara”(Surah An-Nisa ayat 172)

Catatan : Ibnu Majid

Translate »