Sebuah permainan digital yang dicipta selepas dua puluh tahun permainan kad dicipta oleh dua syarikat permainan berlainan tetapi menggunakan nama yang sama telah mencetuskan kegilaan besar dalam masyarakat antarabangsa. Sejak dilancarkan pada 6 Julai 2016 dan sebulan kemudian memasuki pasaran Asia Tenggara, termasuk Malaysia permainan tersebut telah dimuatturunkan oleh lebih 100 juta kali.

Semasa dilancarkan di Malaysia pada 6 Ogos 2016, dalam tempoh 48 jam permainan tersebut berjaya memukau lebih 50,000 pemain dan sebahagian besarnya bertekad memburu raksasa secara professional. Terdapat 151 watak raksasa dalam permainan Pokemon Go.

Sebagai versi baharu yang lebih interaktif, Pokemon Go dilengkapkan dengan teknologi aurmented reality (AR) dan Global Positioning System (GPS). Permainan ini boleh dimainkan menerusi telefon pintar dan mensyaratkan setiap pemainnya bergerak ke merata tempat untuk menangkap raksasa yang ditampilkan di dalam skrin.

Pokemon asal telah dicipta pada tahun 1995 oleh sebuah konsortium pembekalan permainan video ialah Syarikat Pokemon, yang berpengkalan di Jepun. Syarikat Pokemon menjadi syarikat induk kepada Nintendo, Game Freak, dan Creatures. Watak Pokemon adalah manusia yang dipanggil trainers, dan peranannya ialah menangkap dan melatih berperang bersama-sama dalam bentuk permainan.

John Hanke, seorang rakyat Amerika Syarikat, pernah bekerja dan terbabit dalam pembangunan aplikasi Google Earth dan Google Maps, menjadi pencetus fenomena baharu setelah berjaya menghidupkan semula permainan Pokemon pada tahun 2015. Banyak negara merasakan permainan ini boleh memberi ancaman kepada keselamatan (berpotensi dijadikan alat perisikan maklumat, meningkatkan kejadian jenayah seperti rompakan dan pecah rumah, mengganggu privasi individu, mengancam kelancaran kenderaan di jalan-jalan raya, menyelongkar premis, menggugat budaya dan menebalkan kepercayaan terhadap kekuasaan majik dewa-dewa) dan nyawa pemainnya sendiri mengambil keputusan mengharamkannya.

Di Malaysia, secara rasmi permainan ini ini belum diharamkan walaupun Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan pada awal Ogos lalu membuat keputusan lebih banyak mengundang keburukan, maka ianya diharamkan. Pendirian tersebut mendapat dokongan kuat daripada beberapa negeri, tetapi Kementerian Komunikasi dan Multimedia yang bertanggungjawab dalam industri telekomunikasi menjelaskan, masih belum ada keperluan untuk menyekat permainan tersebut.

Inovasi dalam permainan Pokemon Go memperlihatkan perkembangan menarik dalam teknologi komunikasi yang semakin banyak digabungkan sehingga ia membentuk budaya ketergantungan manusia kepada internet. Internet pada awalnya dicipta untuk menyambungkan komputer oleh Jabatan Pertahanan Amerikat pada tahun 1969, melalui sebuah projek yang dinamakan ARPA dan kemudiannya dinamakan ARPANET (Advanced Research Project Agency Network) berasaskan perisian UNIX adalah untuk tujuan perkongsian maklumat dalam kalangan anggota tentera.

Awalnya, projek ini menyambungkan emoat buah terminal komputer, iaitu Institut Penyelidikan Stanford, University of California, University of Utah dan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat. Projek itu menjadi kenyataan pada bulan Oktober 1982. Kejayaan ini menarik minat lebih banyak universiti di Amerika Syarikat, maka ianya dibentuk menjadi dua entity berdasarkan keperluan, keperluan ketenteraan di kenali sebagai MILNET dan keperluan umum ARPANET dibawah satu naungan yang dipanggil DARPA Internet.

Pada tahun 1973, jaringan ARPANET dikembangkan di luar Amerika Syarikat. Kejayaan tersebut mengilhamkan dua orang pakar komputer, Vinton Cerf dan Bob Kahn untuk membangunkan perhubungan menerusi komputer yang lebih besar dan meluas. Idea ini dicetuskan pertama kali di University of Sussex, United Kingdom.

Pada 26 Mac 1976, Queen Elizabeth mencatatkan sejarah apabila berjaya menghantar emel dan pada tahun 1979, ARPANET membentuk satu jaringan dengan menggabungkan lebih seratus buah komputer. Dalam tahun yang sama, Tom Truscott. Jim Ellis dan Steve Bellovin mencipta newsgroup pertama dan dinamakan USENET. Dua tahun kemudian, Syarikat Telekom Pernacis meluncurkan telefon televisyen pertama di mana kita boleh berhubung menerusi percakapan dan pautan video.

Perkembangan pesat ini menyebabkan pakar-pakar komputer dan perundangan mencari jalan bagi mengelakkan lebih banyak “konflik”, maka pada tahun 1982 dibentuk pula Transmission Control Protocol (TCP) dan Protokol Internet (IP). Perhubungan menerusi komputer antara Britain, Belanda, Denmarak dan Sweeden yang menyediakan perkhidmatan penghantaran elektronik (e-mel) mula bernaung di bawah EUNET dan membentuk newsgroup USENET.

Untuk menyeragamkan alamat di jaringan komputer, pada tahun 1984 diperkenalkan sistem nama domain dengan panggilan DNS (Domain Name System). Jumlah komputer yang bersambung semakin besar dan bertambah. Pada tahun 1987 merekodkan lebih 10,000 buah. Tahun 1992, sambungan sudah melebihi sejuta buah dan 1994 diperkenalkan istilah surfing the internet. Sebelumnya, pada tahun 1988, Jarko Oikarinen dari Finland memperkenalkan Internet Relay Chat (IRC), suatu kaedah yang membolehkan manusia bersembang menerusi sambungan komputer.

Perkembangan seterusnya menjadi lebih menarik apabila pertengahan tahun 1990-an sistem pengkomputeran memasuki alam baharu apabila keperluan komunikasi dalam bentuk data (maklumat) boleh digabungkan dengan percakapan dan video. Perspektif ini dipanggil convergence dan seterusnya menghasilkan internet versi 2.0. Kini, internet sudah memasuki versi 4.0, iaitu menggunakan teknologi wifi 4G. Internet 3.0 dinamakan apabila teknologi broadband diperkenalkan.

Malaysia tidak mahu mengaku kalah dalam menyediakan kemudahan internet kepada rakyatnya dengan menyediakan ruang akses internet yang lebih luas menerusi pelbagai kaedah. Awalnya, memperkenalkan JARING oleh MIMOS, diikuti oleh perkhidmatan internet oleh pemain baharu dalam perkhidmatan telekomunikasi. Masalahnya, penyediaan infrastruktur telekomunikasi membebankan, kerajaan mula mengeluarkan lesen kepada syarikat untuk menyediakan kemudahan internet, broadband dan wifi berdasarkan matlamat utama ialah merapatkan jurang digital antara bandar dan luar bandar.

Berdasarkan kemajuan dan kepentingan ekonomi digital, Persatuan Pengendali Internet Malaysia (MyIX) penghujung suku kedua tahun 2015, trafik internet mencapai 98.589 Mbps (megabit persecond) berbanding pada tahun 2014 ialah 61.771 Mbps. Penembusan jalur lebar pula setinggi 70.2 peratus isi rumah dan pada tahun 2014, jumlah pengguna jalur lebar mencecah 20.7 juta orang. Pakej Komunikasi Belia yang diperkenalkan pada tahun 2012, pada tahun 2014 terdapat sejumlah 45 juta telefon bimbit dipunyai oleh rakyat Malaysia berbanding 36 juta pada tahun 2011. Penduduk Malaysia berdasarkan perangkaan terbaharu ialah 31 juta. Secara purata, setiap rakyat Malaysia memiliki lebih dari sebuah telefon bimbit (1:1.45).

Dalam Bajet 2016, kerajaan berhasrat untuk meningkatkan kapasiti jalur lebar dari 5Mbps kepada 20Mbps dengan memperuntukkan belanja sebanyak RM 1.2 bilion. Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) berhasrat pada tahun 2020, 95 peratus rakyat Malaysia mempunyai akses internet. Bagi mencapai hasrat itu, KKMM bersedia membelanjakan RM 9 bilion, termasuk memastikan sekurang-kurangnya 50 peratus kawasan bandar dan 20 peratus kawasan luar bandar mempunyai kelajuan jalur lebar 100Mbps.

Meskipun pelbagai kerangka pembangunan infrastruktur dilaksanakan, pengguna internet di Malaysia masih merungut banyak masalah yang timbul ekoran sikap pengendali telekomunikasi lebih gemar mengautkan keuntungan daripada jargon teknologi sehingga menyebabkan semakin meningkat kekecewaan. Beberapa tahun lalu, sebuah syarikat pengendali teknologi wifi yang terkenal dengan slogan “potong habis” banyak melakukan kesilapan sehingga meresahkan pelanggan. Kouta data yang ditetapkan habis dalam tempoh yang terlalu singkat dan syarikat seolah-olah menyalahkan pengguna kerana tidak bijaksana mengakses internet.

Teknologi wifi 4G juga menjadi masalah besar kepada pengguna apabila pengendalinya secara terselindung mengenakan caj tertentu tanpa diberitahu lebih awal semasa kempen mencari pelanggan. Pelanggan hanya diminta untuk menandatangani dan bersetuju dengan “terms and conditions”, yang didalamnya mensyaratkan tempoh kontrak. Setelah berlanggan dua bulan, pengguna tidak berpuashati dengan perkhidmatan yang dibekalkan. Dalam penerangan awal oleh “tukang jual”, komitmen pelanggan ialah membayar sejumlah deposit yang kemudiannya diberikan kemudahan menggunakan perkhidmatan selama sebulan tanpa bayaran.

Selepas lebih sebulan perkhidmatan itu dilanggan, pengendalinya mula mencari helah untuk mengaut keuntungan dengan menutup sambungan wifi dengan alasan kouta penggunaan “sudah habis” dan pelanggan terpaksa membayar bil. Setelah keseluruhan bil penggunaan dijelaskan, kiosk pengendali menyatakan bahawa perkhidmatan berkenaan telah disambung semula dan boleh digunakan.

Hurdle yang dibekalkan tidak menunjukkan isyarat boleh digunakan. Pelanggan sekali lagi ke kiosk berkenaan untuk mendapat penjelasan. Petugas berkenaan memberitahu, kitaran untuk melayari perkhidmatan berkenaan akan reset setiap 16 haribulan, dan terpaksa menunggu lebih seminggu. Dan, untuk menggunakannya, pelanggan dikenakan bayaran penyambungan dan beberapa bayaran lain.

Inilah masalahnya dalam penggunaan perkhidmatan jalur lebar mahupun internet yang diamalkan oleh pengendali perkhidmatan. Sebelumnya, pelanggan telefon terkilan dengan caj yang dikenakan oleh pengendali telekomunikasi walaupun masa perbualan telefon terputus (drop call). Isu ini belum sepenuhnya selesai, walaupun pengendali perkhidmatan didenda. Ia tidak memeritkan mereka, jumlah denda yang dikenakan tidak memeritkan kerana keseluruh caj drop call yang dibayar oleh pelanggan berkali ganda jumlahnya. Proses menentukan kesalahan mengambil masa terlalu lama.

Semakin canggih teknologi yang ditawarkan, semakin membebankan pelanggan disebabkan semakin banyak masalah yang berlaku dan kurang difahami oleh pengguna. Itulah juga yang pernah mengejutkan masyarakat apabila sebuah syarikat yang diberikan kontrak membekalkan perkhidmatan internet di sekolah-sekolah gagal membekalkan kadar kelajuan yang sepatutnya. Sebaliknya, dengan kemudahan pembinaan menara telekomunikasi dalam kawasan sekolah, bil elektrik ditanggung oleh pihak sekolah, akses internet terlalu perlahan berbanding di luar kawasan sekolah.

Secara teknikalnya, penerima dan pemancar itu tidak diarahkan ke kawasan sekolah. Pengendalinya menyedari keuntungan lebih besar ialah di luar sekolah, dan di dalam kawasan sekolah, syarikat sudah pun mempunyai kontrak yang terpaksa dibayar oleh kerajaan berdasarkan “terms and condition” yang dipersetujui. Syarikat memperoleh keuntungan yang besar walaupun perkhidmatan asalnya tidak memuaskan.

Tentunya, kegagalan membekalkan kelajuan internet sebagaimana dijanjikan, kelicikan mengurangkan data akan membantut pembangunan ekonomi digital, sebaliknya, syarikat telekomunikasi boleh membuat kesimpulan sendiri, pengguna tidak bijaksana dalam mengakses internet dan seterusnya, cara penggunaannya tidak dirancang dengan baik. Kesemua pengguna melayari internet ketika waktu puncak, dan sebab itulah ramai guru-guru merungut, terpaksa bersengkang mata hingga ke pagi untuk memenuhi tanggungjawabnya memasukkan data menerusi internet. Ia telah menyebabkan masa guru banyak dikorbankan untuk tujuan berkenaan, yang sepatutnya boleh dilakukan ketika di sekolah. Itu juga menjadi salah satu sebab, sekumpulan guru menentang penghantaran eviden pelajar untuk dijadikan asas pemarkahan dalam peperiksaan awam, kegagalan talian internet.

Dalam bidang pendidikan, dalam perutusan Tahun Baru 2016, Menteri Pendidikan Malaysia memperkenalkan konsep pembelajaran dalam konteks millennium berdasarkan para pelajar adalah mereka yang dipanggil digital natives. Pelajar sekarang merupakan mereka yang lahir ketika internet sudah menjadi keperluan, dan para pelajar begitu peka dengan penggunaan gajet. Pelajar boleh mencari apa sahaja maklumat, kerana hampir keseluruhan pelajar memiliki telefon pintar dan mahir menggunakan pelbagai aplikasi media sosial.

Pendidikan dalam era teknologi tidaklah memadai dengan hanya berpusatkan guru. Guru perlu bertindak sebagai fasilitator, iaitu membimbing murid dengan cara lebih menarik dan menggunakan pelbagai bahan yang menarik, tidak lagi tertumpu kepada buku teks dan buku latihan. Sebahagian besar guru berada dalam lingkungan digital immigrant, iaitu memahami teknologi komunikasi sekadar asasnya sahaja, untuk bercakap-cakap , bersembang dan menghantar gambar menerusi telefon pintar. Pelajar sudah mendahului guru.

Bagi Marc Prensky, bekas guru rakyat Amerika Syarikat yang kemudiannya menjadi pengasas Corporate Gameware berkata “Our students have change radically. Today’s student are not longer the people our educational system was designed to teach”. Prensky membuat kenyataan tersebut pada tahun 2001, dan ia merupakan kebenaran yang sudah tidak boleh dinafikan lagi. Guru menjadi semakin terbeban kerana setiap apa yang dilihat oleh murid akan dirakamkan, yang kemudiannya, disebarkan sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku. Inilah dilema guru semasa, kerana masih merasakan para pelajar wajib dilentur berdasarkan acuan lama, sebagaimana zaman persekolahan yang dialami oleh guru berkenaan.

Menteri Pendidikan Malaysia, Datuk Seri Mahdzir Khalid mengulang sekali lagi istilah berkenaan ketika melancarkan Laporan Tahunan 2015, yang merekodkan perkembangan menarik dalam pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM). PPPM yang dilancarkkan pada tahun 2013 menetapkan sasaran dalam tempoh 13 tahun, kualiti pendidikan di Malaysia akan meningkat dari sepertiga di bawah ke sepertiga di atas dalam kalangan negara-negara dalam OECD (Organisation for Economic Cooperation and Development). Ini bermakna, Malaysia perlu merancang untuk masa depan pelajar, sesuai dengan keperluan Abad ke-21. PPPM sudahpun dimulakan dan hasilnya, setelah dilaksanakan selama tiga tahun, sistem pendidikan arus perdana telah menunjukkan pencapaian besar.

Menurut Mahdzir, “guru kini perlu lebih kreatif dan inovatif dalam menangani sebarang masalah semasa mendidik anak-anak bangsa kita. Saidina Ali r.a. pernah berkata – “Didiklah anak-anak kamu mengikut zaman mereka dan bukan zaman kamu dilahirkan”.

“Zaman kini sudah pantas berubah, justeru kita perlu berfikir jauh ke hadapan dan menyediakan murid untuk zaman kini dan akan datang. Sebagai pendidik, kita perlu berupaya menjangkakan apa yang akan terjadi kepada murid dalam tempoh lima atau sepuluh tahun akan datang,” tambah beliau.

Kita seolah-olah tidak akan selesa jika sehari tidak ditemani oleh gajet atau peranti pintar, kerana ia sudah menjadi satu keperluan pada masa sekarang. Sebab itulah ada yang berpendapat, jika telefon pintar hilang, terasa diri seperti terbelenggu dan tidak tahu apa yang hendak dilakukan. Itulah perubahan kehidupan sekarang, manusia semakin tidak boleh mengelak daripada menggunakan gajet pintar, dan tidak sanggup terputus oleh sambungan internet.

Sekarang, konsep internet of things sudah kita rasai, walaupun kadangkala, kita seperti menyindir, internet is not everything. Cuba kita berada di sebuah tempat yang tidak ada perkhidmatan internet, apakah kesimpuan dan perubahan tingkahlaku kita. Kita mungkin akan terus mengecaskan telefon bimbit, dan memaksakan diri untuk membaca apa sahaja yang masih tersimpan di dalam memorinya, walaupun mesej yang ada sudah dianggap basi dan terlalu lama, tidak menarik lagi.

Monosin Sobri

Translate »