Agama mengajarkan umatnya menjadi pribadi yang dinamis, rajin bekerja, semangat belajar, dan pandai memanfaatkan masanya untuk perkara yang positif. Memang tidak dapat dinafikan bahawa suatu ketika manusia akan mengalami titik jenuh dan bosan dengan aktiviti sehariannya. Terkadang sangat bersemangat beraktiviti dan terkadang sangat malas. Seperti halnya kualiti iman seseorang adakalanya bertambah dan adakalanya berkurang (al-iman yazid wa yanqush). Selain faktor kesehatan psikis dan fisik, adanya faktor prioriti terhadap aktiviti yang akan dilakukan juga dapat mempengaruhi spirit seseorang. Seberapa besar keperluan atau manfaat yang akan diterima daripada aktiviti yang hendak dijalankan.

Ditambah lagi sebahagian orang mengelompokan aktivitinya dalam kategori aktiviti akhirat dan aktiviti yang bersifat duniawi. Secara umum amalan yang dijustifikasi sebagai amalan akhirat antara lain iaitu menolong orang yang kesusahan, membaca al- Quran, shalat, puasa, sedekah, haji, dan sebagainya. Sedangkan aktiviti seperti mandi, makan, kemas-kemas, bepergian, tidur dan lain-lain dianggap sebagai amalan dunia. Padahal dalam agama diterangkan bahawa segala sesutau perbuatan bergantung kepada niatnya.

Dari Amirul Mukminin Abu Hafsh, Umar bin Al-Khathab radhiyallahu ‘anhu, ia berkata : “Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Segala amal itu tergantung niatnya, dan setiap orang hanya mendapatkan sesuai niatnya…”

Membantu orang lain yang memerlukan pertologan kerana ingin mendapatkan balasan dapat merosak hubungan silaturrahim jika tidak sesuai dengan yang diharapkan, membaca al-Quran jika tidak pandai membawa niat akan berhujung kepada sifat riya’, sedekah yang tidak ikhlas dapat menyakiti orang yang menerima sedekah, puasa yang dilakukan karena salah niat akan mendapatkan lapar dan dahaga sahaja, haji yang tidak tulus akan membentuk sifat sombong, dan sebagainya. Namun, makan yang diniatkan supaya bertambah tenaga dan kuat untuk beribadah, belajar dan bekerja dengan tulus mengharap redho Allah SWT akan mendapatkan bonus pahala, mandi yang diniatkan untuk menjaga kebersihan fisik supaya nyaman ketika shalat akan bernilai ibadah, bepergian dengan niatan mensyukuri nikmat Tuhan berupa rezki sekaligus membahagiakan istri dan anak juga dapat dikategorikan sebagai bentuk ibadah, tidur yang diniatkan ibadah akan berdampak kepada tidur yang berkualiti sehingga selepas bangun tidur badan selesa dan segar kembali untuk beramal shalih, dan lain-lain.

Oleh kerana itu, perlu adanya konsep yang jelas terhadap makna dunia dan erti akhirat. Salah satu cara yang dapat membezakan aktiviti dunia dan aktiviti akhirat adalah dengan memahami konsep dunia dan konsep akhirat. Oleh itu, perlu adanya pendedahan yang mudah terkait konsep dunia dan konsep akhirat.

Konsep Dunia

Dunia adalah kulluma yuba’iduna min Allah iaitu segala sesuatu yang dapat menjauhkan manusia daripada Allah SWT. Segala hal yang dapat menjauhkan diri daripada Tuhan maka aktivitinya tidak berkesan, hampa esensi. Walaupun secara zahir ianya merupakan amalan akhirat seperti ibadah-ibadah wajib dan sunnah.

Katakanlah: “Apakah akan Kami beritahukan kepadamu tentang orang- orang yang paling merugi perbuatannya? QS. Al-Kahfi:103

Yaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka berbuat sebaik- baiknya. QS. Al-Kahfi:104

Adanya konsep dunia seperti ini menjadi reminder bagi semua orang untuk selalu introspeksi diri di atas semua amalan yang telah dilakukannya. Hikmah yang tidak kalah pentingnya ialah melatih rasa ikhlas setiap kali mampu beramal saleh. Sebab pada hakikatnya semua kemampuan berbuat baik itu tidak lepas daripada kasih sayang Tuhan yang dianugerahkan kepada manusia.

Konsep Akhirat

Akhirat ialah kulluma yuqarribuna ila Allah, yakni segala hal yang mampu mendekatkan manusia kepada Allah SWT. Semua perkara yang dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT tentunya berupa hal-hal yang baik sesuai dengan nilai yang dikandungi oleh al-Quran dan Hadith. Sehingga definisi akhirat ini tidak boleh difahami secara bebas sekehendak hawa nafsu manusia. Seperti contoh, ada orang yang sengaja berbuat maksiat dengan alasan supaya selepas itu ia tersedar dan boleh bertaubat, lebih dekat kepada Allah SWT. Tentu sahaja bukan demikian yang diinginkan. Perkara baik itu berbeza dengan perkara buruk, perintah Allah SWT sudah pasti tidak sama dengan larangan Allah SWT. Masing-masing punya akibat berbeza dikeranakan sebab yang berbeza. Tidak mungkin orang itu akan membunuh jika dia ingat Allah SWT. tidak masuk akal orang itu berbuat jahat jika dalam masa yang bersamaan dia mengingat Tuhannya.

Dari sini, dipahami bahawa semua hal yang masuk dalam kategori konsep akhirat ialah terhad kepada amalan-amalan yang mubah sahaja, yang semula tiada mempunyai aspek akhirat, namun dengan niatan yang baik menjadi bernilai ukhrawi. Dengan kata lain, semua aktiviti mubah yang dapat mengantarkan seseorang kepada ketaatan, ketakwaan, dan bertambahnya kebaikan boleh dikategorikan sebagai amalan akhirat.

Urgensi Memahami Konsep Dunia dan Akhirat

Pemahaman yang baik terhadap konsep dunia dan akhirat memiliki peranan penting dalam membentuk sikap yang proporsional bagi manusia. Mereka tidak akan melihat sebelah mata aktiviti yang dianggap hanya mempunyai unsur dunia dan tidak akan terbuai terhadap amalan-amalan yang diyakini sebagai amal akhirat. Ada hal lain yang lebih penting daripada sekadar mengklasifikasi mana amalan dunia dan mana amalan akhirat, iaitu seberapa besar substansi dan kemanfaatan daripada aktiviti yang dilakukan.

Agama mengajarkan keseimbangan terhadap urusan dunia dan urusan akhirat. Oleh itu, urusan dunia dan akhirat harus diberi porsi kualiti yang sama. Sebab, dunia adalah ladang amal untuk akhirat. Semakin baik seseorang beramal ketika hidup di dunia, maka semakin baik pula pemberian yang akan diterimanya di akhirat. Salah satu cara terbaik supaya mampu memberikan kualiti maksimum terhadap amalan dunia dan akhirat iaitu melaksanakan urusan dunia seakan-akan tidak pernah mati, dan melaksanakan urusan akhirat seperti hari esok sudah tiba ajal. Kemudian meluruskan niat melakukan yang terbaik kerana Allah SWT sahaja, sebagai ungkapan rasa syukur dan ketaatan seorang hamba kepada Penciptanya.

Oleh: Hanif Mudhofar

Translate »