Entahlah mengapa kita selama ini merasa bangga dengan dosa-dosa yang kita lakukan.Larangan Tuhan pun kita lakukan dengan sangat mudah.Kita makan yang haram padahal yang halal lebih banyak dari yang haram.
Mengapa jari-jemari ini tak bosan-bosannya menuliskan status berunsur kekejian,penghinaan,memfitnah,menyakiti,menganiaya dan melukai perasan orang.
Mengapa kita sesuka hati menuduh orang lain sebagai pelaku maksiat sedangkan kita sendiri menutupi kemaksiatan yang kita lakukan.Kita merasakan kita lebih suci kerana banyak beribadah dan menuduh orang lain sebagai penghuni neraka.
Mengapa kita suka membongkar aib orang?Pada hal kita sangat marah arah jika orang lain membuka sedikit sahaja aib kita. Mengapa kita gunakan media social untuk memutuskan tali persaudaraan bukan utk menyambung silaturahim
Mengapa kita sangat rakus mencari harta sehingga lupa hak orang lain dalam harta tersebut. Mengapa kita menbiarkan anak-anak yatim kelaparan tanpa menbantunya?
Mengapa kaki ini sukar digerakan ketika azan dikumandangkan?Sementara ketika pacarmu meminta untuk diantarkan kesuatu tempat kau sigap langsung berangkat meski kakimu sedang sakit.
Mengapa kita menyia-yiakan orang tua kita malah kita menjadikan ia hamba untuk menjaga dan menguruskan anak-anak kita.Sedarkah bahawa menyia-yiakan kedua orang tua sama saja menyia- yiakan syurga.Kedua-duanya adalah pintu syurga bagi kita.
“Orang tua adalah pintu pertengahan menuju syurga.Bila kau mahu silakan kau rawat.Bila engkau tidak mahu silakan tidak menpedulikan.”(Hadis riwayat Tarmizi)
Ya Rabb pantaskah orang-orang saperti kami masuk syurga?Jika urusan akhirat dikerjakan disisa-sisa waktu setelah urusan dunia selesai.Lalu kemudian besok merasai diri akan masih hidup lagi.
Ya Rabb pantaskah orang-orang saperti kami masuk syurga?Jika setiap hari dosa-dosa semakin bertambah dan amalan kebaikan tak satu pun dikerjakan.Lalu kita tanamkan dalam benak bahawa kita akan bertaubat saat usia tua kelak seakan ada jaminan utuk dapat hidup mencapai usia tersebut.
Ya rabb pantaskah orang-orang saperti kami ini masuk syurga?Jika pintu syurga yang kau sediakan untuk kedua-dua orang tua kami malah kami rosakan dan hancurkan akibat mendurhakainya.Seakan-akan kita beranggapan bahawa mendapatkan syurga dari kedua orang tua semudah kita menyakitinya?
Ya rabb pantaskah orang-orang saperti kami ini masuk syurga?Yang selalu memakan harta haram,harta kotor,harta yg tak pernah disedekahkan,harta yang tak pernah dikeluarkan zakatnya,tapi kita lahapkan semuanya.
Ya rabb pantaskah orang-orang saperti kami ini masuk syurga?Yang hidup semahu ku sahaja tanpa mengindahkan asma-asmaMu.Selama ini kita merasa bebas sebebas-bebasnya.Pada hal setiap detik yang allah berikan akan dihisab kelak dihari penghakiman.
Ya rabb pantaskah orang-orang saperti kami ini masuk syurga?yang hanya ingin hidup enak saja tanpa menghadapi cubaan dariMu.”Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum datang kepadamu cubaan sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu.Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan serta diguncangkan dgn bermacan-macan cubaan(Maksud Alqurqn surah al-Baqarah ayat 214)
Lalu bagaimana caranya kita dapat mencium bau syurga jika demikian sikap kita?Jangankan memasuki,menciumnya saja hanyalah angan-angan.
Ya allah sesungguhnya aku ingin sekali berada di syurga Mu tapi aku merasa tak pantas tinggal didalamnya.Kerana akau tahu bahawa syrrga itu hanya untuk orang-orang yang bersih dari dosa sementara aku kotor dan berlumuran dosa.
Ya Allah disatu sisi aku tak pantas berada disyurga mu tapi disisi lain aku juga tak kuat tinggal di neraka Mu.
Ya rabb ampunilah hambamu ini dari segala dosa-dosa.
Aku bukanlah hamba yang suci bukan pula hamba yg ahli ibadah bukan hamaba yg bersih dari dosa,bukan hamba yg dijamin syurga.Tapi aku adalah hamba yang selalu berusaha memperbaiki diri,yg selalu menyesal atas semua perbuatan burok,semua dosa-dosa yg selama ini jadi sebahagian hidupku.
Allah yg Maha pengampun,Dialah yg berhak mengampun segala dosa.Allah pemilik syurga,Dialah yg berhak memasukan siapa saja kedalam syurgaNya.
Catatan : Aminah Shauki
Recent Comments