IBADAT
Kata “IBADAT” dalam bahasa arab berasal daripada kata ‘abada – ya ‘budu – ibadah, yang bererti taat, tunduk, patuh, merendahkan diri dan berasa hina. Semua pengertian itu mempunyai makna yang hampir. Seseorang yang tunduk, patuh, merendahkan diri dan hina diri di hadapan yang disembah disebut ‘abid. Orang gaji dalam bahasa Arab disebut al-‘abd kerana dia harus tunduk, patuh dan merendahkan diri di hadapan majikannya. Secara umum, pengertian ibadat ialah “segala perbuatan yang disukai dan diredai oleh Allah S.W.T., baik perkataan mahupun tindakan, baik terang-terangan mahupun tersembunyi, dalam rangka menganggungkan Allah S.W.T. dan mengahrapkan pahala-Nya.” Dengan kata lain, ibadat merupakan kewajipan untuk melaksanakan syariat Allah S.W.T. sesuai dengan tuntutan pelaksanaan yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w.
TUJUAN IBADAT
Allah S.W.T. mencipta manusia supaya beribadat kepada-Nya (Q.51:56). Tujuan ibadat ialah mengharapkan diri kepada Allah S.W.T. dan mengesakan-Nya sebagai tumpuan harapan. Ibadat yang benar boleh memperbaik peribadi, menyucikan jiwa dan memuliakan akhlak. Melalui ibadat, perasaan takut (pada siksa-Nya) dan harapan (pada pahala-Nya) kan meresap ke dalam hati. Inilah semangat ibadat yang sebenarnya. Ibadat bukanlah sekadar perilaku, perbuatan atau ucapan lahiriah saja.
HAKIKAT IBADAT
Hakikat ibadat ialah tunduk, patuh dan cinta yang sempurna kepada Allah S.W.T. Kepatuhan ini melahirkan kesedaran kepada manusia bahawa: dia adalah makhluk ciptaan dan mesti mengabdikan diri/menyembah Allah S.W.T. (Q.51:56); ada akhirat untuk menerima pembalasan kerana mematuhi perintah S.W.T. selama hidup di dunia (Q.99:7-8); dan diciptakan oleh Allah S.W.T. bukan sekadar pelengkap, tetapi sebagai pusat alam semesta serta segala isinya (Q.2:29).
JENIS IBADAT
Ibadat dapat dibahagi kepada dua: ibadah ‘ammah (umum), iaitu semua perbuatan baik yang dilakukan dengan ikhlas semata-mata kerana Allah S.W.T., seperti menolong orang, mencari nafkah, membuat kebaikan, serta mencegah kejahatan; dan ibadah khassah (khusus), iaitu ibadat yang ditetapkan oleh nas, misalnya solat, puasa zakat dan haji. Dalam buku agama, khususnya fikah, biasanya yang disebut ibadat ialah ibadat dalam pengertian kedua.
BENTUK IBADAT
Dari segi bentuknya, ibadat dibahagi kepada lima : qauliyah (ucapan) seperti membaca al-quran, berdoa dan berzikir; jismiyah (bersifat fizikal) seperti berpuasa dan menolong orang; maliyah (melibatkan harta) seperti memberi zakat, infak dan sedekah; qauliyah wa jismiyah (sekaligus bacaan dan gerakan badan) seperti solat; dan qauliyah, jismiyah wa maliyah (sekaligus bacaan, gerakan badan dan harta) seperti ibadat haji.
PENGESAHAN IBADAT
Agar dapat diterima, ibadat seseorang mesti memenuhi dua unsur pokok: dilakukan dengan ikhlas semata-mata kerana Allah S.W.T. dan dilakukan dengan benar. “Dengan benar” bererti sesuai dengan tuntutan ajaran Islam dan amalan Rasulullah s.a.w, atau sesuai dengan ketentuan yang ditetapkan oleh Allah S.W.T. dalam al-Quran serta sunnah.
RAHSIA IBADAT
Menurut Imam al-Ghazali (m.d. 505 H/1111 M), ibadat menyembuhkan jiwa, sebagaimana ubat menyembuhkan raga. Aturan dan cara ibadat sebagaimana diamalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w mesti diikuti. Sebagaimana doctor mengetahui rahsia ubat, Nabi Muhammad s.a.w. pun mengetahui rahsia ibadat berdasarkan inspirasi kenabiannya, bukan dengan akalnya.
- Dengan melakukan solat, orang Islam dilatih untuk tetap mengingati Allah S.W.T. Sujud dalam solat melambangkan hakikat ibadat, yakni menyembah Allah W.T.
- Ibadat mencakup aspek kehidupan yang sangat luas, tidak hanya terbatas pada ibadat rasmi yang diwajibkan berdasarkan fikah atau nas. Segala bentuk perbuatan baik yang ikhlas, misalnya membersihkan alam sekitar (gambar di atas), juga termasuk
- Pendidikan ibadat mula ditanam sejak kecil agar ibadat itu sendiri menjadi ‘darah daging’ si Dalam gambar, anak didik sebuah tadika Islam diajar melakukan qiam yang benar dalam ibadat solat.
Susunan : Salmah Shauki
Recent Comments