Pada 27 Mei 1986, umat Islam, khususnya umat Islam di Amerika Syarikat berkabung. Pada tarikh itu mereka kehilangan seorang ilmuwan Islam terkemuka dan aktivis dakwah Islam yang tidak kenal penat lelah.
Beliau adalah Ismail Raji al-Faruqi. Dibunuh secara amat kejam di kediamannya di Philidelphia. Sejak tanah airnya, Palestin, diduduki Israel pada 1984, Faruqi berhijrah ke Amerika Syarikat.
Di sana beliau bergelut dalam dunia akademik, dengan mengajar dan mengembangkan dakwah Islam. Dari sana pula beliau tidak henti-henti mengutuk gerakan Zionisme yang dianggap merampas tanah airnya.
Berkat jasanya yang amat besar dalam perkembangan Islam di Amerika Syarikat dan dunia, al- Faruqi dianggap sebagai salah seorang tokoh penting Islam abad ke-20.
Ismail Raji al-Faruqi dikenal sebagai seorang pembaharu yang ingin merealisasikan Islam. Beliau kerap kali terlibat dalam program pengajian Islam di banyak negara di dunia.
Mengenai Zionisme, al-Faruqi pernah menulis, “Ketidakadilan Zionisme begitu kompleks, terlalu banyak dan mengerikan, hingga tidak ada cara lain untuk menghentikannya kecuali melalui kekerasan perang dengan menghancurkan tentera, negara dan seluruh institusi awam Zionis.”
Al-Faruqi memberi perhatian besar terhadap kemajuan ilmu pengetahuan. Beliau mengusulkan semua cabang ilmu pengetahuan moden dari Barat dengan tradisi ilmiah Islam digabungkan menjadi satu. Melalui institut yang ditubuhkannya pada 1981, International Institute pf Islamic Thought, beliau merancang program islamisasi ilmu pengetahuan.
Nama Ismail Raji al- Faruqi sukar dipisahkan daripada nama isterinya, Lois Lamya al- Faruqi, yang dikahwininya semasa di Kanada.
Seperti suaminya, Lois ialah sarjana terkemuka. Beliau mendapat ijazah doctor dari Universiti Syacruse, Amerika pada 1974 dengan disertasi tentang muzik dalam peradaban Islam.
Beliau menjadi tenaga pengajar di banyak university di Amerika Syarikat, Pakistan dan Filipina, serta aktif menganjurkan pelbagai pameran dan persidangan tentang kesenian dan kaligraf Islam.
Hingga akhir hayatnya, beliau tercatat sebagai anggota dewan penyunting di jurnal Arts in the Islamic World yang beribu pejabat di London.
Sebagai ‘anak Palestin”, al- Faruqi mengecam keras Zionisme yang menurutnya menjadi dalang kolonisasi Israel terhadap Palestin.
Namun beliau dengan tegas membezakan antara agama Yahudi dengan Zionisme. Dalam Islam and Zionisme (1983), beliau menulis, “Islam tidak menentang agama Yahudi dan memandangnya sebagai agama Tuhan. Islam menentang politik Zionisme dan tindakan Zionis. “
Pembunuhnya dan juga isterinya dikatakan berkait rapat dengan retorik al-Faruqi yang sangat keras menentang gerakan ZIonisme.
Di mata umat Islam Amerika Syarikat, al-Faruqi dikenal sebagai “Pengasas Kerohanian“. Beliau mempelopori penubuhan banyak institusi dan pertubuhan Islam di Amerika Syarikat.
Dalam bidang pendidikan Islam misalnya, beliau turut menubuhkan American Islamic College di Chicago dan Sister Clara Mohammad School di Philidelphia.
Al-Faruqi juga turut mendorong mahasiswa Islam untuk menubuhkan pertubuhan mahasiswa, misalnya Moslem Student Association; dan Islamic Society of North America.
Salah satu karya Ismail Raji al- Faruqi yang terkenal ialah buku The Cultral Atlas of Islam. Buku ini ditulis bersama-sama isterinya Lois Lamya al- Faruqi.
Biodata
1921 – I Januari Lahir di Jaffa, Palestin
1926-1936 – Mendapat Pendidikan di College des Feres di Lubnan 1941 – Lulus dari Universiti di Amerika di Beirut.
1941-1945 – Bekerja pada zaman pemerintahan Inggeris yang memegang mandat atas Palestin. 1945 – Terpilih sebagai gabenor Galilea
1948 – Berhijrah ke Amerika Syarikat setelah Galilea jatuh ke tangan Israel.
1949 – Meraih gelaran MA dalam bidang falsafah dari Universiti Indiana dan Universiti Havard.
1952 – Meraih gelaran Diktor Falsafah dari Universiti Indiana dan kuliah di Universiti al- Azhar, Mesir.
1959- 1968 – Menjadi pengajar di beberapa Universiti di Kanada, Pakistan dan Amerika Syarikat.
1968 – Menjadi professor Kajian Islam dan Sejarah Agama- agama di Universiti Temple, Amerika Syarikat.
1986 27 – Mei, dibunuh bersama-sama isterinya.
Susunan FAUZIAH SALEH
Recent Comments