Ibnu Al-Syatir adalah astronomi Islam yang sangat penting dalam sejarah keilmuan. Beliau berjaya menjelaskan teori planet serta mencipta peralatan astronomi yang digunakan mereka yang mendalami serta mengkaji ilmu astronomi.
Penguasaan beliau dalam ilmu matematik serta kejuruteraan membolehkan Ibnu Al-Syatir mendalami ilmu astronomi dan menghasilkan astrolab, alat yang digunakan untuk mengira jarak bintang dengan lebih tepat.
Astrolab adalah peralatan kuno untuk mengukur ketinggian bintang di langit. la berbentuk cakera di-perbuat daripada kayu atau logam yang tepinya ada ukuran darjah dan di tengahnya jarum penunjuk boleh bergerak.
Menggunakan ilmu pengetahuannya, Ibnu Al-Syatir membuat pembetulan alat penunjuk waktu meng-gunakan bayang-bayang matahari di atas permukaan jam yang dinamakan mizwalah.
Berdasarkan pengetahuannya juga, Ibnu Al-Syatir berjaya member! penjelasan teori ilmu astronomi, matematik dan geografi Yunani serta Mesir. Malah, beliau membuat pembetulan terhadap teori Ptolemy yang mengatakan bahawa bumi adalah pusat peredaran planet serta bintang yang ada di langit secara teratur.
Hasil pengamatan Ibnu Al-Syatir terhadap planet luar seperti Marikh, Musytari dan Zuhal, beliau berjaya menemukan bukti bahawa bumi bukan pusat peredaran sebaliknya, semua planet mengelilingi matahari.
Memang pada mulanya penemuan beliau dianggap pelik, tetapi apabila Ibnu Al-Syatir memberikan ulasan mengenai kesilapan teori Ptolemy, kehebatan ilmunya dikagumi tokoh ilmuwan lain.
Bagaimanapun, wujud salah faham apabila penemuan Ibnu Al-Syatir tidak banyak diperkatakan menyebabkan ramai mengatakan teori bumi mengelilingi matahari ditemukan ahli ilmu falak Poland, Copernicus King, yang membuat kajian mengenai hasil penemuan ilmuwan Islam menyatakan kebanyakan teori yang dikaitkan dengan Copernicus sebenarnya diambil daripada ilmuwan Islam bernama Ibnu Al-Syatir.
Malah, kajian terhadap manuskrip Arab di Poland pada 1973 menunjukkan Copernicus mengambil hasil penemuan dalam buku itu dan menyandarkan pendapat berkenaan kepada dirinya.
Ibnu Al-Syatir juga berjaya mencipta alat untuk mengetahui waktu solat yang dinamakan al-Basit yang kemudian diletakkan di menara azan Masjid Umawi di Damsyik.
Selain itu, beliau turut mengarang 30 buah buku, antaranya Risalah fi Ta’liq al-Arsad, Urjuzah fi al-Ka-wakib, Risalah ‘an Sun al-Usturlab, Kitab al-Mukhtasar fi Sun al-Usturlab dan Risalah fi Usul ‘Ilm al-Us-triab. Malangnya, semua buku hasil karya tokoh ilmuwan yang dikagumi ramai itu hilang.
Ibnu Al-Syatir yang pernah dipelihara bapa saudaranya, seorang pengukir, selepas kematian bapa ketika umur enam tahun turut menguasai ilmu kesenian ukiran sehingga berjaya menghasilkan kemewahan.
Beliau mahir menghasilkan seni ukiran menggunakan gading yang diminati golongan kaya dan sanggup membeli pada harga tinggi.
Menggunakan hasil seni ukiran itulah, Ibnu Al-Syatir mengelilingi dunia dan mengunjungi banyak wilayah dan negara termasuk Iskandariah untuk menimba ilmu pengetahuan.
Catatan : Ibnu Fattah
Recent Comments