Dalam Islam kata-kata kotor, makian serta ucapan menghina merupakan satu perkara yang sangat tercela dan dilarang. Sesungguhnya segala sumber kata-kata kotor itu timbul daripada watak yang rendah dan jiwa yang hina.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Jauhilah  olehmu  semua  kata-kata  kotor  sebab  Allah  tidak  suka kepada kata kotor atau yang menyebabkan timbulnya kata kotor dari orang lain.”

(Riwayat Nasa’I, Hakim dan Ibn Hibban)

Dalam hadis lain Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Seorang  mukmin  bukanlah  tukang  mencela,  tukang  melaknat orang, tukang berkata kotor dan berkata rendah.”

(Riwayat Tarmizi)

“Syurga itu diharamkan bagi setiap orang yang berkata kotor untuk memasukinya.”

(Riwayat oleh Ibn Abi Dunia dan Abu Naim dari hadis Abdullah bin Amru)

Jabir bin Samrah r.a. menyatakan; “Aku pernah duduk disamping Rasulullah s.a.w. sedang di hadapanku ada bapaku, lalu Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya kata-kata kotor dan berkata-kata kotor bukan dari Islam, dan sebaikbaik keislaman manusia adalah yang paling baik akhlaknya.

(Riwayat Ahmad)

Demikian  juga  dalam  beberapa  firman  Allah  di  dalam  al-Quran yang melarang mencarut yang bermaksud:

Ucapkanlah katakata yang baik sesama manusia.

(Surah al-Baqarah: 83)

Allah berfirman lagi:

Maksudnya:  “Wahai  orang-orang  yang  beriman,  janganlah  suatu kaum menghina kaum yang lain, kerana barangkali mereka yang dihina itu lebih baik dari mereka yang menghina.”

(Surah al-Hujurat: 11)

Seorang  Badwi  berkata  kepada  Rasulullah:  “Aku  mahu  menjadi orang yang paling dihormati.” Jawab Rasulullah s.a.w. :

“Jika kamu tidak mengata orang lain atau sebarang makhluk maka kamu adalah orang yang paling dihormati.

(Riwayat Imam Ahmad)

Perkara yang diucap oleh manusia dengan lidah secara sedar atau tidak adalah timbul daripada budinya. Budi itu adalah keadaan rohani manusia atau sifat batinnya. Di sinilah segala kalimah-kalimah  yang mengalir dari mulut dan lidah adalah ungkapan dari  makna  yang terkandung dalam batin kita. Lantaran itu bahasa  manusia  dipengaruhi oleh budi dan pekertinya. Dalam hal ini memilih kata-kata  yang  baik adalah termasuk budi pekerti yang tinggi.

Demikian juga  contoh  teladan percakapan wahyu  Allah kepada nabi-Nya sering memakai bahasa terpilih.

Kalimah-kalimah kotor hanya lahir dari mulut orang yang kotor hatinya, orang kotor tidak menghasilkan yang bersih, dan orang baik tidak akan menghasilkan yang kotor. Orang yang kotor ialah orang yang imannya kosong di dalamnya. Justeru, kekosongan iman itu akan diisi oleh sifat benci dan dendam oleh iblis.

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Apabila seseorang berkata: celakalah mereka! Maka orang yang berkata inilah yang paling celaka.

(Riwayat Muslim)

Ibrahim bin Masirah mengatakan: “Dikatakan pada hari kiamat nanti mereka yang suka berkata kotor akan didatangkan dalam bentuk anjing.” Umat Islam yang berakhlak seharusnya mencegah diri dari memaki hamun orang dengan kata-kata kotor atau mencarut. Itulah tanda keluhuran akhlak. Ia harus sentiasa menghiasi diri dengan akhlak yang mulia dan bersungguh-sungguh menghina roh keimanan agar menjauhi dari perbuatan-perbuatan tersebut.

Ibn Mas’ud r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:

“Mencari     maki    seorang     Muslim     termasuk     perbuatan     fasik, membunuhnya termasuk kafir.”(Muttafaq Alaih)

“Sesungguhnya Allah sangat murka kepada pelaku perbuatan keji dan kotor lidah.

(Riwayat Tabrani)

Sifat-sifat hin atersebut di atas tidak sepatutnya ada pada seseorang muslim yang terpelihara oleh agamanya. Ia seharusnya mencontohi perilaku Rasulullah s.a.w. yang selama ini hidupnya tidak pernah melontar kata-kata yang menyakitkan pendengaran atau melukai perasaan orang lain.

Berkata Anas bin Malik r.a. :

“Tidak pernah Rasulullah s.a.w. melakukan perbuatan keji, tidak pula kotor lidah (suka mengutuk) dan tidak pula mencaci maki. Ketika seseorang mencela Baginda orang yang kotor (berdebu) kerana banyak (sujud), Baginda hanya mengatakan “apa yang dia miliki?”

(Riwayat Bukhari)

Rasulullah s.a.w. adalah seorang yang benar-benar memelihara lisannya. Sekalipun terhadap orang-orang kafir yang menentang dakwahnya. Baginda tidak mudah mengeluarkan kata-kata laknat atau menyakitkan hati.

Abu Hurairah meriwayatkan dalam hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Orang yang suka mengutuk tidak mendapat syafaat dan memberi kesaksian pada hari kiamat.”

Dalam riwayat lain, Abu Hurairah berkata bahawa ia menemui seorang lelaki yang ketagihan minum arak. Lalu dihadapkan laki itu kepada Nabi s.a.w. agar dihukum. Diantara para sahabat ada mengatakan: “Saya memukul dengan tangan” , “Saya memukul dengan kasut” dan “Saya memukul dnegan baju.”

Ketika lelaki itu berpaling (ke arah para sahabat) seorang sahabat menyatakan semoga Allah s.w.t. menghinakan mu! Maka bersabdalah Rasulullah s.a.w. :

“Janganlah      kamu      meminta      bantuan      syaitan      dalam menghadapinya.”

(Riwayat Bukhari)

Daripada Abu Darda r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda:

Maksudnya:  “Aku  memohon  kepada  Rasulullah  s.a.w.  :  Wahai Rasulullah,   doakanlah   (kecelakaan)   bagi   orang-orang   musyrik. Rasulullah   menjawab:   Sesungguhnya   aku   diutus   bukan   untuk melaknat (mengutuk), tetapi aku diutus untuk memberi rahmat.”

(Riwayat Muslim)

Begitulah Rasulullah s.a.w. dengan akhlaknya yang luhur telah memberikan contoh kepada umatnya agar selalu menghindari bertindak melulu dan selalu sabar dalam menghadapi setiap permasalahan.

Di dalam masyarakat Islam tidak ada  tempat  dalam  kehidupan kaum  Muslimin  untuk  meremehkan  nilai-nilai  luhur  yang  dijunjung  oleh Islam. Masyarakat Islam ialah yang menjunjung tegaknya nilai-nilai moral dan kemanusiaan yang luhur dalam kehidupan umat manusia.

Maksud  sabda  Nabi  s.a.w.  :  “Tahukah  kamu  siapa  yang  disebut orang bankrap itu?

Para sahabat menjawab: “Orang yang tiada lagi mempunyai wang dan harta.” Rasul berkata:

Maksudnya: “Orang yang bankrap adalah yang datang pada hari kiamat   membawa   amalan   solat,   puasa   dna   zakat   .   tetapi bersamaan itu  juga  ia  telah mencaci  maki, menuduh, memakan harta tidak halal, mengalirkan darah (tanpa hak) dan memukul ini dan itu. Maka amalan baiknya dilimpahkan kepada yang berhak menerimanya (yang ia caci) dan jika amalan baiknya habis pada hal belum dapat menutup kesalahannya maka kesalahan (orang yang dicaci itu) dilimpahkan kepadanya, kemudian ia ditempatkan ke dalam neraka.”

(Riwayat Muslim)

Sudah sepatutnya seorang muslim itu memelihara lisan atau lidahnya dari mencaci maki, walaupun dengan alasan yang kuat. Lebih utama memadamkan api kemarahan itu agar tidak menjadi permusuhan yang menyeret kepada perbuatan dosa.

Daripada Ali bin Abi Talib r.a. , Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Yang berbuat keji dan yang menyiarkan kekejian itu berada dalam keadaan sama-sama berdosa.”

(Hadis Riwayat Bukhari)

Dalam surah al-Humazah atau penyebar fitnah, Allah berfirman yang bermaksud:

“Kecelakaan besarlah bagi tiaptiap pencaci, pengeji.

(Surah al-Humazah : 1)

Dalam ayat ini Allah mengutuk perbuatan jahat iaitu menyebarkan fitnah, bercakap ataupun mengisyaratkan perkara yang jahat terhadap orang-orang lelaki atau perempuan dengan kata-kata atau pun secara isyarat, atau perangai, atau secara mengajuk-ajuk, ataupun sindiran atau caci maki.

“Sesungguhnya  Allah s.w.t. itu  pemalu, penutup  (cela), menyukai malu dan tertutup, maka apabila salah seorang kamu mandi maka hendaklah ia bertutup.”

(Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Nasa’I)

“Sesungguhnya Allah s.w.t. itu indah dan mencintai keindahan.

(Riwayat Muslim dan Tarmizi)

Demikian juag firman Allah yang bermaksud

“Serulah  ke  jalan  Tuhanmu  (wahai  Muhammad)  dengan  hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik.  “Bukanlah  tergolong  daripada    orang  mukmin  yang  suka mencela,  mengutuk  dan  mengeji.  An  bukan  pula  mereka  yang berlidah kotor.”

( Surah an-Nahl : 125)

“Sesungguhnya    seseorang    itu    hendaklah    berkata    dengan perbuatan yang diredai Allah, dan tidak berprasangka. Pasti Allah mencatatnya  atas  keredaannya  sampai  suatu  hari  perjumpaan baginya. Sesungguhnya orang yang berkata dengan kalimat yang mengundang   kebencian   Allah   dan   berprasangka,   Allah   pasti mencatatnya atas kemungkarannya sampai hari kiamat.”

(Riwayat Malik)

Aisyah meriwayatkan sabda Rasulullah s.a.w. :

Maksudnya: “Aku tidak suka bercakap tentang kesalahan sesiapa sahaja walaupun aku diberi bayaran.(Mishkat)

Dari ayat-ayat al-Quran serta beberapa hadis yang dipaparkan jelas membuktikan bahawa Islam melarang umatnya mencarut dan memaki hamun sesama muslim.

Ini kerana kerja-kerja mencarut ini adalah kegiatan dan perbuatan syaitan dan kenyataan yang mengatakan bahawa Islam tidak emlarang umatnya mencarut adalah kenyataan beserta syaitan. Mohon perlindungan Allah daripada akhlak yang buruk.

“Ya    Allah    sebagaimana     engkau    telah    memperbaiki    bentuk kejadianku, maka perbaikilah akhlakku.”

(Riwayat Ahmad)

Oleh:Mohd Shauki Abd Majid

Translate »