Vaksin adalah unsur yang hadir dalam kehidupan kita boleh membawa kepada kesan-kesan negatif, termasuk maut, sama ada ia berbentuk benda mahupun bukan benda.Vaksin ialah suatu ikhtiar manusia bagaimana untuk menghindarinya, maka vaksi dipercayai mampu dijadikan sebagai mekanisme mempertahankan diri daripada diserang penyakit – penyakit fizikal dan penyakit psikologi (jiwa).

Misalnya, dalam kes yang sedang kita alami sekarang, walaupun pengambilan vaksin lengkap belum menjamin seratus peratus ‘kekebalan diri’ daripada serangan COVID-19, sekurang-kurangnya, vaksinisasi merupakan salah ikhtiar manusia untuk  mempertahankan diri daripada serangan virus corona yang semakin banyak bermutasi: dari hanya kita kenali Alpha, Beta, kita berkembang kepada Delta dan Omicron. Omicron pula ada beberapa variasi, dan kini, varian-varian baharu itu kembali meningkatkan jumlah kes setelah beberapa minggu lalu kita merasa lega dan nikmatnya sempadan negara dibuka, boleh melancong, mengerjakan haji dan umrah, dan boleh memilih tidak memakai pelitup muka bila keluar rumah (kecuali tempat-tempat sesak, sempit dan bersembang jarak dekat).

Begitu juga dalam kehidupan berumah tangga.Setelah kita memahami sedikit sebanyak faktor kegagalan (penceraian hidup atau pembubaran perkahwinan), kita seharusnya memahami bahawa kegagalan itu sangat banyak kesan buruk berbanding kesan baik.Kesan buruk ialah runtuhnya institusi keluarga yang sangat bermanfaat bagi pembinaan jati diri manusia dan pengukuhan kehidupan bermasyarakat.Ini selaras dengan fitrah kehidupan sebagaimana ditetapkan oleh Islam, berdasarkan hakikat bahawa Allah SWT telah menciptakan manusia sebagai dua jantina yang berbeza, lelaki dan wanita.Tujuannya, masing-masing ada peranan dan tanggungjawab, peranan dan tanggungjawab itu hendaklah dilaksanakan bersama-sama demi memenuhi tuntutan manusia adalah makhluk sosial.Pengalaman biasa yang kita dapati ialah sebaik sahaja kes penceraian itu disahkan (keputusan mahkamah) lebih ramai yang merasa sedih.

Namun, ada juga penceraian membolehkan seseorang itu merasakan dirinya telah bebas,yakni bebas daripada penderitaan dan sakit hati. Rumah tangga yang mereka bina, mungkin hanya meraih kebahagiaan ketika berada di fasa bulan madu, ia kemudiannya bertukar menjadi proses ‘perebutan kuasa’ atau perubahan tingkah laku antara suami dan isteri. Ia juga mungkin kerana ada niat yang tidak jujur dan ikhlas ketika rumah tangga itu dibina, termasuk perihal terdesak untuk tidak digelar ‘anak dara tua’ atau faktor-faktor yang menunjang dalam perspektif kehidupan moden, materialistik dan hedonisme. Ini kerana fasa-fasa percintaan, bulan madu adalah fasa yang tidak sangat berpaksikan realiti, masih dibayangi oleh keinginan emosi (yang sedia dan terkumpul dalam tangki emosi, emotional tanks).Ada para pakar menamakan fasa ini seumpama ‘fasa ketagihan – drug addiction stage). (Gary Chapman, Five Love Language: How to Exspress Heartfelt Commitment to Your Mate, 1992)

Lelaki dan wanita adalah pasangan yang ideal dan dibenarkan dalam Islam, bukannya pasangan yang berdasarkan pemahaman tentang kehendak dan keinginan manusia. Sebagaimana kita ketahui, kehendak dan keinginan manusia cukup banyak, bahkan jika diikuti kehendak dan keinginan itu ia kadangkala menunjukkan sangat banyak dan seolah-olah tidak terbatas. Dalam bahasa al-Ghazali, kehendak manusia yang tidak terbatas itu membuktikan bahawa manusia hidup dalam kepura-puraan, khayal, hanyut dengan pesona yang diinginkan, termasuk pesona dunia dan pesona syahwat (nafsu).Ia bertentangan dengan falsafah kehidupan manusia yang beradab, beragama dan prinsip kemanusiaan itu sendiri.

Seperti dijelaskan, setiap makhluk hidup mempunyai pelbagai naluri: naluri haiwan (buruk) dan naluri malaikat (naluri kebaikan). Pertembungan atau perbezaan antara dua naluri itu cukup besar, sehingga menimbulkan fenomena dan pendapat, dalam masyarakat manusia dipenuhi sifat-sifat kebinatangan sedangkan dalam masyarakat binatang, tidak ada manusia kecuali sebahagian nilai-nilai kemanusiaan yang seharunya manusia belajar, hayati dan jadikan pedoman.

Hamka, seorang ulama terkenal di Alam Melayu, hingga kini karya dan buah fikirannya diambil sebagai pedoman pernah berkata:  Kalau hidup manusia hanya sekadar hidup, babi pun boleh melakukannya. Ini bermakna, jika hidup ini sekadar makan dan tidur, binatang pun melakukan perkara yang sama. Begitu juga dengan kehendak syahwat, binatang adalah lebih hebat daripada manusia melempiaskan kehendak itu.

Kita mungkin pernah membaca, mengetahui mengenai perjalanan seksual seekor monyet belanda jantan yang cukup hebat apabila tiba musim mengawan.Berdasarkan satu kajian yang dibuat oleh seorang pakar biologi, seekor monyet belanda jantan mampu melakukan hubungan intim sehingga 40 ekor monyet betina ketika ‘kemuncak shahwat’nya dalam satu hari. Nama lain monyet belanda ialah monyet bayau atau bekantan. Istilah saintifiknya ialah probiscus monkey.Di Malaysia, monyet belanda kedapatan di Sabah dan telah wujud satu kawasan pemuliharaannya di Sepilok, Sabah.Monyet ini hidup di kawasan tepi pantai dan berpaya bakau. Selain Sabah, monyet belanda (berhidung mancung) boleh ditemui di Brunei dan Indonesia, khususnya di Kepulauan Borneo. Perlakuan seks monyet belanda juga tidak terhad antara jantan dan betina, bahkan dalam kalangan sejenis, terutamanya antara betina dengan betina.Hubungan seks antara jenis ini bukan tujuan untuk pembiakan, hanya sekadar melempiaskan naluri syahwat.

Ketika AIDS/HIV mula diperkatakan pada awal tahun 1980 – an, penyakit yang mula dikesan berlaku dalam kalangan monyet di Afrika.Ia berlaku disebabkan pola hubungan seks antara monyet, iaitu melakukannya dengan berbilang pasangan dan juga sesama jenis. Penyebabnya ialah cecair yang mengandungi virus berpindah dari satu entity kepada entity yang lain. Virus itu kemudiannya membiak dalam dalam tubuh monyet.Hal ini, juga berlaku dalam kalangan manusia, dan dalam al-Qur’an turut menceritakan perihal kesan buruk atau bahayanya homoseksual (kisah zaman Nabi Luth AS), seks bebas (berbilang pasangan) yang sampai kini cukup membuatkan manusia terpaksa dalam kecelaruan makna dan adab.Sebelumnya, penyakit yang diakibatkan oleh serangan virus ekoran hubungan kelamin yang tidak selamat ialah siplis atau Viatnamese Disease.

Kenapa dipanggil VD? Ia ada hubungkait dengan fenomena tersebut yang berlaku dalam kalangan askar-askar Amerika Syarikat yang dihantar ke Vietnam untuk memenuhi ego politik Washington, yakni menyekat kesan teori domino apabila Viatnam Utara dan Viatnam Selatan mula dipengaruhi oleh komunisme. Ketika itu, Amerika Syarikat sangat jumud dengan pandangannya, jika Viatnam Selatan jatuh ke tangan komunis, maka ia akan merebak ke negara-negara lain termasuk Filipina, Malaysia, dan sebagainya. Oleh itu, mereka (menerusi dasar wilsonisme) wajib mempertahankan demokrasi, maka dihantarlah ketumbukan tentera di Viatnam. Sebagaimana kita ketahui, hampir kesemua adalah lelaki, dan dalam setiap operasi ketenteraan yang berpanjangan, manusia akan rasa tertekan bila keinginan seksnya tersekat. Atas sebab-sebab itu, anggota tentera Amerika Syarikat berfoya-foya di kelab-kelab malam yang dihidupkan atas semangat ‘rekreasi dan berhibur’.Mereka turut melakukan hubungan seks, dan muncul fenomena pelacuran, atau seks di kem-kem tentera. Tentunya, wanita-wanita ‘teman dan penghibur’ itu mendapat bayaran, tetapi, kerana bertukar-tukar pasangan, ia menimbulkan pelbagai kesan buruk, termasuk penyakit dan kelahiran anak luar nikah.

Sebab itulah, selepas Amerika Syarikat meninggalkan Viatnam pada tahun 1974, muncul istilah ‘sino-american’ dan sebagainya. VD juga menjadi sejenis penyakit yang cukup menakutkan, tetapi setelah beberapa tahun, ia dapat dikawal dengan ditemuinya vaksin dan ubat-ubatan. Namun, setakat ini, HIV/AIDS masih menemui vaksin yang mujarab. Perkembangan terbaharu ialah sudah ditemui ubat-ubatan yang dapat meperlambatkan HIV/AIDS, dan ia tidak lagi menjadi sesuatu yang cukup menakutkan.

Ini kerana, HIV/AIDS bukan sahaja berlaku dalam kalangan mereka yang melakukan seks bebas, ia juga berlaku akibat-akibat yang lain yang membabittkan cecair, seperti pemindahan darah, berkongsi jarum suntikan dan peralatan peribadi seperti pisau cukur, pengetip kuku dan sebagainya (termasuk dalam kalangan penagih atau orang yang dikesan positif). Hal ini menyebabkan pejuang-pejuang LBGTQ semakin lantang bersuara, HIV/AIDS tidak seratus peratus berlaku disebabkan amalan seks sejenis, tetapi kerana amalan seks yang tidak selamat.

Begitu juga dengan pasangan yang kita kenali sebagai lesbian.Pernah berlaku di sebuah pulau – Lesbos, di Yunani – di mana semua penghuninya adalah wanita.Nama pulau inilah yang menghasilkan istilah lesbian.Pada tahun 650- 600 SM, tinggal seorang intelektual yang juga penyair bernama Sappho.Beliau banyak menulis puisi mengenai cinta perempuan.Akibatnya, golongan fundamentalis mengecam dan sebahagian puisi-puisinya diharamkan. Istilah lesbian mula dikesan digunakan dengan maraknya pada tahun 1960-an, di mana sebelumnya, istilah perempuan mencinta perempuan dikenali dengan ‘sapphic’ atau ‘sapphictry’, iaitu mengambil nama Sappho. Sappho berasal dari Itali, tetapi disebabkan kekacauan politik, beliau akhirnya berkelana ke Lesbos.

Sappho merupakan seorang wanita yang sangat memuja dewa Apphodite, yakni dewa kecantikan yang menjadi idola setiap wanita dan buruan para lelaki menurut mitos Yunani.Atas semangat dan keterujaannya terhadap wanita, Sappho dianggap sebagai “muse kesepuluh’ selepas mitologi-mitologi Yunani.Di akhir hayatnya, Sappho mati dalam keadaan tragik.Sappho meninggal setelah berjaya melompat daripada tebing pulau yang berbatu apabila dikejar oleh seorang lelaki, tukang perahu yang sangat meminatinya.

Lelaki itu beberapa kali cuba melamar Sappho, tetapi penyair wanita tersebut tidak mengendahkannya, malah lebih tertarik untuk hidup bersama-sama perempuan. Kisah kecintaan Sappho sesama perempuan itulah yang menjadi legenda, dan ikutan daripada kaum perempuan sehingga mereka melupakan fitrahnya kenapa manusia diciptakan berpasangan-pasangan. Begitu juga pengetahuan kita tentang homoseksual sebagaimana digambarkan pada zaman Nabi Luth AS dan bukti-bukti runtuhnya sebuah kota yang cukup bertamadun di dalam sejarah, seperti kehancuran Pompeii, Itali akibat letusan gunung berapi Vesuvias pada tahun 79M.

Hari ini, atas nama hak asasi manusia dan kebebasan individu, persoalan kehidupan seks manusia menjadi semakin rencam dan pelbagai sehingga menimbulkan fenomena yang lebih beragam: transgender, biseksual, gay dan querr. Transgender ialah pertukaran alat kelamin (lelaki kepada wanita, melalui keadah pembedahan).Biseksual ialah seks bebas, berbilang pasangan tanpa adanya ikatan perkahwinan (juga pasangan yang berkahwin bertukar-tukar pasangan ketika bersenggama) dan orientasi jantina.Gay dirujuk sebagai orientasi seks sesama jenis, yakni antara lelaki manakala lesbian, antara perempuan dengan perempuan.

Querr, di Amerika Syarikat ia bermakna: sexual orientations and gender identities that are not exclusively heterosexual or cisgender. Setelah mengalami pelbagai gugatan, querr kemudiannya disinonimkan dengan cemuhan terhadap lelaki yang bersifat feminin (kewanitaan). Ia turut memberikan makna, orientasi seks itu tidak sahaja merujuk kepada kecaman terhadap lelaki yang femimin, bahkan melangkaui perilaku atau tanggapan yang ‘not straight’ atau ‘tidak jujur’ dengan fitrah seseorang. Jadi, makna tepat mengenai querr masih dalam pencarian. Setakat ini, ia merujuk kepada masalah kecelaruan dalam memposisikan diri, kelainan orientasi seks dan pembawaan diri dengan gaya hidup di luar sifat-sifat asal seseorang itu, tetapi lebih merujuk kepada lelaki yang mempesonakan dirinya sebagai feminin.

Saya sengaja memasukkan latar belakang orientasi seks tersebut kerana ia turut merupakan salah satu fenomena yang sedang berkembang, yang turut memberikan kesan kehancuran rumah tangga, yang ikut melanda dalam kalangan pasangan muslim di seluruh dunia. Kita mungkin terkenangkan kisah seorang wanita yang pernah dihalau daripada Malaysia beberapa tahun lalu kerana sikap dan kehidupannya sebagai pengamal lesbian.Beliau adalah penulis buku Allah, Cinta dan Kebebasan, Irshad Manji.

Irshad Manji dilahirkan di Uganda (1968) dan kini merupakan rakyat Kanada. Buku beliau yang cukup keras mengkritik Islam ialah The Trouble of Islam Today:Muslim’s Call for a Reform in Her Faith  (2003) telah diterjemahkan ke lebih 30 bahasa. Walaupun buku itu diharamkan di beberapa buah negara, kita masih boleh membacanya menerusi internet termasuk terjemahan bahasa Indonesia, Beriman Tanpa Rasa Takut :Tentangan Umat Islam Kini (2008).

Irshad merasa malu, kerana orang Islam hidup dalam kongkongan fatwa, yang dikeluarkan oleh mereka yang menganggap dirinya sebagai wakil tuhan. Irshad juga mempersoalkan khitan ke atas perempuan, dan beliau mengesyorkan agar setiap muslim berani melakukan perubahan, yang pada pendiriannya perubahan ialah ‘berhenti membaca al-Qur’an’.

Dalam Allah, Cinta dan Kebebasan, Irshad menolak larangan terhadap LBGTQ, sebaliknya melihat ia adalah suatu kebebasan bagi setiap orang untuk memilih. Ia bukan menjadi suatu kesalahan sekiranya hal itu menjadi amalan dan budaya, baginya, ada kecurigaan terhadap hadis-hadis Rasulullah SAW kerana ia dikumpulkan selepas kewafatan baginda. Bahkan, hadis tidak lagi penting kerana umat Islam ada al-Qur’an.Awal Mei 2016, Irshad Manji berkahwin dengan teman wanitanya, Laura, di Hawaii.

Julai 2017, Jahed Choudury berkahwin dengan Sean Rogen di Pejabat Pendaftaran Wallsal, England.Pasangan tersebut merupakan perkahwinan sejenis yang pertama dalam masyarakat Islam di England.Pasangan lelaki Islam pertama bernikah dikesan pada 12 Februari 2012, iaitu pernikahan antara Ludovic Muhammad Zahid (rakyat Perancis, keturunan Algeria) dan Qiyam al-Din (dari Afrika Selatan).

Mereka berkahwin di Johanesburg, Awalnya, mereka bertemu di satu persidangan mengenai AIDS di Pretoria, Afrika Selatan pada tahun 2011. Ketika itu, Zahid (lahir 1977) berusia 19 tahun dirinya dikesan mengidah AIDS. Setelah mengidap AIDS, Zahid mengakui dirinya ‘sangat beriman’ sehingga tidak berapa lama selepas bernikah, Zahid pula menikahkan satu pasangan lesbian keturunan Iran di Stockhom, Sweeden, iaitu Sahar Mosleh dan Maryam Iranfar.

Setakat ini, kita mengenali atau mengetahui beberapa bentuk atau nama virus yang menyebabkan berlakunya keruntuhan sesebuah rumah tangga, namun seperti nasihat para ramai orang, mencegah adalah lebih baik daripada membiarkan virus-virus itu ‘membunuh’. Ertinya, kehidupan berkeluarga yang menjadi tuntutan naluri dan fitrah kehidupan hendaklah kita laluinya dengan semangat dan iltizam untuk kekal selama-lamanya, atau sehidup semati atau hanya dipisahkan oleh ketentuan-ketentuan yang tidak dapat kita sekat (kematian atau kehilangan tanpa diduga).

Untuk itu, kita boleh meneladani pelbagai perilaku, memanfaatkan pelbagai nasihat, mencari pengetahuan dan meminjam pelbagai pengalaman orang-orang yang bahagia dalam perkahwinan mereka sehingga akhir hayat. Bagi kita yang mengakui sebagai seorang Islam, perlu kembali kepada panduan dan hakikat sebenar kenapa Islam sangat menekankan kepada pembangunan keluarga mawaddah, yakni kehidupan keluarga yang cukup harum di taman yang bukan sahaja indah dengan kuntuman mawar, harum mewangi bahkan daun-daun kehidupan segar dan berhasil mengeluarkan oksijen segar sepanjang masa. Dengan oksijen itulah kita bernafas, dan seterusnya menjadikan kehidupan lebih sihat.

Kita ketahui, oksijen secara semulajadinya dihasilkan oleh tumbuh-tumbuhan menerusi proses fotosintesis. Pokok akan menyerap karbon dioksid, partikel-partikel yang cukup berbahaya jika kita menyedut dan tersedut. Ia boleh menyebabkan kesesakan dan gangguan ke atas sistem pernafasan, menyumbat ruang-ruang kecil (penapis) di paru-paru.   Jadi, untuk mengelakkannya, kita perlu menjauhkan diri daripada kawasan-kawasan yang dikenal pasti bermasalah selain memakai pelitup muka.Tujuan pelitup muka dipakai ialah menyekat partikel-partikel halus itu memasuki ruang bernafas dan juga mengurangkan ketajaman bau.

Seterusnya, dari segi amalan kesihatan, sebaik sahaja pulang ke rumah, kita mestilah menanggalkan kesemua pakaian tersebut dan asingkan dengan pakaian-pakaian lain. Ia perlu dibersihkan secara berasingan, kerana ia memerlukan kaedah dan bahan yang berbeza. Mungkin kita perlu merendamnya terlebih dahulu untuk memendapkan pelbagai partikel yang melekat padanya, sebelum boleh dibasuh menggunakan mesin basuh. Jika kita tidak ‘membuang partikel-partikel’ tersebut, ia boleh merosakkan mesin basuh, walaupun ia tidak berlaku pada masa kita membasuhnya.

Itu adalah analosi saya tentang bagaimana kita perlu memulakan inisiatif untuk membina keluarga bahagia. Kita memang inginkannya, kerana itulah kita bersedia berkahwin dan menjalani pelbagai proses untuk membina. Kita mungkin bermula dengan menetapkan ‘pilihan’, yakni memikirkan apakah kriteria seorang calon isteri atau suami idaman.Di situ juga kita mula memberikan keutamaan, apakah faktor penentu atau penarik yang paling penting.Ketika keputusan itu atau pertimbangan diformulasikan, kita sebenarnya masih berada pada peringkat berfikir atau pada tahap kognitif. Ketika itu, kita mungkin akan mudah kepada kisah-kisah cinta, dari makna cinta secara harafiah hinggalah kepada pemahaman kita terhadap ‘cinta sejati’. Kita mungkin merujuk kepada cerita-cerita tertentu, termasuklah cerita-cerita yang membangkitkan rasa bangga, kekentalan emosi dan pembinaan peribadi yang kukuh dan bersemangat.

Kita mungkin akan mencari-cari kehebatan cinta antara Laila dan Majnum. Kita mungkin pernah membaca kisah cinta antara Romeo dan Juliet, cinta sejati antara Shah Jehan dan Mumtaz yang dilambangkan menerusi Taj Mahal.Namun, kita juga tidak terlepas daripada membaca atau mendengar kisah-kisah cinta yang tidak kesampaian, cinta putus di tengah jalan dan cinta yang terhalang oleh pelbagai faktor di luar kawalan diri sendiri.Kesemua cerita-cerita tersebut sedikit sebanyak mempengaruhi perasaan, pendirian dan keputusan kita dalam membina kriteria penentuan memilih calon suami atau isteri.

Namun, dalam membuat pilihan itu, kita mungkin menjadi terlalu idealistic, mahukan segala-galanya berada dalam tahap yang sempurna, perfect. Secara alaminya, kita sebenarnya kita akan menemui sesuatu yang cukup sempurna seratus peratus. Kita memerlukan proses dan melakukannya untuk menjadi sempurna. Itulah sebenarnya cabaran yang wajib, perlu dan harus dilakukan untuk membina sebuah keluarga yang bahagia.Kita mesti mengetahui, bahawa kesempurnaan sesuatu perkara ialah bagaimana kita melakukannya dengan ikhlas, jujur dan menepati mekanismenya, seabagaimana kita ‘memasak kek yang enak dan gebu’.

Ia sangat bergantung kepada bahan-bahan yang kita gunakan, niat dan keikhlasan yang kita titipkan dalam hati, ketekunan (dedikasi, istiqomah dan berdoa), menjaga suhu dan masa untuk membakarnya (suhu ketuhar), mengadun bahan-bahan dan melengkapkan aroma serta rasa (manis, masin atau sedikit rasa masam), dan melakukannya. Kita tidak akan mampu menghasilkan kek yang enak dan gebu hanya sekadar berfikir ataupun melihat gambar-gambarnya, tanpa keinginan untuk mencuba dan seterusnya membaiki kesilapan-kesilapan yang berlaku pada tahap awal membuat kek. Pengalaman, pengetahuan, dedikasi dan kesinambungan itulah yang menghasilkan kesempurnaan.

Dalam rumah tangga, setiap hal yang membawa kepada timbulnya perbezaan pendapat, perbezaan cita rasa, nilai-nilai estetika (kecantikan, rasa senang dan kepuasan), perlu kita pelajari untuk membaiknya agar ia tidak berkembang menjadi virus konflik, perebutan kuasa (dominasi isteri atau kuasa veto suami dalam hal-hal yang kecil, bukan teras kewajipan), gaya hidup, amalan komunikasi dan bahasa cinta. Jika kita membiarkan unsur-unsur it uterus membesar, membengkak dan mengumpul emosi, ia akan memungkinkan suasana rumah tangga penuh dengan racun, atau dalam bahasa sekarangm toxic relationship.

Apa yang diistilahkan sebagai toksik itulah yang saya panggil virus, manakala usaha memperbaiki hubungan menjadi semakin intim atau dalam istilah yang lain, komunikasi mesra (santun, lemah lembut, berhemah, dan mencerdaskan akal budi) sebagai tindakan kita memperkuatkan imuniti keluarga sebagai vaksin. Vaksin dapat membantu diri kita daripada serangan penyakit (meskipun tidak seratus peratus), kerana tujuan utama vaksin itu ialah memperkukuhkan sistem pertahanan badan atau menurut istilahnya, kekebalan diri (immunity).Sebab itulah dalam Islam, kita sangat dianjurkan agar hidup secara sederhana, bukan melampaui batas termasuk menjaga syahwat kemaluan, syahmat makan dan mencipta iklim (persekitaran) rumah tangga yang berpaksikan budaya taqwa.

Jadi, dalam tulisan-tulisan selanjutnya, saya akan memberikan beberapa solusi berdasarkan beberapa pendekatan yang boleh kita laksanakan sepanjang kehidupan kita untuk membina keluarga bahagia. Solusi-solusi ini, saya ambil daripada pelbagai sumber dan bahan bacaan, kisah-kisah manusia dan pandangan-pandangan para pakar yang benyak menghabiskan masa, bereskprimen dengan orang-orang yang berhadapan dengan masalah kekeluargaan, dengan mengadunkan pandangan Islam, moral dan perspektif psikologi. Biarpun tidak semua pandangan-pandangan itu sesuai dan tepat dengan apa yang kita fikirkan, tetapi sekurang-kurangnya dapat membantu kita mencari jalan penyelesaian, membaiki diri dan kembali kepada matlamat asal kenapa Allah SWT menghendaki sesuatu perkahwinan itu menjadi teras dalam kehidupan manusia setelah kita dijadikan ‘berpasang-pasangan’.

Saya memulakan siri perkongsian ini dengan membawa isu-isu yang dekat dengan kita, iaitu masalah dalam perkahwinan dan hakikat kepada sebuah perkahwinan. Siri sebelumnya itu dengan tujuan memberikan gambaran, menjentik minda untuk berfikir, dan dari situlah saya berusaha untuk menengahkan solusi yang dapat saya kutip, sama ada berdasarkan cerita yang saya dengar, kesan dan pengajaran tidak langsung yang diperoleh menerusi tontonan drama dan membaca fiksyen; nasihat-nasihat kaunselor, perunding perkahwinan (bukan perancang perkahwinan yang lebih cenderung menjadikan majlis keraian gah dan istimewa) dan nilai-nilai agama; kemasukan pengaruh luaran (termasuk virus tanpa sengaja dan dengan sengaja); dan yang lebih penting ialah ‘mengukuhkan’ makna amar makruf dan menepis pelbagai kendala (sikap buruk) yang terhasil akibat ‘nahi mungkar’, yakni amalan baik dalam kehidupan berkeluarga menurut Islam dan juga psikologi keluarga, yang tidak bercanggah dan sesuai.

Peralihan, iltizam (commitment) dan semangat itulah yang saya simpulkan sebagai ‘antara virus dan vaksin’.Saya tetap memilih vaksin, walaupun ada yang tidak yakin vaksin memberikan kesan seratus peratus, tetapi, sekurang-kurangnya, vaksin dapat meningkatkan kekebalan kita daripada serangan virus.Vaksin yang saya maksudkan itu ialah bagaimana kita mempertahankan nilai baik, memperkuatkan intiusi (nurani) dan kental dengan keputusan kita untuk menjaga hati, agar tidak selama-lama ‘makan hati’.

BERSAMBUNGXVIII: MEMAHAMI AMAR MAKRUF DAN NAHI MUNGKAR

KAMARUN KH

 

Translate »