Daulah zankiyah merupakan sebahagian sejarah lslam yang tidak boleh dilupakan.Diantara raja muslim yang soleh yang  pernah meminpin kerajaan besar ini ialah Nuruddin Mahmud Zanki.Tokoh inilah yang pada awalnya dikatakan meletakkan dasar-dasar penting atau ruang kemenangan bagi Shalehudin al-Ayyubi menakluki  Al-Quds kemudianya.Ia merupakan seorang sultan di Suriah, dan kemudian juga di Mosul (Iraq) dan Mesir.

Mimbar  yang ada di Masjid Al Aqsa sekarang ini adalah dibina atas arahan Nuruddin az-Zanki pada tahun 564 H bersamaan 1168 M untuk diletakkan di dalam Masjid al-Aqsa selepas berjaya membebaskannya daripada tentera salib.

Setiap kejayaan gemilang seorang tokoh, pasti terdapat seorang tokoh lain yang hebat dan menjadi pencetus kecemerlangan itu. Dialah sultan Nuruddin zanki, mentor yang melahirkan seorang  pejuang saperti salehuddin al-ayyubi, Pembebas Jerusalem.Pembebasan al-qud tidak akan terjadi tanpa jasa tokoh-tokoh besar saperti Imaduddin Zanki dan Nuruddin zanki yang pernah meminpin daulah zankiyah. Salahuddin Al-Ayyubi dikatakan dibesarkan  dalam suasana Syria dan Palestin, khususnya pada zaman pemerintahan Nuruddin Zanki.Malah dikatan Salehuddin salah seorang tentera yang berperang dibawah pimpinan Nuruddin zanki.

Islam lebih mengenali tokoh Salahuddin Al-Ayubi, sebagai pemimpin tentara Muslim dalam Perang Salib. Padahal, di era Perang Salib II, dunia Islam juga sudah memiliki tokoh pejuang dan pemimpin yang tak kalah hebatnya dengan Salahudin Al-Ayyubi. Itulah Nuruddin Zanki. Di dunia Muslin ia menjadi tokoh besar  dengan keberanianya  dalam menghadapi munsuh.

Sejatinya, Nuruddin Mahmud Zanki memiliki nama lengkap Al-Malik Al-Adil Nuruddin Abul Qasim Mahmud bin Imaduddin Zanki. Dalam darahnya mengalir  ningrat dari Dinasti Zanki yang menguasai Suriah pada 1146 M hingga 1174 M.  Beliau dilahirkan pada pagi Ahad 17 Syawal tahun 511H di Halb.

Perang Salib Kedua adalah peperangan yang melibatkan pasukan Salib pimpinan Raja Louis VII, Kaisar Conrad III, dan Raja Baldwin III, melawan gabungan pasukan muslim pimpinan Nuruddin dan Saifuddin di Damaskus. Perang tersebut sering dikatakan sebagai periode kebangkitan umat Islam pasca kekalahan telak dari kaum Frank di Perang Salib Pertama.

Perang Salib adalah salah satu babak yang paling kelam dan dramatis dalam sejarah perjalanan umat beragama yang tercatat dalam lembaran sejarah perang sebagai suatu perang yang memakan tempoh yang agak lama iaitu sekitar dua abad lamanya (1096- 1291 M)

Kebijakan politik Nuruddin Zanki  mempersatukan wilayah-wilayah Islam ke dalam pemerintahannya.Ini bertujuan untuk memperkuat kekuatan kaum Muslimin dalam menghadapi Pasukan Salib sekaligus mencegah para penguasa-penguasa daerah melakukan kesepakatan dengan Kerajaan Salib

Nuruddin Mahmud Zanki adalah seorang tokoh penting dalam sejarah Islam. Mungkin ramai yang tidak mengenali tokoh ini secara mendalam. Berbeza halnya dengan Salahuddin al-Ayyubi, yang begitu akrab di telinga kaum Muslimin pada hari ini. Sedangkan, Nuruddin Zanki adalah pendahulu Salahuddin. Dia juga adalah orang yang memulakan penyatuan serta Islamisasi Syria dan Palestin dalam menghadapi kekuatan tentera Salib.

‘’Nuruddin merupakan seorang yang sangat berjasa dalam penyatuan negara-negara muslim dan penaklukan terhadap tentara salib dalam Perang Salib Kedua,’’ ujar Syekh Muhammad Said Mursi dalam bukunya Tokoh-tokoh Besar Islam Sepanjang Sejarah. Ia dikenal sebagai seorang tentara dan pejuang yang menguasai teknik berperang, hingga mampu memukul mundur pasukan Tentara Salib. ’Nama panggilannya adalah Abu Qasim dan ia dijuluki Nuruddin (Cahaya Agama) dan raja yang adil,’’ tutur Syekh Said Mursi.

Ibnu Khallikan ,seorang ahli tarikh yang terkenal dengan penilaian terhadap para tokoh dan peristiwa ,berkata:

“Nuruddin adalah raja yang ‘adil dan soleh,sentiasa bersedia menuruti peraturan syari’ah serta menjadi penaung kepada para ulama’ yang pemurah.Beliau amat mengambil berat tentang jihad serta memperbelanjakan pendapatannya ke atas institusi agam dan kebajikan kaum fakir miskinBeliau juga telah mendirikan pusat-pusat pendidikan di semua kota-kota penting di Syria”

Keadilan dan penegakkan syariah secara menyeluruh dalam pentakbiran merupakan hal yang sangat menonjol dalam pemerintahannya. Ia mengadakan majelis-majelis ilmu, mendirikan madrasah-madrasah, serta memberikan berbagai wakaf untuk keperluan agama dan masyarakat.Disamping mengukuhkan pegangangan ahli sunnah waljamaah dikalangan rakyatnya.Bagi beliau ajaran syiah tidak ada tempat dalam pemerentahannya.

Beliau memainkan peranan yang sangat penting dalam memperbaiki keadaan masyarakat Muslim di Suriah yang sebelumnya berkongflikl dan berselisih dalam masalah madzhab. Beliau juga menyedari bahawa betapa besarnya peranankesatuan umat Islam terhadap agama dan jihad. Bermatlamatkan syahid,demi menyucikan bumi Allah s.w.t dari kemungkaran golongan kuffar(kaum Salib), beliau berusaha untuk menyatukan umat Islam dibawahsatu pemerintahan melalui penyatuan akidah islam yang benar dalam kalangan umat Islam.

Dasar penaklukkannya  berasasakaan keshalehan dan nilai-nilai yang agung dari Tuhannya. Kekuatan militernya tidak dilengkapi dengan persenjataan fisik yang hebat dan istimewa. Tetapi ia memiliki senjata yang jauh lebih menggetarkan musuh-musuhnya, yaitu kekuatan doa dan pertolongan dari Yang Maha Penolong. Seorang non-Muslim di al-Quds bahkan mengakui hal ini. Pada akhir masa kepemimpinannya, wilayah kekuasaan Nuruddin Zanki mencakup wilayah Suriah, Hijaz, Mesir, dan sebagian Irak. Nuruddin berhasil menyatukan wilayah-wilayah itu ke dalam satu pemerintahan dan menjadikan nilai-nilai Islam sebagai tunjang utama pemerintahannya.

Nuruddin dikenal sebagai pemimpin yang selalu menjaga shalat berjamaah, shalat malam (Qiyamul Lail), banyak membaca al-Qur’an, dan berpuasa. Ia memiliki ilmu agama yang mendalam, sangat dekat dengan para ulama, dan ikut meriwayatkan hadits bersama mereka. Keadilan dan penegakkan syariah merupakan hal yang sangat menonjol dalam pemerintahannya. Ia mendorong dilangsungkannya majelis-majelis ilmu, mendirikan madrasah-madrasah, serta memberikan berbagai wakaf untuk keperluan agama dan masyarakat.

Kaum sufi pada masa pemerentahan beliau memiliki kedudukan terhormat dan dikatakan Nuruddin banyak meminta doa mereka dan mengumpul berbagai informasi tentang musuh dan ketika berjihad.

Beliau mendirikan universiti dan masjid di seluruh perkotaan yang ia kuasai. Universiti-universitii tersebut penting bagi pengajaran Quran dan Hadits.

Ibnu Al Kastir dalam meriwayatkan tentang Nurudin Mahmud  berkata: ‘Seluruh yang saya baca tentang raja, baik pada masa zaman pra Islam dan pada masa Islam hingga sekarang, saya tidak pernah melihat seorang raja yang lebih adil dan baik kepada orang  bawahannya setelah Khulafa Arrasyidin dan Umar bin Abdul Aziz

Ia menpunyai komitmen yang tinggi untuk mewujudkan dan melaksanakan seluruh ajaran Islam.

Nuruddin benar-benar berjuang dengan segala upaya untuk dapat merealisasikan persatuan Islam yang ketika itu dalam perpecahan dengan penuh kesabaran dan bijaksana.Malah seboleh-boleh ia cuba mengelak berlakunya pertumpahan darah sesama umat Islam. Ia telah Berjaya menarik simpati dan dukungan dari kelompok-kolompok   Islam di wilayah utara Iraq.

Nur al-Din merupakan lagenda yang berjaya menyekat usaha Tentera Salib menawan Mesir. Nuruddin menberi penekannan pentingnya jihad sepanjang tempoh pemerintahannya. Beliau sentiasa mempersiapkan pasukannya untuk berjihad menghadapi pasukanSalib. Beliau juga selalu mendesak para penguasa di Syria dan Palestin untuk menyambut seruannya dalam berjihad menghadapi musuh.

Beliau juga menyedari bahawa bertapa besarnya peranankesatuan umat Islam terhadap agama dan jihad. Bermatlamatkan syahid,demi menyucikan bumi Allah s.w.t dari kemungkaran golongan kuffar(kaum Salib), beliau berusaha untuk menyatukan umat Islam di bawahsatu pemerintahan melalui penyatuan akidah islam yang benar dalam kalanganumat Islam. Beliau telah menghidupkan peranan Sunni denganmenghapuskan peranan Syi’ah yang berleluasa ketika itu di Halb,Damsyiqdan Mesir

Oleh yang demikian, dapatlah disimpulkan bahawa Nur al-Din seorang tokoh yanghebat. Bukan sahaja dari segi peribadinya sahaja, malahkesungguhan perjuangannya dalam membebaskan Bayt al-Maqdis daripada penguasaan tenteraSalib. Walaupun pada zaman pemerintahannya, beliau tidak berjayamerealisasikan cita-citanya itu, akan tetapi, usaha ke arah pembebasan Bayt al-Maqdis itu tidak pernah terhenti.Semangat dan Cetusan oleh Nur al-Din ini telah memberi dorongankepada Salih al-Din al-Ayubi untuk membebaskan Bayt al-Maqdis yang akhir Berjaya dikuasai oleh  solehuddin.

Oleh yang demikian, ketokohan Nur al-Din Mahmud Zanki ini tidak dapat dinafikan lagi kehebatannya. Beliau bukan sahaja seorang mujahid yang hebat dimedan peperangan malah hebat hubungannya dengan Allah.

Catatan : Ibnu Majid

Translate »