Sejarah telah mencatat kejatuhan Kekhalifahan Abbasiyah,kehancuran Baghdad dan hampir keseluruhan kaum muslimin terbunuh hingga saksi mata mengatakan hitamnya air sungai Tigris akibat tinta buku yang luntur dari penghancuran perpustakaan terbesar di Baghdad oleh Mongol. Semua itu terjadi dalam waktu 40 hari. Kemudian Bangsa Mongol di bawah Hulaghu Khan meneruskan penaklukan ke bumi Syam iaitu ke arah kekuasaan Kesultanan Mamluk.

Namun dikatakan bahawa beberapa siri serangan mongol kemudian untuk menguasai wilayah Islam terhalang kerana kemunculan Sultan Muzaffar Saifuddin Qutuz.Sebagian besar menganggap bahwa Qutuz adalah raja teragung Dinasti Mamluk yang berjaya membendung gelombang serangan bangsa tartar ke wilayah Islam.Quthuz adalah sosok peribadi yang sangat penyabar kerana telah melalui berbagai kesusahan sejak kecil lagi.Bagaimana ia serta keluarganya mengalami siksaan serangan dari tartar dan panglima mereka.

Nama Saifuddin Quthuz sebagai panglima perang kaum Muslimin memang tak sehebat Usamah bin Zaid, Khalid bin Walid, dan Amr bin Ash. Namun, sumbangannya dalam perjuangan Islam dapat disejajarkan dengan nama-nama besar tersebut.Saifuddin Quthuz dianggap sebagai salah satu diantara tokoh besar dalam sejarah Islam.Beliau bukan sekadar seorang panglima perang tetapi juga seorang yang sangat alim,ahli ibadat,ilmuan,pecinta agama dan kuat semangat jihadnya. Sesekali ia menghadiri majelis ilmu al-Izz Ibnu Abdis Salam, ulama berpengaruh kala itu.

Beliau kemudian telah berhasil mengembalikan semula beberapa kota yang sebelumnya dikuasai bangsa Mongol.Nama sebenar beliau adalah Muhammad bin Mamdud. Meski hanya satu tahun memerintah, ia berhasil mementaskan sebuah lakonanyang amat sukar dan akhirnya berjaya membelokkan sejarah dunia. Ia berhasil menyelamatkan peradaban Islam dan Eropah sekaligus yang nyaris tenggelam disapu bersih bangsa Mongol.Citra peribadi Quthuz menunjukan bahawa ia jujur pada apa yang dikatakannya. Bagi beliau kemenangan agama ini sebagaimana halnya keinginannya untuk memerangi tartar jauh lebih besar dari keinginan untuk berkuasa.Pasokan Tartar akhirnya benar-benar hancur.Tidak ada satupun yang tersisa dari pasokan mereka.Pada ketika itu Quthuz bersujud kepada Allah yang telah melimpahkan kemenangan mereka.

Quthbuddin Al Yunaini di dalam Al Bidayah Wan Nihayah mengatakan : ” Qutuz (sebelum menjadi raja) pernah bermimpi, Rasulullah shallallahu alaihi wassalam mengatakan kepadanya bahwa dia akan menguasai Mesir dan memenangkan Perang melawan Tatar(Mongol)”

Banyak faktur yang menbawa kejayaan Qutuz dan diantara tindakan pertama yang dilakukan oleh Qutuz adalah menyelesaikan krisis dalaman pentadbiran kerajaannya dan menyatukan seluruh umat Islam yang pada masa itu yang sedang berpecah belah.Beliau Berjaya menyatukan para ulama,cendikiawan,peminpin-peminpin kerajaan dan panglima perang pada waktu itu untuk berdiskusi dengan mereka bagi menghadapi serangan Mongol.Beliau menpamerkan akhhlak yang luhur dan tujuan yg mulia sebagai alat untuk menyatukan para panglima dan ulama disekelilinya. Penyatuan umat Islam berjaya dibuat di atas nama Jihad. Mesir dan Hijaz merupakan satu-satunya wilayah Islam yang terselamat dari serangan Mongol seterusnya menjadi benteng akhir memenangkan Islam

Antara jasa beliau yang tercatit di dalam sejarah Islam ialah berjaya menewaskan tentera Mongol pimpinan Kitbuqa di dalam peperangan Ain Jalut. Ketika itu, seluruh kota Islam (Baghdad, Syria dan Asia Tengah) sudah ditakluki tentera Mongol. Hanya yang tinggal adalah 3 kota Islam iaitu Makkah, Madinah dan Mesir. Pada tanggal 3 September 1260m, Qutuz memimpin pasukannya mengalahkan pasukan Mongol dibawah pimpinan Kitbuqa dalam pertempuran yang sangat terkenal ia itu peperangan Ain Jalut.Dalam peperangan ini pasukan Mongol yang tidak pernah kalah berhasil dihancurkan dan berjaya diusir dari wilayah Syria.Panglima perang Mongol Kitbuqa akhirnya terbunuh ditangan tentera Qothuz.Kepala Kitbuqa dipancung oleh Jamaluddin aqwasyusyams yg terkenal mahir bertempur.Kepalanya dikatakan kemudian dihantar kepada hulagu.

Persiapan untuk berhadapan Mongol hanyalah selama 5 bulan sahaja iaitu bermula pada bulan Rabi`ul Awwal 658H hingga akhir bulan Rejab 658H. Berbeza dengan persiapan Mongol menyerang Kota Baghdad selama 4 tahun.Dalam usaha menpersiapkan diri untuk menghadapi musuh ini Quthuz menyahut seruan fatwa Sheikh Al-Izz bin Abd salam untuk berkorban harta dimana ia memulai dari dirinya sendiri dan kemudian diperentahkan semua menteri dan peminpin untuk melakukannya.Para ulama dikerah untuk menyampaikan seruan jihad kepada masyarakat dimimbar- minbar masjid.Mereka mengingatkan tentang Hari-hari Allah di Badar,Khandaq,penaklukan mekah, yarmuk,Qadisiyah.

Sejarah mencatat, pertempuran Ain Jalut adalah titik penting yang berhasil membelokkan arus sejarah dunia. Karena sejak hari itu, pasukan Mongol tidak pernah lagi dapat melangkah lebih jauh. Kemenangan ini sangat penting bagi umat Islam pada masa itu. Andai hasil akhir pertempuran Ain Jalut berbeda, maka peradaban-peradaban Afrika dan Eropa akan tertulis dengan narasi yang lain. Tapi yang paling penting dari hasil pertempuran Ain Jalut, Qutuz dan pasukannya berhasil mementahkan mitos pasukan Mongol sebagai kekuatan yang tak mungkin dikalahkan di muka bumi. Serangan itu bukan semata-mata serangan terhadap diri mereka melainkan serangan terhadap Islam.Mereka menyangka Islam telah lemah dan mati namun sebaliknya Islam kembali tegak atas semangat jihad yang dikobarkan oleh Salahudin Quthuz.Semangat Ramadhan dan slogan jihad yang dilaungkan oleh Quthuz akhirnya memenangi peperangan di Ain jalut.

Ketika pertempuran Ain jalut ini Slogan Wa Islamah (Demi Islam) dilaungkan oleh Qutuz apabila melihat sebahagian pasukan Islam mula melemah. Beliau turun dari kudanya dan turut bertempur. Bukan main terkejut pasokan Islam pada ketika itu kerana melihat Panglima Besar berada bersama mereka.Pada saat itu juga Quthuz dikatakan berdoa:”Ya Allah menangkanlah hambaMu Quthuz atas pasokan tartar”Kemenangan akhirnya tercapai dan pada ketika itu juga Quthuz bersujud kepada Allah yang  telah melimpahkan kemenangan kepada mereka.

Ain Jalut menjadi medan kemenangan Islam selepas 40 tahun sejak Mongol mula menyerang wilayah Islam pada tahun 618H. Adapun Qutuz, ia meninggal sekitar 40 hari setelah Perang Ain Jalut. Jasa-jasanya bagi dunia Islam akan terus dikenang.

Sultan Muzaffar Saifuddin Qutuz hanya kekal memerintah selama setahun (11 bulan 17 hari sahaja) sebelum dibunuh dan diganti oleh Raja Zahir Baybars Al Bunduqdari.

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan!

Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan.

Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” Āli `Imrān: 2

Oleh : Mohd Shauki Abd Majid

Translate »