Pada realitinya setengah masyarakat Islam hari ini keliru dalam memahami makna ibadah sebenar dari perspektif Islam. Mereka sekadar memahami ibadah itu hanya yang bersifat ritual (seperti sembahyang , puasa dan zakat).

Umat Islam lebih sibuk dengan amalan dan urusan ibadah semata- mata tetapi mengabaikan persoalan muamalah yang berkaitan dengan penyakit  perpecahan  dalam  masyarakat  akibat  perbezaan  fahaman politik atau penyakit kemiskinan dan kejahilan. Sesungguhnya kedatangan agama  Islam  bukan  sekadar  untuk  mengajar  zikir  dan  doa  tetapi  juga membebaskan manusia daripada segala  penderitaan  dan  ancaman penyakit yang boleh memusnahkan kehidupan manusia  itu  sendiri. Ancaman penyakit aids, dadah, keruntuhan akhlak merupakan  penyakit sosial yang menjadi kewajipan umat Islam membanteraskannya.

Inilah tugas-tugas kemasyarakatan (muamalah) yang harus  dipikul oleh sesiapa sahaja yang menggelarkan diri mereka Muslim sejati. Islam memandang tugas-tugas ini lebih tinggi  dan  mulia  daripada  ibadah- ibadah ritual (mahdhah).

Islam ternyata merupakan agama yang menekankan urusan muamalah lebih besar dan lebih penting daripada menekankan persoalan ibadah mahdhah semata-mata.

Islam meletakkan kehidupan bersosial dan bermasyarakat lebih utama daripada ibadah mahdhah. Justeru kerana terlampau menekan kan kepada ibadah ritual ini kadang-kadang berlaku perbalahan kerana perbezaan kecil seperti mana yang lebih baik tudung labuh atau tudung pendek atau tidak menggerak-gerakkan telunjuk ketika waktu tasyahud.

Namun hakikat ini tidak difahami segelintir iman membaca khutbah Jumaat apabila suasana atau cuaca yang tidak mengizinkan seperti panas,   rebut   atau   petir   tanda   hendak   hujan   semata-mata   demi kepentingan makmum.

Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Anas bin Malik, Rasulullah s.a.w. bersabda:

Maksudnya: “Aku sedang solat dan aku ingin memanjangkannya, tetapi aku dengar tangisan bayi. Aku pendekkan solatku, kerana aku maklum akan kecemasan ibunya kerana tangisannya itu.”

Demikian   juga   dalam   hadis-hadis   yang   lain   Rasulullah   s.a.w. mengingatkan imam agar memendekkan solatnya bila ada dikalangan jemaah yang sudah uzur, tua atau yang mempunyai keperluan lain.

Begitu  juga  dalam  urusan  muamalah  yang  berkaitan  dengan persoalan penganiayaan dan kezaliman sesama manusia tidak boleh dihapuskan dosanya dengan solat tahajud atau membaca zikir seribu kali. Sehingga  dikatakan  bahawa  tidak  diterima  ibadah kita jika melanggar norma-norma muamalah. Hadis riwayat dan Al-Hakim daripada Abu Hurairah dikatakan kepada Rasulullah s.a.w. bahawa seorang wanita berpuasa siang hari dan solat pada waktu malam tetapi ia menyakiti tetangganya. Rasulullah s.a.w. menjawab perempuan itu di neraka.

Jelas betapa solat dan puasa tidak berguna lagi kerana si pelakunya telah merosakkan hubungan baik dengan tetangga. Justeru sifat memutuskan silaturahim dengan Muslim dianggap beberapa hadis termasuk mereka yang tidak beriman. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Tidak masuk syurga orang yang memutuskan silaturahim.

Sebenarnya melibatkan diri dalam bidang kemasyarakatan dari segi ganjaran   pahalanya   lebih   besar   daripada   ibadah   sunah   seperti disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Maksud kamu aku beritahu darjat apa yang lebih utama daripada solat,   puasa   dan   sedekah.   Sahabat   menjawab:   Tentu!   Iaitu mendamaikan pihak yang bertengkar.”

Kesimpulannya pernyataan-pernyataan di atas bukan bermakna menafikan kepentingan dan keutamaan ibadah  madhah  seperti  solat, puasa dan zakat tetapi mengingatkan akan kepentingan aspek-aspek lain yang  menyangkut  hubungan  manusia  dengan sesama  manusia,  juga hubungan manusia dengan Allah s.w.t. , Tuhan Pentadbir sekalian alam.

Pernyataan ini sesungguhnya meletakkan muamalah pada tempat yang sebenar dalam ajaran Islam.

Oleh : Mohd Shauki Abd Majid

Translate »