Al-Quran sebagai kitab suci terakhir yang diturunkan oleh Allah SWT untuk umat manusia mengandungi beberapa petunjuk yang tegas mengenai kemajmukan dan menyatakan bahawa kemajmukan itu ialah suatu ketentuan Ilahi(takdir).Oleh itu umat Islam wajib menerima kemajmukan itu dan berusaha untuk mewujukan sikap bersamaan bagi mengukuhkan perpaduan ummah.
Kemajmukan itu ialah suatu sunnah Allah yang tidak dapat diubah oleh manusia.Rasulullah saw sendiri tidak berupaya untuk menyuruh semua penduduk Madinah beriman kepada Allah,bahkan Allah menegur baginda dengan pertanyaan:”Apakah engkau hendak memaksa supaya mereka(seluruh manusia) menjadi orang beriman”(maksud Surah Yunus ayat 99)
Islam sentiasa memberikan penekanan kepada konsep hidup bermasyarakat. Untuk hidup bermasyarakat, Islam memberikan ruang yang luas bagi setiap orang agar mengamalkan toleransi dan menghargai kebebasan. Demikian juga al-Quran adalah kitab suci yang menonjol dalam pengakuan terhadap keabsahan agama-agama selain Islam.
Islam tidak menafikan semangat pluralisme (kemajmukan).Pluralisme adalah dimana masyarakat pelbagai jenis etnik,agama dan budaya hidup damai dan berdampingan dalam satu bangsa.Dari definasi ini,kita bertanya apakah Islam menafikan semangat pluralisme dimana masyarakat kita dapat hidup damai dengan berlatar belakang agama,budaya dan etnik yang berbeza? Di dalam banyak ayat al-Quran dan Hadis, kita menemui semangat pluralisme, di antaranya kebebasan beragama, hidup damai berdampingan walau pun berbeza bangsa, keturunan, agama, dan budaya.
Pluralisme agama sebenarnya bermaksud bahawa setiap pemeluk agama bukan sahaja dituntut untuk mengakui keberadaan dan hak agama lain, tetapi terlibat dalam usaha memahami perbezaan dan persamaan untuk mencapai kerukunan dalam perbezaan itu.
Al-Quran dengan jelas menberi gambaran semangat ini melalui firman-Nya yang bermaksud:”Tidak ada paksaan untuk(memasuki)agama(Islam)”(Surah Al-Baqarah ayat 256).Ini bererti Islam memberikan kebebasan sepenuhnya dalam beragama.Kemudian Allah SWT kembali menegaskan dalam Al-Quran surah Yunus ayat 99 yang bermaksud:
”Dan jikalau Tuhanmu menghendaki, tentulah beriman semua orang yang di muka bumi seluruhnya. Maka apakah kamu (hendak) memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman semuanya?” (Surah Yunus: 99)
Dan dalam satu firman-Nya lagi yang bermaksud:
”Jikalau Tuhanmu menghendaki, tentu dia menjadikan manusia umat yang satu, tetapi mereka senantiasa berselisih pendapat.” (Surah Hud: 118)
Ayat-ayat ini secara tegas mengatakan bahawa seandainya Allah hendak menjadikan manusia selurunnya muslim,Allah pasti dapat melakukannya.Tetapai Allah tidak berkehendak,sebab kalau pun manusia dibumi ini menjadi muslim,mereka tetap bermusuhan dan berbeza pendapat.Oleh kerana itu,Allah menciptakan manusia berpuak- puak,bersuku-suku dan berbagai macam ras untuk saling mengenal dan membangun kerjasama atas dasar kebaikan.
Firman-Nya yang bermaksud:
“Wahai manusia, sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-banga dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal.” (Al-Hujuraat: 13)
Pada hakikatnya kemajmukan diakui dan diterima oleh Islam selagi ia bercirikan kedamaian.Kegagalan dalam mengembangkan semangat tolak ansur serta pluralisme agama seperti yang tercatat di dalam al-Quran hanya akan membangkit golongan Muslim radikal. Sebaliknya, keberhasilan dalam melahirkan kosep toleransi beragama sangat bergantung pada kemampuan umat Islam menanamkan kesedaran masyarakat akan prinsip al-Quran tentang pluralisme keagamaan secara umum dan sikap positif terhadap agama lain.
Ketika teks Al-Quran mengandungi banyak ayat yang secara nyata mendukung pluralisme ,sejarah Islam juga memberikan banyak elemen pluralisme.Ketika Nabi Muhammad tiba dimadinah,pertama kali yang dilakukan adalah menyatukan masyarakat yamg memiliki latar belakang berbeza baik agama mahupun etinik.Formula yang dilakukan Rasulullah saw pertama kali ialah menjejaki komposisi demografi agama dan sosial penduduk Madinah.Setelah menyatukan umat Islam di Madinah yang terdiri dari Muhajirin dan Ansar,Nabi mengadakan perjanjian atas dasar kesatuan dan kebebasan beragama dalam sebuah perjanjian yang dikenal dengan “Piagam Madinah”.Didalam piagam ini terdapat nilai-nilai persamaan,kebebasan beragama,hak asasi manusia,musyawarah dan demokrasi.
Demikian juga kerjasama baik antara Katolik Nestorian dan Khalifah Abbasiyyah sepanjang satu abad 132-236H/750-850 H di Baghdad Irak,menunjukan betapa harmonis hubungan umat beragama dibawah pemerentahan Islam.
Pada masa pemerentahan Khalifah Umar Abd Aziz yang begitu singkat menjadi salah satu tonggak penting dalam sejarah Islam,kerana usahanya yang bersungguh-sungguh untuk mengembangkan sikap keterbukaan dalam beragama dengan melarang meruntuhkan gereja dan menberi peluang mereka berkhidmat dalam pentakbiran kerajaan.Sikap ini merupakan wujud nyata dari keupayaan membumikan ajaran autentik Islam iaitu kebebasan
Oleh : Mohd Shauki Abd Majid
Recent Comments