BERKALI-kali al-Quran dan sunah memperingatkan betapa bernilainya hidup makhluk Allah s.w.t. Jangankan manusia yang telah menginjakkan kaki di persada bumi, janin yang baru berada dalam perut ibu pun walaupun masih pada proses awal, bahkan binatang dan tumbuh-tumbuhan dilarang untuk dicabut hidup-hidup, kecuali berdasarkan ketentuan yang dibenarkan Allah s.w.t. Realitinya isu pembuangan dan pembunuhan bayi mengingatkan kita pada zaman sebelum kedatangan Islam iaitu zaman jahiliah. Di zaman jahiliah mereka membuang bayi-bayi perempuan yang dianggap memalukan keluarga mereka. Manakala di zaman di mana Islam telah bertapak kukuhnya bayi-bayi perempuan mahupun lelaki dibuang umpama sampah. Sungguh ironis dan kejam. Di manakah perikemanusiaan dan harga diri atau maruah masyarakat sekarang jika bayi yang tidak berdosa yang sepatutnya dibelai dengan kasih sayang dibuang begitu sahaja.

Dalam Islam adalah menjadi tanggungjawab masyarakat untuk mendidik anak-anak. Sikap tidakbertanggungjawab dan tidak mahu memelihara anak-anak sebenarnya melambangkan sikap tidak berperikemanusiaan. Sedangkan haiwan sayangkan anaknya, inikan pula manusia yang perlu bertanggungjawab untuk memelihara zuriatnya.Terdapat tiga alasan yang diisyaratkan al- Quran dan sunah bagi pembunuhan bayi pada zaman jahiliah.

Pertama, di kalangan ibu bapa yang miskin dengan kelahiran anak perempuan menurut mereka tidak dapat memberi apa-apa faedah, malah menyusahkan. Menurut mereka anak perempuan tidak produktif. Untuk alasan ini al-Quran mengingatkan bahawa, �Kami yang akan memberi rezeki kepadamu (hai para orang tua) dan kepada mereka (anak-anakmu) maksud al-Quran� –

Kedua, kebimbangan anak-anak akan terjerumus dalam lembah kemiskinan apabila mereka dewasa kelak. Untuk mereka ini Allah s.w.t. mengingatkan bahawa, �Kamilah yang akan memberi rezeki kepada mereka (anak- anak) dan juga kepadamu�- (surah Al-Isra ayat 31).

Ketiga, mereka khuatir akan menanggung aib, akibat ditawan dalam peperangan sehingga diperkosa atau akibat perzinaan. Itu sebabnya, maka, �Apabila salah seorang di antara mereka diberi khabar tentang kelahiran anak perempuan, hitam (mukanya merah padam) dan dia sangat marah�- (surah Al- NahI ayat 58).

Hakikatnya pembuangan dan pembunuhan anak pada masa jahiliah moden ini bukan kerana takut miskin tetapi perbuatan keji yang mereka lakukan itu kerana untuk menutup malu yang menimpa mereka setelah berlaku perzinaan.

Jika pada zaman jahiliah mereka membunuh antara lain kerana khuatir anak diperkosa atau berzina, maka pada masa jahiliah moden ini anak dibunuh kerana ibunya sendiri diperkosa atau telah berzina.

Pada zaman jahiliah anak dibunuh oleh mereka yang tidak berpengetahuan, dan yang belum mengenal apa yang dinamakan hak asasi manusia. Tetapi masa jahiliah moden ini anak dibunuh oleh ibu bapa dan doktor atau bidan yang berpengetahuan.

Apa pun alasan pelaku pembunuhan bayi dewasa ini sebenarnya lebih buruk dan kejam daripada alasan mereka yang terpaksa melakukan pembunuhan bayi pada masa lampau.

Pembunuhan bayi perempuan atau anak- anak pada masa turunnya al-Quran dilakukan oleh beberapa kabilah sahaja. Kononnya, yang pertama melakukan pembunuhan dan penanaman hidup-hidup anak perempuan adalah Bani Rabiah, diikuti oleh Bani Kindah dan sebahagian anggota suku Bani Tamim. Kabilah Quraisy serta keturunannya dikatakan tidak pernah terlibat dalam kancah ini. Kerana itu, riwayat yang mengatakan bahawa Umar bin khattab r.a. pernah menanam hidup-hidup anak perempuannya, tidak dinilai sebagai riwayat yang sahih oleh pakar[1]pakar sejarah.

Perlu dicatat bahawa penguburan anak perempuan hidup-hidup bukanlah adat kebiasaan yang direstui oleh masyarakat jahiliah. Kerana itu sebahagian suku bahkan memberikan tebusan kepada orang tua yang bermaksud menanam hidup-hidup anak-anak perempuannya.

Oleh : Ibnu Hisham

Translate »