DALAM hidup bermasyarakat dan dalam bergaul dengan orang lain, tentulah kita sering meminta pertolongan kepada orang lain tetapi sebaliknya kadang-kadangkita juga memberi pertolongan kepada orang lain.

Jadi dalam hidup bermasyarakat kita saling tolong-menolong. Dan saling tolong-menolong dan terjadi antara sesama kita ini ada kalanya wujud apa yang bernama pinjam-meminjam, atau lebih tepat lagi bernama hutang-piutang kalau pinjam-meminjam itu berkaitan dengan soal wang.

Kenapa terjadi pinjam-meminjam atau hutang-piutang dalam masyarakat? Salah satu sebabnya, ialah kerana tidak samanya kekuatan ekonomi atau kewangan diantara orang-orang di dalam satu masyarakat.

Di antara anggota masyarakat adaorang yang ekonominya kuat dan ada pula orang yang ekonominya lemah.Dan mereka yang tergolong lemah dari segi ekonomi ini merupakan golonganyang terbesar. Mereka kemudian meminjam atau berhutang kepada orang yang kukuh dari segi ekonomi. Demikianlah proses terjadinya pinjam-meminjam atau hutang-piutang dalammasyarakat.

Menurut Islam, berhutang adalah perbuatan yang sedapat mungkin kita hindari,dan kalaupun kita berhutang hendaklah kerana terpaksa. “Hutang adalah kehinaan disiang hari dan keresahan di malam hari,” demikian sabda Rasul s.a.w.

Seseorang yang tidak merasa resah kerana berhutang sebenarnya ia bukanlah seorang yang menghayati tuntutan agama. Ia seorang yang telah hilang harga diri. Bagaimanapun hutang adalah beban yang sedikit sebanyak membuat hidup kita terasa tidak lapang.

Lebih-lebih kalau hutang kita terlalu banyak dan waktu untuk membayarnya demikian dekat, padahal kita belum bersedia untuk menbayarnya, hidup kita menjadi sangat terseksa.Hidup yang dikejar-kejar oleh banyak hutang, sungguh tidak tenteram. Kerana itu hendaknya kita mengusahakan dan mengatur kehidupan ini dalamsituasi sebaik-baiknya, supaya kita dapat hidup bahagia dan tidak dibebani banyak hutang.

Itulah sebabnya, Rasulullah s.a.w pernah berpesan kepada kaum Muslimin: Kurangilah berbuat dosa, supaya mudah menghadapi mati, dan kurangilah berhutang, supaya engkau hidup merdeka!” Selain itu, Rasulullah pernah berdoa, yang antara lain juga memohon kepada Allah untuk dijauhkan daripada hidup yang terjerat oleh banyak hutang.

Beliau bersabda yang bermaksud: “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari duka cita dan susah hati, aku berlindung kepada-Mu dari penakut dan bakhil, dan aku berlindung kepada-Mu dari banyak hutang dan dikuasai orang lain.” (Hadis Sahih)

Catatan : Ibnu Fattah

Translate »