Setelah berakhirnya era pemerintahan khulafa’ ar-Rasyidin jawatan khalifah diambil alih oleh Muawiyyah bin Abu Sufyan dan seterusnya diwarisi dalam kalangan ahli keluarga Bani Umayyah di mana corak pemerintahan tidak lagi dilaksanakan secara langsung tetapi diserahkan kepada orang yang lain [1]. Para gabernor di wilayah diberikan kebebasan menentukan siapa yang akan menjadi hakim dan apa hukum yang harus ditentukan dalam setiap permasalahan yang timbul dalam masyarakat. Hal ini berlangsung cukup lama, khalifah silih berganti tetapi keadilan semakin memburuk dan kezaliman berlaku secara meluas setelah hilangnya rasa keimanan serta kasih sayang di dalamsanubari para elit yang berkuasa.
Situasi politik menjadi cukup bermasalah, para elit yang berkuasa menghabiskan masa hidup secara berfoya-foya dan hanya memberikan perhatian kepada usaha membenteras pemberontahan atau jenayah siyasah (political crime).Hakim yang mazhalim dilantik oleh khalifah atau juga diangkat dalam kalangan ketua qadli. Sedangkan wewenang untuk menamat, memperbaiki dan mendisiplinkansecara bermutasinya dilakukan oleh khalifah atau hakim mazhalim setelah mendapat wewenang (authority) itu dari khalifah. Ketetapan itu diambil dari kerputusan (af’al) Rasulketika mengutuskan Rasyid bin Abdillah sebagai ketua hakim yang diberikan wewenang untuk memutuskan perkara-perkara yang dikategorikan mazhalim.
Melaksanakan tindakan zalim merupakan suatu bentuk wewenang (kuasa mutlak) yang hanya dimiliki dan dilakukan hanya oleh khalifah. Selain itu, mazhalim juga adalah masalah keadilan dalam bentuk penyataan hukum syara’ secara mengikat, menerusi qadliyang dilantik oleh khalifah.Berdasarkan sebuah hadis bahawa Rasulullah-lah yang mengangkat para qadli tersebut, yang kemudiannya menjadi menjadi dalilbahawa khalifahlah yang berhak mengangkat qadli mazhalim. Begitu juga dengan pelantikan ketua qadli yang juga dilantik dalam kalangan qadli mazhalim yang lain setelah mendapat wewenang daripada khalifah selepas akad pengangkatan dirinya.[2]
Sedangkan pemberhentian qadli mazhalim itu, hukum asalnya ialah khalifahlah yang berhak menamatkannya sebagaimana haknya untuk melantik.Rasulullah telah menunjukkan keadilan mazhalim dan belum pernah ada riwayat yang menyatakan bahawa baginda pernah melantikqadli mazhalim itu dengan wewenang secara mutlak. Ketika melantik Rasyidbin Abdillah sebagai ketua hakim di satu daerah itu sahaja, yang kemudiannya dijadikan sebagai wali (pimpinan) umum pengadilan mazhalim di seluruh negeri. Sementara para Khulafaur Rasyidin belum pernah ada yang menlantik seorang pun untuk menangani pengadilan mazhalim.Bahkan, Imam Ali bin Abi Thalib sendiri pernah mengurusi pengadilan mazhalim itu sendiri, di mana diputuskan sendiri pelbagai perkara mazhalim .
Ketika Abdul Malik bin Marwan menjadi khalifah, beliau sendirilah yang mengawasi tindakan kezaliman dengan mengikuti cerita orang-orang yang dizalimi itutanpa melihat sendiri secara langsung. Apabila menemukan masalah atau menghendaki keputusan yang harus dilaksanakan, beliau menyerahkan masalah itu kepada qadlinya, iaitu Abu Idris Al Azdi. Akibatnya, Abu Idris langsung menjatuhkan hukuman terhadap perkara kezaliman itu.Sebab, dia menjadi qadli dan secara langsung memimpin pengadilan mazhalim dalam perkara-perkara yang diserahkan oleh khalifah Abdul Malik.
Kemudian ketika Umar Bin Abdul Aziz rahimahullah beliau sendiri yang memimpin pengadilan mazhalimbahkanpernah menolak (menangani) perkara kezaliman Bani Umayyah dengan menyerahkan wewenang itu orang yang lebih layak menanganinya.Umar telah mengembalikan sistem syura yang dihapuskan oleh pendahulunya termasuk Mu’awiyyah yang hanya makan dan minum sambil ketawa terbahak-bahak sedangkan rakyatnya menderita kemiskinan.
Kehebatan Umar Abdul Aziz menjadi suri teladan yang baik kepada umat Islam sebagai pemimpin negara yang unggul.Kisahnya tercatat dalam lipatan sejarah sehingga ke hari ini. Umar bin Abdul Aziz (63 H /682 M – Februari 720 M) [3]adalah khalifah yang adil sehingga diberi gelar khulafa’ al-Rasyidin kelima. Nama lengkapnya ialah Abu Hafs, Umar bin Abdul Aziz ibn Marwan ibn al-Hakam al-Umawiy al-Qurashiy. Dia ialah seorang daripada khalifah kerajaan Bani Umayyah di Syam.Datuk sebelah ibunya ialah Umar ibn al-Khattab. Khalifah Abd al-Malik ibn Marwan telah menikahkan anaknya Fatimah dengan Umar dan melantiknya sebagai pengurus perusahaan susu selama dua tahun [4].
Khalifah Umar turut mencegah diri dan keluarganya dari menikmati seluruh bentuk kemewahan yang berlebihan serta meminta agar isterinya menyerahkan perhiasan (emas) kepada baitul mal. Umar bin Abdul Aziz juga menghapuskan cukai yang berlebihan dan meminta agar semua gabenor memfokuskan pandangannya dalam melaksanakan sesuatu hukuman. Pada tahun pertama menjadi khalifah (99H), Khalifah Umar Abdul Aziz telah melakukan reformasi dan perancangan secara menyeluruh dalam semua bidang pemerintahan. Antaranya ialah menyusun semula nama-nama para gabenor, hakim-hakim dan para pegawai kerajaan yang lain.
Khalifah Umar Abdul Aziz melantik hakim-hakim di setiap wilayah [5], nama pemimpin angkatan perang, pemungut cukai, ketua polis, ketua pos, dan pelbagai jabatan lagi yang berkaitan dengan pelaksanaan pemerintahan. Khalifah Umar Abdul Aziz sangat tegas dan sesiapa dari para pembesar atau gabenornya, baik gabenor yang telah dilantik oleh khalifah Bani Umaiyyah yang lalu atau kepada mereka yang dilantik oleh beliau sendiri.
Khalifah Umar bin Abdul Aziz sangat berhati-hati untuk melantik para hakim dan tidak nepotis. Apa yang menjadi ukuran ialah kelebihan yang ada pada seseorang walaupun bukan dari keluarganya, bukan sahabatnya atau bukan berbangsa Arab. Di dalam pentadbiran negara, Umarakan memecat dan tidak akan melantik dalam kalangan yang kurang berpengetahuan di bidang agama Islam. Khalifah Umar juga pernah mengingatkan kepada para gabenornya supaya mengambil orang-orang yang pakar tentang maksud-maksud al-Qur’an dalam menguruskan negara dan akanmemecat wali-wali yang zalim untuk digantikan dengan tokoh yang lebih baik.
“إن إقامة الحدود عندي كإقامة الصلاةوالزكاة”
Maksudnya: Sesungguhnya mengenakan hudud disisiku adalah sama hukumnya dengan mendirikan solat dan menunaikan zakat”.
Pemikiran ini tidak melibatkan penyerahan kuasauntuk pemerintahan pusat. Pada hakikatnya Umar bin Abdul Aziz telah mempertimbangkan setiap tindakan yang dibuat oleh wali-walinya dengan cara yang tidak pernah dilakukan sebelumnya. Berbeza dengan tiga leluhur sebelumnya, Umar tidak memerlukan wali-wali yang kuat seperti Hajjaj bin Yusuf dan Yazid. Sebaliknya diminta agar wali-walinya melaksanakan arahan-arahan yang diberikan.
Dalam suasana begini pandanganpolitik wali secara individu tidak penting berbanding dengan pemusatan kuasa pemerintahan di zaman Sulaiman. Umar bin Abdul Aziz memerlukan kelayakan dan ketaatan, bersedia melantik sesiapa saja dari pengikut Hajjaj yang mempunyai sifat-sifat baik itu. Pada pemerintahan Umar bin Abdul Aziz, ia berjalan terus dan memperhatikan setiap kemungkaran dan tabiat para wali yang menindas rakyat dengan zalim; iaitu dengan mengganti mereka (yang zalim)dengan para wali yang baik akhlak dan budi pekertinya.
Umar bin Abdul Aziz segera memecat gabenour-gabenor yang zalim dan amil-amil yang kejam. Usamah adalah seorang yang zalim di mana tindakannya adalah melampaui batas. Umar bin Abdul Aziz juga telah memecat Yazid bin Abu Muslim yang sebelum ini menjadi gabenor di Afrika Utara; Salih bin Abdurrahman gabenor Iraq ; dan, Hur bin Abdul Rahman al-Saqafi gabenor Andalus.[6]
Tindakan lainnya ialah memecat Yazid bin Muhallab, wali Sulaiman di wilayah Timur dan seterusnya membahagikan kawasan yang besar itu kepada tiga bahagian iaitu Kufah, Basrah dan Khurasan. Dengan cara ini ia dapat dikuasai dan dikawal sepenuhnya. Umar bin Abdul Aziz memandangnya sebagai gabenor yang diktator dan mengarahkan supaya mengembalikan harta rampasan perang dari Jurjan, yang kemudiannya digantikan oleh Abdul Rahman bin Naimal Ghiffari. Yazid bin Muhallab kemudian dipenjara namun dapat melarikan diri ketika Umar sakit tenat.
Menghidupkan Amalan Syura (musyawarah).
Syura adalah salah satu sistem dalam perlembagaan Islam yang terbaik dan dapat mengalahkan apa pun sistem dalam bentuk pemerintahan negara. Umar bin Abdul Aziz yakin bahawa sistem syurawajib ditegakkan dalam pengurusan kerajaan kerana kebenaran akan terungkap dan keadilan dapat dirasai oleh seluruh lapisan masyarakat [7].
Umar Abdul Aziz berjaya mengangkat maruah rakyat agar berani menegakkan kebenaran dan keadilan dengan mengutuskan suratkepada rakyat ke serata pelosok wilayah pemerintahan dengan tidak mentaati para pegawai yang menjauhi kebenaran dan tidak beramal sesuai dengan al-Qur’an dan al-Sunah sehinggalah mereka kembalikepada “kebenaran dan tidak melakukan perkara yang tercela’’.
Dalam salah satu suratnya kepada gabenor, Umar menulis: ”telah banyak orang yang mengeluh tentang dirimu dan sedikit yang memujimu, maka jika engkau tidak inin berlaku adil aku akan memecatmu”. Pendapat rakyat yang bernas dan tepat sangat dihormati. Umar tidak mahu menyusahkan rakyat dan tidak sewenag-wenangnya memecat seseorang gabenor kecuali mereka menyeleweng dan ingkar arahan-arahannya. Umar sangat menghargai kedaulatan rakyat di dalam setiap dasar dan tindakan pemerintahannya [8].
Penghormatan Umar bin Abdul Aziz terhadap kebenaran sangat tinggi, memuliakansesiapa yang dapat menyampaikan kebenaran tanpa memandang siapa orangnya. Pada suatu hari datang utusan dari Hijaz di mana tampil seorang kanak-kanak sebagai juru bicara. Pada awalnya, Umar membantah dan berkata: Wahai anak kecil, biarkan orang yang lebih tua darimu berbicara.
Jawab kanak-kanak itu: Wahai Amirul Mukminin, manusia itu diukur dengan kedua benda yang kecil iaitu hati dan lidah. Jika Allah telah mengurniakan kepada seorang hamba lisan yang baik dan hati yang terjaga maka sebenarnya ia telah dibaguskan dengan perhiasan. Wahai Amirul Mukminin, sekiranya keutamaan seseorang itu kerana umurnya maka dalam umat ini masih banyak lagi yang lebih tua daripada kamu.
Pada masa pemerintahan Umar bin Abdul Aziz sangat berbeza, sebelumnya adalah pemerintahan kuku besi, dipenuhi oleh kezaliman dan tidak boleh diubah dengan begitu cepat. Apa penyebabnya Umar bin Abdul Aziz boleh melakukan perubahan dengan begitu drastik pada pemerintahan yang sudah kacau bilau dan dipenuhi oleh pemberontakan di mana-mana, yang akhirnya menjadi sebuah pemerintahan teladan yang sangat mirip dengan pemerintahan khulafa’ ar-Rasyidin?.
Ada sebuah pertanyaaan yang cukup kuat, bagaimanakah seorang Umar bin Abdul Aziz, yang dikelilingi oleh keluarga kerajaan yang hidupmewah beralih menjadi seorang khalifah yang tawadhu’ dan qanaah, berjaya memperbaiki sistem pemerintahan dengan pola pelaksanaan hukum secara adil di mana para wali yang zalim berjaya dipecat tanpa disusuli dengan pergolakan politik?.Artikel-artikel selanjutnya akan memberikan kita kaedah reformasi pemerintahan yang cukup cemerlang sepanjang pemerintahannya selama 29 bulan.
DATUK SERI DR YUSUF CHE TEH, Mantan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Siri rencana berkaitan Khalifah Umar Abdul Aziz ini adalah sebahagian tesis ijazah kedoktoran (PhD) yang diajukan kepada Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kassim, Riau, Pekan Baru, Indonesia 2009.
RUJUKAN
[1] Muhammad Zuhaili, Tarikh hakim fi al-Islam, (Beirut, Dar al-Fikr, 1992),h.165-166
[2]Ibid,hal.167
[3]Syaikh Khudary Beik, Tarikh Daulah Amawiyah, (Kairo, Dar al-Qalam, 1990),h.341
[4]Yusuf Isa, Tarikh Daulah Bani Umayah (Beirut, Dar al-Fikr, 1992),h.231
[5]Dr.Muhammad Abdurrahan al-Bakr as-Sultah hakimiyah wa Syakhsiyah al-Hakim fi an-Nizam al-Islami (Kairo, Zahra’ lil I’lam al-Arabi,1991),h.388
[6]Muhammad Abdul Anan Tarikh Andalus wa al-Maghrib al-Arabi (Beirut, Dar Kutub al-Ilmiyah, 1990),h.211
[7]Abu al-Hassan Ali ibn Muhammad ibn Muhammad, al-Kamil fi at-Tafikh (Kairo, Dar al-Hadits, 1990), Jilid III, hal 213
[8] Syaikh Jamal Abdul Hadi, Tarikh Daulah al-Amawiyahi (Kairo, Dar at-Turats al-Arabi, 1988),hal.211
Recent Comments