Ibn al-Muwaffaq al-Khabusyani adalah seorang ulama fiqh dan tokoh shufi berasal dari Naisabur, wilayah Iran sekarang. Beliau merupakan murid kepada Hujjatul Islam Imam Al Ghazali.
Dalam kitab Thabaqat As Syafi’iyah Al Kubra diriwayatkan pada suatu hari, al-Khabusyani mengembara menuju Kairo dan berkata kepada khalayak orang ramai, ”Aku akan pergi ke Kairo untuk menumbangkan kerajaan Bani Ubaid Yahudi…”
Ketika Khalifah Fatimiyah al Adhidh meninggal dunia, Salahuddin yang pada masa itu menjadi perdana menteri takut berkhutbah dan berdoa untuk pemimpin Abbasiyah. Beliau takut berbuat demikian kerana akan timbul ancaman yang datang daripada kelompok Syi’ah.
Maka berdirilah Al Khabusyani di atas mimbar dengan tongkatnya dan memerintahkan khatib untuk menyebut Bani Abbas dalam doa dan kandungan khutbah dan khatib itu pun melaksanakannya.
Dalam tradisi klasik, penyebutkan nama khalifah dan berdoa untuknya pada masa pembacaan khutbah merupakan bentuk pengakuan terhadap kepimpinan negara dan taat setia terhadapnya.
Kabar itu akhirnya sampai ke pemerintahan Abbasiyah di Baghdad dan mereka pun amat bergembira dengan kegembiraan yang sukar untuk digambarkan. (lihat, Thabaqat As Syafi’iyah Al Kubra, 7/15).
Sumber : hidayatullah.com
Recent Comments