Islam dilihat ‘kembali bergema’ selepas kejayaan Revolusi Iran (1979). Gemanya cukup kuat sehingga menimbulkan rasa takut masyarakat Barat apabila nilai-nilai fundamental Islam mula dilihat kembali, termasuk keghairahan Barat untuk mengeksploitasi ‘konsep jihad’ sebagai satu bentuk tindakan yang berakhir dengan peperangan.
Konsep jihad diselewengkan begitu rupa sehingga menjadikan Islam sebagai watak yang ganas, kejam dan tidak berperikemanusiaan manakala pertubuhan politik Islam (Islamisme, pemakmaan istilah ini boleh ditelusuri dalam tulisan Bassam Tibi, Islam dan Islamisme, edisi terjemahan, 2016) mula dirangkumkan sebagai tidak demokratik, otordok dan sangat bertentangan dengan kebebasan dan hak asasi manusia.
Beberapa pemikiran pejuang Ikhwanul Muslimin dipropagandakan dengan begitu hebat (termasuk mendakwa pemikiran Syed Qutb (1906-1966) menerusi konsep ‘jahiliyah moden’) sebagai radikal dan ganas. (Roxanne L Euben, Musuh Dalam Cermin, edisi terjemahan, 2002). Kini, pertubuhan Ikhwanul Muslimin diharamkan di seluruh Asia Barat selepas Jeneral Abdul Fatah al-Sisi berjaya mengekalkan kedudukanya sebagai presiden Mesir sebaik sahaja berjaya menjatuhkan pilihan rakyat secara demokratik (Dr Mohamad Morsi, 1951-2019 dari Parti Keadilan dan Kebebasan, sayap politik Ikhwanul Muslimin) dalam pilihanraya bebas pertama di negara tersebut.
Proses pilihan raya di Mesir dan politik Mesir sangat dipengaruhi oleh Amerika Syarikat sejak sekian lama. Sebab itulah apa yang berlaku semasa Arab Spring pada tahun 2011 cukup menjejaskan imej Amerika Syarikat kerana jatuhnya boneka mereka, Hosni Mubarak yang memerintah selama 30 tahun (1981-2011).
Kisah tekanan dan kezaliman terhadap Ikhwanul Muslimin telah lama dilakukan oleh elit kuasa Mesir yang didalangi oleh Amerika Syarikat termasuk tidak mengiktiraf kemenangan Hasan al-Banna (1906-1949) pengasas pertubuhan tersebut yang cukup anti-penjajahan dan imperialisme.
Hassan al-Banna yang dianggap sebagai ‘musuh’ akhirnya berjaya dibunuh pada 12 Februari 1949 dalam suatu tipu muslihat oleh pihak berkuasa Mesir. (Jamal al-Ghitani, The Legend of Cairo, edisi terjemahan 2010; dan Zulkifli Mohamad al-Bakri dan Mohd Faisal Fadzil, Al-Syahid Hasan Al-Banna: Pengasas Ikhwanul Muslimin, 2010).
Semuanya itu untuk menghidupkan kembali semangat memerangi Islam yang pernah dimunculkan oleh Paus Gregory VII (1073-1085) dan kemudian dikembangkan secara lantangnya oleh Paus Urbanus II (1035-1099), diteruskan pula oleh Paus Innocent III (1198-1216).
Cetusan idea Perang Salib asalnya merupakan reaksi peribadi Paus Urbanus II sebaik sahaja menerima utusan yang dihantar oleh Maharaja Byzantium, Alexius I Commenus sebagaimana dijelaskan oleh Jonathan Riley-Smith: The crusade was his personal response to an appeal which had reached him from the Greeks eight months before. In March 1095 he had been presiding over a council at Piacenza, when there had arrived an embassy from Constantinopole to ask for aid against the Turks. Urban replied by encouraging ‘many promise, by taking an oath, to aid the emperor most faithfully as far as they were able against that pagans.” (Jonathan Riley-Smith, The First Crusade and the Idea of Crusading, 2009, hal.13).
Antara faedah yang diperoleh ialah ‘terhapus dosa’ kerana perjuangan itu adalah atas kepentingan mempertahankan agama Kristian. Tawaran ‘hapus dosa’ itulah yang menjadi faktor terbesar dalam mengumpulkan sukarelawan Perang Salib sehingga memunculkan nama Peter the Hermit (seorang pendakwah miskin dari Jerman 1050-1115) untuk sama-sama terbabit dan mengumpul kekuatan melancarkan gerakan Tentera Awam Salib.
Ia juga menarik minat kaum bangsawan di seluruh Eropah untuk bergabung melancarkan serangan ke atas wilayah-wilayah Islam pada Perang Salib 1, Perang Salib II dan seterusnya membabitkan perseteruan yang cukup epik dalam sejarah peradaban (Perang Salib III) iaitu antara Richard the Lion Heart (Britain), Frederick Barbosa (dari Jerman tetapi tidak kesampaian setelah meninggal di Itali sebelum berjaya menyeberangi Selat Bosphorus) dan Putera Philips Augustus (Perancis) dengan Salahudin al-Ayubbi (atau dikenali sebagai Saladin dalam kalangan masyarakat Barat). (Carole Hillenbrand, Perang Salib: Sudut Pandang Islam, edisi terjemahan, 2006; John Mann, Salahuddin al-Ayubbi: Raja Penakluk, edisi terjemahan, 2020; dan James Reston Jr, Perang Salib III: Perseteruan Dua Kesatria, Salahuddin al-Ayubbi dan Richard si Hati Singa, edisi terjemahan, 2007).
Thomas Asbridge pula menjelaskan: “Urban declared that Christianity was in dire peril, threatened by invasion and appaling oppression. The Holy City of Jerusalem was now in the hands of Muslims – ‘a people…alien to God’, bent upon ritual torture and unspeakable desecration. He called upon Latin Europe to rise up against this supposedly savage foe as ‘soldiers of Christ’, reclaiming the Holy Land and releasing eastern Christians from ‘servitude’”. (Thomas Asbridge, The Crusades:The War for the Holy Land, 2010, hal. 33):
Tidak cukup dengan itu, Pop Urbanus II menyifatkan umat Islam sebagai ‘separa manusia’ dan sentiasa berusaha menghancurkan kerajaan yang dibina oleh pemimpin Kristian Eropah. Urbanus sebenarnya cuba menipu hakikat sejarah, bahawa Kristianlah punca utama permusuhan yang cukup menghancurkan nilai kemanusiaan.
Kristian menjadi agama yang penuh paradoks dan kebencian sehingga ada percubaan tragis terhadap nilai kemanusiaan. Contoh yang cukup jelas ialah bagaimana gerejawan mengawal manusia, menjatuhkan hukuman dan membunuh orang awam.
Bahkan, kesucian ajaran Nabi Isa AS diselewengkan: kitab suci diubah berdasarkan tafsiran kehendak paderi atau pendita sehingga ada dua versi yang saling bercanggah – Old Testament dan New Testament. Dalam ajaran yang dibawa oleh Nabi Isa AS tidak ada konsep menebus dosa warisan dan perintah untuk menyalib Nabi Isa AS sebagai pengorbanan seorang juru selamat.
Nabi Isa AS atau dipanggil Jesus telah dihukum oleh manusia, bukannya oleh Tuhan menerusi doktrin “dosa warisan”. Tindakan menyalib Nabi Isa AS sebagai menebus dosa tidak ada dalam Bible (kitab suci yang didakwa menjadi pegangan penganut Kristian). Tindakan itu merupakan doktrin pemegang kuasa agama Yahudi yang mendakwa mendapat bimbingan langsung daripada Nabi Isa AS walhal tiada bukti yang dapat dikaitkan dengan doktrin ‘dosa warisan’. Ia merupakan rekaan dan tafsiran seorang pendita Yahudi yang mahu memesongkan pengikut Nabi Isa AS disebabkan pengikut-pengikutnya adalah lebih ramai daripada penganut Yahudi.
Pope Urbanus II menggambarkan penganut Islam sebagai kelompok manusia yang cukup kejam. Sekiranya bertemu dengan penganut Kristian, Urbanus mengatakan bahawa umat Islam akan membunuh, mengelar dan memotong mereka sama ada untuk mendapatkan emas atau perak yang dipercayai telah disembunyikan dalam badan seseorang.
Ertinya, penipuan Urbanus II itu telah memunculkan ‘emosi kebencian dan permusuhan antara agama’ yang cukup besar pengaruhnya dalam peradaban manusia, sehingga kini sengketa antara Islam dan Kristian terus berlaku, bahkan telah menjadi asas kepada White Supremacy, dan juga tindakan ganas Brenton Tarrant dalam Tragedi Chritstchurch, New Zealand pada 15 Mac 2019. Seramai 51 orang terbunuh dalam serangan di dua buah masjid – Masjid Lintwood dan Masjid an-Nor semasa para jemaah mengerjakan sholat Jumaat. Ia diperkuatkan dengan semangat Islamophobia yang kembali bangkit selepas kejayaan Revolusi Islam Iran (1979) dan runtuhnya World Trade Center pada tahun 2001.
Dalam usaha menghina umat Islam, Pope Urbanus II berkata, sebagaimana dikutip oleh Asbridge: The cruelty of these impious men goes even to the length that, thinking the wretches have eaten gold or silver, they either put scammony in their drink and force them to vomit or void their vitals, or – and this is unspeakable- they stretch asunder the coverings of all the intestines after ripping open their stomachs with a blade and reveal with horrible mutilation whatever nature keep secret.” (Thomas Asbridge, 2010, ibid, hal.37).
Umat Kristian pula digambarkan sebagai manusia yang hidup dalam situasi ‘kasih sayang’, toleransi dan dilindungi oleh Tuhan. Maka, seruan kepada serangan ke atas Islam ialah untuk menyempurnakan ‘kehendak Tuhan’, yang disifatkan sebagai ‘ a holy war, permissible and even desirable.’
Jika dilihat daripada kenyataan tersebut, jelaslah bahawa penganut Kristian tidak mempraktikkan apa yang diyakininya. Sekiranya agama Kristian bernuansakan ‘kasih sayang’, para pendeta Kristian sepatutnya tidak menyerukan kepada peperangan untuk membunuh umat Islam sebagaimana dilakukan oleh Pope Urbanus II, yang terpengaruh dengan mentornya, Pope Gregory VII (1020-1085).
Antara kata-kata Pope Gregory yang terkenal ialah kenyataan yang dibuat pada tahun 1074 mengenai aspirasi Great Christiandom. Menurut Steven Runciman: Good relations were restored under the Emperor Michael VII, who made peace with the Normans and sought the friendship of the great Pope Gregory VII. A Papal legate visited Constantinople in 1074 and was well received there; and on his return he reported to Gregory about difficulties that pilgrims faced owing to the Turkish invasions, Gregory planned a new policy. The holy war, so successful in Spain, should extended into Asia. His friend in Byzantium were need a military aid. He would gather an army of Christian knights and he would lead it himself to the East. Then, when the infidel had been driven out of Asia Minor, he would hold a Council at Constantinople, where the Christians of the East would compose their differences anda gratefully acknowledge the supremacy of Rome.” (Steven Runciman, The First Crusade, 1980, hal.53)
Kamarun KH
Recent Comments