Kali ini Ustaz Ahmad Sarwat menceritakan kisah Abu Jahal yang mati dalam keadaan kafir dipetik daripada catatan media sosialnya. Sebelumnya Abu Jahal dikenal sebagai seorang yang pintar dan dihormati kaum Quraisy Makkah.
Pengasuh Rumah Fiqih Indonesia menceritakan kisah ini agar kita dapat mengambil ikhtibar dan hikmah berharga. Ustaz Sarwat mengatakan, tokoh antagonis yang paling popular dalam Sirah Nabawiyah adalah Abu Jahal.
Nama asalnya adalah Umar bin Hisyam. Tapi kerana dia seorang cendekiawan, laqobnya menjadi Abul Hakam.
Sebenarnya Nabi Muhammad SAW sangat kesengsem [gembira] kepada si Abul Hakam. Selain pintar, ilmunya banyak dan juga punya pengaruh yang kuat serta penuh pesona.
“Kalau sampai dapat hidayah dan masuk Islam, pasti besar sekali pengaruhnya dalam menguatkan barisan dakwah. Sedikit di bawahnya ada juga Umar yang lain, anaknya Al-Khattab. Nabi SAW kagum juga sebenarnya. Pintar, cerdas, bistari, logik dan tegas,” kata Ustaz Sarwat.
Dua-duanya sempat masuk dalam teks doa Rasulullah SAW secara langsung. Nabi berdoa meminta salah satu dari kedua Umar itu diberi hidayah. Dan ternyata Allah dikabulkan dan justeru yang kecilan dapat hidayah. Abul Hakam tidak dapat hidayah.
Malah semakin lama semakin menjadi-jadi saja ulahnya [perilakunya]. Hujung puncaknya dia merekayasa bagaimana agar seluruh kabilah Mekah bersatu menghunus pedang untuk membunuh Nabi Muhammad SAW di malam hijrah.
“Ini sudah keteraluan. Mahu tidak mahu Jibril turun tangan. Maka dibocorkan rahsia mereka dan Nabi SAW berhasil lolos dengan taktik yang amat jitu,” terang Ustaz Sarwat.
Dan terakhir, Abu Jahal pun menemui ajalnya di Perang Badar, dua tahun kemudian. Dia tampil sebagai orang kafir harbi. Datang untuk membunuh Nabi SAW di Medan perang terbuka.
Ini perang terbuka. Kalau tidak kita bunuh, kita yang dibunuh. Jadi darah Abu Jahal itu 100 peratus sudah halal.
“Jadi kalau sampai diberi julukan oleh Nabi sebagai Abu Jahal, itu masih belum seberapa. Kira-kira boleh dimaksudkan sebagai si bodoh, idiot [jahil], pandir, bebal, O-on, koplak [kelihatan bodoh], otak udang dan teruskan sendiri. Padahal asalnya dia orang pintar, cerdas, banyak akal. Tapi sayang semuanya tidak membawanya kepada hidayah,” kata Ustaz Sarwat.
Mengapa Abu Jahal Memusuhi Rasulullah?
El Mujtaba memberi tanggapan menarik terhadap kisah Abu Jahal di atas. Pada kolom komentarnya, El Mujtaba mengemukakan ada beberapa faktor yang membuat Abu Jahal begitu memusuhi Rasulullah SAW.
Di antaranya, persaingan peribadi antara seorang Amr bin Hisyam (Abu Jahal) dan Muhammad bin Abdullah (Rasulullah). Juga persaingan kabilah antara Bani Abdu Manaf (leluhur Rasulullah) dan Bani Makhzum (klan-nya Abu Jahal).
Ketika Bani Abdu Manaf banyak memberi makan musafir di Mekah, Bani Makhzum juga ikut banyak bersedekah dengan memberi makan. Ketika Bani Abdu Manaf berjaya berniaga, Bani Makhzum juga ikut berniaga dan juga berjaya.
Ketika seorang laki-laki dari klan Bani Abdu Manaf (Rasulullah) mendapatkan gelar Al Amin di usia di bawah 40 tahun, Amr bin Hisyam (Abu Jahal) dari klan Bani Makhzum juga mendapat gelar Abul Hakam di bawah usia 40 tahun.
Pokoknya kedua klan itu selalu bersaing sampai akhirnya Rasulullah diangkat sebagai Nabi.
Amr bin Hisyam masih saja bersikap kekanak-kanakan dengan menganggap pangkat kenabian ini juga masalah yang boleh dibuat persaingan sebagaimana hal-hal remeh keduniaan yang lain.
Sebenarnya Amr bin Hisyam ini mengakui bahawa apa-apa yang dibawa Rasulullah itu benar. Hanya saja gengsinya [prestijnya] ini yang membuat Abu Jahal menjadi tidak boleh membezakan mana yang serius dan mana yang main-main.
Amr bin Hisyam gengsi kalau harus kalah dengan rivalnya [lawannya] sejak muda, Muhammad bin Abdullah.
“Intinya Abu Jahal itu tidak mahu dianggap berada di bawah kedudukan Muhammad bin Abdullah (Rasulullah). Kerana tidak mungkin dia mengaku sebagai Nabi juga, maka yang dia lakukan adalah membantah atau menolak bahawa seorang Muhammad bin Abdullah adalah seorang Nabi. Begitu kurang lebih,” jelas El Mujtaba.
Wallahu A’lam
Sumber: https://www.eramuslim.com/
Recent Comments