CHINA adalah salah satu pusat peradaban tertua di dunia. China merupakan salah satu negeri terluas dan  juga memiliki jumlah penduduk teramai di dunia. China terletak di wilayah Asia Timur,  bersempadanan dengan 14 buah negara: Korea Utara, Mongolia, Rusia, Vietnam, Laos, Burma, India, Bhutan, Nepal, Pakistan, dan negara-negara lainnya.

Agama Islam sudah tidak asing bagi masyarakat di negara China. Agama Islam telah tersebar dan dapat diterima oleh penduduk China dengan sambutan hangat. Orang-orang China mengenal Islam dengan sebutan Yisilan Jiao yang bererti ‘agama yang murni’. Di negara China, terdapat 10 suku suku bangsa yang memeluk agama Islam, antaranya etnik Huizu, Uygur, Kazakh, Kirgiz, Tajik, Uzbek, Tatar, dan lain-lainnya.

Islam sebagai agama rahmatan lil ‘alamin sudah sewajarnya bagi pemeluknya untuk ikut andil dan bergerak aktif dalam menyebarkan ajaran Islam. Islam memiliki sistem yang didasari pada al-Qur’an dan Hadis yang membuat ajaran Islam berkembang pesat hingga menguasai wilayah yang begitu luas meliputi Jazirah Arab, Afrika, Andalusia, Irak, Parsi, India, Afghanistan, dan terus ke utara hingga mencapai wilayah China.

Proses masuknya Islam di dataran China berbeza dengan proses masuknya Islam di Timur Tengah dan sebahagian wilayah di Eropah. Islam masuk ke China dengan cara yang lebih halus dan damai,  tanpa peperangan. Peristiwa masuknya Islam di China masih terdapat perbezaan pendapat di antara para sejarawan.

Pendapat pertama menyatakan bahawa peristiwa pertama kali Islam masuk ke China pada pertengahan abad ke-7 M, iaitu pada masa Dinasti Tang (618-905 M) yang dibawa oleh salah seorang panglima Muslim, Sa’ad bin Abi Waqqash di masa khalifah Utsman bin Affan. Khalifah Utsman bin Affan memberikan tugas kepada Sa’ad bin Abi Waqqash untuk pergi ke China pada tahun 651 M untuk menghadap Maharaja Yong Hui di ibukota Changan dengan tujuan untuk membawa ajaran Islam di daratan China.

Dengan misi dakwahnya tersebut, Sa’ad bin Abi Waqqash diterima dengan sangat baik oleh Maharaja Dinasti Tang. Sehingga, sahabat Sa’ad membawa salinan al-Qur’an dan menyebarkan agama Islam ke beberapa wilayah di China.

Pada saat itu, China mencapai masa kejayaan peradaban sehingga Islam dengan mudah diterima oleh para penduduk. Setelah menerima kedatangan Sa’ad bin Abi Waqqash, Maharaja memerintahkan untuk membangun sebuah masjid yang diberi nama Huaisheng (Memorial Mosque) yang terletak di kota Guangzhou untuk dijadikan kenangan yang bererti bagi semua penduduk dan dijadikan simbol kesepakatan kepada Islam bahawa ajaran Islam telah masuk di negeri China.

Pendapat kedua dari M Ali Kettani,  Islam masuk ke Cina pada masa Rasulullah SAW sekitar tahun 618 M. Islam menyentuh peradaban China pertama kali dibawa oleh shahabat Rasulullah SAW iaitu Sa’ad Ibn Lubaid.

Kedatangan Sa’ad Ibn Lubaid ke China bermula pada masa umat Islam pertama kali hijrah ke Ethiopia. Akan tetapi, Sa’ad ibn Lubaid merasa kurang senang dengan kehidupan di Ethiopia. Oleh karena itu, ia memutuskan untuk belayar menumpang dengan para pedagang dari Parsi  dan pada akhirnya setelah mengharungi samudera Sa’ad dan rombongan pedagang dari Parsi  berlabuh di Canton (Bandar perdagangan) yang pada saat itu menjadi pusat perdagangan di China.

Pendapat ini diperkuat dengan adanya masjid Kwang Tah Se di Canton dan masjid Chee Linsee yang didirikan oleh Sa’ad Ibn Lubaid dan Yusuf. Kedua masjid tersebut tercatat sebagai masjid tertua di China hingga saat ini.

Sebelum Islam masuk ke China, komuniti bangsa-bangsa Arab dan para pedagang lainnya terlebih dahulu hadir dan tinggal di pemukiman bandar perdagangan Canton yang pada masa itu menjadi bandar perdagangan antarabangsa. Sehingga pada masa Dinasti Tang, China sudah popular, baik dari segi kebudayaan mahupun ekonomi . Bahkan, Rasulullah SAW pernah bersabda “Uthlubul ‘ilma walau bishshiin” yang beramaksud “tuntutlah ilmu walaupun sampai ke Negeri China.”

Kemudian, Islam masuk dan tersebar di China melalui dua jalur penyebaran, iaitu kontak perdagangan dan perkahwinan, atau disebut dengan asimilasi budaya .

Fakta sejarah ini dapat ditelisik melalui wajah-wajah mereka yang memiliki kemiripan dengan wajah-wajah yang dimiliki orang Arab, Turki, Parsi , Afghanistan, Uzbekistan atau Pakistan. Stuktur wajah biologi mereka menunjukkan bahawa terdapat pencampuran ras dengan masyarakat Timur Tengah yang memiliki ciri khas pada wajah yang kemerah-merahan.

Dalam kontak perdagangan, China sebagai negeri yang aktif dalam perdagangan internasional menyebabkan pedagang-pedagang muslim dari Arab melakukan perdagangan ke China sambil menyebarkan Islam di beberapa wilayah yang disinggahinya.

Dalam menjalankan aktiviti perdagangan yang dibawa oleh saudagar-saudagar Arab ke China melalui dua jalur perdagangan utama, iaitu jalur darat dan jalur laut. Jalur darat dikenal dengan istilah Jalur Sutera (Silk Road) mulai dari jazirah Arab-Parsi-Afghanistan-sampai ke barat laut China.

Jalur Sutera merupakan sebuah jalur perdagangan yang tertua dan terkenal, yang telah menghubungkan wilayah China. Asia Tengah dan Asia Barat. Jalur Sutera menjadi terkenal melalui pertukaran perdagangan dan kebudayaan. Sementara itu, jalur laut dikenal dengan sebutan jalur lada sejak dari Teluk Parsi  dan laut Arab, Teluk Benggala, Selat Melaka hingga pelabuhan-pelabuhan China seperti Guangzhou, Quanzhou, Hangzhou, dan Yangzhou.

Pada awalnya, pemeluk agama Islam teramai di China adalah para saudagar Arab dan Parsi. Mereka bercampur dengan penduduk China yang diberi julukan sebagai orang-orang Hui. Di Cina terdapat banyak kelompok. Kelompok terbesarnya adalah kelompok Han yang merupakan orang-orang berperawakan China yang menjadi majoriti dari kelompok tersebut. Dan umat Muslim yang bercampur dengan kelompok Han dikenal dengan sebutan Hui (masyarakat Cina Muslim).

Dengan demikian, ada banyak sekali kesan yang mendalam mengenai jejak-jejak peradaban Islam di benua Asia, khususnya di China. Wilayah China yang sangat luas tersimpan banyak misteri jejak peradaban Islam. Ada beberapa peninggalan Islam hingga sekarang, salah satunya berupa masjid.

Bangunan masjid dan perkampungan muslim di China menjadi bukti kejayaan Islam. Jauh sebelum ajaran Islam diturunkan oleh Allah SWT, bangsa China memang telah mencapai peradaban yang sangat tinggi. Pada waktu itu, masyarakat Negeri Tirai Bambu sudah menguasai beragam khazanah ilmu pengetahuan dan peradaban.

Tak dinafikan bahawa umat Islam juga banyak menyerap ilmu pengetahuan serta peradaban dari negeri ini. Beberapa contohnya antara lain, ilmu ketabiban, kertas, serta bubuk mesiu. Islam juga telah memberi pengaruh yang cukup besar dalam bidang teknologi, ilmu pengetahuan, filsafat dan seni di China. Salah satu pengaruh umat Islam yang paling tampak adalah dalam bidang arkitek (seni bina).

Sementara itu untuk kultur/budaya dan sosial, umat Islam di China berusaha untuk menyatukan antara kebudayaan peribumi dengan tuntutan kehidupan beragama yang sesuai dengan syariat Islam. Mereka sangat menjaga norma-norma dalam agama Islam, seperti tidak minum arak, makan daging babi dan menikah dengan orang non-muslim.

Meski demikian, mereka sangat menjunjung tinggi budaya peribumi. Tercatat, hanya Muslim dari Uyghur dan Khazak yang memiliki cara berpakaian yang berbeza dengan penduduk asli peribumi.

Islam adalah agama universal, yang boleh diterima oleh semua golongan. Islam cepat diterima masyarakat kerana prinsip toleran (tasamuh), moderat (tawasuth), adil, dan seimbang (tawazun). Islam disambut dengan gembira dan terbuka di negeri China.

Sumber: Putri Sekar Wangi, https://www.qureta.com/

Translate »