UMAT Islam mana yang tidak mengenal sosok peribadi Umar bin Khattab. Ketika mendengar namanya, pasti yang tersemat di fikiran adalah sosok sahabat nabi Muhammad SAW yang mempunyai sikap yang keras lagi tegas. Beliau masuk Islam pada tahun ke-6 H, ketika berumur 27 tahun.

Beliau juga termasuk di dalam hadis nabi, iaitu sepuluh sahabat yang dijamin masuk syurga oleh Allah SWT.

Pada zaman jahiliyah, beliau termasuk pejuang Quraisy yang memusuhi Nabi dan sahabat-sahabat Nabi. Diceritakan dalam sejarah, Umar bin Khattab sudah siap untuk membunuh Nabi Muhammad SAW, tetapi siapa sangka orang yang permusuhannya paling keras terhadap Nabi, menjadi orang yang paling dekat dengan Nabi ketika berjuang bersama Nabi setelah Abu Bakar Ash Shiddiq.

Dengan doa Nabi yang ingin salah satu dari dua Umar agar Allah berikan hidayah

“Ya Allah kuatkanlah Islam dengan salah seorang dari dua Umar: Abu Jahal Amr bin Hisyam atau Umar bin Khattab.”

Di masa kekhalifahannya, Umar bin Khattab tidak hanya berhasil melakukan peluasan daerah kekuasaan Islam, namun juga mampu menjalankan pemerintahan yang teratur. Umar bin Khattab terkenal dalam menyumbangkan pemikiran yang cemerlang dalam perkembangan hukum Islam. Pemikiran-pemikiran ‘Umar tertuang dalam ijtihadnya, salah satumya adalah hukum progresif.

Hukum progresif sendiri adalah hukum yang mampu mengikuti perkembangan zaman, mampu menjawab perubahan zaman dengan segala dasar di dalamnya. Ia adalah hukum yang mampu melayani masyarakat dengan menyandarkan pada aspek moral  dari sumber daya manusia penegak hukum itu sendiri.

Masa Umar bin Khattab adalah masa gemilangnya umat Islam, mengapa berlaku demikian? Kerana banyak yang dicapai pada masa pemerintahan Umar bin Khattab, walaupun beliau hanya menjabat sebagai khalifah selama sepuluh tahun, akan tetapi banyak perubahan yang terjadi pada masanya.

Prestasi pada masa pemerintahan Umar bin Khattab meliputi banyak bidang seperti, peluasan wilayah Islam, bidang ekonomi dan ketertiban, penunjukkan hakim di setiap wilayah Islam, dan lain-lain. Untuk mengungkapkan prestasi yang gemilang tersebut, banyak ulama sirah menyebut Umar bin Khattab sebagai pendiri agama Islam.

Dalam masa pemerintahan Umar bin Khattab juga telah melakukan usaha-usaha untuk memperkuat dan memperkukuh agama Islam. Umar juga dikatakan sebagai pelopor sistem perundangan dalam negara Islam.

Beliau membentuk badan-badan pemerintahan, dewan-dewan negara, mengatur peradilan dan administrasi, membentuk lembaga kewangan (bait al-mal), dan banyak prestasi lainnya. Sebagaimana telah diketahui oleh umat Islam, bahawa dalam sejarah, Umar bin Khattab terkenal dengan sikap yang keras. Pada saat menjawat sebagai khalifah, beliau selalu bertindak secara adil dalam menegakkan syari’at.

Beliau terkenal berani serta bijaksana dalam menerapkan ketentuan hukum yang terdapat pada Al-Qur’an untuk mengatasi masalah masyarakat. Bahkan gubernornya pun tidak luput dari hukum yang dibuat oleh beliau. Contohnya yang terjadi pada gubernor Mesir, yang saat itu di sandang oleh ‘Amr bin Ash Radiallahu ‘Anhu.

Pada saat itu anak beliau, Abdullah bin ‘Amr bin Ash, berlumba kuda dengan orang Mesir Qibt, dan anaknya kalah lalu memukul kepala orang Qibt ini. Tidak terima dengan hal itu, orang Qibt tersebut pergi ke Madinah, tempat Khalifah Umar bin Khattab berada dan mengadukan apa yang dilakukan oleh anak ‘Amr bin Ash.

Umar kemudian memanggil anak itu bersama ayahnya. Ketika sampai beliau menyuruh orang Qibt ini untuk membalas perbuatan tersebut. dan juga menyuruh orang Qibt ini memukul ‘Amr bin Ash, yang ketika itu adalah seorang gubernur. Ini adalah bukti bahwa Umar tidak memandang siapapun dan tidak akan memberi ampun untuk ditegakkannya suatu hukum.

Secara sepintas lalu, hukum yang dibuat oleh Umar bin Khattab seperti bertentangan dengan Al-Qur’an dan Hadis. Contohnya antara lain, pertama, Al-Qur’an menetapkan golongan yang termasuk ke dalam penerima zakat seperti mua’llaf, tetapi pada masa Umar pemberian zakat kepada mua’llaf  diberhentikan

Kedua, Al-Qur’an menetapkan dalam surah al-Maidah ayat 38, bahawa hukuman pencuri adalah potong tangan, tapi pada masa Umar tidak dilaksanakan. Hukum yang dibuat oleh Umar dan para shahabat yang lain ini sudah melalui musyawarah dan dengan fatwa-fatwa yang ketat.

Umar dan sahabat menetapkan bahawa mua’allaf tidak dapat bahagian dari zakat? Hal itu kerana di masa Umar bin Khattab posisi Islam sudah berada di posisi yang kuat, tidak seperti pada masa Nabi Muhammad SAW, di mana Islam masih pada tahap yang rawan dengan pindahnya para mua’allaf.

Tugas utama seorang khalifah adalah menjaga kesatuan umat dan keselamatan negara. Untuk itu khalifah mempunyai hak-hak tertentu, ia berhak mengumumkan perang dan membangun tentera untuk menjaga keselamtan dan sempadan negara.

Ia harus menegakkan keadilan dan kebenaran,  berusaha agar semua lembaga-lembaga negara memisahkan antara yang baik dengan yang buruk, melarang hal-hal yang tercela menurut keutamaan Al-Qur’an mengawasi perjalanan pemerintahan dan memungut cukai sebagai sumber kewangan negara.

Ketika Islam semakin tersebar, dengan ditaklukkannya negara- negara, masalah hukum Islam pun semakin banyak. Oleh kerana itu, Umar bin Khattab memutuskan untuk memisahkan peradilan (judisiari) dan pemerintahan (eksekutif), dan mengangkat beberapa orang sahabat sebagai hakim, selain gubernor.

Umar mengangkat Abu Darda’ sebagai hakim di Madinah, Syuraih sebagai hakim di Bashrah, Abu Musa Al-Asyari sebagai hakim di Kufah. Para hakim pada masa Umar merujuk kepada Al-Qur’an. Jika tidak mendapati hukum dalam Al-Qur’an mereka mencarinya dalam sunnah.

Tapi jika mereka tidak mendapatkan sesuatu di dalamnya, mereka bertanya kepada fuqaha mujtahidin, apakah di antara mereka terdapat orang yang memahami sesuatu dalam Sunnah mengenai perkara yang dihadapi. Jika didapatkan, mereka berpedoman dengan apa yang dikatakan orang yang mengetahuinya setelah dilakukan upaya penguatan. Jika tidak didapatkan, mereka berijtihad secara kolektif jika topik permasalahan terdapat hubungan dengan prinsip-prinsip dasar jamaah, dan berijtihad secara individu dalam masalah-masalah sektoral yang khusus dengan individu.

Ada satu contoh peradilan pada masa Umar bin Khattab, iaitu ketika ada seorang perempuan yang sangat mencintai seorang pria. Wanita ini menuangkan zat putih pada bajunya dan di antara dua pahanya, kemudian wanita ini mengadukan hal tersebut kepada khalifah Umar, dan Umar memanggil pria tersebut. Akan tetapi pria ini menolak dakwaan tersebut. Kemudian Umar meminta pendapat dari Ali bin Abi Thalib. Ali meminta diambilkan air panas dan beliau menyiramkan air panas tersebut ke baju wanita itu, dan zat itu pun mengeras, akhirnya tuduhan wanita tersebut ditolak.

Umar Ibn Khattab adalah profil seorang pemimpin yang berjaya, mujtahid yang ulung dan sahabat Rasulullah yang sejati. Beliau berjaya dalam mengibarkan panji-panji Islam. Beliau wafat dalam usia 63 tahun setelah kurang lebih 10 tahun mengenggam amanat sebagai khalifah. Beliau terbunuh oleh salah seorang musuh, orang Parsi, yang sangat membenci Islam dan Umar bernama Abu Lu’luah.

Kepiawaian Umar dalam memimpin sangat bertenaga dan strategik sehingga dapat menguasai semua medan wilayah penaklukan dan pengembangan Islam. Banyak tindakan Umar dalam bidang hukum. Sepintas lalu keputusan-keputusan Umar itu seakan-akan bertentangan dengan ketentuan-ketentuan al-Qur’an, namun sebenarnya tidak jika dikaji berdasarkan sifat hakikat ayat-ayat tersebut dalam kerangka tujuan hukum Islam keseluruhannya.

Ijtihad yang dilakukan Umar Ibn Khattab itu tidak bertentangan dengan maksud ayat al-Qur’an namun kalau dikaji sifat hakikat ayat-ayat tersebut dalam kerangka tujuan hukum Islam keseluruhannya, ijtihad yang dilakukan Umar Ibn Khattab itu tidak bertentangan dengan maksud ayat-ayat hukum tersebut.

Sumber: Ahmad Ihtiramuddin, https://www.hidayatullah.com/

 

Translate »