KES jangkitan virus corona di Australia akan terus meningkat berbanding dengan beberapa negara walaupun dikuatkuasakan ‘lockdown’ disebabkan penularan varian Delta.

Menurut kenyataan kerajaan Australia, New South Wales yang merupakan negeri yang paling padat penduduknya, sejumlah 124 kes jangkitan harian berlaku pada hari Khamis, (5/8/2021), iaitu meningkat 110 kes pada hari sebelumnya. Kebanyakannya berlaku di ibu negara Australia, Sydney yang ketika itu telah dilaksanakan ‘lockdown’ selama empat minggu.

“Kita memperkirakan jumlah kes akan terus meningkat sebelum turun kembali dan kita perlu mempersiapkan diri untuk itu,” jelas  Gladys Berejiklian, ketua pentadbir negeri New South Wales.

“Apabila penduduk kita yang sudah divaksinasi lengkap jumlahnya sudah mencukupi, kita akan hidup dengan beberapa bentuk sekatan ,” tambahnya seperti dikutip The Guardian.

Tahap vaksinasi di Australia belum setara  dengan beberapa negara Eropah, yang mana hanya sekitar 20 persen dari warga 16 tahun ke atas yang sudah divaksinasi lengkap.

Negara itu masih bertekad menjayakan dasar ‘Sifar COVID-19’ dengan memutuskan semua pintu masuknya dan mengesan kesemua kontak dalaman, Misalnya, di Melbourne, sebuah sekolah yang mempunyai jumlah 2,000 orang pelajar dan 300 orang kakitangan ditutup setelah seorang guru perempuan berusia 20-an disahkan positif. Seluruh sekolah sekarang diisolasi dan dikenakan ujian  COVID-19.

Di negeri  Victoria pula,  yang memasuki minggu kedua perintah kawalan disahkan mempunyai 26 kes baharu COVID-19,  iaitu meningkat daripada 22 sehari sebelumnya.

Wilayah Sydney ditutup sehingga 28 Ogos.

Sumber: disesuaikan daripada laporan https://www.hidayatullah.com/

Translate »