Kegagalan pertama ialah peningkatan kes jangkitan COVID-19 harian. Akhir-akhir ini, isu peningkatakan bukanlah isu yang dihadapi di Malaysia, bahkan turut menjadikan Indonesia, Thailand, Australia berhadapan dengan tekanan politik daripada rakyat masing-masing. Jokowi juga didesak agar ‘berundur’ kerana kes jangkitan harian melonjak semula dengan varian baharu ‘Delta’, kekurangan bekalan vaksin, proses pemvaksinan yang agak perlahan dan memperkenalkan ‘total lockdown’ di Jawa dan Bali.

Jumaat lalu, berlaku demonstrasi di Sydney, Australia. Menurut laporan Reuters/AP yang disiarkan oleh Khaleej Times, (Big protests mark global anger at Covid restrictions, 24 Julai 2021), lebih 100,000 orang di Australia, Perancis, Itali dan Greek berhimpun mendesak kerajaan masing-masing “sanctions against the unvaccinated auned at prodding more people into getting jabs’.  Walaupun protes ini dibuat akibat dasar kesihatan yang dianggap bersifat diskriminasi, ia ada kaitan secara langsung dengan tindakan untuk membendung COVID-19. Vaksinisasi adalah tindakan untuk mengurangkan jumlah kematian akibat serangan penyakit merbahaya, menghalang virus corona daripada merusakkan organ-organ dalaman terutamanya paru-paru. Virus kecil itu telah dikenal pasti memasuki dalam organ dalaman menerusi udara dari seseorang kepada seseorang setelah seseorang itu batuk dan bersin. Virus itu cepat membiak dan berkembang bila berada dalam organ dalaman seseorang.

Bila seseorang itu disuntik vaksin, vaksin itu akan dapat mengenal pasti virus yang sudah ada dalam organ dalaman dan  kededuanya (vaksin dan virus) akan ‘berkawan’ sebelum vaksin itu bertindak sebagai ‘penghalang’ daripada virus itu terus membiak, akhirnya virus akan menjadi lemah. Bila virus lemah, potensi kejangkitannya dapat dikurangkan. Sebab itulah para pengeluar vaksin memberikan jaminan bahawa mereka yang telah disuntik –selepas beberapa tempoh— seseorang itu dibenarkan bergerak atau kembali beraktiviti secara normal, termasuk dalam sektor ekonomi dan sosial secara lebih terbuka.

‘herd imunity’

Berdasarkan ketetapan WHO, sesebuah negara akan berada dalam situasi ‘selamat’ bila mencapai herd imunity, atau dikenali sebagai imuniti kelompok. KKM mentakrifkan ‘imuniti kelompok’: Apabila masyarakat dilindungi dari jangkitan sesuatu penyakit, maka virus/ bakteria tersebut sukar bertapak di dalam komuniti’. Ini kerana ‘herd imunity’ dapat melindungi mereka yang mempunyai sistem imun (kekebalan diri dari penyakit) yang rerndah dan dapat dicapai “apabila seluruh komuniti dilindungi daripada jangkitan penyakit cegahan vaksin melalui liputan imunisasi tinggi

Imuniti kelompok dikatakan dapat dicapai sekiranya 70 hingga 80 peratus penduduk telah menerima suntikan vaksin. Malaysia menetapkan imuniti kelompok pada tahap 80 peratus (dari 32.75 juta), yakni setelah 26.2 juta penduduk menerima suntikan vaksin (dua dos). Ini bermakna Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya 53 juta dos untuk melengkapkan komuniti kelompok. Sehingga 22 Julai 2021, seramai 10,920,860 telah menerima dos pertama manakala 5, 104,054 menerima dua dos suntikan vaksin. Pada tarikh tersebut, Malaysia telah berjaya meningkatkan kadar pemberian vaksin  sebanyak 507,050 dos sehari dan ini bermakna negara mampu mencapai imuniti kelompok sebelum akhir tahun ini sekiranya masalah bekalan vaksin tidak menjadi halangan besar.

Beberapa bulan lalu timbul isu mengenai bekalan vaksin disebabkan negara-negara maju membeli vaksin melebihi keperluan dan masalah birokrasi Kesatuan Eropah untuk mengawal ‘penjualan vaksin’ kepada negara-negara kecil di mana terutama jenama Pfizer, Moderna dan Astra Zeneca. Juga berlaku masalah pengiktirafan vaksin oleh Kesatuan Eropah terhadap vaksin-vaksin yang dikeluarkan oleh beberapa negara (misalnya Thailand, India, Jepun dan Korea Selatan) walaupun formula dan persetujuan pengeluaran tempatan telah diberikan oleh pihak asal pembuat vaksin. Akibat birokasi Kesatuan Eropah menyebabkan ada negara Eropah sendiri (bekas negara berideologi komunis) membatalkan pembelian vaksin Pfizer dan menggantikan dengan vaksin yang dikeluarkan oleh China dan Rusia.

Vaksin keluaran China dan Rusia juga berhadapan masalah pengiktirafan oleh beberapa buah negara maju, dan ini menyebabkan banyak pihak melihat ia sebagai salah satu daripada beberapa isu yang ada kaitannya dengan ‘perang perdagangan’ yang telah dimulakan oleh Amerika Syarikat sejak tahun 2018 lagi, terutama dengan China.

‘kehendak politik

Semalam (25 Julai 2021), Malaysia mencatatkan jumlah kes jangkitan harian tertinggi dengan 17,045 untuk tiga hari berturut-turut (23 Julai 2021 dengan 15,902 dan 24 Julai 15,573 kes) dan ketika mula mendekati 10,000 kes sehari, etos kerajaan gagal semakin  kuat didengungkan oleh pelbagai pihak, dari ahli politik hinggalah kepada aktivis masyarakat dan individu tertentu. Bagaimanapun, desakan itu adalah lebih berbentuk ‘kehendak politik’ berbanding isu kesihatan kerana ia lebih kuat gemanya dalama kalangan mereka yang inginkan Mahiaddin meletakkan jawatan atas alasan ‘tiada sidang Dewan Rakyat’. Setelah ada persetujuan untuk memulakan Sidang Dewan Rakyat selama lima hari (bermula 26 Julai 2021), kritikan pula mula dikeluarkan terhadap perjalanannya, yakni dikatakan tidak membenarkan ‘perbahasan’ dan hanya seumpama ‘sesi taklimat’.

Ertinya, etos kerajaan gagal yang diperkatakan bukanlah membuktikan makna kegagalan sesebuah kerajaan sebenar, ia hanyalah label propaganda hitam yang disebut berulang-ulang sehingga terlekat dalam pemikiran sebahagian rakyat. Dalam beberapa perkara, mungkin ada kegagalan yang berlaku, tetapi ia bukanlah merupakan kegagalan mutlak sebagaimana pernah dinafikan oleh seorang menteri: kerajaan masih berfungsi, jentera pentadbiran awam masih melaksanakan tanggungjawab dengan baik dan ekonomi masih aktif walaupun ada sekatan dalam kategori ‘bukan perlu’.

Kalau nak dikaitkan dengan COVID-19, ia tidak boleh dikatakan hanya kerajaan Malaysia sahaja yang gagal. COVID-19 berlaku hampir di seluruh negara, dan jika untuk menggunakan sebagai statistik, secara ‘rule of thumb’ kita akan lebih melihat angka kematian sebagai ukuran pertama. Bila bilangan kematian lebih tinggi, ia bermakna berlaku masalah pengurusan kesihatan yang kurang berkesan. Ini bermakna, secara keseluruhannya, Amerika Syarikat merupakan negara yang paling ramai sekali rakyatnya meninggal akibat COVID-19.

Sehingga kini, 4,174,616 orang meninggal di seluruh dunia akibat COVID-19, di mana 626,762 berlaku di Amerika Syarikat; 549,999 kes di Brazil; 420,996 kes di India; 238,316 kes di Mexico; 195,759 di Peru; 153,874 kes di Rusia; 129,158 kes di United Kingdom; 127,949 kes di Itali;  118, 868 kes di Columbia; 111, 622 kes di Perancis; 92,037 di Jerman; 83,279 kes di Indonesia; 35,276 kes di Chile; 26,564 kes di Kanada; 25,220 kes di Belgium; 17,292 kes di Portugal; 15,124 kes di Jepun; 8,167 kes di Arab Saudi; dan beberapa buah negara lagi sepatutnya dikategorikan juga sebagai ‘kerajaan gagal’ kerana kes kematian melebihi kes kematian di Malaysia setakat ini (7,994 kes).

BACA JUGA: KERAJAAN GAGAL: ANTARA ‘MITOS’ DAN ‘ETOS’, https://omiw.com.my/Web/2021/07/26/kerajaan-gagal-antara-mitos-dan-etos/

Indikator kedua, ialah dari segi jumlah kes. Secara keseluruhannya, Amerik Syarikat terus berada di tangga teratas ‘liga COVID-19’ dengan lebih 35.1 juta kes diikuti India dengan lebih 31.4 juta kes, Brazil lebih 19.7 juta dan Malaysia berada di tangga ke-30 dengan catatan kes sejumlah 1,013,438 kes di belakang Romania (1,082,292 kes), Sweeden (1,096,799 kes), Belgium (1,113,465 kes), Canada (1,426,215 kes), Filipina (1,548,755 kes dan Indonesia (3,166,505 kes). Negara-negara Asia Tenggara yang mengalami kes jangkitan COVID-19 terendah ialah Brunei Darussalam (321 kes), Singapura (64,179 kes), Vietnam (98,465 kes)’ Kemboja (71,244 kes/22 Julai 2021 ), Thailand (497,302 kes), Myanmar (253,564 kes/22 Julai 2021), Timor Leste (10,227 kes/22 Julai 2021) dan Laos (4,342 kes/22 Julai 2021). Ini bermakna negara-negara yang melampaui tahap jangkitan kumulatif Malaysia juga adalah kategori ‘kerajaan gagal’ termasuklah negara-negara Eropah, Amerika Syarikat, Korea Selatan dan Jepun, yakni kesemua 30 buah negara yang disenaraikan tertinggi jangkitan adalak ‘kerajaan gagal’ manakala pemimpinnya disarankan meletakkan jawatan.

‘pesakit mati di jalanan’

Indikator ketiga, jika mengambil kes yang dikatakan kelemahan pengurusan pesakit –dakwaan berada di koridor sehingga tiga hari – kekurangan katil, tabung gas, katil ICU dan sebagainya, sepatutnya perlu dilihat keadaan yang berlaku di negara-negara lain termasuk negara maju seperti Amerika Syarikat, Itali, Portugal yang pada peringkat awalnya dilaporkan ada dalam kalangan pesakit mati di jalanan. Begitu juga bila kes seumpama ‘tsunami’ yang berlaku di India beberapa bulan lalu sehingga menimbulkan masalah untuk pembakaran dan pengurusan mayat. Apakah mereka yang mengkritik atas asas yang sama tidak mendesak Perdana Menteri India meletakkan jawatan kerana gagal menguruskan pesakit dan jumlah kes sehari pernah melangkaui 400,000 kes.

Indikator keempat kritik terhadap pemberian vaksinisasi. Benar pada peringkat awal proses pelaksanaannya sedikit lemah tetapi apakah sikap mereka yang mengkritik itu terhadap golongan antivaksin, termasuk penyebar-penyebar berita palsu. Sepatutnya mereka yang mengkritik ini mengambil peranan untuk menentang kelompok antivaksin dan juga berusaha menasihatkan orang ramai mendaftar untuk mendapatkan suntikan. Pendaftaran sangat perlu bagi membolehkan kaedah pemberian vaksin dapat dilaksanakan dengan sempurna antaranya tidak menyebabkan berlakunya kesesakan di PPV, bekalan (simpanan) vaksin mencukupi dan tidak memungkinkan berlakunya jangkitan di PPV ataupun pusat-pusat saringan sebagaimana berlaku di Stadium Melawati.

Indikator kelima ialah memperluaskan pusat-pusat pemberian di klinik-klinik swasta. Namun masalah yang timbul ialah ada usaha yang kurang memberansangkan apabila ada usaha untuk mengenakan caj sehingga dilaporkan mencecah RM 800 untuk dua dos. Dengan peluasan kepada klinik-klinik swasta menyebabkan muncul pula aktiviti penjualan vaksin secara ‘gelap’ dan ini akan merusakkan seluruh pengurusan kesihatan di negara ini. Apa yang diketahui, vaksin tersebut dibekalkan secara percuma (Berita Harian, 15 Mac 2021). Walaupun ia dilakukan oleh segelintir manusia yang sangat cenderung kepada perilaku ‘mengaut keuntungan di atas penderitaan dan ketakutan orang awam terhadap penyakit’. Sebelumnya ada aduan, klinik atau pusat perubatan swasta mengenakan caj yang tinggi untuk ujian saringan COVID-19 (Berita Harian, 28 Mei 2021).

Kita masih ingat, bagaimana Pakatan Harapan pernah memberikan peluang kepada klinik-klinik swasta menyediakan vaksin kepada orang ramai pada awal tahun 2020, ketika ‘virus Wuhan’ mula kedengaran. Lagi menyiksakan kerana bayaran dikenakan agak tinggi dan terpaksa membuat tempahan kerana ‘vaksin influenza’ berkenaan perlu diperoleh terlebih dahulu. (Astro Awani, 14 Januari 2020). Kini, timbul pula isu caj suntikan vaksin untuk pihak industri sehingga RM350 bagi dua dos (Program Vaksin Selangor, SelVAX) dan ia adalah amat tinggi berbanding caj yang dikenakan dibawah Program Imunisasi Industri Covid-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) iaitu RM45 bagi setiap pekerja. (Sinar Harian, 26 Julai 2021).

ukuran jangkitan

Indikator seterusnya ialah kaedah ukuran jangkitan dengan menggunakan kes jangkitan bagi setiap 100,000 atau sejuta penduduk. Ini bermakna negara-negara kecil yang mempunyai penduduk yang kecil akan berada di posisi tertinggi bila ada peningkatan kes. Misalnya, jika negara berpenduduk 1 juta orang dan kes jangkitan ialah 100,000 ia dilihat cukup tinggi berbanding di negara yang mempunyai penduduk lebih 300 juta orang walaupun kes jangkitkan melangkaui 10 juta. Ini adalah satu kisah ‘use and abuse of statistics’ yang telah digunakan oleh memperlihatkan imej pemulihan kesihatan di Amerika Syarikat selepas Joe Biden mengambil alih pentadbiran Rumah Putih.

Misalnya, pasa 23 Mei 2021, Malaysia dalam tempoh seminggu merupakan tertinggi skor kes bagi setiap sejuta penduduknya, yakni 185.3 mengatasi India (184.99 kes) dan Amerika Syarikat (76.31). Jika dilihat daripada jumlah kes, pada tarikh tersebut Malaysia ada sekitar 521,091 sedangkan India ketika itu masih memuncak dengan jangkitan harian akibat upacara agama Hindu yang berlangsung pada bulan April lalu. Akibatnya, Indonesia pernah mengecam Malaysia, dan beberapa minggu selepas itu, Indonesia mengalami situasi jangkitan baharu lebih tinggi daripada Malaysia. Semuanya dikatakan berpunca daripada varian baharu, iaitu dari jenis Delta yang berasal dari India. WHO menganggarkan pada akhir April lalu, sekurang-kurang 17 buah negara dikesan telah tersebarnya virus Delta (B1617), dan kini sudah pun muncul di Malaysia, Thailand, Indonesia dan Filipina.

Sehingga semalam, Indonesia mencatatkan pertambahan 38, 678 kes dengan 1,266 kematian (https://www.tribunnews.com/), Thailand 15,335 kes dan kematian 129 kes dan Filipina 5,479 kes dan 93 kematian. Malaysia mencatatkan 17,045 kes dan 92 kematian. Jika tujuannya untuk dibuat perbandingan, krisis COVID-19 perlu dilihat juga daripada perspektif kematian, kes jangkitan harian, jumlah kumulatif bukan sekadar melihatnya daripada perspektif  purata perkapita kerana perangkaan sebegini tidak menggambarkan realiti kes. Ia hanya sesuai digunakan oleh pihak yang mempunyai perspektif membentuk ‘kerangka persepsi’ dan sangat cenderung membuat kesimpulan mudah.

Begitu juga bila menggunakan indikator ‘flip flop’ terhadap SOP. Sebagaimana kita ketahui sesuatu tindakan yang dilaksanakan dalam PKP ia bergantung kepada sesuatu tujuan dan situasi semasa, maka sebab itulah ia tidak rigid. Bagi mereka yang mengkritik ‘flip flop’ tersebut juga harus melihat secara universal  kerana ia juga berlaku di semua negara, misalnya di Jepun, Korea Selatan, Singapura dan juga di Amerika Syarikat. Memang, berlaku ‘trial and error’ dalam usaha menangani pandemic COVID-19 kerana virus corona tidak pernah muncul dalam sejarah, maka tidak ada banyak penyelidikan dan langkah pasti untuk mengatasinya. Ertinya, setiap perubahan dan peningkatan kawalan dilakukan berdasarkan keputusan yang dibuat secara majoriti, setelah mengambil kira pandangan dan pendapat para pakar, bukannya mereka yang sangat cenderung mengisytiharkan dirinya pakar kesihatan, sedangkan sebenarnya mereka adalah pakar ‘propaganda’ atas maksud dan sesuatu tujuan.

‘pakar segera

Ada segelintir individu yang mempersoalkan kekesanan vaksin kadangkala sangat terikut-ikut dengan mereka yang berusaha menjadi ‘pakar segera’, yakni menjual makanan tambahan, ubat-ubatan tradisional dan sebagainya, walhal sejarah kejayaan untuk melindungi diri daripada COVID-19 belum pernah ada. Ia juga dilakukan secara ‘trial and error’, umpamanya apabila cuba dikaitkan penggunaan ivermecitin, air kelapa, rebusan serai, penguapan bunga cengkih, dan penggunaan minuman lemon. Apa yang kita pasti, apabila kita mengelakkan daripada mengambil minuman sejuk (ais) dan kerap minum, ia mampu mematikan aktiviti virus corona yang ada dalam diri seseorang. Ini kerana, hasil daripada kajian, corona tidak boleh hidup dalam persekitaran suhu 27 darjah celcius, mudah dimusnahkan oleh asid dalam organ dalaman seseorang yang banyak minum air (setiap 15 minit), dan mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat.

Selain daripada itu, galakan untuk menjarakkan sosial adalah mengelakkan daripada menerima jangkitan virus yang dikeluarkan oleh seseorang yang bersin, batuk dan berdehem, apatah lagi jika virus itu masih belum mati terampai di udara. Membasuh tangan seberapa kerap (selepas menyentuh barangan logam, kayu dan sebagainya) bagi mengelakkan virus yang ada di tangan dapat dinyahkan, sabun atau larutan alkohol boleh mematikannya. Bila memakai pelitup muka, virus itu dapat dihalangi daripada memasuki rongga mulut dan hidung, kerana dua ‘pintu masuk’ itulah dikesan sangat mudah diterobosi corona.

Jadi, kalau ‘flip flop’ itu dijadikan asas mengecam atau melabelkan ‘kerajaan gagal’, apakah jaminan daripada mereka yang mendakwa itu benar-benar ‘ada sentuhan ajaib’ untuk melenyapkan COVID-19. Sebagaimana kita ketahui, belum ada manusia yang benar-benar berjaya membunuh virus, yang ada hanyalah sekadar melindungi virus itu daripada terus mengganas. Sebagai makhluk Allah SWT, virus kecil itu adalah ujian untuk manusia agar dapat menggunakan akal yang sihat untuk mengatasinya, dan kembali mencari makna kebesaran Allah SWT yang menguasai setiap makhluk. Dan, kerana itu selain berikhtiar, mengambil vaksin, setiap umat Islam hendaklah berdoa, memohon agar Allah SWT mempercepatkan COVID-19 ‘pergi’, bukan mendabik dada kununnya ‘saya boleh lakukannya’, orang yang berkata sedemikian adalah orang yang takabur dan sangat sombong.

tidak wajar bertelingkah

Kalau pun Perdana Menteri berjaya dijatuhkan, apakah Perdana Menteri baharu yang menggantikan ‘kerajaan gagal’ benar-benar dianugerahkan ‘mukjizat’ untuk melawan COVID-19?  Saya berkata demikian kerana mereka yang mengatakan ‘kerajaan gagal’ itu pun belum pernah berjaya mengatasi COVID-19, kerana wabak itu hanya baharu muncul sebelum hujung tahun 2019. Apakah sebelum kemunculannya, mereka (doktor perubatan) pernah belajar mengenainya genetik virus corona? Seharusnya, kerana setiap daripada kita masih belum memahami dan mengenali virus corona tidak wajar bertelingkah dan saling menyalahkan. Apa yang kita perlu hapuskan ialah mitos ‘keajaiban seseorang’, kerana tidak ada kejayaan tanpa kerjasama seluruh makhluk yang bernama manusia.

Sebenarnya itulah yang sepatutnya berlaku, bukan saling memperlekehkan. Orang yang suka memperlekehkan orang lain inilah yang telah diberikan amaran oleh Allah SWT dalam firman-Nya yang bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah ada suatu kaum yang mempermain-mainkan kaum yang lain, (kerana) boleh jadi kaum yang dipermaikan itu lebih baik daripada mereka, dan jangan pula ada golongan perempuan yang mempermain-mainkan perempuan yang lain, (kerana) boleh jadi perempuan (yang dipermainkan) itu lebih baik daripada mereka. Janganlah kamu saling mencela satu sama lain, dan janganlah saling memanggil dengan gelaran-gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk (jadi fasik) setelah beriman. Dan barang siapa tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.” (Surah al-Hujurat, ayat 11)

MONOSIN SOBRI

Translate »