Pertengahan bulan Julai (tepatnya, 19 Julai 2021) bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menguar-uarkan dapatan ‘poll’ daripada 350,000 responden yang menjawab dalam talian soalan: “Adakah kerajaan PN gagal menguruskan Covid-19 dan gagal menguruskan kesejahteraan rakyat?.”
Cukup memberansangkan, hasilnya ialah 78 peratus bersetuju dengan soalan yang sangat mempengaruhi ‘keputusan berfikir’ setelah mengetahui apa motifnya ‘poll’ tersebut dibuat. Mungkin keputusan yang dibuat oleh mereka yang menjawab ‘ya’ dipengaruhi oleh beberapa ‘terjahan angin’ yang sedang berlaku ketika itu, yakni kes jangkitan harian COVID-19 tidak menurun secara drastiknya seperti yang diharapkan apabila ‘darurat kesihatan’ diisytiharkan (12 Januari 2021) dan seterusnya ‘total lockdown’ pada 1 Jun 2021.
Ketika itu, mood politikus bercampur dengan ‘kemarahan’ pentafsiran sekumpulan politikus lain (dalam kerajaan Perikatan Nasional) perihal ‘pandangan’ Yang di Pertuan Agong (YDPA) setelah bertemu dengan Raja-Raja Melayu bahawa Sidang Dewan Rakyat perlu diadakan ‘secepat mungkin’. (16 Jun 2021). Sebelumnya, pemimpin-pemimpin parti politik ‘dipanggil’ untuk memberikan pandangan mereka yang kita ketahui, Tun Dr Mahathir sangat berminat dengan idea penubuhan Majlis Pemulihan Negara, yakni seumpama “MAGERAN” di mana pentadbiran kerajaan dilaksanakan oleh satu pasukan yang dilantik berdasarkan kepakaran dan kebolehan masing-masing, maknanya, peranan ahli politik (terutama menteri-menteri) ditangguhkan ke suatu tempoh masa, atau dengan kata lain, ‘terima gaji, tapi tidak berfungsi’.
Ekoran daripada ‘keakuran pandangan’ YDPA itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri dipersoalkan kerana mentafsirkan ‘secepat mungkin’ bukan bermakna sesegera yang boleh, ia boleh diadakan selepas tamatnya Proklamasi Darurat, iaitu selepas 1 Ogos 2021. Tekanan ke atas Datuk Takiyuddin itu semakin meningkat, sehingga ada yang mahukan diambil tindakan kerana ‘tiada kesetiaan’. Walhal, apa yang diterjemahkan oleh Takiyuddin itu adalah ‘betul’, YDPA tidak memberikan tarikh ‘secepat mungkin’ dan ia adalah tertakluk kepada keputusan Perdana Menteri.
Sidang Dewan Rakyat secara ‘hibrid’ dicadangkan. Ia juga mendapat kritikan, bahkan ada yang melihat keengganan itu sebagai satu lagi kaedah Mahiaddin Mohamad Yassin untuk ‘mengekalkan kedudukan’nya, sehinggalah berusaha untuk mendiamkan sekelompok dalam UMNO, dengan menaikkan pangkat dua orang menteri: Datuk Ismail Sabri Yaacob dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri manakala Hishamudin Hussein ditabalkan sebagai Menteri Kanan. Ismail Sabri kekal sebagai Menteri Kanan Pertahanan manakala Hishamudin juga kekal sebagai Menteri Luar Negara.
Kenaikan pangkat itu membawa kepada tekanan ‘kerajaan gagal’ sedikit sepi, kerana UMNO semakin membuktikan kedudukannya ‘berpecah’ sehingga menyebabkan Zahid Hamidi pula diberikan tekanan untuk meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO. Ia menjadi sedikit lagi sepi apabila keluar laporan bahawa Tun Dr Mahathir bersedia ‘meninggalkan Pejuang’ jika diberikan peranan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN), dalam satu temu bual dengan Harith Iskanda (15 Julai 2021) dan bersedia bertemu dengan Menteri Kanan Kewangan Datuk Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yang diberikan tanggungjawab sebagai Menteri Penyelaras PPN.
‘Kerajaan Gagal’ yang menjadi etos politik Malaysia sebenarnya sudah bermula sejak Pakatan Harapan gagal menunaikan janjinya, iaitu menjelang 100 pertama. Etos itu ditiup oleh ‘angin kecewa’ rakyat apabila kerajaan yang dibentuk oleh Pakatan Harapan dipersepsikan sebagai ‘didalangi oleh DAP’ setelah berlakunya pertukaran pelantikan Peguam Negara, Tommy Thomas yang merupakan seorang peguam yang turut mengendalikan kes-kes yang berkaitan dengan DAP.
Sebelumnya, PH dipersoalkan apabila melantik Lim Guan Eng (Setiausaha DAP) sebagai Menteri Kewangan atas situasinya yang belum bebas daripada dakwaan ‘salah guna kuasa’ dan ‘rasuah’ semasa menjawat jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang, yakni berkaitan pembelian sebuah banglo (tanpa kolam) di Persiaran Pinhorn dari seorang wanita yang turut mendapat kontrak pembinaan Asrama Pekerja di Juru, Pulau Pinang. Selepas Peguam Negara baharu dilantik, kes tersebut digugurkan daripada perbicaraan walaupun sudah dimulakan semasa Barisan Nasional.
Lim Guan Eng kini sedang menjalani proses penghakiman semula pembabitannya dalam projek Lebuhraya Pesisir Pantai dan Terowong Dasar Laut, yang kemudiannya mendapat sorotan dan pengakuan daripada isteri kepada kontraktor (‘Datin’ Geethanjali) terbabit ‘berlaku perbincangan awal pagi’ di penginapan mereka berdekatan dengan The Garden Hotel, Kuala Lumpur (Ogos 2017). Lim Guan Eng hadir bersama Datu Zarul Mohamad Zulkifli (Pengarah Eksekutif Kanan CZBUCG). Lim Guan Eng dikatakan menerima ‘sogokan RM 3.3 juta’ dan ‘meminta keuntungan sebanyak 10 peratus’ daripada projek tersebut (Berita Harian, 7 Ogos 2020, dan Berita Harian, 13 Julai 2021).
Suami ‘Datin Geetanjali’ bernama ‘Datuk’ G Gnagaraja. Pada 27 Februari 2018, G Gnagaraja ditahan oleh SPRM kerana disyaki menerima rasuah RM 19 juta bagi menutupi kes yang dikaitkan dengan Lim Guan Eng daripada CZBUCG. Ketika didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 3 April 2019, G Gnagaraja dikatakan memperdaya Datuk Zarul sebanyak tiga kali: RM 2 juta pada Julai 2017 di Hotel Eastin; RM 15 juta pada bulan yang sama secara ‘rentas akaun’ di CIMB, KLCC; dan RM 2 juta di Hotel Eastin pada bulan Ogos 2017. Selain itu, G Gnagaraja turut didakwa (Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur (9 April 2019) dengan 68 lagi tuduhan yang melibatkan pemindahan wang kepada LHDN, KDN dan 26 buah lagi syarikat termasuk CZBUCG . (Malaysiakini, 15 Ogos 2020).
Dalam ‘request for project’, bekas EXCO Kerja Raya, Kemudahan Awam dan Pengakutan Pulau Pinang, Datuk Lim Hock Seng berkata, Zenith Beijing Construction Group (CZBUCG) telah diberikan markah penilaian tertingi dan berjaya melepasi syarat-syarat dalam dalam permohonan tersebut. CZBUCG ditubuhkan atas gabungan Zenith BUCG, Juteras Sdn dan Sri Tinggi Sdn Bhd. Keseluruhan 60 buah syarikat terbabit; 32 syarikat tempatan dan 16 syarikat asing hadir pra kelayakan (November 2012) dan 12 lagi hadir pada 14 Disember 2011. Selepas disenarai pendek, sebanyak lapan syarikat layak mengambil bahagian.
Lim Guan Eng juga dikatakan telah ‘melupuskan dua bidang tanah’ milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang bernilai RM 208.8 juta kepada sebuah syarikat yang dimiliki oleh Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli yang dilantik bagi melaksanakan projek tersebut yang bernilai lebih RM 6.341 bilion.
Pada 7 Ogos 2020, SPRM menahan isteri Lim Guan Eng, Betty Chew Gek Cheng dan kerana itu, Lim Kit Siang mendesak agar ‘menantunya dibebaskan’ daripada pertuduhan ‘penggubahan wang haram’ dengan berkata:
“Saya telah mengenali Betty selama tiga dekad. Carilah di rumahnya dan anda tidak akan menemui, misalnya, 12,000 barang kemas yang terdiri daripada 2,200 cincin, 1,400 kalung, 2,100 gelang, 2,800 pasang anting-anting, 1,600 kerongsang, 14 tiara atau 423 jam tangan mewah (berjenama Rolex, Chopard dan Richard Mille), 234 cermin mata hitam mewah (berjenama Versace dan Cartier), 567 beg tangan mewah dari 72 jenama (antaranya Chanel, Prada, Versace, Bijan, KWANPEN dan Judith Leiber), 272 beg tangan dari Hermès (beg Birkin) atau wang tunai berjumlah RM116.7 juta dalam 26 mata wang yang berbeza.” (https://ttkm.com.my/2020/08/08/gugurkan-pendakwaan-amla-terhadap-menantu-saya-betty-chew-rayu-kit-siang-kepada-pm-ag-dan-sprm/)
Kenyataan sedemikian memperlihatkan sikap Lim Kit Siang yang cukup bias. Sebelumnya, beliau tidak membuat desakan agar anaknya, Lim Guan Eng ‘mengambil cuti’ apabila disiasat oleh SPRM atas dakwaan pecah amanah ketika masih memegang jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang atas alasan, belum dibuktikan bersalah. Ramai rakyat Malaysia mengingati bagaimana DAP menggunakan isu Tan Sri Rahim Tamby Cheek ketika didakwa ada hubungan seks dengan seorang gadis bukan Melayu, beliau sangat lantang mendesak meletakkan jawatan.
Begitu juga apabila pernah mendakwa ‘seorang wanita Cina’ didesak ‘ketuk ketampi dalam keadaan bogel’ yang kemudiannya menyebabkan Tun Abdullah Ahmad Badawi memohon maaf kepada kerajaan China. Setelah disiasat, wanita terbabit adalah ‘Melayu’ dan bukan keturunan Cina, namun, Lim Kit Siang tidak memohon maaf di atas persepsinya yang silap. Juga dalam tahun-tahun 1980-an, Lim Kit Siang menggesa kerajaan membatalkan projek Jambatan Pulau Pinang dengan alasan ‘tidak penting’ da nada banyak projek lagi yang lebih mendesak. Bagaimanapun, semasa DAP mengambil alih Pulau Pinang, Lim Kit Siang tidak mendesak anaknya membatalkan projek lebuh raya utama dan terowong dasar laut walaupun sudah ada dua buah jambatan yang merentasi Selat Melaka. Projek tersebut bukan sahaja dilihat membazir bahkan boleh mengakibatkan gangguan kepada alam sekitar (seperti disuarakan oleh CAP, Persatuan Pengguna Pulau Pinang).
Bantahan CAP kemudiannya diulas secara sinis oleh Lim Guan Eng sebagai ‘tidak bijak’ kerana alasan ‘berlaku kemalangan’, tidak seharusnya mengikut ‘sentimen’ dan sangat subjektif. Selar Lim Guan Eng: Kalau macam ini jangan bina jalan kerana pun ada kemalangan. Jangan gunakan logik macam ini, saya rasa ini (alasan CAP) kurang waras,” (https://www.mstar.com.my, 19 Mac 2013). Apakah jawapan Lim Guan Eng ketika isterinya ditahan reman benar-benar ‘jawapan yang waras’ bila mempersepsikannya sebagai tindakan untuk ‘merusakkan kebahagiaan keluarga?’.
Begitu juga komen dan pendirian Lim Guang “kepala otak dia” bila Menteri Penyelarasan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan hanya memerlukan butiran lanjut ‘derma 2 juta vaksin kepada kerajaan Pulau Pinang’? Selepas itu, Lim Guan Eng benar-benar mempunyai ‘kepala otak’ bila Ketua Menteri Pulau Pinang ‘memohon maaf’ setelah isu tersebut ‘menyebabkan DAP Pulau Pinang’ terperangkap, oleh tindakan dan perangkap yang ditahan sendiri.
Etos ‘kerajaan gagal’ menjadi rancak diperkatakan selepas PH ‘terlucut kuasa’ oleh saki baki wakil rakyat yang masih setia dan mengharapkan kuasa untuk mereka dapat dikembalikan dengan apa cari sekalipun (termasuk menggunakan tekanan). Alasannya ialah PH merupakan pilihan rakyat, tetapi selepas 100 hari pertama PH mula dibenci oleh rakyat. Kebencian berlaku kerana dalam kalangan menteri-menteri dalam kabinet PH tidak mampu belajar dengan cepat bagaimana ‘menjadi kerajaan yang berkesan’ dengan cepat, dan enam bulan pertama berlangsung tanpa ada perencanaan yang terbaik untuk ‘membaiki kerusakan’ yang didakwa. Selain tidak ada ‘penyatuan fikiran dan sumber’, masing-masing parti politik dilihat berusaha untuk menduduki posisi parti yang paling dominan.
Hal ini mungkin tepat apa yang pernah dirumuskan oleh Mohamad Sabu ketika berada dalam kelompok pembangkang, yakni ketika mengulas tentang BN semasa kemelesetan ekonomi 1998. Semasa masih bersama PAS, Mohamad Sabu yang terkenal sebagai ‘badut politik’ menyatakan: ketika makanan cukup banyak, tidak berlaku perebutan antara serigala. Akibat kemelesetan ekonomi, disebabkan makanan tidak lagi banyak, maka bertempiklah serigala-serigala untuk mendapatkan makanan dan disitulah bermulanya ‘pertelingkahan’. Selepas menubuhkan PAN dan menjadi Menteri Pertahanan selama 22 bulan, Mohamad Sabu bertukar ‘menjadi serigala’ akibat ‘terlucut kuasa’. Tetapi, langkahnya dilihat sebagai seekor ‘serigala’ yang tidak lagi mampu ‘mengejar’ dan hanya ‘tahu menyalak’:Haram jadah, balik dari luar negara, hilang kuasa.
Ada dua kelompok yang berusaha untuk menggambarkan kerajaan Perikatan Nasional yang mengambil alih kuasa adalah ‘kerajaan gagal’: pertama gagal dari segi majoriti dan kedua gagal menangani COVID-19. Dari perspektif majoriti, ia hanyalah asas yang dijadikan peluru oleh PH walaupun diketahui dengan jelas PH lagi menguncup sokongan wakil-wakil rakyat. Atas sebab itulah Anwar gagal membuktikan beberapa kali cakapnya sendiri: cukup nombor dan Mahiaddin ‘sudah jatuh’.
Kelompok kedua ialah wakil rakyat UMNO yang merupakan komponen dalam Perikatan Nasional. Kelompok ini pada awalnya berusaha memberikan tekanan kepada Mahiaddin dengan ulasan tidak puas hati pembahagian jawatan dalam kabinet dan tiada jawatan Timbalan Perdana Menteri untuk wakil rakyat UMNO. Alasannya, UMNO adalah penyumbang kerusi terbesar dalam PN. Alasan kedua, yang ikut menampakkan sikap dan selfishnya sekumpulan pemimpin UMNO ialah Mahiaddin tidak ‘membebaskan’ beberapa orang pemimpin UMNO yang dihadapkan ke mahkamah atas ‘kezaliman yang ditimbulkan oleh Dr Mahathir’ biarpun Mahathir, Latheefa Koya (SPRM) dan Peguam Negara sudah pun berakhir.
Dua alasan itu kemudiannya menjadikan ada usaha untuk membentuk pakatan politik baharu dengan mengangkat Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri, yang kemudiannya menjadikan Presiden UMNO semakin terdesak. Zahid Hamidi kemudiannya mengeluarkan kenyataan, UMNO ‘menarik diri daripada menyokong Perikatan Nasional’ hanya sebagai kenyataan bukan tindakan. Di sini Zahid cukup dilihat sangat retorik dan akhirnya didesak agar meletakkan jawatan. Ertinya, Zahid sedang terperangkap. Maka, untuk membolehkan dirinya ‘keluar daripada perangkap’ tersebut, maka diperhebatkan gerakan menilai Perikatan Nasional sebagai ‘kerajaan gagal’. (BERSAMBUNG)
MONOSIN SOBRI
Recent Comments