WHO Prediksi Akan Ada 100.000 Kematian Covid-19 hingga Olimpiade Berakhir

Pertubuhan Kesihatan Antarabangsa (WHO) meramalkan akan berlaku kematian sehingga 100,000 orang akibat COVID-19 ketika ini sehingga tamatnya temasya Olikpik Tokyo 2020.

Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata demikian selepas mengadakan perjumpaan dengan  Jawatankuasa Olipik Antarabangsa di Tokyo, Jepun.

“Pandemik ini merupakan ujian, dan dunia sudah mulai menunjukkan kegagalan,” tegas Tedros dalam kenyataannya.

Tedros turut mengingatkan, sesiapa pun yang berfikir bahawa virus coron sudah dapat dibendung hanya disebabkan kes jangkita harian menurunjuga adalah “orang bodoh”.

Menurut Tedros lagi,  sehingga kini sudah melebihi empat juta orang meninggal dunia di seluruh dunia akibat COVID-19.

“Kematian akan terus bertambah. Pada tahun ini sahaja, jumlah kematian meningkat dua kali ganda berbanding tahun lalu”, ujar Tedros, “Boleh saya katakana,  ketika obor Olimpik dipadamkan pada 8 Ogos, lebih 100,00 orang akan kehiangan nyawa.”

Tedors turut mengkritik   berlakunya “ketidakadilan ngeri” di mana 75 peratus vaksin dikuasai hanya oleh 10 negara sahaja dan mengharapkan sasaran 70 peratus penduduk di setiap buah negara dapat dihasilkan menjelang pertengahan tahun 2022.

Menurut perkiraan, seluruh dunia memerlukan para pengeluar vaksin menghasilkan sebanyak 11 bilion dos pada tahun hadapan.

“Pandemik ini akan berakhir jika dunia bersatu padu memilih untuk menamatkannya. Sekarang terserah kepada semua negara,” beritahu Dr Tedros.

Tedros menambah, kegagalan negara besar berkongsi data vaksin, ujian, ataupun membekalkan oksigen akan memanjangkan lebih lama lagi tempoh pandemik.

“Semakin lama kelompongan ini berlanjutan, semakin lama pula pandemik menular. Begitu juga masalah sosial ekonomi yang terpaksa dihadapi kerananya,” tambah Tedros

Biarpun membuat ramalan menakutkan, Tedros menerangkan Olimpik Tokyo tetap diadakan walaupun ianya bakal menjadi suatu peristiwa yang mencabar dalam keadaan menegakkan peraturan SOP yang ketat.

Katanya, seluruh dunia memerlukan Olimpik ini, yang ditunda setahun lalu sebagai satu bentukperayaan menggapai harapan, Tedros mendoakan temasya ini akan berjalan dengan jayanya, “acara ini menyatukan dunia, sebegai inspirasi dan membuktikan keupayaan manusia.”

Menjadi tanggungjawab pihak penganjur untuk memastikan kawalan ketat kerana setakat ini sudah ada 79 kes jangkitan yang dikaitkan dengan Olimpik, terutama mengambil langkah dengan segera untuk mengenal pasti, memberi  rawatan dan melakukan pengasingan mereka yang dijangkiti. .

Sumber: https://www.kompas.com

Translate »