SEPULUH hari pertama bulan Zulhijjah mempunyai keutamaan luar biasa berdasarkan dalil yang terdapat dalam al-Qur’an dan As-Sunnah. Di antara hari-hari pada sepuluh hari pertama tersebut terdapat satu hari yang istimewa dengan banyak keutamaan, yang dikenal dengan Hari Arafah, iaitu hari ketika jamaah haji wukuf di Padang Arafah.

Hari Arafah berlangsung pada 9 Dzulhijjah. Pada tahun 2021 ini, hari Arafah berlangsung pada Isnin, 19 Julai 2021. Pada hari itu jamaah haji berbodong-bondong menuju padang Arafah setelah sehari sebelumnya melewati hari Tarwiyah (8 Dzulhijjah).

Di Padang Arafah ini mereka mendengarkan khutbah Arafah, lalu menghabiskan waktu dengan memanjatkan doa kepada Allah SWT. Sebab, kata Rasulullah SAW, “Doa terbaik adalah doa pada hari Arafah.” (Riwayat At-Tirmidzi dengan sanad hasan). Adapun waktu paling istimewa dalam memanjatkan doa di Hari Arafah ini adalah semenjak Zuhur sampai masuk Maghrib.

Waktu terbaik dalam berdoa ini bukan sekadar untuk mereka yang sedang berada di Padang Arafah, namun juga bagi kaum Muslim yang tidak sedang berhaji. Al-Hafidh Ibnu Rajab Rahimahullah dalam kitabnya Latha’iful Ma’arif mengatakan, “Hari Arafah adalah hari pengampunan dosa dan pembebasan dari api neraka serta doa mustajab bagi jamaah haji yang sedang wukuf di Arafah dan bagi semua umat Islam di semua negeri.”

Selain itu, bagi kaum Muslim yang tidak melaksanakan ibadah haji disunnahkan untuk berpuasa pada hari Arafah. Keutamaannya sangat besar.

Rasulullah SAW bersabda, ertinya: “Puasa Hari Arafah dapat menghapus dosa dua tahun yang telah lalu dan akan datang, dan puasa Asyura (tanggal 10 Muharram) menghapus dosa setahun yang lalu,” (HR Muslim).

Mari kita perbanyak zikir, doa dan istighfar di Hari Arafah. Kita doakan keluarga yang sedang sakit atau berjuang mempertahankan hidup dari himpitan ekonomi agar segera Allah SWT sembuhkan dan Allah SWT lapangkan.

Kita doakan juga sahabat-sahabat kita yang kini sedang berjuang mengatasi COVID-19 agar Allah SWT limpahkan kesabaran dan Allah SWT angkat penyakitnya. Dan, jangan lupa doakan negeri kita dan negeri-neri kaum Muslimin agar segera Allah SWT angkat wabak ini.

Sumber: https://www.hidayatullah.com/

Translate »