Begitu banyaknya nikmat yang telah, sedang, dan akan diberikan oleh Allah SWT kepada kita, hamba-hamba-Nya. Daripada banyaknya, Allah SWT menggunakan redaksi ‘tidak terhitung’ saat hamba-hamba-Nya berniat menghitung seluruh nikmat pemberian-Nya.

Tersebut pula dalam al-Qur’an, jika Allah SWT menjadikan seluruh tumbuh-tumbuhan sebagai pena dan seluruh air di samudera sebagai tinta untuk menuliskan semua nikmat-Nya, semua itu tak akan pernah cukup untuk menghitung nikmat-Nya, pun jika Allah SWT menambahkan jumlah tumbuhan sebagai pena dan air sebagai tinta.

Di dalam anggota tubuh kita yang terindra sahaja, ada jutaan nikmat yang tiada terbilang. Belum lagi jika ditambahkan dengan nikmat-nikmat dalam anggota tubuh bahagian dalam; jantung, paru-paru, buah pinggang, pankreas, dan organ dalam lainnya.

Semakin kita berhasrat untuk menghitungnya, maka semakin tidak mungkin pula bagi diri yang lemah ini untuk mengetahui berapa jumlahnya.

Persoalan lainnya, adakah kita mampu membezakan; manakah di antara rezeki dari Allah SWT itu yang menjadi nikmat atau laknat bagi kita? Adakah kita boleh menjamin bahawa semua kurniaan yang Allah SWT berikan merupakan nikmat-Nya yang agung? Ataukah ada di antara kurnia-kurniaan Allah SWT yang justeru menjadi sebab diturunkannya laknat?

Langkah apakah yang boleh kita tempuh untuk membezakan;  apakah sebuah rezeki termasuk nikmat atau laknat dari Allah SWT?

Kepada salah satu ‘alim umat ini, disampaikanlah sebuah pertanyaan, “Jika Allah SWT kurniakan rezeki kepada seorang hamba, bagaimana cara membezakan, apakah rezeki itu termasuk nikmat ataukah laknat?

Berselang detik kemudian, sang ‘alim yang merupakan penulis kitab monumental ‘Uddatush Shabirin dan murid utama Imam Ibnu Taimiyah ini menyampaikan sebuah jawapan yang amat terang, seterang cahaya matahari di siang hari.

Apabila rezeki tersebut semakin mendekatkan seseorang kepada Allah SWT,” jawab Imam Ibnul Qayyim al-Jauziyah, “maka rezeki tersebut merupakan nikmat-Nya.” Sebaliknya, “Andai rezeki tersebut semakin menjauhkan seseorang dari Allah SWT, maka rezeki itu merupakan fitnah yang tak dapat dilaluinya.”

Cubalah perhati sejenak. Lihatlah satu persatu nikmat yang Allah SWT berikan: Adakah mata ini kita gunakan untuk membaca Kalam Allah SWT atau sibuk dengan pandangan haram yang mencelakakan fikiran dan hati hingga semakin jauh dari-Nya?

Adakah rumah, kereta, sawah, ladang, dan saldo (wang) tabungan yang makin menggunung itu menjadi sebab bagi kita untuk semakin rajin mendirikan sholat jamaah di masjid bersama kaum Muslimin, atau justeru melalaikan kita dari mengunjungi rumah-Nya kerana alasan sibuk mengurusi dunia?

Wallahu a’lam.  

Sumber: https://www.eramuslim.com/

Translate »