Mantan Menteri Dalam Negeri (2018-2019) dan Menteri Kewangan (2019-2020), Sajid Javid dilantik sebagai Menteri Kesehatan Britain mulai Jun 2021 menggantikan Matt Hancock yang meletakkan jawatan apabila didakwa terbabit bercium dengan seorang kakitangan wanita, Gina Coladangelo.

Dalam sebuah video yang memaparkan babak tersebut, Hancock dan kakitangan wanita itu secara jelas melanggar SOP yang ditetapkan bagi membendung penularan  virus corona.

Matt Hancock meletakkan jawatan pada 26 Jun 2021, dan pasangan itu telah berselingkuh  selepas meninggalkan pejabat stesen penyiaran BBC di tengah kota London.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Downing Street,  Ratu Inggeris telah bersetuju dengan cadangan melantik  Rt Hon Sajid Javid bagi memenuhi kekoongan yan ditinggalkan oleh Hancock.

Ketika menerima pelantikan itu, Javid membalas: “Saya harap dapat menyumbang  dalam perjuangan untuk melawan pandemik, dan kembali berkhidmat untuk negara saya menerusi kabinet sekali lagi.”

Dengan membawa kembali Javid ke dalam kerajaan, Boris Johnson menjangka dapat membantu meredakan kritikan terhadap kerajaan pimpinannya yang tertekan dengan desak memecat Hancock.

Skandal Matt Hancock

Matt Hancock  mengundurkan diri sehari selepas dipanggil karena melanggar protokol SOP, iaitu penjarakan sosial ketika bercium dengan Gina Coladangelo di pejabatnya. Gina adalah pembantu peribadi di pejabat Hancock.

Hancock dalam suratnya kepada Boris Johnson menyifatkan, kerajaan berhutang budi kepada orang-orang yang banyak berkorban dalam masa pandemik ini manakala Perdana Menteri melahirkan rasa kesal di atas pengunduran tersebut.

Hancock mula mendapat tekanan apabila akhbar The Sun menyiarkan gambar asmara  mereka berdua sedangkan  masing-masing sudah berkeluarga dan mempunyai anak.

Menurut akhbar The Sun, gambar-gambar tersebut diperolehi dari rakaman cctv Kementerian Kesihatan pada  6 Mei 2021.

Ekoran skandal tersebut, Hancock bercerai dengan isterinya, Martha yang dikahwini selama 15 tahun  dan BBC mengesahkan bahawa apa yang berlaku adalah  laporan yang benar.

Dsusun semula berdasarkan: https://www.tribunnews.com/internasional/2021/06/28/sajid-javid-gantikan-matt-hancock-sebagai-menteri-kesehatan-inggris?page=all.

 

 

Translate »