Majoriti warga Jerman percaya bahwa kebebasan berpendapat dalam bahaya. Patriotisme dan Islam disebut-sebut di antara tajuk yang harus sangat diwaspadai. Hal ini dibuktikan melalui tinjauan pendapat yang terbaharu.
Dipetik dari laman sesawang RT pada hari Khamis (17/6), salah satu entiti kajian tertua dan paling dhormati di Jerman, Institut Demoskopi Allensbach melakukan tinjauan yang menghasilkan dapatan bahawa hanya 45 peratus rakyat Jerman masih percaya mereka masih boleh menyuarakan pendapat politik secara bebas.
Hasil tinjauan tersebut merupakan angka terendah sejak 1953, ketika badan itu mulai melakukan tinjau pendapat seumpamanya. Hanya beberapa tahun yang lalu, dua pertiga rakyat Jerman percaya bahawa tidak ada yang dapat menghentikan mereka untuk menyatakan pendapat secara bebas.
Menurut keputusan tinjauan yang diterbitkan akhbar FAZ Jerman pada hari Rabu (16/6), sebahagian besar percaya bahawa kebebasan berpendapat mereka dalam bahaya. Sementara 44 peratus merasa seseorang sebaiknya berhati-hati dengan apa yang ingin diperkatakan.
Hampir 60 peratus responden menyebut Islam sebagai masalah yang tidak dibicarakan. Patriotisme juga disebut sebagai topik kontroversial lainnya oleh 28 peratus rakyat Jerman. Isu lain yang menurut banyak responden merasa tidak selamat adalah hak-hak perempuan, karena 19 peratus responden menyebutnya sebagai isu yang dilarang diperkatakan secara terbuka (tabu).
Akhbar Tagesspiegel menyebut, beberapa hal lain seperti bahasa netral gender atau kata-kata yang dianggap salah secara politik juga dianggap sensitif.
Aktivis beberapa buah partai politik juga menilai keadaan kebebasan berpendapat di Jerman secara berbeza. Mereka yang mendukung Partai Hijau yang berhaluan kiri menggambarkannya dengan cukup positif, seperti yang dilakukan para pendukung Christian Democratic Union (CDU) pimpinan Kanselir Angela Merkel.
Pendukung semua partai lain, termasuk gabungan Merkel-Sosial Demokrat menyatakan mereka harus berhati-hati ketika mengungkapkan pendapat mereka. Para penyokong parti sayap kanan Alternative for Germany (AfD) paling tidak berpuas hati dengan perkara ini, kerana hanya 12 peratus mengatakan bahawa mereka memiliki kebebasan mempertahankan pendapat mereka di depan umum.
Recent Comments