RS, Rektor Universitas PGRI (Persatuan Guru Republik Indonesia) Argopuro (Unipar) Jember dilaporkan hendak mencium pensyarah isteri orang lain di sebuah hotel di Tretes, Jember Jawa Timur.
Argopuro adalah nama sebuah gunung berapi yang tidak lagi aktif dan menjadi kegemaran para pendaki gunung kerana ia mempunyai trek mendaki yang terpanjang (40 kilometer) dengan ketinggian 3,088 meter.
Selain tujuan sampai ke puncak Argopuro, para pendaki mungkin terpaksa bermalam (berkhemah) di Puncak Rengganis, yang masyhur dengan mitos percintaan antara Dewi Rengganis dan Ande Sose (putera raja dari Makasari, Indonesia).
Unipar adalah sebuah universiti swasta yang ditubuhkan pada 20 September 1979 dengan tujuan meningkatkan kualiti guru sekolah rendah (sekolah dasar) di Kabupaten Jember, Jawa Timur.
Terdapat beberapa buah universiti khusus yang ditubuhkan dibawah kelolaan PGRI, antaranya. Surabaya, Palembang, Jogjakarta, Madiun dan Malang, selain Jember.
Kes itu terungkap setelah suami pensyarah tersebut melaporkan percubaan gangguan seksual yang dilakukan RS ke Yayasan Kantor Perkumpulan Pembina Lembaga Pendidikan Perguruan Tinggi (PPLP PT) PGRI Jember.
Sehingga tahun 2015, PGRI dilaporkan memiliki 55 buah perguruan tinggi (10 buah universiti, 7 buah Institut Perguruan, 26 buah sekolah tinggi perguruan, tujuh buah sekolah tingi, tiga buah akademi dan dua buah politeknik) di seluruh Indonesia dan merupakan pengusaha swasta terbesar dalam bidang pendidikan.
Selepas kejadian itu, tekanan datang dari sejumlah karyawan dan pensyarah yang mendesak dirinya berundur dari jabatan Rektor Unipar.
Pihak yayasan telah mengeluarkan surat peringatan (SP) pertama kepada RS setelah tindakan lanjut laporan MH.
Kini, RS mundur dari jabatannya untuk meredakan suasana di lingkungan Unipar Jember.
Kronologi Versi Rektor
Setelah kejadian itu, RS bercerita kepada wartawan Surya.co.id (Tribunnews.com Network).
RS mengaku khilaf saat hendak mencium dosen isteri MH di depan pintu bilik hotel.
RS juga menceritakan kronologi percubaan gangguan seksual yang dilaporkan MH ke Yayasan PPLP PT PGRI Jember.
RS berkata, kejadian bermula ketika dia hendak mengajak pensyarah tersebut makan dengan mengetuk pintu biliknya hotelnya.
Tidak lama selepas itu, pensyarah wanita berkenaan membukakan pintu, muncul keinginan nafsu RS untuk menciuminya.
“Pada awalnya ketika saya ingin menciumi dia, dia menolak. Setelah itu, saya minta maaf dan pergi. Itu kejadiannya. Tidak tahu, ia kemudian itu dihebohkan kepada ramai orang. Saya akui saya khilaf, dan saya sudah minta maaf,” ujar RS.
Dia mengakui tidak sampai menciumi pensyarah tersebut.
Dia juga sudah berupaya meminta maaf.
Saat kes itu dilaporkan ke yayasan, dirinya juga mengakui kekhilafan tersebut dan berupaya melakukan mediasi.
RS juga sudah mendapatkan surat peringatan (SP.
Namun kemudian, ada tekanan dari sejumlah karyawan dan pensyarah yang mendesak dirinya agar berundur.
Akhirnya RS memilih berundur untuk meredakan suasana di Unipar.
“Ya saya tidak ada masalah berundur,” tegasnya.
Peristiwa itu dibuka oleh suami pensyarah yang di kenali MH, yang kemudian diperpanjangkan dengan membuat laporan ke Yayasan PPLP PT PGRI Jember.
MH mengakui membuat laporan tersebut.
Dirinya menuntut ada keadilan untuk sang isteri. Pelaporan dibuat pada 16 Jun 2021.
“Saya mohon ada keadilan, langkah pertama yang saya lakukan memang melalui yayasan. Ini soal integriti lembaga pendidikan, apalagi dilakukan oleh pejabat tertinggi di kampus tersebut. Akibat perbuatan itu, isteri saya tertekan dan tidak mahu ke kampus,” ujar MH, Jumaat (18/6/2021).
Percubaan gangguan seksual itu terjadi di sebuah hotel yang menjadi lokasi pendidikan dan pelatihan pensyarah kampus Unipar di Tretes, Pasuruan.
Kegiatan itu diikuti oleh sejumlah orang, termasuk isteri MH dan RS. Bentuk percubaan gangguan seksual itu adalah RS menciumi isteri MH.
“Kalau saya tidak melapor dan menuntut keadilan, nanti malah isteri saya yang dituduh selingkuh. Saya tidak ingin kejadian ini berulang lagi, jangan ada lagi korban gangguan seksual apalagi itu di kalangan lembaga pendidikan,” tegasnya.
Karenanya ingin ada penyelesaian atas kes tersebut. MH menuntut, pertama, ada proses terhadap ke percubaan gangguan seksual itu.
Kedua, adanya tindakan terhadap pelaku gangguan seksual. Ketiga, pengurusan universiti memberikan perlindungan kepada pensyarah dan tenaga pengajar perempuan Unipar Jember.
“Karena sangat mungkin rentan menghadapi gangguan seksual. Saya tidak menginginkan gangguan seksual yang menimpa isteri saya dialami oleh pensyarah dan tenaga pengajar lainnya di lingkungan Unipar Jember,” tegass MH.
disunting dari sumber: https://www.tribunnews.com/
Recent Comments