UMAT Islam telah mengenal Baitul-Maqdis sebagai tanah suci yang diberkati. Namun seluas apakah kawasan itu? Mana batas-batasnya?
Cendekiawan berketurunan Palestin, Dr Khalid el-Awaisi (49 tahun), berusaha menjawab pertanyaan-pertanyaan semacam itu secara ilmiah. Salah satunya dengan melakukan kajian bertahun-tahun hingga lahir buku terobosan berjudul Mapping Islamic Jerusalem: a Rediscovery of Geographical Bounderies (2007). Buku ini memenangkan penghargaan dari Islamic Research Academy di Britain.
Khalid mengupas batas-batas geografi Baitul-Maqdis dan aspek keagaman yang dapat dikaitkan, seperti geografi al-Ardh al-Mubarakah (Tanah Barakah) dan al-Ardh al-Muqaddasah (Tanah Suci). Kajian itu merujuk pada al-Qur’an, Hadits, dan karya-karya ulama terdahulu.
Pengarah Eksekutif Islamic Jerussalem Research Academy (ISRA) itu menjelaskannya kepada Pambudi Utomo (wartawan majalah Suara Hidayatullah) dan Faris Irfanuddin (peneliti Institut al-Aqsa untuk Kajian Perdamaian [ISA]). Perbincangan berlangsung di sela-sela kesibukan Khalid memimpin acara simposium “Baitul-Maqdis Kini” di Ankara (Turki), awal bulan lalu. Acara ini diikuti oleh ahli dan pengkaji dari pelbagai negara.
Bagaimana kisahnya sehingga Anda boleh menghasilkan karya tentang geografi Baitul-Maqdis?
Ketika menempuh pendidikan sarjana (2003), saya banyak berbincang dengan cendekiawan bernama Dr Haitham ar-Ratrout dan Dr Utsman ath-Thil. Saat itu Haitham sedang melaksanakan kajian tentang senibina Masjid al-Aqsha. Muncul pertanyaan, apa yang dimaksudkan Baitul-Maqdis?
Saya kemudian meneliti tentang batas-batas pentadbiran Baitul-Maqdis. Namun itu belum cukup, maka saya teruskan dalam kajian di peringkat kedoktoran (2006) dengan meneliti geografi Qur’aniyah. Lahirlah terminologi geografi yang disebut al-Ardh Mubarakah dan al-Ardh al-Muqaddasah.
Atas izin Allah SWT, saya menemukan “harta karun” berupa manuskrip karya ulama terdahulu. Ternyata hal semacam ini pernah ditulis sejak 700 tahun lalu. Dan setelah saya teliti lebih jauh, ternyata rujukannya tidak jauh bezanya dengan apa yang selama ini saya pelajari. Alhamdulillah, ini murni kemudahan dari Allah SWT, bukan kerana kehebatan saya.
Lebih jauh dari itu, ada hal besar yang ingin saya capai. Yakni membandingkan al-Ardh al-Muqadasah dengan perspektif Yahudi dan Nasrani. Namun setelah saya dalami, ternyata rujukan Islam sudah lebih dari cukup. Kerana itu, tidak perlu lagi ada rujukan lain.
Apa pentingnya kajian itu?
Penjelasan tentang sempadan geografi Baitul-Maqdis boleh membantu menyelesaikan permasalahan sejarah dan teks-teks klasik. Bahkan boleh membantu menyelesaikan permasalahan aqidah, tafsir, dan fiqih.
Misalnya, ahli tafsir Muqatil bin Sulaiman mengatakan Nabi Isa AS akan membunuh Dajjal di (kota) Baitul-Maqdis. Sementara Rasulullah SAW bersabda, Isa akan membunuh Dajjal di Pintu Lud. Nah, itu posisinya di mana? Jauh, sekitar 40 kilometer dari Masjid al-Aqsha.
Contoh lain dalam persoalan Hadits. Nabi SAW bersabda matahari tidak pernah dberhentikan kecuali saat Nabi Yusa bin Nun AS akan membebaskan Baitul-Maqdis. Padahal saat itu Nabi Yusa bin Nun AS hanya sampai kawasan Ariha (sambil menunjuk peta). Menurut para mufasir, kawasan Ariha adalah gerbang al-Ardh al-Muqaddasah.
Kajian ini juga berhubungan dengan permasalahan sejarah. Abu Ubaidah RA ketika sakit dan menjelang wafat berwasiat agar para sahabat membawanya ke al-Ardh al-Muqaddasah di sebelah barat sungai. Beliau ingin meneladani Nabi Musa AS yang dimakamkan di Baitul-Maqdis.
Dalam Hadits yang diriwayatkan Imam Bukhari, Nabi Musa AS meminta kepada malaikat maut agar didekatkan dengan Baitul-Maqdis sepelemparan batu. Imam Bukhari juga mengatakan, boleh berwasiat agar dimakamkan di al-Ardh al-Muqaddasah. Hal ini diteliti lebih lanjut oleh Dr Raid Fathi.
Berkaitan dengan fiqih, misalnya ihram dari Baitul-Maqdis, sebagaimana yang dilakukan oleh Ibnu Umar RA. Beliau ihram dari kawasan Baitul-Maqdis, bukan dari kota ataupun masjid. Ini juga yang saya lakukan, iaitu melakukan ihram ketika masih di pesawat tepat di atas kawasan Baitul-Maqdis.
Apa manfaat kajian ini jika dikaitkan dengan perjuangan pembebasan Baitul-Maqdis kini dan masa hadapan?
Kajian ini mengeluarkan kita dari lingkaran batas-batas yang dibuat oleh kaum penjajah.. Kerana itu sangat penting menghidupkan kembali istilah Qur’ani ini.
Hari ini ketika orang menyebut Palestin, maka 99% yang tergambar dalam benak mereka adalah batas-batas yang direkayasa oleh penjajah Inggeris. Orang tidak berfikir tentang kawasan Palestin yang lain. Padahal itu bukan Palestin sebagaimana pada zaman Umar bin Khatthab RA, bukan pula pada zaman Romawi mahupun sebelumnya.
Penelitian ini akan menghidupkan batas-batas dan istilah yang berkaitan dengan aqidah secara langsung. Sebagaimana ada batas-batas kawasan haram di Makkah dan Madinah, maka ada juga batas-batas suci di Baitul-Maqdis. Kita akan memahami tentang pentingnya kawasan ini, mendekatkan kita dengannya, juga mengetahui kedudukannya di kalangan ulama terdahulu.
Mungkin setelah pembebasan nantinya kita akan boleh mengungkap hal-hal lain dari batas-batas geografis ini. Bahkan kita akan boleh menanam kopi di kawasan Baitul-Maqdis dan nanti kita namakan kopi muqaddasah ha ha…
Bagaimana proses kajian itu Anda lakukan dan hasil petanya seperti apa?
Saya melakukan kajian lebih dari tiga tahun sehingga akhirnya menghasilkan peta ini. Saya kumpulkan semua riwayat yang menyebut Baitul-Maqdis.
Contohnya riwayat tentang Asqalan dari syair yang digubah oleh Ibnu Hajar al-Asqalani tentang dirinya. Iaitu Mesir tempat kelahirannya, nenek moyangnya yang berasal dari Asqalan al-Maqdisi. Asqalan dinisbatkan ke Baitul-Maqdis.
Ada pula penemuan kreatif dari al-Bisyari al-Maqdisi yang menulis teks secara terperinci batas-batas Baitul-Maqdis dan kota-kota di dalamnya. Katanya, batas-batas sucinya sekitar Iliya sampai 40 batu (ukuran imperial).
Saya lalu meneliti tentang kata “batu” di sini. 1 batu hari ini setara 1.6 kilometer, namun 1 batu pada masa ulama dahulu berbeza. Setiap ahli geografi mempunyai batu (ukuran) tertentu yang digunakan. Dan saya temukan ukuran batu yang digunakan al-Maqdisi 2.2 kilometer. Itu saya ukur secara detail dengan ukuran selengan dan sehasta.
Jadi, saat al-Maqdisi mengatakan batas-batas Baitul-Maqdis sekitar Iliya sampai 40 batu, saya mulai membuat lingkaran. Masuk di kawasan Baitul-Maqdis, Ramalah, Yafa, kawasan pesisir, dan 12 batu di laut.
Muncul pertanyaan, kenapa al-Maqdisi memasukkan beberapa batu di lautan? Di laut mana? Saya bincang dan teliti cukup panjang, hingga akhirnya saya menyimpulkan bahawa yang dimaksud itu adalah Laut Syam, iaitu Laut Mediteranian.
Kenapa 12 batu? Apa yang menyempadaninya? Sebab biasanya laut tidak dimasukkan ke dalam batas-batas. Dan saya terkejut, ternyata batas-batas kawasan suatu negara ada batas laut 12 batu.
Lantas apa hubungan 12 batu dari batas Baitul-Maqdis? Hal ini perlu diteliti lebih jauh lagi. Tetapi boleh jadi bahagian laut ini mempunyai nilai lebih dibanding laut-laut lain. Misalnya dari sisi ilmu geologi, bebatuan, haiwan-haiwan laut di dalamnya, dan hal-hal lain yang tidak diketahui, kecuali oleh Allah SWT.
Yang membuat saya takjub, al-Maqdisi sangat terperinci dalam mendeskripsikan mengenai lokasi. Pernah satu waktu saya bersama ayah mengukur perjalanan dari titik yang disebutkan al-Maqdisi. Ternyata jaraknya sangat sesuai dengan yang dia sebutkan. Seolah-olah al-Maqdisi mempunyai GPS (global positioning system). Di setiap deskripsi terperinci yang dia sebutkan, tidak ada satupun saya temukan kesalahan.
Pantaslah jika ilmuwan dari Barat pun kagum terhadap al-Maqdisi dan menyebutnya sebagai “Bapak Geografi”. Dalam kitabnya Ahsanu at-Taqasim fii Ma’rifati al-Aqaliim, dia menghasilkan satu karya monumental yang belum dilakukan oleh siapapun sebelumnya.
Ulama lain yang saya jadikan rujukan adalah Abu Ubaidah. Dalam kitab Majaz al-Qur’an, dia menulis batas-batas Baitul-Maqdis dari arah selatan dengan sangat teliti.
Banyak lagi karya ulama lain yang saya kumpulkan, saya teliti, kemudian saya gabungkan, sehingga lahirlah peta. Ini semua atas izin Allah SWT.
Bagaimana jika Anda melihat peta yang umum diketahui oleh masyarakat sekarang ini, misalnya peta Palestin?
Peta Palestin harus diganti, kerana itu produk penjajah. Semestinya kita mengacu pada masa Umar bin Khaththab RA ketika membebaskan dan memasuki Baitul-Maqdis. Beliau tidak menggunakan peta buatan Romawi, tetapi membahagikan kawasan itu sesuai dengan rujukan Islam.
Ini penting, kerana pertama, peta agama tidak akan berubah. Ketika Rasulullah SAW membebaskan kota Makkah, maka beliau membiarkan peta Makkah seperti sediakala. Batas-batas haram tidak diubah sejengkal pun. Begitu pula ketika Umar membebaskan Baitul-Maqdis.
Kedua, peta ini berdasarkan riwayat-riwayat Islam. Jika di masa hadapan ditemukan riwayat yang lebih kuat, tentu boleh diperbaiki. Jika tidak, maka inilah peta kawasan suci yang tidak boleh diubah.
Anda dan para peneliti ISRA dedikasi melakukan kajian, menerbitkan jurnal dan buku, simposium, dan berbagai kegiatan ilmiah tentang Baitul-Maqdis. Kenapa demikian?
Penting disedari bahawa yang terjadi terhadap kawasan Baitul-Maqdis saat ini tidak sekadar penjajahan terhadap tanah, tapi juga penjajahan terhadap akal atau ilmu. Celakanya, bencana ilmu ini masih belum menjadi perhatian, meski pun fenomena-fenomena yang dihasilkan terus berlangsung hingga hari ini.
Salah satu fenomena itu adalah lahirnya “generasi Zionis” di tengah umat Islam. Kini banyak orang Islam yang berhati Zionis. Mereka sangat membela hak-hak Yahudi di Baitul-Maqdis, namun menegasikan hak-hak umat Islam. Generasi Zionis ini ada di semua lapisan, mulai dari para penulis hingga pemimpin dan politikus.
Umat Islam berhati Zionis itu seperti apa modelnya?
Banyak orang Islam yang berlumba-lumba untuk mendapatkan kepercayaan dari komplotan musuh. Di masa lalu, hubungan oportunistik semacam ini terjadi juga. Misalnya adanya kerjasama pemimpin Muslim dengan kaum Salib demi mengamankan kursi singgahsana.
Bagi yang masih waras akal fikirannya, seharusnya mustahil demikian. Namun semua itu terjadi kerana akal fikiran mereka telah dijajah.
Siapa yang pertama kali mempopulerkan istilah Nakbah (bencana)? Istilah Nakbah dalam konteks lepasnya tanah Palestin, pertama kali dipopulerkan oleh penyair Mesir bernama Ahmad Muharram, dalam gubahan syairnya tentang Deklarasi Balfour. Istilah itu juga disinggung oleh sejarahwan Syria, Kostantin Zirriq, dalam bukunya Makna ‘Nakbah’ tahun 1948. Katanya, “Inggris tidak menjajah sendirian, melainkan bersama dengan bangsa Arab yang menjalin ikatan kerjasama dengan mereka, yang bergerak menggelar revolusi besar untuk membebaskan negeri mereka (dari jajahan Turki).”
Bagaimana mungkin seorang Muslim ikut menyumbang dalam penjajahan Tanah Suci dan kiblat pertama mereka? Itulah akibat akal yang terjajah.
Inggris berjaya memanfaatkan propaganda nasionalisme untuk mengajak sebahagian bangsa Arab berperang melawan saudara seaqidah —Utsmaniyyah— dengan memberikan harapan palsu. Terjadilah kekeliruan fatal: Turki dianggap sebagai musuh, sedangkan penjajah Inggeris sebagai saudara.
Akibatnya, ketika tentera Inggeris sampai di Baitul-Maqdis, bukannya dilawan, tetapi justeru disambut sebagai “pembebas”. Umat Islam berbondong-bondong menyalami mereka penuh keakraban dan kehangatan. Demikian seterusnya, Inggris dan gerakan Zionis sukses menipu tokoh-tokoh al-Quds.
Apa saja yang perlu dilakukan untuk menangani bencana ilmu?
Bencana ilmu ini terlambat untuk disedari. Pada perang 1948, bencana ilmu ini telah merambah ke dimensi politik dan militer. Setelah pasukan Arab yang dipimpin tentera Inggeris itu mengalami kekalahan, kita memasuki fasa bencana baharu iaitu bencana pengungsian [pemencilan]. Bencana yang ini menjadi pusat perhatian baharu kita selama lebih dari 70 tahun.
Tentu kita tidak perlu bencana baru, na’udzubillah, misalnya dengan hancurnya Masjid al-Aqsha. Kita harus sadar sebelum sangat terlambat.
Kita harus belajar dari kesalahan 100 tahun terakhir. Dan langkah itu dimulai dengan “revolusi ilmu”.
Mari perkokoh elemen ilmu. Dengan demikian kita akan dapat menggambar dan merencanakan masa hadapan dengan asas yang kukuh.
Dengan gerakan keilmuan, kita berada di tahap penting untuk mengakhiri “bencana” dan kebodohan yang telah melanda selama bertahun-tahun. Jika kita berhasil mengakhiri “bencana akal”, kita berada di jalur yang benar untuk mengakhiri “bencana penjajahan tanah”.
Sumber: https://www.hidayatullah.com/berita/wawancara/read/2021/06/11/209932/peneliti-batas-baitul-maqdis-dr-khalid-el-awaisi-sebut-kini-banyak-orang-islam-berhati-zionis.html. [Dengan sedikit penyesuaian istilah- editor]
Recent Comments