Menurut laporan akhbar, satu pertemuan pemimpin-pemimpin parti dengan Yang di Pertuan Agong akan diadakan pada masa terdekat. Dr Mahathir dan Shafie Afdal  dijadual mengadap pada hari Khamis, 10 Jun 2021 manakala Anwar Ibrahim ialah pada 9 Jun 2021).

Antara isu yang bakal diketengahkan ialah cadangan untuk memutuskan proklamasi darurat lebih awal (sebelum cukup tempoh pada bulan Ogos 2021). Mungkin juga turut dibincangkan ialah Sidang Parlimen yang perlu diadakan bagi mencari penyelesaian dan komitmen untuk melaksanakan tidak menangani COVID-19 dengan berkesan.

Akibat peningkatan mendadak sebelum dan selepas Aidilfitri lalu, Perikatan Nasional digelar ‘kerajaan gagal’.

Raja-raja Melayu  dijangka akan bertemu dengan Yang di Pertuan Agong pada 16 Jun 2021 ini.

Khabarnya, sejak Januari hingga Mei 2021, kerajaan sudah berhutang lebih RM115 bilion, yang sebahagian untuk menangani pandemik dan impak COVID-19. Tindakan itu dianggap ‘telah gagal’ kerana kes jangkitan baharu masih tinggi dan cukup menakutkan biarpun berlaku penurunan (7.6.2021 dengan 5,271 kes baharu dan 8.6.2021 dengan 5,566 kes baharu, meningkat 295 kes) mencatatkan angka terendah sejak darurat diisytiharkan (kemuncaknya ialah 9,020 kes baharu pada 29 Mei 2021. Setakat ini, 627,652 kes disahkan dijangkiti COVID-19 dengan kematian 3,536 kes.

Ada yang mendakwa, kes jangkitan baharu menurun kerana jumlah yang disaring adalah semakin rendah apabila mengejar sasaran meningkatkan pemberian vaksin kepada 150,000 dos  dan seterusnya kepada 200,000 dos sehari. Paramedik ditugaskan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang semakin banyak dibuka. Misalnya, pada 29 Mei -126,480 saringan (9020 kes baharu), 4 Jun -105,293 saringan (7.748 kes baharu), 5 Jun -103,862 saringan (7,452 kes baharu), 6 Jun –89,998 saringan (6,241 kes baharu) dan 7 Jun -81,708 saringan (5,271 kes baharu).

Selangor menjuarai kes baharu sejak lebih sebulan kerana Selangor merupakan negeri yang melakukan saringan secara menyeluruh dan besar-besaran. Ia kurang dilaksanakan oleh negeri-negeri lain, dan ini menunjukkan semakin ramai orang disaring, maka semakin ramailah yang diketahui positif dijangkiti COVID-19. Apa pun, situasi ‘penat dan letih’ sudah lama dialami oleh paramedik, tetapi rakyat masih ramai tidak mematuhi SOP.

Pada peringkat awal, muncul beberapa pihak mempertikaikan mengenai keberkesanan vaksin dengan membandingkan jumlah yang didiscaj lebih besar berbanding kes kematian. Bagi mereka, vaksin bukanlah penyelesaian atau jaminan, maka vaksin dilihat daripada perspektif konspirasi.

Selepas dikejutkan dengan peningkatan COVID-19 di India, dan peningkatan mendadak bila munculnya Kluster Raya, maka berlakulah pertambahan dalam pendaftaran penerima vaksin. Ia sesuatu yang menarik, ada kelemahan dalam kalangan kelompok anti-vaksin untuk mempengaruhi orang ramai.

Beberapa hari lalu, muncul satu lagi kejutan, selain penarikan pendirian oleh seorang guru agama mengenai ‘haram vaksin’, muncul lagi pendirian bahawa mereka yang menerima vaksin, akan mati dalam tempoh dua tahun.

MasyaAllah, seolah-olah ‘sangat dekat dengan urusan Tuhan’ atau mungkin, kata seorang doktor perempuan ‘pembantu peribadi Malaikul Maut’. Tidak ada siapa tahu bilakah seseorang itu akan mati, begitu juga doktor hanya boleh memberitahu seseorang pesakit itu ‘kritikal’ atau ‘stabil’.

Soal doktor tersebut lagi, jika mengambil vaksin boleh mati dalam tempoh dua tahun, kenapa mereka tidak berkempen bahawa mencuri boleh dijel selama lima tahun, merogol boleh dipenjarakan selama lapan tahun dan sebagainya.

Kenapa tidak berkempen, “minum arak boleh mati dalam tempoh…”. Jika dilihat daripada jawapan tersebut, nyatalah doktor yang menjawab dakwaan ‘akan mati dalam tempoh dua tahun’ itu lebih rasional dan bermaklumat daripada orang yang mendakwa dan mempercayai ‘nostradamus segera’ itu.

Di sebalik riuh-rendah vaksinisasi (tidak cukup bekalan, lambat, penolakan, MySejahtera yang bermasalah, dan moratorium), COVID-19 benar-benar meninggalkan banyak impak negative kepada individu, masyarakat berkaitan sistem sosial, ekonomi, politik dan negara terhadap pelan pemulihan, pasca-COVID-19 dan peningkatan hutang, ialah perubahan nilai kehidupan masyarakat turut merosot.

Di awal PKP, ada ramalan bahawa tempoh tersebut bakal meningkatkan jumlah kelahiran baharu kerana masing-masing pasangan lebih banyak bersama berbanding sebelum PKP.

Selepas setahun berlangsung, Jabatan Perangkaan Malaysia mengumumkan ia tidak berlaku sebagaimana dijangka. Ini dapat dilihat daripada pelbagai perspektif. Pertama ialah akibat PKP dilaksanakan sebelum cuti penggal pertama sesi persekolahan 2020, ia mengakibatkan majlis perkahwinan pasangan baharu terpaksa ditangguhkan.

Kemudian, apabila diberikan kebenaran, perkahwinan secara dalam talian, ramai pula menangguhkan hasrat berkahwin disebabkan banyak faktor, termasuk masalah kewangan akibat hilang punca pendapatan (penutupan syarikat, larangan (dihadkan masa) berniaga dan sebagainya.

Bagi pasangan yang sudah mempunyai bilangan anak ideal, mereka tidak lagi berhasrat menambahkan zuriat kerana berfikir, biaya persekolahan dan sebagainya akan terus meningkat sebaik sahaja anak-anak mereka membesar. Cukuplah sampai di situ, perlu menabung kerana dunia sekarang tidak boleh elak daripada berbelanja dan menggunakan wang.

Akibat ‘lama’ berada dalam mood PKP, ikut mempengaruhi situasi rumah tangga. Walaupun setakat ini belum dikeluarkan data penceraian dalam tempoh PKP, ia tidak bermakna tidak berlaku penceraian atas sebab-sebab yang juga dilihat sangat remeh, jemu melayani pasangan dan perubahan sikap kerana sentiasa ‘duduk di rumah’.

Semuanya cepat panas, dan memerlukan kesabaran yang tinggi untuk mengawal  emosi.

Menggerunkan ialah berlakunya kaedah cepat menyelesaikan kemelut yang dihadapi, iaitu kecenderungan membunuh diri. Ada faktor dikaitkan dengan kecelaruan jiwa (kesihatan mental akibat emosi terperuk), da nada kaitannya dengan krisis ekonomi. Menurut laporan polis, antara 18 Mac hingga 30 Oktober 2020, 266 bunuh diri dan cubaan bunuh berlaku.

Satu perangkaan yang cukup menggerunkan, dalam tempoh kurang lapan bulan (tujuh bulan setengah) atau purata lebih satu (1.18) kes setiap hari (35.47 kes sebulan). Hampir menyamai  angka ukuran kebolehjangkitan (R-t) Sabah pada 4 Jun 2021 (1.16).

Meskipun perbandingan itu tidak seharusnya dibuat, ia hanya sekadar memberikan gambaran betapa bunuh diri dan percubaan bunuh adalah jenis penyakit ‘merbahaya’ yang perlu ditangani sebaik mungkin, dengan pendekatan psikologi dan sokongan sosial. 

Menurut Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, jika dibandingkan dalam tempoh dua tahun ini, tahun 2019 merekodkan 188 kes (yang dihadiri oleh bomba) manakala tahun 2020 sehingga 30 November, ia telah meningkat kepada 226 kes.

Ertinya, dalam tempoh 11 bulan 2020, pihaknya terlah berjaya menangani lebih 200 kes percubaan bunuh diri, dan meningkat sebanyak 20 peratus.(Astro Awani, 13 Disember 2020). Apakah peningkatan itu benar-benar disumbangkan oleh ‘emosi terperuk’ akibat PKP yang mula dilaksanakan pada 18 Mac 2020 dan diteruskan dengan PKPB, PKPP dan sesetengah lokaliti PKPD tahun lalu?

Pada 21April 2021, kita membaca laporan seorang lelaki telah terjun dari Tingkat 3 Kompleks Beli Belah Suria KLCC. Keesokannya, seorang pelajar IPT membunuh diri.

Sebelumnya, 17 April 2021, Bomba ‘gagalkan cubaan bunuh diri seorang wanita berusia 27 tahun untuk terjun dari Tingkat 5 sebuah residensi di Puchong’ (Berita Harian, 17 April 2021); agak Nasib baik Janna Nick, artis janda mendedahkan dua kali hasratnya membunuh diri (semasa berumur 8 dan 14 tahun, https://ohbulan.com/janna-nick-dedah-pernah-2-kali-cuba-bunuh-diri ) akibat ‘bipolar’ bukan pada masa pandemik, jika tidak akan jadi salah satu berita besar.

Tentunya, peningkatan kes COVID-19 akan memberikan tekanan kepada kerajaan Perikatan Nasional. Menurut Laporan Risiko dan Penyelidikan Industri yang dikeluarkan oleh Fitch Solution (8.6.2021), risiko politik Malaysia “yang sudah pun tinggi…akan memberi kesan negative terhadap pembuat dasar, kesinambungan polisi dan kestabilan sosial…risiko politik akan menjadi semakin buruk akibat ketidakpuasaan meluas…Tambahan pula, kemarahan masyarakat yang meningkat cenderung cenderung mempengaruhi perpaduan kerajaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin…salah menyalahkan satu sama lain…semakin meningkat menjelang pilihan raya yang dijanjikan.” (Malaysiakini, 8.6.2021).

Itu daripada penilaian risiko politik, namun dari perspektif yang lain apabila muncul adegan Zara Zya ‘bercumbuan di ranjang’ (walaupun masih berpakaian) cukup menyelinap dalam pembuli darah sebahagian rakyat Malaysia.

Mungkin akibat PKP, tiada kegiatan penggambaran terbuka, Zara Zya ‘terpaksa’ menerima tawaran untuk ‘mempromi’ produk dewasa.  Iklan itu bukan sahaja ‘tidak senonoh’, bahkan ‘tidak beradab’ untuk disiarkan apatah lagi artis berkenaan masih belum berkahwin. Sekalipun ‘dah berkahwin’ ia bukan ‘kisah romantis’ yang cukup wajar divisual dan disiarkan.

Untuk mereview produk dewasa, tidak salah. Tetapi, kredibiliti Zara tidak dapat dipercayai kerana ‘belum berkahwin’ walaupun umurnya dah melepasi 36 tahun. Adegan tersebut tidak menghormati penampilan sehariannya dengan bertudung (Berita Harian, 28 September 2020), paradoks adab dan nilai-nilai agama. Apakah kerana ‘tekanan COVID-19’ menyebabkan Zara Zya yang dikenali menerusi siri Love You Mr Arrogant sanggup ‘meranjangkan diri’ kerana dibayar lumayan?

Beberapa tahun lalu beliau pernah berpendirian, dirinya tidak perlu kontroversi untuk mengecap populariti (Mohd Al-Qayum Azizi, Tidak Perlu Kontroversi Untuk Popular- Zara Zya, mStar.com.my, 14 Jun 2014), tetapi, ketika lakonannya semakin ‘suam-suam kuku’ pandai pula Zara Zya (nama sebenar Zainurul Razia Mohamad Zainuddin, lahir di Lenggong, Perak pada 22 Oktober 1985, ) mengambil peluang untuk membangkitkan ‘kontroversi’?

Bekas pelajar Akademi Warisan Negara (ASWARA) pernah putus tunang selepas sebulan mengikat tali pertunangan (12 Oktober 2019) dengan pelakon, Hafreez Adam dan merancang untuk berkahwin pada 2020.

Putus tunang, dan ‘pelamin anganku musnah’ mungkinkah menyebabkan pemenang Anugerah Skrin 2019Pelakon Wanita Terbaik (Drama Rantaian) – Pia itu menjadikan dirinya ‘terganggu’ atau adakah berhadapan dengan ‘bipolar disorder’ apabila mempertahankan tindakannya selepas dihentam ‘tidak malu’, ‘kongsi video ranjang’, ‘promosi iklan tak senonoh’ dan ‘geli tengok’.

Khabarnya, sudah ada pengganti tetapi kedai makan yang diusahakannya terpaksa ditutup.Mungkin fikirannya terganggu kerana hanya beberapa bulan beroperasi, terpaksa ditutup mungkin lokasinya tidak sesuai atau kerana kesan pandemic COVID-19.

Kata Zara, “netizen perlu bersikap terbuka dan apa yang dilakukannya itu hanya tujuan promosi semata-mata…Bagi saya benda itu (video iklan tak senonoh) tu tidak salah pun.” (rotikaya.com)

Maka, berhamburan kata-kata berdesing yang terpaksa dipekakkan telinga oleh Zara Zya untuk mendengar atau memadamkan apa sahaja komen di laman instagramnya.

Setakat ini belum kedengaran ada komen yang sangat menakutkan:“kenapa tidak promosikan secara terbuka apa yang ada di dalam ‘kain’. Kan itulah betul-betul bersikap terbuka?”  Tetapi, sumpah dan maki hamun memang ada.

Sampai bila COVID-19 akan berakhir? Ia adalah suatu pertanyaan yang sangat sukar dijawab. Tetapi, daripada petunjuk, jika semua rakyat Malaysia mematuhi SOP dan sudah divaksinkan, ia akan dapat membantu mengurangkan jangkitan.

Tetapi, virus corona akan tetap ada dalam komuniti, kerana virus ini sudah bermutasi kepada beberapa varian dan boleh dijangkiti melalui udara (jika berada dalam ruangan yang sempit) apabila dijangkiti oleh titisan cecair dari hidung (bersin) dan mulut (batuk), bercakap, menyanyi serta menghembuskan nafas mereka yang positif.

Titisan cecair membentuk dua kategori, titisan besar (droplet) dan titisan kecil (aerosol). Seseorang boleh dijangkiti bila menyedut salah satu antara dua kategori tersebut.

Titisan kecil (aerosol) biasanya akan terus terampai di udara, sebab itulah pemakaian pelitup muka (dua lapis) digalakkan di kawasan-kawasan ruang udara kecil, termasuk dalam rumah, pengangkutan awam, premis perniagaan, kawasan sesak dan sebagainya.

Titisan besar tidak terampai di udara, ia jatuh dan berada sama di tanah atau benda-benda yang berada paling dekat semasa seseorang itu bersin atau batuk.

Itulah dalam PKP 3.0 premis perniagaan sangat diberikan peranan untuk mengawal kemasukan pelanggan pada sesuatu masa, untuk mengawal titisan terampai di udara di dalam premis. Juga, para pelanggan dikehendaki membuktikan bahawa dirinya ‘risiko rendah’ kepada pengawal sebelum dibenarkan masuk ke dalam premis untuk berurusan.

KAMARUN KH

Translate »